Showing posts with label ..tips... Show all posts
Showing posts with label ..tips... Show all posts

Monday, May 12, 2014

Lelaki Metroseksual



Saya amat tertarik pada artikel Harian Metro tempoh hari berkaitan dengan lelaki metroseksual ini. selepas membaca artikel tersebut, saya tersenyum sendiri membayangkan orang sekeliling saya yang memang seorang metroseksual *sekarang pun masih lagi ketawa*.

Apa itu lelaki metroseksual? dalam kepala mesti sudah terbayang penampilan artis-artis kita seperti Fahrin Ahmad, Aaron Aziz, Awal Ashaari dan Nazim Othman yang sentiasa tampil kemas dan nampak handsome dan maskulin di mata anda.



Memang tidak dinafikan, ada segelintir masyarakat agak keliru dengan perbezaan antara metroseksual dengan homoseksual kerana perkataannya yang hampir sama dan serupa. ada juga yang menganggap metroseksual adalah perbuatan atau gaya yang menjurus kepada homoseksual, gay atau lelaki lembut. itu sama sekali tidak benar! saya pernah menceritakan mengenai lesbian, gay, biseksual, dan, transgender (LGBT) tahun lepas. boleh pergi ke link di sebelah ini --> [link]

Perkataan 'homoseksual' diterjemah secara harafiah adalah "sama jantina" yang merupakan gabungan prefiks Yunani homo- bererti "sama" dan asas Latin sex- bererti "seks." Ia merujuk kepada perlakuan seks yang cenderung kepada sesama jantina. Istilah homosexual pertama kali diterbitkan secara bercetak dalam pamplet Jerman yang diterbitkan pada 1869 secara tanpa nama yang ditulis oleh novelis Karl-Maria Kertbeny, kelahiran Austria. 

Tetapi istilah 'metroseksual' adalah perkataan Yunani iaitu ‘metropolis’ yang bermaksud ibu kota dan digabungkan dengan perkataan seksual. Terdapat lebih daripada 70 definisi yang memberikan interpretasi makna metroseksual dan istilah berkenaan muncul pertama kalinya pada 1994 yang diperkenalkan oleh penulis fesyen, Mark Simpson.

Penggunaan metroseksual ini adalah merujuk kepada lelaki-lelaki yang gemarkan fesyen, sering menjaga imej dan mempunyai gaya yang tersendiri untuk penampilan diri di khalayak ramai. kebanyakan perkataan metroseksual ini digunakan untuk menggambarkan seorang lelaki bandar yang imejnya sentiasa bergaya tak kira tempat. sudah lama perkataan ini tidak kedengaran, mungkin disebabkan sudah 4 tahun saya berada dalam suasana kampung. 

Pengalaman saya dengan lelaki metroseksual sangat banyak. Ada yang bergaya menepati ciri-ciri dan imej mereka dan ada juga yang ber'hias' secara melampau sehingga tidak kena dengan penampilan diri. Teringat lagi kisah saya pada zaman persekolahan di Kuala Lumpur yang lelaki kebanyakannya adalah dalam golongan lelaki metroseksual. Pada masa itu saya berada di Tingkatan 2 dalam tahun 2001. Terdapat seorang pelajar lelaki yang sama kelas dengan saya, namanya cukup saya gelarkan Mr. AA. dia juga adalah admirer saya suatu ketika dahulu *mungkin sehingga sekarang kot?*. Dia memang seorang lelaki yang amat menitikberatkan penampilan diri, dari datang ke sekolah sehingga waktu pulang. Dalam poket sentiasa ada sikat dan perfume kecil yang mudah dibawa ke mana-mana. setiap kali waktu lapang, sentiasa meminta kebenaran guru untuk ke tandas. bila balik dari tandas, satu kelas berbau harum yang amat! tak payah tanya siapa sudah tahu siapa empunya diri yang sangat wangi itu. gaya dia berjalan lagaknya seperti orang yang 'control macho'. senyuman yang sangat manis dan gelaknya hanya ketawa kecil sahaja. gaya pemakaiannya adalah seperti gaya Hip-Hop dengan seluar besar gaya Yankee di bahagian bawahnya serta aksesori rantai yang dipasang panjang di seluar dan sentiasa bertopi. rambut sentiasa di'gubah' dan menggunakan gel rambut. bak kawan-kawan saya kata, sekali tengok dia mesti cair 'segala-galanya'. dalam hati memang saya mengiyakan tapi malu..hehe. tapi sayang, dia adalah seorang yang pemalu sedikit. jarang bergaul dengan kawan perempuan. tapi dengan saya, dia ok je, mungkin agak memilih kot. saya sangat tertarik kepadanya bukan disebabkan oleh gaya metroseksualnya, tetapi senyuman dia yang sangat sweet *sampai sekarang masih lagi mengingati senyumannya..hehe*. 

Ada juga kenalan saya yang lain. Dia juga adalah seorang lelaki metroseksual, iaitu sangat mementingkan penampilan diri dan gaya. dari segi pemakaian, pakaiannya yang sentiasa kemas dan bersih. pakaian berjenama atau branded itu sudah semestinya, baik dari baju hingga ke seluar jeans. dari segi penampilan diri, dia sangat menjaga mukanya seperti memakai pencuci muka dan bedak muka, sentiasa memakai lotion pelembap dan cologne contohnya, lagaknya seperti penjagaan wanita. mukanya juga sentiasa dicukur bersih atau shave, tidak meninggalkan sebarang kesan misai dan jambang. rambut sentiasa disapu dengan wax, baju mesti disembur dengan perfume dan badan juga disembur dengan minyak wangi. kalau nak bersiap memang mengambil masa yang lebih lama dari perempuan. saya akui dia memang seorang lelaki 'urban'. 

