Wednesday, May 24, 2017

Berbaloi ke Guna Fidget Spinner?


Apa itu Fidget Spinner?


Fidget Spinner adalah sejenis alat yang digunakan untuk melegakan stress atau tekanan. Bahan asas pembuatan Fidget Spinner terdiri daripada bearing @ galas bebola yang terletak di tengah-tengah reka bentuknya. Galas bebola diperbuat daripada bahan seramik, logam (keluli tahan karat atau chrome), dan reka bentuk yang hibrid. Reka bentuk hibridnya pula diperbuat daripada pelbagai bahan termasuk tembaga, keluli tahan karat, titanium, tembaga dan plastik. 

Alat permainan ini telah digunakan untuk membantu orang yang mempunyai masalah untuk memberi tumpuan, tidak fokus, gelisah atau resah seperti mereka yang mempunyai Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif [Attention Deficit Hyperactivity Disorder - ADHD], autisme, atau anxiety (kebimbangan). Ia bertindak sebagai mekanisme untuk melepaskan rasa gugup, gemuruh atau tekanan. Pakar-pakar telah bersetuju mengenai keperluan ini, dengan beberapa agensi yang menyokong penggunaannya manakala beberapa agensi NGO yang lain mempertikaikan asas saintifik dan berhujah bahawa alat permainan ini sebenarnya boleh menyebabkan seseorang lebih terganggu.

Walaupun alat ini telah dicipta pada tahun 1990-an, tetapi baru-baru ini Fidget Spinner menjadi alat permainan popular pada tahun 2017 dan menjadi tular @ trending dalam membuat trick @ helah dalam aksi video di Youtube dan Instagram. Sering dipasarkan dengan mempunyai manfaat dari segi kesihatan, Fidget Spinner sudah mula digunakan oleh kanak-kanak sekolah, menyebabkan sesetengah sekolah mengharamkan penggunaan Fidget Spinner, dengan alasan bahawa mainan itu menjadi gangguan di bilik darjah dan pelajar tidak menyiapkan kerja sekolahnya. Malahan apabila menggunakan Fidget Spinner, ia boleh menghasilkan bunyi yang akan mengganggu kanak-kanak yang lain. Sekolah-sekolah lain pula membenarkan Fidget Spinner digunakan oleh kanak-kanak dalam usaha untuk membantu mereka menumpukan perhatian dalam pembelajaran.

Banyak agensi penerbitan membahaskan bahawa banyak manfaat atau kelebihan daripada keburukan menggunakan Fidget Spinner bagi individu yang mempunyai ADHD, autisme, atau keresahan, dan terdapat keperluan Fidget Spinner ini sebagai rangsangan berterusanAda yang mengatakan, Fidget Spinner telah dicipta dan dipasarkan sebagai alat mengurangkan stress yang digunakan untuk kekal fokus. 

Sama seperti zaman-zaman sebelum wujudnya Fidget Spinner, jika kita ingin fokus dalam melakukan sesuatu kerja, sudah semestinya kita akan melakukan beberapa pergerakan seperti menggoyangkan atau memusingkan pen, mengetuk meja, menggoyangkan kaki dan sebagainya. Cuma pada zaman ini, alat seperti Fidget Sipnner dikeluarkan sebagai alat untuk membantu fokus dalam sesuatu pekerjaan.

Terdapat kanak-kanak yang mempunyai masalah ADHD dan autisme dibenarkan untuk menggunakannya di sekolah dan juga diajar cara untuk menggunakannya dengan betul. Tetapi ia menjadi gangguan dan daya penarik kepada beberapa kanak-kanak yang normal dan terpengaruh untuk menggunakan dan bermain. Bagi pelajar yang tidak mempunyai kecacatan, ia adalah satu alat permainan, dan ia sepatutnya tidak dibenarkan.

Salah seorang ibu telah membeli Fidget Spinner untuk anak lelaki berusia 10 tahun, yang mempunyai ASD / SPD dan anak perempuan berusia lapan tahun, yang disyaki ADHD. Dan beliau berkata: "Pada mulanya saya fikir, ia adalah alat yang berkesan untuk menghilangkan rasa gelisah kepada kanak-kanak apabila menggunakannya, tetapi sekarang apabila ia diharamkan di sekolah, bermakna anak-anak saya akan kehilangan alat bantuan yang amat memberi manfaat kepadanya. Adalah tidak adil jika seorang kanak-kanak dengan keperluan khas yang menggunakan alat tersebut dan kini tidak dibenarkan kerana kanak-kanak lain menggunakan Fidget Spinner semata-mata untuk keseronokan."



sumber: Birmingham Mail


Tetapi, adakah Fidget Spinner ini selamat digunakan oleh kanak-kanak normal yang lain?
Gambar di atas adalah Sharp Ninja Fidget Spinner. Sama seperti Shuriken Ninja, bukan? Jika ia digunakan oleh anak-anak anda untuk bermain sesama rakan, apa yang bakal terjadi jikalau mereka cuai mengendalikan alatan ini?

