Showing posts with label ..time pass... Show all posts
Showing posts with label ..time pass... Show all posts

Wednesday, April 10, 2013

PRU 13: Penamaan calon 20 April, tarikh mengundi 5 Mei




Sumber politik kepada New Straits Times bahawa hari penamaan calon akan diadakan pada 20 April. Hari mengundi telah ditetapkan untuk 5 Mei.




mengundi lah anda. buat pilihan yang bijak. 

Read More »

Wednesday, April 03, 2013

Hak-Hak Suami Soleh Dari Seorang Isteri Solehah



1. Isteri yang sentiasa menjaga kebersihan, kesihatan, dan kesempurnaan dirinya, rumahtangga serta anak-anak

2. Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghomati dan menyayangi keluarganya sendiri.

3. Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri

4. Tidak membenarkan lelaki yang bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami

5. Isteri sedia menjadikan suaminya sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semuajadi yang telah Allah anugerahkan kepada kaum lelaki.

6. Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suaminya tidak bertentangan dengan perintah agama.

7. Isteri sedia memberikan layanan kasih sayang dan sehingga membuatkan suami merasakan rumah tangganya itu adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagian dari sebarang masalah kerja.

8. Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suaminya. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau mengerjakan puasa sunat.

9. Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar yang sederhana serta tidak membazir cara ini dapat menyelamatkan suami dari masalah kewangan

10. Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan.

11. Isteri yang tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu untuk menunaikannya

12. Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang sama ada menerima nikmat atau dugaan dari Allah.

13. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.

14. Berdiam diri sambil mendengar bila suaminya sedang bercakap.

15. Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila di perlukan

16. Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan sebaliknya pula bila ketiadaan suaminya.

17. Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri

18. Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya.bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuataannya

19. Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang


Read More »

Friday, March 29, 2013

Tidur Berbantalkan Lengan Suami

 

Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (mengikut satu kajian) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.


Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang. 



Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak di mana kelenjar phero paling aktif. Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya. Tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang. Ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda. 



(pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu betapa asyik dan rilexnya)…FAKTA



Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur. Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah cukur ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit sahaja bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.



Pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami?



Suami-suami semua, adakah anda cukur licin ketiak atau biarkan berbulu?

tapi sekarang cik Qis hanya tidur sorang2 jer..bila lah nak berteman nie kan? XD


tapi kalau suami isteri tidur bersama tu jangan lah buat aksi ganas seperti gambar di bawah:


dahsyat! XD


Read More »

Wednesday, March 27, 2013

Isu Cerai: orang ketiga boleh dihukum


KUALA LUMPUR: Orang ketiga yang menyebabkan hubungan suami isteri berantakan kini berdepan tindakan undang-undang kerana perkembangan terkini menunjukkan mereka perosak institusi kekeluargaan Islam dan antara punca meningkatnya kes perceraian, terutama dalam kalangan pasangan muda.
Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Tan Sri Ibrahim Lembut berkata, tindakan ke atas orang ketiga itu bakal dikuatkuasakan dengan lebih tegas dan meluas di Wilayah Persekutuan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Akta 559).
“Seksyen 36 membenarkan orang disabit bersalah didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya atas kesalahan memujuk lari perempuan bersuami.

“Seksyen 37 pula merujuk kepada kesalahan menghalang pasangan sudah bernikah daripada hidup bersama sebagai suami isteri dan mereka yang disabit kesalahan itu boleh didenda RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Pengukuhan Institusi Kekeluargaan Islam anjuran Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur (MSKL), di sini, semalam.

baca dengan lebih lanjut, sila ke artikel di bawah:

bahaya sekarang nie, orang ketiga pun kena denda tawu! so, yang suka sangat dengan laki orang tu sila la batalkan niat anda. sila cari anak teruna..belambak kat malaysia..dunia apatah lagi..sama la dengan lelaki, perempuan kan makin ramai. boleh dapat yang dara lagi..so tak perlu ngorat janda..hahahaa~ XD

Read More »

