Lama sangat tak update blog. aku ingatkan blog ni dah mati. hehehe.
environment sangat berbeza dari yang sebelumnya, template berbeza, nak akses blogger lebih interaktif. menarik update blogger baru ni. tapi nak kembali aktif berblogger, memang tak dah la. malas lebih menguasai. hihi.
tapi dunia blogger ni dah lama aku tinggalkan. dah sibuk dengan kerjaya. tuisyen lagi. cari rezeki halal. bahagiakan diri.
sekolah pun dah banyak kerja, layan kerja budak lagi. layan hobi sendiri. layan game lagi.
kalau ada yang singgah sini nak tahu update semasa, alhamdulillah aku masih sihat wal'afiat. keadaan semakin baik, semakin positif dalam hidup. tak perlu hidup berselirat serabut lagi. sudah semakin tenang menghadapi hidup, sudah berfikiran matang. buang sikap negatif. tidak perlu lagi menyibuk hal orang lain. buang obses yang lama yang tak berfaedah, cari hobi baru.
tahun ini banyak sangat dugaan. aku terkena Demam Denggi pada bulan Februari 2020 hari tu. admit wad di Hospital Kuala Pilah adalah dalam seminggu. sakit tu tak dapat nak cerita. terlalu lemah, air masuk badan guna tiub. paksa minum air dalam kuantiti yang banyak takut terhidrasi, nak bagi naikkan jumlah platelet yang ada sebab terlalu rendah. lepas tu, inject sana sini ambil darah untuk check sel darah dengan platlet banyak kali, setiap beberapa jam. check keadaan hati macam mana. taubat la nak kena lagi. sekarang ni jumpa nyamuk rasa trauma. terus sembur ridsect. nauzubillah!
tapi rasa juga sedih. semasa admit tu uruskan diri sorang diri. gigih bawa kereta 25km ke Hospital Tampin dalam keadaan menggigil sejuk tu. lepas tu doktor sahkan kena demam denggi. bacaan platelet pada masa itu sangat rendah. doktor takut sangat sebab takut ada komplikasi pada fungsi hati. doktor siap cakap hal ni memang boleh membawa maut. pada masa itu jugak terus dibawa ke Hospital Kuala Pilah sebab di situ sahaja ada doktor pakar. dengan tak ready, tak prepare apa-apa, pergi sehelai sepinggang, kereta pulak tinggal je kat hospital tu. pergi sorang diri dalam ambulans. takut ada, sedih ada. haha.
tak terfikir pun kena demam denggi ni. sebab demam badan panas macam biasa je. malam tiba-tiba sejuk pulak. siap tak pakai kipas kalau tidur. tak ada pendarahan, tak ada muntah, cirit birit pun tak ada. pada hari keempat baru ada pendarahan, lepas tu muntah-muntah. muntah air pula tu, sebab demam ni memang tak ada selera makan. sakit sangat, tak suka muntah! masa tu juga, pendarahan keluar macam mengalami menstruasi haid. macam period. tapi bila track in tarikh haid bulan lepas, bukan masa haid lagi. lepas tu pendarahan keluar dengan sangat banyak. takut sangat sebab haid keluar pun tak ada banyak seperti itu. itu yang bergegas ke hospital. lain macam rasa, badan rasa lemah. selepas diperiksa oleh doktor, dia kata dah kritikal ni. sebab denggi ni boleh pulak keluar darah. itu yang doktor sarankan terus ke Hospital Kuala Pilah.
di hospital, baru keluar bintik-bintik merah. baru la terbukti, "oh aku betul-betul kena denggi". selama ni dengar je orang kena denggi. kali ni pengalaman sendiri. duduk la di wad seminggu. kerjanya tidur je. bangun je doktor kejut, nurse kejut minum air. tidur balik. doktor bagi dadah apa pun tak tahu. hahahaha. air tu kena minum banyak. siap kena tulis, minum air berapa liter. catat setiap kali minum tu. kencing pun kena sukat dengan bekas sukat yang diberi. berapa liter air yang keluar melalui air kencing dan catat dalam borang. kalau kurang minum air memang kena marah la. selera makan memang mati. makan buah je yang mampu sebab rasa manis buah kan. kalau nasi, minta maaf la tak dapat telan. nasi bubur pun suap dua tiga kali lepas tu tak nak dah. memang keluar dari hospital kurus tau. hilang 10 kg. gila! diet sendiri pun tak dapat lost 10kg. sakit bukan main senang berat badan turun. bukan la nak meminta kan. hehehehe.
doktor tak putus-putus kunjung ambil darah. ada doktor ambil darah tak ada rasa sakit pun. tak sedar pun kena cucuk. tapi ada doktor lelaki cina tu, dahlah cari salur darah tak jumpa. cucuk pun sakit. ada tu cucuk jarum tak keluar pun darah. aku bersabar gila masa doktor tu buat check up. nak nangis pun ada. huhuhuhu. ada juga doktor lelaki tu nak check denyutan jantung. of course kena buka baju buka bra. aku terus tegur, "saya nak nurse boleh?" termalu juga la doktor tu. heheh. maaf la saya masih sedar, dan belum kritikal lagi untuk anda melihat aurat saya.
oh ya, hari keempat sehingga discharge hari ketujuh keluar dari hospital pun pendarahan tak berhenti. masih ada tetapi tak selebat sebanyak hari pertama. dapat la cuti sakit dari doktor. sambung lagi check darah di Klinik Kesihatan, masih ada lagi pendarahan. sambung cuti lagi. sebulan tak kerja. orang kata, aku paling lama cuti disebabkan demam denggi. pada masa yang sama ada juga cikgu lain yang kena demam denggi juga. tapi dalam 2 minggu selepas itu dah boleh bekerja semula. haih, nasib badan la. lain orang lain demamnya, cuti pun bukan buat apa. makan ubat tidur. masih lagi tak boleh makan nasi, selera hilang terus. orang yang suka makan macam aku ni hilang selera makan. bila fikir balik, kelakar sangat.
nyamuk memang banyak di sekolah. bukan kena nyamuk di kawasan rumah ye. di sekolah, tempat kerja. sembur la fogging la banyak kali tapi nyamuk masih banyak. letih dah bermain tepuk tampar dengan nyamuk. sampaikan aku bawa sendiri ridsect dari rumah sebab tak nak kena denggi lagi. serik! sakit! aku takut sangat kena denggi kali kedua. doktor kata kena hati-hati, jaga diri. jangan kena sampai dua kali. Ya Allah, jaga lah diriku, jauhkan dari musibah.
lovenote: jenuh cuti lama sangat. lepas cuti demam denggi, sambung cuti COVID-19. tepuk dahi masa tu.