Ada beberapa ibu bapa telah menimbulkan kebimbangan keselamatan mengenai Fidget Spinner. Sebagai contoh, seorang wanita Texas yang berkongsi kisahnya di Facebook, mengenai anak perempuannya yang berusia 10 tahun tercekik Fidget Spinner dan memerlukan pembedahan untuk mengeluarkannya, seperti yang dilaporkan oleh CNN. Sudah tentu, menelan risiko apa-apa yang boleh ditelan. Sejak dari kanak-kanak lagi mereka suka untuk meletakkan objek di dalam mulut mereka, menelan dan tercekik mainan. Lagipun, Akademi Pediatrik Amerika memberi amaran bahawa tercekik adalah punca utama morbiditi dan kematian di kalangan kanak-kanak, terutama mereka yang berusia 3 tahun ke bawah. Dan juga di Georgia, seorang nenek mengatakan Fidget Spinner pecah di tangan cucunya yang berusia tiga tahun.


saiz bearing (bola galas) sebesar duit syiling


Sumber dari United Kingdom menyatakan seorang budak lelaki berusia 11 tahun hampir buta akibat terkena bilah Fidget Spinner selepas terbabas dari tangannya apabila asyik melakukan beberapa aksi putaran.


sumber: USA Today

Tidak semua kanak-kanak mendapat manfaat daripada bermain dengan Fidget Spinner. Kajian Dr. Dustin Sarver, MD, seorang profesor pediatrik di Pusat Perubatan Universiti Mississippi dan penyelidik di Pusat Pembangunan Belia, mengatakan sebahagian besar kanak-kanak dengan ADHD, lebih banyak mereka bergerak menggunakan Fidget Spinner, lebih baik prestasi memori kerja mereka. Selain itu, apabila bergerak, ia meningkatkan rangsangan kognitif dan kecerdasan mereka. Beliau juga mencadangkan bahawa kanak-kanak tanpa ADHD sebenarnya melakukannya dengan lebih teruk di sekolah apabila mereka bergerak terlalu banyak akibat bermain Fidget Spinner. Doug Roberts, seorang guru sekolah rendah di Oregon dan pengarang buku yang dikaji semula, He’s The Weird Teacher, juga menyatakan bahawa kewujudan Fidget Spinner boleh memberi inspirasi kepada kes pergaduhan dan kecurian.

sumber: Reader's Digest

Di Malaysia, Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) diarah memeriksa gajet 'fidget spinner' di pasaran sama ada permainan itu mengundang bahaya kepada pengguna atau sebaliknya. Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata penguatkuasa KPDNKK akan mendapatkan sampel permainan itu di pasaran sebelum dihantar kepada Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) untuk diperiksa. 

Pada pendapat saya, tak salah menggunakan Fidget Spinner jika untuk mendapatkan perhatian dan fokus terhadap sesuatu pekerjaan dan pembelajaran, bukan untuk menunjuk-nunjuk pada rakan-rakan dengan melakukan pelbagai aksi yang berbahaya. Dan juga reka bentuk Fidget Spinner perlu selamat dan tidak menggunakan bilah yang tajam. Ia boleh mengakibatkan pelbagai kecederaan seperti yang saya tunjukkan di atas. Terpulang pada ibu bapa jika mahu menggunakan dan memberikan Fidget Spinner kepada anak-anak anda. Tetapi AWAS, ibu bapa perlu mengawasi penggunaan Fidget Spinner oleh anak-anak anda supaya keselamatan anak anda lebih terjamin.

Tetapi jika membawa Fidget Spinner ke sekolah, itu saya tidak setuju. Jika berlaku kecederaan kepada pelajar, terkena mata, terpotong telinga, luka di muka dahi tangan, tergores di jari, cikgu juga yang disalahkan. Jika alat tersebut dibeli beribu-ribu harganya, kemudian hilang di sekolah, cikgu juga yang disalahkan. Keselamatan harus diutamakan. tak apa ye dik, simpan jelah di rumah ye. 


lovenota: kadang-kadang terlalu banyak main Fidget Spinner nie tak buat kerja langsung budak-budak sekolah saya. lepas tu saya rampas jela. wuu~


1 comment:

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®