Wednesday, March 20, 2013

Buat Fake Facebook untuk kutuk PM Najib & politik

haihh..makin menjadi-jadi fake facebook sekarang nie kan? yang terbaru adik Qis yang jadi mangsa keadaan. memang kesian betul kat adik. manusia suka betul menzalimi orang lain kan? apalahh salah adik Qis tuh. orang semua pandang jelik taw *if tak tahu itu fake fb la*. nanti tak pasal2 kena tangkap..masuk ISA..hehe








ini yang sempat adik Qis printscreen profile fb budak tu. dia menggunakan Syah Lopyva Oioowqk tapi tak tahu nama sebenar budak tu. yang tahu budak tu berasal dari Kemaman, Terengganu. cuba tengok fb dia, siap like page mengarut2 contohnya Melayu hebat 3gp lah, Gay Kemaman la..malu betul. adik Qis marah betul tadi, habis keluar laa ayat maki2..haha!

budak tu ada blog..so, uolss bole bukak la..

http://blogimaginasi-syah.blogspot.com/

see..sampai ke blog pun dia guna nama adik Qis. teruk betul lahh. *fofular jugak adik den neh kan..sampai guna nama guna DP..bangga ahh dia tuh* hahaha! 

sebenarnya, tak kira lah parti politik apa pun budak tu, janganlah guna profile picture orang lain. pastu mengutuk sana sini..kutuk Perdana Menteri Najib, kutuk politik, kutuk orang melayu..tak molek la gitu. kawe tok suko gini. so, kalau sesiapa kenal budak nie..nasihat la kat dia jangan guna gambar orang..macam mengaibkan orang lain je. kesian kat orang teraib tu..huhu :(

p/s: jangan memalukan dan mengaibkan orang. sesungguhnya perbuatan itu adalah salah satu dosa besar.

Read More »

Tuesday, March 19, 2013

Rahsia Personaliti Anak Berdasarkan Unsur



Ramai tanya Pakar Diari Hati (PDH) tentang perwatakan anak, ini saya kongsikan. Yang baik kita ambil, setiap anak berupaya mengubah perwatakan menjadi lebih baik setiap hari :)

TANAH : anak pertama, kelima dan kesembilan
AIR: anak kedua, keenam, kesepuluh
API: anak ketiga, ketujuh, kesebelas
ANGIN: anak keempat, kelapan, keduabelas

TANAH
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang menghargai kebendaan, keras hati, sabar, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.

(JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING)
Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sebar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja.

AIR
Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.

(JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH)
Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.

API
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.

(JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)
Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.

ANGIN
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.

(JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)
Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.


Kesimpulan:

Sifat tanah sesuai dengan sifat angin.
tanah tidak banyak dipengaruhi oleh angin.
Walaupun sekuat mana angin, tanah tetap teguh.

Air sangat sesuai dengan api
Sifat api yang panas membara dapat dipadamkan dengan air. 
Tetapi kadang2 api juga mampu memanaskan dan mempengaruhi air

Angin tidak sesuai dengan api.
kedua2 unsur ini pasti akan banyak menemui masalah dalam perhubungan kerana sifat kedua-duanya yang keras hati dan tak nak mengalah. 
Angin akan sentiasa memarakkan api

Tanah juga sangat sesuai dengan api 
api mampu dipadam oleh tanah. 
Tetapi api juga mampu membakar tanah

Tanah dan air adalah pasangan yang secocok
Masing-masing sama memerlukan antara satu sama lain

P/S: SIFAT-SIFAT yang dinyatakan ini bukannya RAMALAN NASIB. Tapi ianya diakui sebagai FAKTA SAINS yang membuktikan, perihal manusia. Tolong jangan sempitkan fikiran anda. Terima kasih! Silakan SHARE. :)

******************************

lovenota 1: saya anak yang sulung. tapi macam tak semua yang betul
lovenota 2: paling tak betul ialah pendiam. saya pendiam? peliss laaa..paling banyak mulut tu adalah saya XD


Read More »

Thursday, March 14, 2013

Surat kepada Kekasih Hati



Surat Tidak Rasmi Untuk Awak.

