Friday, September 12, 2014

Kehadiran Tentera United States (US) di Malaysia


rasanya ramai yang sudah tahu semalam mengenai kedatangan sekumpulan tentera dari United Stated yang mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Terengganu pada 11 September 2014 pada jam 11.45 malam. saya juga menerima forward message dari WhatsApp group.

Sejak malam  tadi kegusaran berlaku kepada rakyat negeri terengganu dengan ketibaan sebuah pesawat Boeing 777 yang mendarat di Lapang Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu. Pesawat yang membawa seramai 300 orang askar Amerika itu tiba dari Diego Garcia yang akan berpengkalan selama beberapa hari di Gua Musang untuk latihan tentera. Ketibaan askar-askar tersebut belum dipastikan secara detail tujuan dan niat mereka ke Malaysia ini dan pelbagai spekulasi telah timbul dan bermain difikiran rakyat terengganu kursusnya. Apa pun pihak berwajib perlu membuat perjelasan kepada rakyat tentang ketibaan pesawat Boeing 777 yang lengkap dengan alatan perang dari Amerika itu.

Siapa yang tidak risau jika melihat tentera luar datang ke negara kita, kan? Nampak tentera Amerika plak tu. Melihat mereka datang merayau-rayau di kawasan kita sendiri. Saya pun turut merasakan kerisauan penduduk tempatan di Terengganu khususnya. Kebanyakan masyarakat kita risau jika kejadian Palestin-Israel berlaku pada negara kita. Dalam pemikiran kita mesti terimbau-imbau kejadian perang tersebut. 











Tetapi, hal ini sudah dijelaskan melalui siaran akhbar oleh Tentera Darat, ATM pada hari ini.




Diharap semua rakyat Malaysia berfikiran positif dan bertenang atas kedatangan tentera US iaitu United States Army Pacific Command (USARPAC). memang tidak dinafikan banyak suara-suara sumbang kedengaran mengenai hal ini. rupa-rupanya ini bukan kali pertama tentera US datang buat latihan di negara kita. kita je yang tak tahu sangat.

Memang kita mempuyai masyarakat yang sangat prihatin pada keadaan sekeliling. 


lovenota : Semoga Malaysia aman dan damai.



No comments:

Post a Comment

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®