Ada yang mengatakan gaya metroseksual adalah pemikiran lama. sepatutnya pada zaman 2014 ini, pemikiran sebegitu tidak wujud. tetapi sebenarnya, bukan semua anak muda dan golongan remaja memiliki gaya metroseksual. masih ada lagi lelaki yang memang tidak mementingkan gaya dan imej. contoh terdekat adalah teman lelaki saya sendiri. dia seorang yang jenis tidak kisah dengan gaya tetapi seorang yang pembersih dan kemas. Biar tak bergaya asalkan pakai baju dan seluar sudah, katanya. tak perlu nak beria-ia memakai mengikut stail K-Pop la, Hip-hop etc, asalkan menutup aurat. saya yang mendengar pun dah telan air liur. betapa 'simple'nya dia.

Ciri-ciri lelaki metroseksual

Lelaki metroseksual lebih suka menghabiskan masa di butik pakaian dan aksesori selain salun kecantikan. Mereka juga memiliki penampilan menarik terutama gaya dan peribadi diri. Jejaka metroseksual juga tidak terbatas pada satu-satu usia.

Lelaki metroseksual adalah mereka yang sangat mementingkan kecantikan dan penampilan diri. Semuanya perlu terbaik untuk dirinya. Mereka dilihat begitu mengambil berat dan menyayangi diri sendiri dan menyenangi gaya hidup metropolitan.

Mereka juga kebiasaannya terdiri daripada kelompok anak muda yang tinggal di ibu kota dan menjawat jawatan tinggi, hidup mewah, mencintai fesyen, melakukan perawatan wajah dan tubuh badan. Kebiasaannya wajah mereka rapi dan disapu bedak asas lengkap dengan pelembap bibir. Mereka juga sering digambarkan mempunyai kulit bersih dan lembut hasil daripada penggunaan produk kecantikan berjenama.

Mungkin kecenderungan lelaki metroseksual untuk tampil sebegitu akibat desakan kehidupan kontemporari yang saban hari sentiasa memerlukan perubahan dan pembaharuan dalam aliran fesyen serta produk kecantikan. Metroseksual juga sering dikaitkan dengan barangan atau pakaian berjenama kerana mereka selalunya terdiri daripada golongan profesional muda yang begitu menggemari pakaian label antarabangsa.
Jika kamu seorang jejaka metroseksual, kamu nampak kacak dan kemas walaupun baru bangun tidur. Minyak rambut malam tadi pun masih ada melekat pada rambut. Ini kerana lelaki metroseksual menghabiskan masa, wang dan tenaga untuk menjaga penampilan mereka.

Mereka membawa beg tangan lelaki ketika berjalan-jalan di kompleks beli-belah. Beg tangan lelaki di sini bukan ‘pouch’ yang dipakai di pinggang macam orang selalu pakai ketika berniaga di pasar malam sebaliknya beg tangan lelaki yang berjenama seperti Louis Vuitton dan Guess.


Mereka mudah untuk bergaul dan dengan tenang boleh berbicara tanpa perlu rasa pelik ataupun terdiam tak tahu nak cakap apabila berbicara mengenai fesyen terkini ataupun minat wanita terbaru. Ataupun paling mudah dikesan kalau mereka jenis lepak minum kopi di Starbucks berbanding kedai mamak sambil membaca majalah. 

Fakta kelakar pula, mereka ada poster David Beckham dan Cristiano Ronaldo yang ditampal di dinding bilik tidur tapi peliknya poster itu bukan poster mereka beraksi di padang bola sepak sebaliknya gambar mereka bergaya dengan produk ataupun poster daripada majalah. Itu menunjukkan mereka menjadikannya sebagai idola untuk bergaya dan bukan ikon kerana kehebatan di padang. 

Tips-tips menjadi seorang lelaki metroseksual

1. Stail
Lelaki metroseksual mestilah peka dengan perkembangan fesyen terkini. Jadi, untuk menjadi seorang yang arif mengenai fesyen bolehlah mencari majalah berkenaan fesyen dan cuba untuk praktikkan cara bagaimana fesyen itu dapat digayakan dengan sempurna. 

2. Pewangi
Perfume untuk jejaka metroseksual ini sangat penting untuk memberikan lagi semangat dan membangkit aura seksi dalam diri jejaka itu. Pilihlah minyak wangi yang mempunyai haruman sensual, 'oriental' dan 'musky'. Yang paling penting pilihlah yang berkualiti. Jika anda seorang yang gemar aktiviti lasak dan 'outdoor' bolehlah guna minyak wangi yang menyegarkan. 

3. Aksesori
Aksesori itu boleh diibaratkan sebagai teman dan perlengkap untuk meyerlahkan lagi ketampanan dan menarik lagi gaya anda. Tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak, cukuplah hanya dengan seutas jam tangan yang menarik dan eksklusif. Kemudian dengan rantai yang sesuai atau cincin dan gelang boleh menambahkan lagi keyakinan dalam diri anda. Percayalah wanita suka melihat lelaki yang bijak bergaya. 

4. Kasut
Jangan abaikan soal pemakaian kasut. Ia adalah pelengkap kepada gaya yang trendy dan klasik. Namun yang paling penting kasut yang dipakai itu mestilah sentiasa berkilat dan bersih. Tidak guna jika tampil kemas tapi bila melihat bawah (kasut) tidak sesuai, kotor dan buruk. Jadi tidak kisah kasut apa, janji bersih. 