ENCIK JODOH BIN TAKDIR

No:26, Jalan Hati-hati,
Taman Kembang Kuncup,
Negara Temu Jodoh.


Salam awak,

Malam ini saya tak dapat tido. Cik Lena saya tak tahu pergi ke mana. Jadi apa salahnya saya tuliskan surat ini untuk awak. Walaupun saya tak tahu sama ada perlu saya layangkan surat ini pada awan biru ataupun layarkan ke lautan biru dengan harapan satu hari isinya sampai kepada awak. Saya maklum awak takkan baca tapi saya degil juga untuk menulis.

Awak, ini mengenai soal hati. Soal perasaan. Saya tak tahu bagaimana nak mulakan, tapi yang pasti pengakhirannya saya mahu hidup saya di hari tua nanti bersama awak. Ada wajah awak. Ada tawa awak. Ada usikan awak. Ada ‘gila-gila’ awak. Pasti bahagia nanti kan? Andai memang awak yang bisa merubah senyum koyak ini kepada senyum bahagia kenapa tidak?

Seabad lamanya, saya simpulkan senyap-senyap isi hati saya. Saya tak terlalu kesah seperti sekarang ini. Saya tak perlu serunsing seperti sekarang ini. Untuk sesuatu yang tak pernah saya fikirkan, akhirnya menjadi agenda utama otak saya. Untuk sesuatu yang saya tak pernah perasan selama ni rupa-rupanya berada di depan mata saya. Sesuatu itu adalah awak. Gila tapi cukup indah.

Bila awak ke utara, dan saya ke selatan, saya pening kadangkala. Mungkin ini namanya suatu proses pemahaman. Saya harap suatu hari nanti kita sama-sama dapat berada di timur melihat matahari terbit. Saya pasti masa itu kita sudah selari.

Harapan saya, moga awak melihat perkara ini dengan betul-betul serius. Jangan jadikan kata-kata awak hanya gula getah yang dicampak ke longkang. Nanti pencemaran alam.
Semoga Allah memberkati dan meredhai kita berdua.

Oleh itu saya simpulkan dalam 3 patah kata, saya sayang awak.

Yang benar,

Tulang rusuk awak sebelah lagi.


lovenota: memang kerap bergaduh, tetapi dia yang tetap disayangi..aiseh :P



Read More »

Wednesday, March 13, 2013

Bicara tentang Hati

Hati manusia begitu unik dan sukar dikawal. Kerana adanya hati, manusia menjadi lawan dan kawan. Hati menyayangi dan mampu juga membenci. Hati bersedih dan juga bergembira. Hati melahirkan perasaan, maka hati itu berasal dari mana?

Manusia mengucapkan kata-kata dengan hati, menunjukkan keikhlasannya. Manusia menggunakan hati untuk mewujudkan ikatan dan meleraikan persahabatan. Jika tindakan itu adalah pucuknya, maka hati itu adalah suria. Seperti bunga matahari yang memandang teriknya matahari. Itulah hati.

Dalam kehidupan seharian, kadangkala terjadi perkara-perkara yang menyusahkan, mengganggu jiwa dan emosi dan apa yang dibuat semuanya tidak kena. Alangkah indahnya sekiranya ada seseorang yang boleh membuatkan kita lupa akan perkara-perkara tersebut walaupun dengan hanya melihat wajahnya. Dan sesungguhnya aku telah berjumpa dengan seseorang seperti itu.

Kata-kata yang terucap di bibir sebenarnya tidak dapat mencerminkan apakah yang berlaku di sudut hati. Tiada kata-kata yang dapat meluahkan rasa cinta melainkan perasaan sayang dan cinta itu sendiri yang wujud dan dipamerkan secara semulajadi.

