Thursday, December 17, 2015

PTPTN Potong Gaji Peminjam Tegar


Pemilik facebook, Batrisyia Fauzan berkongsi slip gaji seorang pekerja kerajaan di mana gajinya telah dipotong oleh PTPTN untuk membayar pinjaman. 


Nampaknya pihak PTPTN memang tidak bermain-main dengan peminjam hutang nie. Dengar jugak PTPTN nak buat operasi besar-besaran untuk mengesan peminjam PTPTN yang masih dan tidak pernah membayar hutang pinjaman. Mereka memberi tempoh sehingga bulan September sebelum mereka membanteras pemiutang yang degil membayar hutang. Memang ada perundingan bagi peminjam PTPTN pada bulan Ogos hari tu di mana peminjam PTPTN dipanggil untuk berbincang mengenai pinjaman tersebut dan potong mengikut kadar yang betul. Tapi saya sendiri tak sangka sampai banyak macam tu sekali PTPTN potong gaji, kiranya potongan mandatori disebabkan langsung tidak membayar pinjaman PTPTN. 

Kes potongan gaji secara ‘automatik’ ini sebenarnya telah pun dikuatkuasakan sejak September 2015. Ianya wajib dipotong untuk peminjam yang tidak pernah membayar hutang PTPTN selepas tamat belajar. Slip gaji mangsa peminjam PTPTN seperti gambar di bawah:  


PTPTN memotong tunggakan pinjaman si peminjam tu sebanyak RM 2 063.75. Banyak tu, siap potong sampai 2 ribu. Lepas dah kena potong tu Gaji Bersihnya tinggal RM 19.49 sen. Apa yang nak dibeli dengan RM 19 tu? MasyaAllah. Kesian sangat. Kalau tengok pada Gaji Pokok mungkin dah berkhidmat dalam 3 tahun. Belum sah jawatan lagi nie sebab KWSP masih lagi dipotong tu. Alahai, sebelum nie tak pernah bayar PTPTN ke dik? 


Slip gaji kakitangan kerajaan yang kedua pulak. Dipotong bersih! Potong sebanyak RM 3587.50. Baki yang tinggal hanya telur ayam, RM 0.00. Lagi kesian. 


Slip gaji yang ini pun habis licin gajinya PTPTN potong. Yang ini mesti pekerja am. Nak makan apa lah lepas nie..huhu

Dulu, pihak PTPTN ada mengatakan, jumlah potongan gaji bulanan akan ditentukan mengikut kemampuan masing-masing. Tapi ini macam dah potong habis. Ini dah tak mampu namanya. Macam tak patut je PTPTN nie. Kalau potong sikit-sikit tu tak apa jugak, sekadar membuka mata si peminjam tegar ini. Alahai..

Saya memang dah habis bayar pinjaman PTPTN semasa promosi sebelum pelaksanaan GST bulan April hari tu. Bila buat pembayaran penuh dapat 20% diskaun. Saya pun langsaikan semua hutang PTPTN supaya tidak mencacatkan slip gaji saya. Hehe.

Hutang nie jangan dibawa main-main. Kita dah guna tu bayar la balik ye. Anak-anak generasi kini pula nak merasa pinjaman untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi.

Pada sesiapa yang masih belum bayar, silalah bayar sebelum anda pula yang terkena potongan sebanyak itu. Sebulan tu cuma bayar RM 200++ je pun. Yang belum kena potong tu, sila berunding dengan pihak PTPTN secepat mungkin supaya diorang tak potong gaji anda secara mandatori, melampau sangat. Mau termenung sebab gaji sebulan dah habis. Betul-betul makan nasi lauk kicap jela nanti..huhu. 

Ini baru penjawat kakitangan awam, belum lagi pekerja swasta yang bergaji lebih besar tu. Stand by jela.


lovenota : Ada seorang makhluk Allah swt nie gaji beribu-ribu, ke sana ke mari, dah senang, tapi hutang masih tak bayar. Tak apa, saya tunggu awak di Padang Mahsyar ye. InsyaAllah :)


9 comments:

  1. Bila dah kena potong macam ni baru terhegeh-hegeh nak p PTPTN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Lekas-lekas la pergi runding balik dengan PTPTN.

      Delete
  2. Bagi saya tak patut la..bukan semua orang senang gaji bukan semua 5 6 k keatas..tambah di penang atau kawasan bandar kos sara diri tinggi untuk dapat kerja tetap pun susah sekarang banyak kontrak tambah GST lagi..bagi yang xberumah tangga x le terasa sangat yang berumah tangga memang terasa..Tambah kalo ada anak kecil dok menyusu lagi,kalo kena potong macam tu skali apa la depa nak makan bulan tu..bagi pendapat saya agak zalim la kalo buat macam tu..kalau potong Rm100 pun dah besaq bagi golongan ni..kalau nak buat sangat pun boleh buat la tapi jangan sampai jatuh zalim buat potongan untuk sekadar kejutkan mereka saja yang potongan bayaran balik sebanyak contoh RM500 telah dilaksanakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak patut, tapi kalau tak pernah bayar langsung lagi tak patut. Sebab tu jangan lengah-lengahkn pembayaran PTPTN tu. Bila dah terhantuk baru nak terngadah. Lagipun perundingan sudah dibuat masa bulan 8 tu. Mungkin si peminjam tak ambil serius. Wallahualam.

      Delete
  3. Xpatut la buat camtu..
    Bkn semua kerja bgus²
    Lain la cikgu balqis..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..tapi yang kena potong tu semua yang kerja kerajaan. Bagus jugak kerja depa tu. Kerja swasta mana kena potong lagi. Cuma diorang liat nak bayar dari awal je. Saya 1st kerja dah terus bayar PTPTN ni walaupun gaji ciput lagi masa tu. Tapi saya faham la tak patut potong gaji orang sebanyak itu. Itu jela.

      Delete
  4. Babi ape,Aku yang X miss bayar cukup ikut arahan Pon kene,ptptn khinzir ape,pakar restructure hutang untuk tambah unutng

    ReplyDelete
  5. paling best tag line "tunggu di padang mahsyar orang datang bayar hutang" XD,, macam kompom2 je dpt dok brehat sambil hirup nestea sambil2 tunggu org dtg byr hutang kita tu.. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janji Allah swt itu pasti. Wallahu'alam. 😊

      Delete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®