5. Penjagaan wajah
Setelah anda sudah kemas, perkara yang paling utama ialah anda perlu mengekalkan kebersihan kulit wajah anda. Jika ingin nampak kacak dan ranggi setiap hari, keluarkan sedikit modal untuk membeli produk penjagaan wajah seperti pencuci muka, penyegar dan pelembap. 

6. Grooming

Sebelum mengenakan pakaian yang smart dan kasual, anda perlu melakukan sedikit 'make over' pada soal rambut dan imej muka. Kalau boleh potongan rambut perlulah kemas, disisir rapi ke tepi dan cukurlah segala jambang dan misai untuk kelihatan seorang lelaki yang bersih dan metroseksual. 


Kekasihku metroseksual

Sebenarnya tak ada masalah jika teman lelaki atau suami anda seorang lelaki metroseksual. malah, ia adalah suatu berita gembira bagi anda. banyak kelebihan yang anda dapat jika bersama dengan lelaki metroseksual ini. tidak semestinya lelaki metroseksual ini bukan lelaki sejati. metroseksual adalah 'saguhati' bagi mereka yang bergelar lelaki. sepatutnya kamu perlu gembira mempunyai kekasih hati jenis lelaki metroseksual memandangkan mereka lebih romantis dan bijak mengambil hati kamu. rasanya, semua perempuan menginginkan kekasih yang romantik kan? 

Selain itu, mereka ada banyak lagi kelebihan istimewa yang patut kamu hargai. Antaranya;

1. Teman membeli-belah
Sering kelihatan di kawasan beli-belah dengan wanita sibuk berbelanja sakan dalam premis manakala pasangan mereka pula setia menunggu di luar. Bukan semua lelaki boleh melayan kerenah anda tatkala cerewet memilih barangan sehingga berjam lamanya. Lain pula halnya jika kekasih kamu itu dalam kalangan lelaki metroseksual. Mereka tidak kisah untuk menunggu, malah sanggup menemani serta memberi pandangan mengenai pilihan anda.

2. Dua jam untuk bersiap?
Mereka tidak pernah merungut jika anda bersiap dalam masa lama hanya untuk makan malam di kedai mamak berhampiran. Mereka juga apa kurangnya tatkala menghias rambut supaya sentiasa kelihatan kemas ketika bersama kamu.

3. Penyuntik semangat peribadi 
Sanggupkah kamu untuk mempunyai kekasih yang jauh lebih kemas dan sihat tubuh badannya daripada diri kamu sendiri? Dengan dia di sisi, kamu akan cuba sehabis baik untuk tampil seiring dengan si dia. Secara tidak langsung, ia dapat membakar semangat kamu untuk jadi lebih baik dengan mengawal pemakanan seharian, bersenam untuk tubuh badan yang lebih menarik serta tampil dengan gaya yang sedap mata memandang.

4. Lebih banyak persamaan 
Kebiasaannya, lelaki metroseksual gemar perkara yang berkaitan dengan seni, muzik dan fesyen. Dia boleh menjadi teman baik kamu untuk melakukan hobi kalian bersama. Tiada lagi keluhan dan rasa tidak puas hati sebelah pihak yang tidak bersetuju dengan pilihan lokasi bertemu janji.

5. Wangi 
Sesetengah lelaki memandang enteng perihal kebersihan serta penampilan diri dan ini yang menjadikan perasaan kurang senang bersarang dalam hati pasangan mereka. Sebagai contoh, bau badan yang ketara tanpa palitan wangian benar-benar mengganggu fokus ketika ‘dating’. Tetapi jika berdamping dengan kekasih metroseksual, kamu anda seakan sentiasa mahu mendakapnya dengan wangian yang begitu menyenangkan justeru membangkitkan rasa selesa.

sumber: harian metro

secara kesimpulannya, masih lagi terdapat perbezaan lelaki biasa dengan lelaki metroseksual pada zaman teknologi ini. ia masih dapat dibezakan melalui perwatakan dan penampilan diri seseorang lelaki itu. tapi, itu bukan syarat utama untuk kita mengadili semua lelaki. terpulang pada kaum wanita untuk memilih lelaki bagaimana yang diinginkan untuk menjadi pasangan hidup. lain orang, lain caranya, bukan?


lovenota 1: cukuplah saya memilih seorang lelaki yang bersederhana
lovenota 2: ada tak yang mengaku dia lelaki metroseksual? komen sikit :)

Read More »

Sunday, April 06, 2014

Air Kelapa boleh gantikan Petrol



Info penting!!!
AIR KELAPA BOLEH GANTIKAN PETROL

Satu lagi prestasi yangg patut diberikan penghargaan untuk pereka enjin dan jurutera yang berhasil dan berjaya menemukan bahan bakar pengganti kepada petrol dengan hanya berbekal bahan asas daripada air kelapa.

caranya pun relatif mudah :

1. Tuangkan air kelapa ke dalam botol kemudian biarkan selama satu jam.

2. Masukkan botol ke dalam beg dan tutup dengan rapat atau hindarkan botol dari sinar cahaya matahari kerana sinar cahaya matahari akan merosakkan molekul air kelapa tersebut.

3. Hidupkan motor anda dan bergeraklah seperti biasa sehingga anda kehabisan petrol yang ada di dalam tangki. Tetapi jangan risau, anda sudah bersedia dengan bekalan bahan bakar yang baru.

4. Pada saat petrol anda habis, gunakan air kelapa yang sudah disiapkan tadi untuk anda minum, kemudian tolak doronglah motor anda sampai stesen minyak terdekat. Badan sihat..., petrol pun jimat. 