Wahai hati, Janganlah engkau menangis, jangan bersedih, hapus keraguan di dalam hatimu itu. Percayalah padaNYA, Yang Maha Pemberi Cinta, bahawa ini hanya likuan hidup yang pasti berakhir. Yakinlah saat itu pasti 'kan tiba.



lovenota: err..i love u! *maluunyee* XD

Read More »

Thursday, March 07, 2013

Wahai Lelaki Mengertilah Hati Wanita

Wahai Lelaki Mengertilah Hati Wanita

Andainya lelaki tahu, dalam hati seorang perempuan,
ada naluri untuk disayangi,
ada rasa untuk diberi perhatian,
ada rasa untuk didengari keluh kesahnya,
ada waktu2 minta ditemani kesedihannya,

Andainya lelaki tahu rajuk seorang perempuan minta di pujuk,
Marah seorang perempuan perlu di dekati,
Sedih seorang perempuan perlu di dengari,
Gembira seorang perempuan ingin di kongsi,

Andai lelaki tahu di sebalik seribu satu rasa itu
ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk dimanjai,
Bukan jua untuk ditatang bagai minyak yang penuh,
Hanya perlu sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh,

Kerana andai lelaki tahu hati ini akan sentiasa bertanya,
Pada diri seorang perempuan,
Wujudkah cinta itu di hati lelaki,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran

Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
Cintailah seseorang itu kerana hatinya,
Bukan paras rupa semata-mata


  for u  

mengertilah hati ini wahai sayangku
jangan dilukai walau sedikit pun


lovenota 1: tapi dia selalu buat kita sedih. 
lovenota 2: lepas tu dipujuk..syokk :P

Read More »

Tuesday, February 26, 2013

Keburukan makan Kuaci


ade ke keburukan makan kuaci? hahahaha..

hari nie Qis ada kerja di Kompleks Belia dan Sukan Paroi mengelola Pertandingan Tenis Peringkat Negeri 2013. sorang kawan Qis yang namanya tidak mahu dikenali cerita la kat kami. masa tu tengah sedap2 makan kuaci. then ada la seorang cikgu lelaki nie tegur la kawan Qis nie.

cikgu lelaki: cikgu, perempuan tak baik makan kuaci banyak2
kawan Qis: *pandang muka cikgu tu buat muka toya* masa nie kawan Qis fikir maybe cikgu nie nak bagitahu ada masalah dalaman wanita kut kalau makan kuaci.
cikgu lelaki: kalau makan kuaci banyak2 nanti ulat banyak dalam perut. nanti balik rumah mesti punggung rasa gatal2..tergaru2 la tidur malam nie
kawan Qis: $%&**$%

bila kawan Qis cerita tu memang ketawa terbahak3 laa..haha. perlu ke mention gatal punggung siap garu2 depan semua orang? malu la weii..kalau Qis mesti malu beb! cait!

sebenarnya cikgu lelaki tu melawak jer. makan kuaci nie banyak jugak khasiatnya dan banyak keburukannya.

masa Qis makan tadi terfikir jugak keburukannya.

1. kalau makan kuaci, bila bukak kulit kuaci tu mesti letak merata2 bersepah2..sakit mata tengok! betul tak? hahahaha..
2. kadang2 makan kuaci tu terselit kat celah gigi. kan payah tu nak keluarkan sisa2 tu. so, terus jadi tak selesa..kan kan kan? hehe!
3. bila makan tu, kita boleh jadi lalai. kerja kadang2 tak siap sebab asyik sangat melayan makan kuaci..macam tadi laa..asyik makan je terlupa nak kemas2. keh3 :P

sekian keburukan makan kuaci dari cik balqis :P

p/s: mr.stranger suka panggil cikgu balqis..sweet plakk 


Read More »

Wednesday, February 20, 2013

Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT)

tetiba Qis terasa nak bercerita mengenai tajuk nie..padahal isu nie da popular pada tahun lepas..apesal ek? haha..cik Qis slow betol :P

sebelum tu Qis mintak tolong pada Mr.Google untuk mengetahui istilah2 ini:

