Monday, March 18, 2013

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2012



Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diadakan pada hari Khamis, 21 Mac 2013 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat UtamaAras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Peperiksaan bertulis SPM 2012 telah diadakan dari 5 November hingga 6 Disember 2012. Seramai 472,541 orang calon telah menduduki SPM di 3,590 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Seramai 30,239 orang petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar dan keputusan dapat diumumkan seperti dijadualkan.
Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama, manakala calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos.
Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2012 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi21 Mac 2013 dan akan ditamatkan pada 11.59 malam27 Mac 2013.

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
14 Mac 2012
********************************************
risau jugak dengan result kimia tahun nie. camne la agaknye..huhu :(



2 comments:

  1. menarik..Berminat untuk permohonan kemasukan pelajar di Segi Unversity bagi bidang Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sila Hubungi En Amran 0123791871
    Tolong sebarkan dan Terima kasih. #SPM dan #STPM dan #SEGI #SEGI UNIVERSITY..http://segiintake.blogspot.com/2012/04/permohonan-kemasukkan-ke-segi.html

    ReplyDelete
  2. menarik..Berminat untuk permohonan kemasukan pelajar di Segi Unversity bagi bidang Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sila Hubungi En Amran 0123791871
    Tolong sebarkan dan Terima kasih. #SPM dan #STPM dan #SEGI #SEGI UNIVERSITY..http://segiintake.blogspot.com/2012/04/permohonan-kemasukkan-ke-segi.html

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®