Selamat mencuba....

lovenota 1: anda terkena tak? haha
lovenota 2: sebenarnya, saya pun terkena juga tadi..hehe :P

Read More »

Wednesday, March 26, 2014

Persiapan sebelum menerima lamaran dari si dia


Mustahil kamu hanya ingin bercinta dan menikmati saat indah itu semata-mata tanpa memikirkan fasa seterusnya. Sudah tentu selepas beberapa ketika, soal berkahwin dan membina masa depan bersama harus difikirkan. Bercinta pun tak manis lama-lama kerana ia mengundang maksiat selain membuang duit saja.

Bagaimanapun, apa yang perlu kamu tahu sebelum mengambil langkah itu? Apa perlu kamu lakukan dan bagaimana pula untuk melamar si dia? Persoalan itu sudah tentu bermain pada fikiran terutama kamu si lelaki yang sudah bersedia menyuntik kekasih hati menjadi suri hidup ke akhir hayat. 

Tambahan pula kedua-dua keluarga sudah bertanya bilakah masa untuk kamu hidup berdua. Namun, pada masa sama, kamu mungkin belum bersedia berkahwin kerana merasakan masih ada perkara yang belum selesai. Bilakah masa sesuai untuk kamu melamar pasangan?

Ingat, lima perkara ini sangat penting untuk dipertimbangkan bagi memastikan semua rencana berjalan lancar.


Pertamanya, persediaan. Untuk hidup berumah tangga ia bukan semudah A, B dan C kerana kamu perlu mengetahui ilmu kekeluargaan sebagai persediaan hidup berumah tangga. Umum mengetahui perkahwinan adalah penyatuan hidup sehingga ke akhir hayat. Biarpun ada rumah tangga yang runtuh di tengah jalan, namun ia bukan alasan tidak memahami erti perkahwinan.

Jadi sebelum berkahwin, kamu perlu bersedia berubah. Maksud persediaan di sini ialah kamu harus bersedia mental dan fizikal kerana dengan adanya kekuatan diri, Insya-Allah kamu sudah bersedia untuk hidup berdua dengan pasangan. 

Kamu sebagai lelaki harus memastikan diri dan sikap dalaman sudah cukup sempurna dan lengkap untuk memimpin sebuah keluarga kerana tanggungjawab perkahwinan itu di atas bahu kamu. Jika gagal kamu berdua, silap itu adalah kamu dan tewaslah kamu memeliharanya. 


Keduanya, kewangan hendaklah kukuh. Jika perkahwinan tidak semudah membaca A, B dan C, justeru sebelum berkahwin juga kamu perlu mengukuhkan kewangan terlebih dulu. Ini kerana sebelum ini kamu mungkin biasa makan seorang diri, tapi apabila sudah berumah tangga, segala-galanya dalam kiraan untuk dua orang. 

Bercinta itu lain meskipun kamu adalah orang yang akan membayar setiap kali ‘dating’ kerana aktiviti itu tidak kamu lakukan setiap masa. Berbanding berkahwin, semuanya perlu dikira dari soal penyelenggaraan rumah, kereta hinggalah ke makan minum. 

Kalau rezeki murah, kamu mungkin bertiga, berempat dan sebagainya. Ada juga rumah tangga bercerai berai hanya kerana masalah duit. Ada kes suami berhenti kerja dan mengharapkan isteri menanggung segala-galanya. 

Jika isteri tidak selesa, pergaduhan pasti berlaku dan dari sinilah punca terjadinya perceraian. Tahukah kamu jika bergaji agak kecil, sebenarnya agak susah kamu berbelanja membeli keperluan rumah tangga. Jadi kamu perlu bersiap sedia dari aspek kewangan kerana ia asas utama dalam perkahwinan.

Tiada orang boleh hidup dengan cinta kerana pada zaman ini serba-serbi memerlukan duit.


Ketiga pula, kamu mesti bersedia melupakan bekas kekasih. Berkahwin, kamu perlu bersedia segala-galanya terutama untuk melupakan bekas kekasih yang mungkin hadir sebelum kedatangan si dia. Ini kerana ada pasangan yang sukar melupakan bekas kekasih dan lebih teruk lagi, kamu masih berhubungan dengan bekas kekasih.

Jangan ketawa atau hanya senyum sinis kerana banyak rekod perceraian menyebut ia berlaku kerana berpunca orang ketiga dan peratusan membuktikan bekas kekasih kembali mengharap cinta lama. 


Keempatnya, memberi keutamaan. Apabila kamu bersedia berkahwin, bermakna kamu bersedia memberi keutamaan kepada rumah tangga. Kamu tidak seharusnya memikirkan keseronokan bersama kawan-kawan sama seperti ketika kamu masih bujang di mana kamu bebas untuk keluar menonton wayang atau melepak di mamak dan sebagainya kerana kamu harus memberi 100 peratus komitmen kepada rumah tangga. 

Tapi itu tidak bermakna kamu tidak boleh langsung menghabiskan masa bersama teman, tapi harus bijak dalam mengurus masa.

Terakhir, hubungan itu hendaklah direstui keluarga. Tidak guna kamu menjalin hubungan jika tidak mendapat restu keluarga. Ini kerana perkahwinan akan bahagia jika direstui keluarga. Tentu kamu pernah mendengar cerita, rumah tangga tidak aman dan bahagia bila mana seorang anak membelakangkan keluarganya kerana cinta terhadap pasangan. 

Ada juga kes di mana pasangannya bercerai kerana pelbagai masalah dan bila disemak, ternyata perkahwinan tersebut tidak mendapat restu keluarga.

Jika kamu melepasi semua lima kriteria di atas, itu bermaksud yang kamu sudah bersedia untuk menjadi suami. Tunggu apa lagi? Lamar si dia. 