  1. Transgender: Lelaki yang tingkah lakunya seperti wanita dan wanita yang tingkah lakunya seperti lelaki.
  2. Tranvestit: Lelaki yang berpenampilan seperti wanita dan wanita yang berpenampilan seperti lelaki.
  3. Transeksual: Lelaki yang merasakan dia seorang wanita dan wanita yang merasakan dia seorang lelaki. Ada yang membuktikan perasaan itu dengan melakukan pembedahan bagi menukar alat kelamin.
  4. Homoseksual: Orang yang melakukan hubungan seksual dengan jantina sejenisnya. Lelaki yang membuat hubungan seks dengan lelaki disebut sebagai Gay manakala wanita yang membuat hubungan seks dengan wanita disebut Lesbian. Lawannya ialah Heteroseksual, iaitu lelaki yang membuat hubungan seks dengan wanita dan wanita yang membuat hubungan seks dengan lelaki. Ini adalah hubungan yang betul lagi normal dan dihalalkan oleh Islam melalui pernikahan yang menepati rukun-rukunnya.
  5. Bi-Seksual: Lelaki yang membuat hubungan seks dengan wanita dan lelaki. Juga wanita yang membuat hubungan seks dengan lelaki dan wanita.
  6. Tri-Seksual: Lelaki yang membuat hubungan seks dengan wanita, lelaki dan transeksual. Juga wanita yang membuat hubungan seks dengan lelaki, wanita dan transeksual.
  7. Pengkid: Wanita yang mencintai wanita seumpama pasangan hidupnya. Di kalangan Pengkid ada yang berpenampilann sebagai lelaki.

***********************************
tadi kat tagged ada seorang perempuan, baik je tengok rupa dia..bertudung..nampak manis. dia tegur saya melalui chat inbox. so saya pun layan la sebab bosan. 
*si hubby sakit belakang plak mase tu*. 

saya pun berbual2 kosong dengan dia. 
then tiba2 dia tanya saya, "tengah buat apa..baring ke?". 
masa nie saya fikir positif lagi. oh okey..layan je.
then dia tanya lagi, "pakai apa malam nie?". 
saya da pikir pelik..betul ke minah nie? pelik betul soklan die neh.
saya pun tanya, "u nie lessy ke?"
dia jawab, "tak. bi"
mengucap panjang saya. mana taknya, rupa ok..cantik comel, bertudung..tapi sayang bi. adei..(T.T)

saya tanya la kenapa jadi macam nie?
dia jawab, "puas dah kena tinggal dengan lelaki. dah boring. bila da amik dara terus hilang"
adei..kesian pulak dengar cerita camnie.

saya pun nasihat la dia macam2 supaya kembali ke pangkal jalan. tak tahulah jalan ke x..tapi rasanya tidak..haha. 

kenapa dia jadi macam itu?
sebab apa?
kenapa?

mungkin dia dah tidak percaya pada lelaki dah. terlalu banyak sangat dipermainkan oleh lelaki menyebabkan dia jadi begitu. pengalaman hidup. sama jugak seperti lelaki yang menjadi gay..kemungkinan terlalu kecewa dengan bekas wanita dan try mencari kebahagiaan dengan lelaki pula.

zaman sekarang benda LGBT nie dah cukup tersebar dengan meluas. kat akhbar media internet semua dah banyak bercerita mengenai isu ini. mengenai si gadis bi nie..mesti anda kata, "perempuan tu bodoh, bagi dara sape suruh? nak sedap je tahu tapi bila da sedap menyesal tak sudah!". tapi masalahnya dia dah main banyak kali..so ayat tu tak boleh pakai..haha! saya termanggu seketika. dah jauh sesat budak nie. haishh..apa nak buat? 

saya godek2 mr.google jugak. ada tak pusat pemulihan untuk golongan LGBT nie. macam takde je. patut kena ada la pusat pemulihan untuk golongan diorang nie. bagi sesi kaunseling sikit. bantu diorang jalani kehidupan normal. kan? 



p/s: ape yang aku melalut nie? =,=


Read More »

Tuesday, February 19, 2013

26 pesanan buat Suami


Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah-

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aje. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bhai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang di dalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Read More »

