Tuesday, December 22, 2015

Salam Takziah Sahabat


Baru buka facebook tadi, terbaca mengenai pemergian seorang rakan yang kembali ke rahmatullah tengah hari tadi disebabkan kanser. Terkejut. Hairan. Terkedu. Sumpah aku tak tahu kau sakit. Aku langsung tak tahu menahu pasal penyakit kau. Kau mendiamkan diri, tak ada bagitahu langsung. Sungguh aku kecewa sebab tak sempat nak jumpa kau sebelum kau pergi. 


Aku tengok facebook kau, kau nampak sihat. Sempat pergi bercuti di luar negara. Tapi hari ini, kau dah 'tiada'. Kau langsung tak bagitahu sakit kau. Bukannya jauh pun rumah aku dengan rumah kau. Silap aku jugak sebab aku tak pernah nak mesej kau. Lama sangat tak hubungi kau. Cuma contact melalui facebook je. 

Kau memang seorang yang sangat baik, ceria, suka tolong aku masa kerja sama-sama dulu kat Ilham Resort, Port Dickson pada tahun 2006. Kalau kau tak ada, tak ada lah nak tolong aku angkat dorm-set VIP bawa ke kitchen. Kalau kau tak ada, boring sangat masa aku kerja sorang-sorang. Kalau kau tak ada, tak adalah aku nak dengar lawak bodoh kau tu. Kadang-kadang kau suka sengaja sakitkan hati aku. Kau suka tengok aku muncungkan mulut macam itik. Kau sentiasa ada dengan aku, sampaikan orang kata kita nie sepasang kekasih. Mana taknya, di mana ada Wani, di situ ada Shukor. Kalau Shukor ada dengan Wani, lambat je kerja si Shukor. Hahaha. Aku takkan lupa semua ini. 

Masa kau perkenalkan diri, kau kata kau pun dari Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) batch 2005/2006. Aku terkejut, tak percaya. Aku ketawa sambil mengatakan kau tipu. Terus kau kata, "yelah, aku nie nampak selekeh kan, tak hensem pun. Macam orang tak belajar kan. Sebab tu kau tak percaya,". Makin galak aku ketawa. Terus kena cubit sedas. Memang susah nak percaya masa tu, kau sangat merendah diri. Gile-gile humble. Bila kau dah berjaya jadi engineer pun kau biasa-biasa je. Tak macam orang lain.

Pernah satu hari tu lepas kita masing-masing sambung belajar ambil ijazah, kau kata kau suka aku. Aku tolak dengan cara baik, sebab kau sahabat aku. Kau rakan aku. Aku sayang kau, tapi sayang sebagai sahabat. Kau terima dengan hati terbuka, dan kurang menghubungi aku lepas tu. Aku pasrah. 

Lama kelamaan kau add aku kat facebook. Aku gembira sebab kau masih ingat aku. Kita berhubung semula, berkongsi cerita lama. 

Aku baru tahu juga, kau sudah menikah pada 2 Disember 2015. Ya Allah, berat sungguh dugaan balumu. Aku langsung tidak menyangka. Sungguh aku tabik pada isterimu, masih lagi menerima kau walaupun tahu kau sedang sakit. Semoga tabah wahai sang isteri!

Sungguh Shukor, aku tak tahu kau sakit. Kalaulah kau sempat memberitahu aku, kalau aku masih ada peluang untuk berjumpa dengan kau. Aku redha. Damailah kau di sana. Semoga kau dirahmati oleh Allah SWT. Aku halalkan semua hutang-hutang kalau ada, semua makan minum kau pada aku. 

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Al-Fatihah.


lovenota : terasa kehilangan sorang sahabat lagi. 



3 comments:

  1. hi nice sharing done folo, folo me back ;)

    ReplyDelete
  2. Titip Fatihah
    Tenang dan damailah di sana.
    Dunia ini hanya perjalanan-bawa bekal bawa amal.

    ReplyDelete
  3. Salam Takziah daripada saya juga, walaupon x pernah kenal dengan beliau, alfatihah utk arwah... saya ada gak sorang sahabat persis macam arwah ni, humble tapi sangat suka tolong orang dannn sangat suka nyakat saya sampai tahab sakit hati x boleh blah tapi kejap je sakit hati tu, sejam dua baik dah. Hmm, semoga arwah tenang di sana...

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®