10 soalan sebelum melamar

Setiap pasangan berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai berjaya, namun tidak kurang pula kecewa. Tapi sebelum itu, adakah kamu benar-benar bersedia walaupun semua lima kriteria di atas sudah berjaya dengan cemerlang. 

Percintaan sebelum berkahwin seperti dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka.

Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik saja di hadapan pasangannya. Tetapi selepas berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan.

Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, apa kata kamu ajukan 10 soalan ‘maut’ ini kepada pasangan bagi mengukur tahap persediaan masing-masing sebelum berkahwin. 

1. Apakah wawasan hidupnya? 

Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah perlu kamu ketahui mengenai bakal pasangan hidup kamu. Sekiranya kamu dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup sama maka perselisihan dalam rumah tangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan? 

Kefahaman serta tasawur atau gambaran jelas mengenai perkahwinan amat penting. Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadat, sudah semestinya rumah tangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya? 

Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan cita rasa. Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan? 

Setiap orang mempunyai pandangan berbeza mengenai masa sesuai untuk menimang cahaya mata. Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan? 

Masalah kesihatan kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan. Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil. Menyembunyikan penyakit kronik atau kecacatan mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul? 

Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi. Orang macam mana kamu cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya? 

Perkahwinan bukan sekadar akad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan adalah hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih. Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?

Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan? 

Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri. Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia sempit dan mati sebagai insan kerdil. Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumah tangga mereka? 

Setengah orang menganggap rumah tangga adalah masalah peribadi terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri. Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.

Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya. Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun sudah berkeluarga? Apabila kamu mendapat jawapan bersesuaian dengan apa dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. 

Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar. Pastikan kamu mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan ‘maut’ ini.

sumber: harian metro

Read More »

Sunday, March 16, 2014

Isu Copy Paste?



Sejak saya berblogger pada tahun 2008, memang isu ini susah kita nak elakkan. Ramai orang buat blog *correction: ramai blogger bersepah-sepah* sebab nak menjana pendapatan @ income semata-mata dari kebanyakan pengiklan terkemuka seperti #Nuffnang, #Churpchurp, #Advertlets, #Google, etc, dengan cara meng'copy-paste' artikel dari blog orang lain, lepas tu post di blog sendiri tanpa ada kredit dari blog asal. Tidak dinafikan saya pun ada melakukan aktiviti 'copy-paste' itu tapi saya hanya 'copy-paste' artikel dari akhbar-akhbar online, facebook sharing kawan-kawan tetapi TIDAK PERNAH meng'copy-paste' dari blogger lain. 

Disebabkan saya sudah bengang, saya men'disable'kan fungsi 'copy-paste' dari blog saya *harap maaf*


Sebab apa saya buang fungsi copy-paste? saya begitu bengang disebabkan beberapa orang blogger yang sesuka hati meng'copy-paste' artikel yang saya sendiri research mengenai "Kehilangan Pesawat MH370" tempoh hari. Saya mendapat artikel itu dari akhbar online seperti Berita Haria, Sinar Harian, Harian Metro, Kosmo, Berita Awani dan Utusan. Kemudian saya meringkaskan dan menghimpunkan semua berita mengenai #MH370 di dalam blog saya untuk tatapan pembaca-pembaca lain. Tetapi ada pula blogger lain yang mengambil kesempatan dengan meng'copy-paste' artikel saya tanpa ada kredit dari blog saya. dah ditegur tak minta maaf pula. *ego ke takut?*

banyak feedback yang saya dapat dari pembaca lain. ada yang mengatakan,

  • biar je laa che balqis woiiiii..same same laa kita share cerite ni..maapkanlah tuan punye blog ni..wokay???????? - bukan blogger
  • xpayah la nk kecoh2 sgt copy paste ke apa..orang nak tahu cerita..bukan siapa yang tulis. adoi ai... ni ler hal kecik di besar2kan... - bukan blogger
  • kesian Cik Balqis. admin kena lah prihatin, bagi kredit sikit kat tuan punya yang asal. ini isu harta intelek, kena faham sikit. jangan main share sahaja. - blogger tak aktif
  • paham harta intelek..tapi perkara sebegini lebih baik dikecualikan..biarlah siape2 yang share. jangan terlalu obses dengan kredit la atau nama. - blogger suam-suam kuku

nampak tak perbezaan komen antara bukan blogger dan blogger? saya di sini bukannya obses dengan nama @ kredit seperti yang dikatakan oleh "blogger suam2 kuku" itu. saya tak hairan la dengan nama ataupun kredit. ini adalah penat lelah saya..hasil saya. boleh je share tetapi kredit ke arah saya. *saya dah disable fungsi copy. malas nak bagi share dah* dan kepada "bukan blogger", bukan nak kecoh sangat! cuba awak rasa menjadi blogger seperti blogger ternama seperti Red Mummy dan Ben Ashari. cuba awak buat artikel sendiri dan tersebar tanpa nama anda. saya rasa anda pun akan mengamuk jugak. lihat komen "blogger tak aktif", walaupun sudah tidak aktif tetapi dia pun sendiri memahami selok belok dunia blogger. syabas diucapkan :)

Sebenarnya, saya tidaklah terlalu marah *cuma geram sedikit* dengan tindakan beberapa blogger ini. Tetapi, kalau nak jana pendapatan dari blog pun kena juga melihat dari segi etika dan moral. Perlu ke anda meniru dan meletakkan artikel orang lain di blog anda? Apa pula yang terjadi jika 'Admin blog asal' yang anda tiru itu tidak menghalalkan sumber trafik dan income yang anda dapat dari 'artikel tiru' itu? Halalkah duit yang anda dapat itu? Anda jawab lah sendiri ye.