Thursday, February 14, 2013

Wanita Bunuh Diri Di Times Square





rasanya sudah ramai yang tahu berita nie..
seorang wanita cina bunuh diri iaitu terjun dari tingkat 6 di Times Square
gara-gara sebab patah hati selepas bergaduh dengan teman lelaki @ boyfriend
ada yang kata remaja 19 tahun..tetapi berita awani mengatakan itu adalah seorang wanita yang berusia 36 tahun..so tak tahu mana satu kesahihan cerita yang sebenar
ada yang mengatakan yang boyfriend die yang tolak wanita itu..then bila terjatuh, lelaki itu cuba untuk selamatkan tetapi tidak berhasil.
ada juga yang mengatakan wanita ini yang membunuh diri iaitu terjun.

sumber berita awani [link]

macam2 versi yang cik balqis dengar..tapi perlu ke sampai nak membunuh diri? padahal bergaduh dengan boyfriend je pun..belum ada ikatan dah nak gaduh bagai..kita sebagai orang Islam jangan lah terfikir untuk membunuh diri..tak cium bau Syurga nanti

ada hadith yang meriwayatkan mengenai hukum membunuh diri:

Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sepotong besi, maka dengan besi yang tergenggam di tangannya itulah dia akan menikam perutnya dalam Neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya. Sesiapa yang membunuh dirinya dengan meminum racun maka dia akan merasai racun itu dalam Neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya. Begitu juga, sesiapa yang membunuh dirinya dengan terjun dari puncak gunung, maka dia akan terjun dalam Neraka Jahanam secara berterusan untuk membunuh dirinya dan dia akan dikekalkan dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya.

Seorang alim lagi saleh, Zahid dan ahli ibadat iaitu al-Hasan al-Basri meriwayatkan dari Jundub bin Abdullah al-Bajli r.a., beliau menceritakan hadith ini dalam masjid Kufah dengan katanya; "bahawa Nabi saw telah menceritakan kepada sahabatnya mengenai Seorang lelaki dari Umat yang lalu telah Luka, dia tidak Sabar menanggung kesakitan dan putus ASA terhadap rahmat Allah Ta'ala dan kesembuhan dariNya, disamping tidak mengharap keredaan Allah kerana Lemah imannya dan kurang keyakinan hatinya terhadap Allah, lalu memotong tangannya, keluarlah darah tidak henti-henti sehingga dia mati. Allah berfirman; "Hambaku ini merasai lambat untuk mendapat rahmat dan kesembuhan dariKu dan tidak mampu menangggung ujianKu, lalu segera bertindak terhadap Dirinya dengan melakukan satu jenayah, iaitu membunuh diri, dia menyangka dengan perbuatan demikian untuk memindekkan ajalnya, oleh itu Aku haramkan Dirinya untuk memasuki Syurga, siapa yang diharamkan masuk ke dalam Syurga maka tempatnya ialah nereka ". 

so, kita seharusnya bersabar dengan segala musibah yang datang menimpa kita. janganlah sesekali berfikir untuk membunuh diri..kononnya dapat menyelesaikan semua masalah..itu je jalan terakhir yang ada..tidak! kita hendaklah banyak2 berdoa kepada-Nya..minta supaya kita kuat untuk mengatasi dan mengharungi segala jenis permasalahan..insyaAllah :)


p/s: thanks sayang for your counsel today :)


Read More »

Wednesday, January 16, 2013

Sharifah Zohra Jabeen vs Bawani KS


Qis sebenarnya tak tahu isu nie..sehingga la member group bagitau sambil menyanyi
"Listen listen listen..animal got a problem"
ingatkan lirik lagu baru..pelik jugak dengar sebab takde keluar kat radio pun..hehe!

then Qis pun tanya Mr.Goole..terjawab sudah isu ini..
rupanya ada forum yang diadakan di UUM
mengenai "Seiringkah Mahasiswa Berpolitik"

