Saturday, February 28, 2015

Tempoh Perkenalan Belum Tentu Menjamin Kebahagian



Kau yakin dia betul-betul sayang kau?

Kau yakin dia ialah orang yang Allah dah takdirkan untuk bersama kau?

Yup, aku yakin dia betul-betul sayang aku sebanyak mana aku sayangkan dia. Aku dah lama dengan dia. Dah  bertahun-tahun. Aku kenal dia. Aku faham dia. Dan dia memang lelaki terbaik yang hadir dalam hidup aku. Dia tak akan tinggalkan aku. Dia pernah janji.

Bila Allah pilih kita untuk diberikan ujian, kita hampir tersungkur tak mampu berdiri. Hilang harapan. Hilang punca. Hampir putus asa.

Seolah-olah itulah penamat.

Seolah-olah dunia sudah berakhir.

Sesekali Allah uji kita tapi kita cakap, 'aku tak pernah bahagia'. Sesekali kita menangis tapi kita cakap, 'aku jarang ketawa'. Sesekali kita kecewa tapi kita cakap, 'aku tak pernah berjaya'.

Banyaknya nikmat Allah yang kita lupakan tetapi ujianNya yang sedikit itu yang kita hiraukan. Di mana syukur kita? Sedangkan hakikatnya ujian itu juga adalah salah satu rahmat dan tanda kasih Allah pada kita.

Kerana apa?

Kerana kita letakkan terlalu tinggi keyakinan pada seorang manusia. Hampir 100%.

Kita yakin dia tak akan tinggalkan kita.

Kita yakin dengan tempoh perkenalan yang sudah bertahun itu, kita benar-benar mengenali siapa diri dia. Kita yakin dia milik kita selamanya. Tapi, hakikat sebenar kita tersilap perhintungan. Kita terlupa ada yang lebih berkuasa.

Kita lupa kita hanya mampu merancang.

Sehebat mana pun perancangan kita sebagai manusia, jangan terlupa perancangan Allah itu lebih hebat daripada segala-galanya.

Bila segala perancangan kita tak menjadi seperti yang diharapkan, senyumlah dan ingatlah. Manusia merancang dengan cita-cita, tapi Allah merancang dengan cinta.

Tempoh perkenalan tak menjamin apa-apa.

Tak akan menjamin dia akan kekal jadi milik kita selamanya. Tak akan menjamin dia adalah jodoh kita.

Percayalah. Di dalam tempoh perhubungan dan perkenalan itu, terlalu banyak pembohongan. Tapi kerana cinta kita jadi buta. Buta mata, buta hati. Kita paksa hati kita untuk nampak segalanya kekal indah.

Kita pertahankan sesuatu perhubungan hanya kerana satu perasaan. Perasaan sayang untuk melepaskan kerana sudah lama bersama. 

Kita rasa takut untuk mulakan kehidupan baru tanpa dia.

Jodoh itu rahsia Allah. Sekuat mana kita setia, sehebat mana kita merancang, selama mana kita bersabar, sejujur mana kita menerima kekasih kita, jika Allah SWT tidak menulis jodoh kita bersama dia, kita tetap tidak akan bersama dengannya.

Sampai bila nak terus begitu. Betul ke kita bahagia? Betul ke di akhir nanti dia akan terus jadi milik kita? Betul ke jika kita pertahankan hubungan ni bertahun-tahun, penamatnya nanti pasti indah? Yakin?

Tanya hati, betul ke apa yang aku buat sekarang?

Betul ke aku tengah bahagia? Atau aku sekadar mempertahankan sesuatu yang belum pasti hanya kerana terlalu lama bersama?

"Never put the key to your happiness in somebody else’s pocket."

Yang berkahwin, berkongsi bahagia berpuluh tahun pun ada yang bercerai-berai apatah lagi kita yang hanya bergantung harap pada janji yang belum pasti.

Tanpa ikatan.

Jadi, kenapa terlalu berani kita letakkan sepenuhnya keyakinan pada dia?

Saat awal percintaan, semua nampak indah. Hati berbunga-bunga. Tiada yang buruk pada pandangan. Dia sempurna di mata. Tiada cacat cela. Kebahagiaan melimpah ruah. Kita orang paling bahagia di atas muka bumi ini.