Ada banyak cara yang anda boleh buat kalau betul-betul nak berkongsi artikel dari blogger lain. Yang paling saya rasa boleh dilakukan ialah anda dibenarkan untuk copy artikel blogger lain tetapi hanya copy sedikit sahaja dan terus link kepada artikel yang sebenar. mungkin dengan cara ini, blogger asal tidaklah terasa marah, bengang sampai maki hamun, etc, kepada anda. Bila blogger asal dah mengamuk, baru nak minta maaf. Masa anda copy tu tak terfikir ke perasaan blogger asal? *kalau kat sekolah, aku mesti cakap, TAK ADA KESEDARAN SIVIK LANGSUNG!*. 

teringat dengan kata-kata Goo Joon Pyo @ Lee Min Ho dalam 'Boys Over Flower, #BOF': "kalau dengan hanya meminta maaf, kenapa dunia ada polis? kenapa ada mahkamah dan undang-undang? kalau buat kesalahan senang-senang je nak minta maaf?"

sebenarnya, anda berblogger sebab apa?


lovenota 1: masih dalam emosi geram sebenarnya
lovenota 2: tapi dah disejukkan sedikit disebabkan cuaca hujan hari ini. Syukur pada-Mu.


Read More »

Sunday, March 02, 2014

S View Cover Samsung Galaxy Note 3



sebelum ini saya ada menulis entry mengenai Android 4.4.2 Kit Kat yang mempunyai masalah dari segi penggunaan S View Flip Cover.

semalam saya update software note 3 *saya semakin busy dan baru ada masa untuk update gadjet2 saya..huhu*. setelah update, S View Cover saya sudah berfungsi dengan jayanya! yahoo! so, saya guna balik cover samsung yang mahal itu semula sebab nak guna S View window tu kan? sangat cute..hoho!

ada kelebihan menggunakan S View Window nie..


orang yang busy macam saya nie *ehem3..ambil hati diri sendiri* paling suka guna shortcut2 nie. kalau guna S View Window kita boleh tengok terus melalui cover plastik tu, sama ada nak check message, jawab panggilan dan telefon semula @ message, preview sms or call back. tak payah nak bukak cover fon tu. hehe. 


ada function lain seperti camera, music control dan action memo.


kalau nak ambil gambar, tak perlu bukak cover fon tetapi terus sahaja ke icon camera dan anda boleh mengambil gambar terus menerusi S View Cover seperti gambar di bawah:


nak tulis sesuatu atau mencatat dengan cepat? guna Action Memo menerusi S View Cover. sangat mudah. keluarkan S Pen dan conteng lah pada cover plastik tu :P



mudah kan? sebab tu saya pun menggunakan S View Flip Cover ini. S View Cover boleh didapati dengan bermacam warna seperti gambar di bawah. and ofcoz la saya ambil warna hitam, sebab hitam itu menawan..aumm! :P



harus diingat S View Flip Cover anda haruslah yang original. kalau tak ori, semua benda tu tak berfungsi. sebab apa? di belakang case tu ada satu chip button yang connect cases dengan phone seperti gambar di bawah:


dua yellow button tu yang akan attach pada handfon. dan make sure ada nombor siri la seperti gambar di atas, yang bernombor A10 D84. tak ada button yellow tu maknanya tak original la ye. "chip ini berfungsi sebagai alat otentifikasi perangkat untuk melancarkan fungsi flip cover. Untuk case non-Samsung, produk-produk tersebut jelas tidak dilengkapi dengan chip khusus buatan Samsung dan hal inilah yang menyebabkan lockscreen tidak diaktifkan secara automatik ketika case ditutup."

ada yang mengatakan penggunaan S View Flip Cover nie tak best dan tak cantik. tapi bagi pengguna yang busy *macam saya*, S View Window sangat membantu saya. lain orang lain pendapat kan? :)


lovenota 1: abah saya pun sudah membeli Samsung Galaxy 4. 
lovenota 2: semua peringkat umur dah pandai menggunakan smartfon termasuk orang tua seperti mak dan abah saya. satu family menggunakan produk Samsung. dahsyat :P


Read More »

Thursday, February 06, 2014

Aksesori dalam Samsung Galaxy Note 3 tidak berfungsi



saya baru je beli Samsung Galaxy Note 3 4G LTE N9005 *sangat teruja and exited coz this is my dream!*. and yes the color is blush pink! *sangat obvious coz i love pink!* saya beli dengan harga RM 21++, murah sikit berbanding dengan harga pasaran. nak cari handpon macam nie pergi Terminal One, Seremban ye. hehe!

specification for Samsung Galaxy Note 3?
check je kat sini -> [web Samsung]

pada mulanya saya mengaktifkan android, ia menggunakan Android 4.3 Jelly Bean. semua aksesori or third party accesories berfungsi dengan baik termasuk S View Cover. memang smart bila guna S View Cover tapi kena beli pouch Samsung tu la kan? after upgrade an android Jelly Bean to Android 4.4.2 Kit Kat, S View Cover tak berfungsi. yang lain tiada masalah. so, hati sangat panasss sebab tiba2 dah tak boleh berfungsi. 

so, Qis pun google la mengenai Android Kit Kat nie. rupanya belum stabil lagi penggunaan android nie. kalau tau tak stabil lagi naper pi launch Android Kit Kat nie. hadei! memang tidak dinafikan seluruh dunia mengalami masalah yang sama. penggunaan S View Cover did not functional @ tidak berfungsi. dah la pouch cover tu mahal. sekali guna tidak berbaloi. siapa tak geram kan? haha

jawapan dari pihak Samsung:

"We have currently identified a software compatibility issue with the Galaxy Note 3 update to Android 4.4 (KitKat) and select third-party accessories. A software update will be available shortly. We are committed to offering a diverse and reliable mobile experience for all customers, providing continued support and solutions for any issues that arise with product updates for both Samsung manufactured and third-party accessories."