Bawani mengutarakan soalan:
keputusan mahkamah tentang Bersih
mengapa Malaysia tidak mampu untuk menawarkan pendidikan percuma seperti negara-negara lain

belum habis Bawani bercakap tetapi telah dihalang oleh Sharifah Zohra Jabeen, presiden organisasi Suara Wanita 1 Malaysia atau SW1M

korang dah tengok video tuh? meh tengok..



nie versi panjang punye..takde cut2..so boleh dengar sampai penggulungan..huhu~



so buat la kesimpulan sendiri..
uloss boleh baca komen dari rakyat malaysia di youtube nie..
bagi saya, saya hanya mampu tersenyum sahaja :)


Read More »

Friday, January 04, 2013

Malaysia Bakal Tenggelam Pada 2022


kalau malaysia tenggelam..mungkin ini keadaannya barangkali?




antara kawasan2 yang berisiko tinggi ditenggelami kelak ialah Batu Pahat, Melaka, Pulau Pinang, Miri, Klang, Selangor dan Pekan.

dah ramai yang membincangkan tentang hal nie di dalam blog2 lain..bagi saya ada betulnya..semuanya disebabkan oleh pemanasan global yang semakin berleluasa..



Pakar geologi, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Komoo berkata, risiko itu timbul kerana kejadian ais cair di pulau berhampiran Kutub Utara tersebut jika berterusan boleh menyebabkan paras air laut termasuk Laut China Selatan dan Selat Melaka meningkat.“Apabila air laut meningkat maka daratan Malaysia akan ditenggelami air laut terutama kawasan pesisir pantai yang berada pada kedudukan rendah.

Imej satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) Amerika Syarikat baru-baru ini menunjukkan hampir 97 peratus permukaan glasier di Greenland mula mencairIbrahim berkata, fenomena pemanasan global menjadi punca lapisan ais di Greenland cair dan ini telah mengakibatkan paras air laut di Malaysia meningkat satu hingga dua milimeter setiap 10 tahun.
Sumber: Kosmo Online
kalau secara logiknya, kawasan Malaysia mungkin akan tenggelam mestilah yang berada berdekatan dengan pesisiran pantai..keseluruhan pantai kita mungkin akan tenggelam..Singapura kemungkinan akan tenggelam juga..tiada lagi Pulau2 peranginan seperti Pulau Tioman, Pulau Redang, Pulau Pangkor, etc. hurmm..teringat kejadian yang baru2 terjadi..Kuantan pun boleh banjir kan..Port Dickson pun mengalami keadaan yang sama dulu..itu baru banjir..belum tenggelam lagi..banjir pun kira dah seram..

pemanasan global nie bukan perkara baru lagi bagi kita..kita je yang tak sedar kebanyakan barang2 yang kita gunakan menyumbang kepada kejadian pemanasan global..kita sebenarnya kurang kesedaran tentang isu ini..pemanasan global, kesan rumah hijau, penipisan lapisan ozon..semuanya berkait rapat..so, bagaimana caranya?
banyak cara2nya..uolss bole google jer..rajinkan membaca..ambil pengetahuan. yang paling penting, kita kenalah jugak menyokong "Earth Hour"..dan rasanya kena buat Earth Hour dengan lebih kerap..jangan asyik nak pandang remeh je..kononnya kita tutup semua elektrik tuh langsung tak membantu, membuang masa je..sebenarnya ada implikasinya..kalau tak kenapa ada kempem sebegitu kan? lepas tu, penanaman semula pokok dan menyokong kempen "Green Earth Day"..yang ada tanah2 di kawasan rumah tu..boleh la menanam pokok..sebabnya? untuk mengurangkan gas karbon dioksida di udara..secara tak langsungnya mengurangkan kesan rumah hijau..selain itu kawasan rumah uolss akan rasa sejuk n nyaman. then, rumah uolss yang masih lagi memakai mentol, boleh anda tukarkan kepada penggunaan lampu pendaflour sebab ia menjimatkan tenaga. emm..banyak lagi cara2 yang anda boleh buat..
selamatkan la bumi kita..





Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®