Friday, August 22, 2014

MH17 : Malaysia Berkabung


#MengenangMH17 #MH17 #Berkabung

Sayu dan sebak melihat satu persatu keranda jenazah dikeluarkan dari Pesawat MH6129 yang penuh dengan adat istiadat dan ketertiban. Ini kali pertama istiadat penghormatan tertinggi tentera diberi kepada orang awam pada majlis yang berlangsung di Kompleks Bunga Raya yang biasanya dikhaskan untuk ketibaan dan pelepasan raja dan permaisuri serta ketua kerajaan. 

Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat termasuk 300 anggota tentera daripada 12 Briged Infantri Malaysia bertanggungjawab untuk memastikan semua jenazah akan dikendali dengan penuh hormat dalam Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi Pesawat #MH17 di Kompleks Bunga Raya, KLIA pagi tadi. 

Persediaan telah diatur untuk memindahkan jenazah dalam 17 keranda dan tiga dalam bekas abu ke tempat persemadian terakhir mereka di beberapa lokasi seperti di Muar, Segamat, Putrajaya, Ipoh, Taiping dan Gombak. Pesawat tentera dan helikopter telah dikhaskan untuk menerbangkan jenazah ke destinasi masing-masing, termasuk lokasi paling jauh, di Kuching. Saya sendiri dapat mendengar deruan helikopter di atas bangunan makmal sekolah saya semasa sedang mengajar kerana kawasan Gemencheh berdekatan dengan Segamat. kemungkinan itu adalah helikopter yang membawa jenazah Hasni Hardi Parlan 31 yang sudah selamat tiba di Padang B (dekat Sek Tinggi Segamat) 12 tengah hari tadi.

Bila dapat tahu jenazah sudah sampai di Malaysia, terus saya online TV3 untuk melihat majlis istiadat tersebut. rasa sebak pun ada. kita yang tak ada kena mengena dengan jenazah pun cukup terasa, apatah lagi kerabat keluarga yang terlibat. takziah saya ucapkan.

Al-Fatihah.

Senarai 20 jenazah mangsa tragedi pesawat MH17:

Anak Kapal:
1) Mastura Mustafa (P)
2) Ahmad Hakimi Hanapi (L)
3) Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P)
4) Nur Shazana Mohamed Salleh (P)
5) Dora Shahila Kassim (P)
6) Lee Hui Pin (P)
7) Angeline Premila Rajandaran (P)
8) Chong Yee Pheng (P)
9) Azrina Yakob (P)

Penumpang:
1) Foo Ming Lee (L)
2) Karamjit Singh Karnail Singh (L)
3) Ng Qing Zheng (L)
4) Mabel Anthony Samy (P)
5) Paul Rajasingam Sivagnanam (L)
6) Elisabeth Ng Lyeti (P)
7) Ariza Ghazalee (P)
8) Muhammad Afif Tambi (L)
9) Noor Rahimmah Mohd Nor (P)
10) Mohd Ali Md Salim (L)
11) Hasni Hardi Parlan (L)

Pesawat MH6129 yang membawa 20 jenazah mangsa tragedi MH17 dari Amsterdam, Belanda, selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 9.54 pagi tadi.

Keranda jenazah yang dibawa keluar dari pesawat

Konvoi kenderaan jenazah dibawa keluar dari KLIA

Jenazah Hasni Hardi Parlan 31 yang sudah selamat tiba di Padang B berhampiran Sek Tinggi Segamat

1 comment:

  1. Terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana berjaya membawa pulang jenazah #mh17 yang pergi meninggalkan yang tersayang.

    Detik ini akan sentiasa diingati oleh warga malaysia....

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®