Samsung initially denied that the update caused this problem when some users claim that their cases no longer worked. In its previous statement, Samsung said that "a correlation between the Android version 4.4 and the supposed incompatibility of third-party accessories does not exist".

so, pada sesiapa yang sudah beli Samsung Galaxy Note 3, better jangan upgrade android anda sebab nanti kecewa macam saya. bila dah upgrade dah tak boleh downgrade balik yer! nanti bertambah kecewa pulak..haha. tunggu Android Kit Kat stabil dulu baru anda boleh upgrade. sentiasa follow up facebook Samsung untuk mengetahui perkembangan terbaru mengenai smartfon anda.

ada yang mengatakan S View Cover yang tidak boleh berfungsi setelah upgrade Android 4.4.2 adalah cover yang palsu dan tidak original. sila rujuk semula kepada pembekal anda.

tapi, kalau nak sangat guna S View Cover tu, ada caranya. anda kena root smartfon anda la. kalau tak sayang handfon baru, boleh root. kalau sayang tak nak root, tunggu update Android Kit Kat nie ye? hehe.

Qis boleh bagi link pada sesiapa nak SViewCover.apk tu. just google pada laman web ini -> [web forum xda developer]

Qis tak nak root. tunggu jela update tu. kalau ada, adalah. kalau takde, takde rezeki..hehe! 

[updated] samsung S View Cover sudah boleh digunakan. lihat entry ini:

lovenota 1: suka sangat guna pinkynote Qis. cute3 :D
lovenota 2: lepas nie tak beli smartfon dah. cukup apa yang ada. hehe :P


Read More »

Tuesday, January 21, 2014

Dapat topup dari Kajian Pendapat Awam


semalam qis check email, ternampak la email yang sangat berharga. sebab apa berharga? sebab dia bagi nilai wang ringgit dalam bentuk tambah nilai @ topup henpon anda. siapa tak nak topup free kan? tipu la korang tak nak! hehe.

how to participate this?
macam mana nak join?

senang je! 
korang pergi laman web Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Manusia, (IPPBM) atau Malaysian Institute for Research in Youth Development. daftarlah sebagai seorang belia dulu *korang sume still belia even da kahwin pun ek..hehe* atau terus klik pada link ini untuk melihat survey untuk dijawab -> [survey]

kalau ada survey diletakkan kat laman web itu, jawab jela mengikut kerelaan dan seikhlas hati. kemudian last sekali, mereka akan minta email dan nombor telco untuk bayaran topup. selalunya dia akan beri RM 10 la dan boleh pilih sama ada nak telco maxis atau celcom *qis nak digi actually, tapi no choice*. qis dah lama ikut survey nie dari zaman belajar lagi. memang selalu jugak dapat topup free nie. *hoho*

senang kan? *dah macam buat iklan MLM je rase*
sambil2 jawab survey tu boleh kita dapat tahu isu semasa dari web belia nie. macam2 manfaat yang anda dapat dalam laman web IPPBM tu

btw, benda ini betul. bukan tipu! percayalahhh~ :P


lovenota 1: sudah dapat katil. best tidur pagi tadi sampai terlewat bangun
lovenota 2: parahhh! :P


Read More »

Saturday, January 04, 2014

Dara: Penting atau Tidak?



tiba2 je qis ketengahkan isu ini. sebab apa?

tadi dok chatting2 dengan orang, tiba2 ada mamat selenge tanya, tumit kaki merekah ke tidak? memang pikir pelik la sebab first time orang tanya macam nie. lepas tu qis pun google pasal nie and the answer is:

petua orang tua untuk tengok seorang wanita punya dara atau tidak, berdasarkan tumit. kalau tumit merah dan licin, maksud anak dara. kalau kurang merah dan dah merekah, means tak berdara la.

la, rupanya macam tu. ada lagi lelaki tanya benda2 macam tu zaman sekarang kan? den golak jela yo. haha.

bagi wanita yang belum berkahwin macam qis *i bujang lagi okey..haha!* mesti la cakap dara itu amat penting sebab itu adalah maruah peribadi seorang gadis yang akan dipersembahkan kepada sang suami yang tercinta apabila berkahwin nanti. tapi ada jugak yang berpendapat, tak ada dara tak menjadi masalah. tak ada pun tak apa kan? hak pandangan masing2. 

ada juga bagi lelaki di luar sana, kalau dah tahu girlfriend dia dah tak ada dara mesti cakap macam nie;
 "kalau tak ada dara, cancel kahwin!
ataupun 
"u tak ada dara? kita putus! break! perempuan murahan!"
tapi kan, selidik dulu sebab musabab semuanya, mungkin ada sebabnya yang para lelaki tidak tahu.

kalau uolss search engine google, banyak artikel yang boleh anda jumpa seperti "cara untuk mengenali gadis masih dara atau tidak", "bila lelaki boleh tahu perempuan dah tak dara/virgin", "bagaimana nak tahu wanita masih dara?". saya baca satu2 fakta yang ditulis, mungkin ada yang boleh diterima tapi kebanyakan rasanya semuanya tak masuk akal langsung.

okey, saya bagi contoh artikel tu:

1. Gadis yang masih suci atau tubuhnya belum disentuh oleh lelaki, hujung hidungnya berwarna kemerah-merahan, jika disentuh hujung hidungnya nampak merah. Gadis yang tidak suci hujung hidungnya merah tetapi merah pucat, terkadang warna merah tidak nampak, yang nampak hanyalah pucat, tak percaya cuba lihat ujung hidung anak perempuan, merahkan?

yela, kalau picit hidung anak2 yang masih kecil contohnya bayi ataupun budak sekolah rendah memang la nampak merah. sebab kulit bayi, budak kecil masih lagi halus dan sensitif, sel-sel kulit masih lagi baru dan masih lagi melakukan pembahagian sel *aku bagi fakta sains katekauu! haha!*. kulit orang dewasa dah tebal *macam kulit den*. picit kuat2 tang mana pun payah nak dapat warna merah menyala tuh. *dapat sakit adalah..haha*

2. Gadis yang berkulit tebal dan kasar, cuba perhatikan kedua telapak tangannya, jikalau retak (urat2 yg mrupai retak), bukan kerana mungkin di sebabkan tidak tahan bahan pencuci yang mengandung kimia, bererti gadis itu sudah hilang kesuciannya. Gadis yang masih suci, kedua telapak tangannya halus dan licin. 

kulit tapak tangan saya memang kasar *sikit je* sebab selalu sangat bermain dengan bahan kimia sejak zaman belajar lagi *main hydrochloric acid, sodium hydroxide, etc, dah macam main sabun je*. tak apa la kalau dia dah kata kecuali kat atas artikel tu kan. tapi bila tapak tangan kasar, memang lah urat2 tuh retak *bingai betul*. ada ke tapak tangan kasar tapi urat2 die halusss cantikk..tidak! kalau masih suci, tapak tangan halus dan licin ye? GRO semua tu tangan diorang licin2 halus2 tau. kalau pegang lembut kot kalah kulit bayi. suci lagi la macam tu? nonsense!

3. setelah melihat telapak tangan yang kanan, cuba gengam ibu jari tangannya sebentar saja kira2 satu minit, bila disaat megengam terasa hangat dan ibu jarinya merah ketika dilepaskan, berarti ada harapan masih suci.

ini lagi nonsense sebab bila kita sekat pengaliran darah dan darah tidak mengalir ke hunjung ibu jari, memang ibu jari kita akan terasa panas sebab darah tak sampai ke hujung jari. mesti tak pernah buat eksperimen buang gelang pokok masa sekolah dulu. batang pokok pun boleh kembang sebab tak dapat salurkan nutrien pada dahan. inikan kita manusia. *haiyaa!*

4. perut? perempuan yang sudah hilang dara. perutnya akan mengembang dan sedikit buncit.

buncit2 jangan cakap woo. sensitif bagi wanita. hahaha. dah kalau wanita yang berisi dan yang memang perutnya buncit sebab makan banyak macam mana pulak? unreleven!

banyak lagi lah fakta karut-marut-merapu-meraban yang saya baca. nak tahu pegi google sendiri la. hehe :P

saya suka komen beberapa orang anon; contohnya:

artikel yang tak tepat langsung. sekarang ni wanita dara atau tidak dara amat susah hendak dikesan. 

ada yang dara fizikal tapi mental mereka sudah veteran disebabkan kerap menonton video lucah, atau kerap beronani.

ada yang bentuk badan yang montok memberi tekanan pada badan mereka sendiri mengakibatkan ianya tidak lagi berseri seri walaupun umur masih muda.
dan juga dengan pengaruh make-up, segalanya sudah tidak relevan, sebab boleh diubahsuai bagaimana yang dikehendaki.


dara?
penting sangat ker untuk lelaki?
kalo lelaki, mmg konfem ker teruna?
zaman sekarang, dengan teknologi sekarang ni byk bezanya....
benda ciput dlm hp tu pon bole meransang nafsu, so
tepuk dada tanya rasa.....

yup la. mmg menakutkn ble org ckp 'lelaki dpt bce seseorg tu dara atau tk..well,lau nk tau tnye trus la pd tuan pnye bdn. ap main2 teka n buat andaian sendri berdsarkan mklumat enth pape ni kn. ekeke.. ap pn, dara tu lau bersukan aktif sngt pn leh pecah gak tau. apkah itu pn dkire hilang dare??ngee.. n bgaimana pula dgn prempuan yg hilang dara gara2 dirogol tu??."dia tk rela pn, bahkn mgkin trauma dgn lelaki,so people.please dont judge..kte tk brhak. well, as long as ble kwin nnti,bia la urusan dia ngn suami je kn,

ade wanita y dilahirkan tanpa dara..
siapa kita untuk mengadili org laen..
smua tu urusan dia dgan y maha kuasa..
takde sape y sempurna..kita pon x sempurna ..
jngan ingt kita sempurna utk dapatkan org y smpurna segalanya..

if ur bf/gf ask about ur virginity, for me, he really shows no respect on u. trust me, they aren't really accept u as what u r. If i were u, i'll just left him coz, u deserve someone better than him.
after marriage, if any problems happen, there must be a reason. look back on what u have done before. and ask for forgiveness. don't blame each other, coz nobody can be blamed except urself. hope u guys always happy now and hereafter..('',)

saya suka dengan satu pepatah ini;

Dara tak menjamin kebahagiaan rumahtangga.- Abetan. 
The done is done.- De. 
Enough is enough.- LO.


lovenota 1: ada tak artikel nak kesan lelaki ada teruna atau tidak? hahaha
lovenota 2: paloi sungguh. hahaha. opps! :P

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®