Ketika cinta menyapa, usah silau dengan keindahannya. Tetapi lihatlah apakah cinta itu semakin mendekatkan kita kepada Allah atau tidak?

Tapi bila dah lama bersama, cuba renung kembali. Tanya hati. Dah berapa kali dia sakitkan hati kita?

Dah berapa kali dia curang dengan perempuan lain? Dah berapa kali dia mungkiri janji dia untuk berubah? Dah berapa kali kita bersedih kerana dia?

Jangan cuba untuk menipu.

Jangan cuba untuk beritahu yang kita bahagia sepanjang tempoh perkenalan kita dengan dia. Saya pernah alami dan saya pernah lalui. Bila dah terlalu lama bersama, kita yakin dia akan berubah demi kita. Demi cinta kita.

Tapi sebenarnya itu cuma angan-angan. Cuma mimpi yang kita cuba ukir sendiri. Untuk tenangkan hati yang rawan.

Apa jaminan dia akan berubah? Apa jaminan dia tak akan pergi tinggalkan kita?

Andai bertahun bersama, begitu teruk dia lukakan kita, kita yakin dia akan berubah satu masa nanti?

Kalau berubah, alhamdulillah. Tapi kalau masih kekal sama? Masih melayan perempuan di belakang kita. Masih menyakitkan hati kita. Masih biarkan air mata kita mengalir kerana dia. Apa yang kita nak buat selepas tu?

Terus makan hati sampai ke akhir hayat?

Duduk dan berfikir guna akal waras. Jangan terlalu ikutkan hati dan perasaan. Jangan terlalu berpegang dengan tempoh perkenalan kita.

Betul ke dia yang Allah takdirkan untuk aku? Atau aku yang masih berpegang pada sesuatu yang salah?

Jangan pertahankan andai cuma kesakitan yang kita rasa. Jangan terus merayu andai cuma sayang untuk melepaskan.

Tempoh perkenalan tak menjamin apa-apa. Kita belum kenal siapa diri dia yang sebenarnya hingga kita tinggal sebumbung (berkahwin).

If you can love the wrong person that much, imagine how much you can love the right one.

Serahkan keyakinan kita hanya pada Allah. Percaya dengan segala ketentuan Allah. Dia tahu apa yang terbaik. Istikharah dengan sepenuh ikhlas kepada Allah swt.

Selagi kita masih cuba bertahan semata-mata takut untuk melepaskan, selagi itu kebahagiaan sebenar tak akan kunjung tiba.

"Hebatnya cara Allah aturkan jodoh, bercinta bertahun pun belum tentu jadi pasangan hidup. Ada yang kenal sehari, esok jadi suami isteri" – Hafiz Hamidun.

Istikharah :

"Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu."


Wallahu'alam.


lovenota : Kalau putus cinta, redha lah kerana itu adalah kehendak-Nya. 


5 comments:

  1. kenal lama pun belum tentu dia jodoh kita.kun fa yakun . apa apa boleh jadi ikut percaturan Illahi :D

    ReplyDelete
  2. wah.. nice sharing.. luve this.. <3

    ReplyDelete
  3. Betul tu..kita hanya mampu merancang, Allah yg menentukan..Cik Mimie harap, org yang bersama Cik Mimie skrg ni jodoh Cik Mimie..:)

    ReplyDelete
  4. wah, panjang entri ni... ex boss saya, 8 tahun dia bercinta katanya. tup tup putus. lepastu berjumpa pula dengan suami skang ni, baru seminggu kenal, dah terus kahwin. so, betul. saya setuju. kita bercinta lama x semestinya kita akan kahwin degan dia. kita cuma ditakdirkan untuk bertemu, bukan untuk bersatu

    ReplyDelete
  5. betul tu...sepanjang perkenalan ada onak dan duri begitu juga jika masuk alam perkahwinan...setiap individu harus tabah hadapi dugaan dan rintangan harus bijak mengekal kan perhubungan..perlu di sirami dengan baja agar ia subur mekar :-)

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®