Tuesday, September 09, 2014

Cabaran 30 Hari # Hari 9: 5 Lelaki yang Menarik Perhatian Anda


#Cabaran30Hari #KelabBloggerBenAshaari


day 9, topik yang paling susah nak explain..haha

Hari 9 : Lima Lelaki yang Menarik Perhatian Anda

Actually arahan nie tanya pasal siapa lelaki itu ke perwatakan lelaki itu? tak paham tajuk la pulak..hehe. Kalau ikut pada perwatakan, banyak jenis yang saya minat. minat je ye, nak tackle tak boleh. nanti incik Meow marah. hehe! saya suka juga yang cute, yang control ala-ala macho pun minat jugak. walaupun dia perasan hensem. hihi

Mostly ramai perempuan suka lelaki yang cute macam pelakon korea. muka ala-ala babyface, putih bersih dan comel. memang cair para perempuan melihat lelaki seperti itu. takkan puas melihat sekali pandang, mesti pandang berkali-kali punya..hehe. sampaikan boifrend sebelah pun boleh lupa..hehe. kadang-kadang saya sendiri suka usha lelaki di mall yang saya kunjungi. walaupun tengah dating nie, mata tak lekang nak cuci mata melihat para lelaki *gataiii nok!*. haha! saja tengok je. tak lebih dari itu. 

Sama juga dengan incik Meow, dia pun jenis suka memerhati ragam orang. nampak perempuan pakai tudung pelik-pelik sikit mesti mengadu pada saya, "ape pelik bebenor orang tu pakai tudung? nasib baik la awak tak pakai macam tu,". saya gelak jela. nama pun fesyen kan? macam-macam stail dah sekarang nie. kadang-kadang dia tak berkenan tengok perempuan sekarang keluar pergi mall pakai legging. "dah macam sarung nangka," katanya. macam-macam dikutuknya. telinga nie tadahh jela.


Okay, 5 jenis lelaki yang menarik perhatian saya:

1. sentiasa kemas dan bersih. 
ofcoz la kena bersih, nampak kemas dan penampilan yang smart. baru la sedap mata memandang, kan?

2. rambut yang disusun rapi.
rambut pun memainkan peranan. tak kisah la style yang macam mana, asalkan kemas dan nampak stylo sikit. jangan asyik-asyik stail yang sama. boring jugak tengok. saya suka rambut pendek. cute :D

3. harus berbau wangi
sembur la banyak-banyak perfumes atau deodorant supaya anda sentiasa wangi jika berada di samping saya. siapa nak dekat dengan orang yang buysuk bau ashemm kan?

4. sentiasa senyum manis
kalau buat macam nie selalu, komfirm cik balqis caiyaq baq hang! hahaha

5. cara jalan yang ada stail.
itu pun mempengaruhi daya penarik seorang lelaki. jangan jalan macam patung, orang takkan pandang lelaki macam tu..hehe.



antara dua jejaka hensem di atas, siapa yang anda pilh? 
saya pilih yang di sebelah kanan. boleh gomol-gomol..hikhik :P


Cabaran 30 Hari Hari 1 | Hari 2 | Hari 3 | Hari 4 | Hari 5 | Hari 6 | Hari 7 | Hari 8 | Hari 9 | Hari 10 | Hari 11 | Hari 12 | Hari 13 | Hari 14 | Hari 15 | Hari 16 | Hari 17 | Hari 18 | Hari 19 | Hari 20 | Hari 21 | Hari 22 | Hari 23 | Hari 24 | Hari 25 | Hari 26 | Hari 27 | Hari 28 | Hari 29 | Hari 30 |

No comments:

Post a Comment

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2017 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®