Hari ini dapat CPUV baru. agak lama saya tak update mengenai CPUV.
terlalu banyak yang Nuffnang bagi, so letih pulak nak tengok.
sebab panjang berjela-jela..haha.
Terima kasih Nuffnang sebab bagi CPUV yang memang banyak pada bulan Oktober.
memang pecah rekod la. rasanya first time Nuffnang bagi macam nie kot. yeke?
Lan Berambeh adalah CPUV yang ke 170.
CPUV yang lain pun masih lagi berjalan, contohnya:
Transitions Optical
Win a 3 Days 2 Night Trip to Macau
MGIA Parent Campaign
Keseluruhan CPUV yang masih berjalan sebanyak 10 CPUV atau 26 type of ads.
CPUV yang double triple tu kita kira sebagai satu jenis CPUV disebabkan ia dari CPUV yang sama. bezanya, kalau kita ada 3 atau triple CPUV yang sama, maksudnya iklan tersebut akan keluar di ketiga-tiga ads di blog anda iaitu di Large Rectangle (LR), Skycrapper (SC) dan Leaderboard (LB) tetapi dalam amount yang berbeza. kalau keluar 2 atau double CPUV je, maknanya hanya ada 2 tempat yang ia akan keluar. contohnya, saya punya CPUV "British Council", saya memang perasan dia hanya keluar di bahagian LR je. tempat lain memang takde keluar pun. sebab saya hanya ada 1 ads dari "British Council".
Hal ini telah dijelaskan oleh pihak Nuffnang, iaitu James Khor. lama dah tapi baru sekarang nak share. hehe. maksudnya sekarang Nuffnang dah pisahkan mengikut jenis ads sama ada Large Rectangle, Skycrapper dan Leaderboard. cuma kita je yang tak tahu yang mana satu amount untuk LR, mana yang untuk SC atau LB.
berbalik pada cerita CPUV yang ke-170 ini, saya hanya dapat 1 jenis ad je, tapi tak tahu position ad yang mana. maklumlah tengahari nie Nuff selalu tido je..hehe
apa maksud Lan Berambeh?
Perkataan “lan berambeh” adalah perkataan bahasa tempatan Sarawak.
“lan” bermaksud mari, sila, ayuh atau jom.
Manakala perkataan "berambeh" pula bermaksud melawat, berkunjung, bersantai atau bermalam ke sesuatu tempat atau lokasi.
Berambeh sebenarnya menggambarkan corak kehidupan masyarakat Melayu yang tinggal di sesebuah rumah orang lain dan dianggap seperti saudara-mara sendiri.
so, ayuh berkunjung
Iklan sikit:
Kepada semua anak-anak Sarawak yang menetap di seluruh Semenanjung Malaysia sama ada bekerja ka, belajar ka, ngekot laki kerja atau apa apa jak lah. janji orang Sarawak yang berada di Semenanjung.
Ada berita gembira tok.
Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2014
Tempat : Perkarangan Stadium Bukit Jalil
Tarikh : 31 Oktober hingga 2 November 2014.
Tahun tok banyak aktiviti menarik. Boleh datang sik?Tolong sebar benda tok.
tak faham? haha. tak faham tengok je gambar di bawah:
Karnival nie tak semestinya untuk orang sarawak je.
sesiapa pun boleh join meramaikan karnival nie.
kalau cakap dengan mak saya, mesti dia nak pergi nie.
tapi jauh. tak larat kut. hehe :P
terima kasih Nuffnang atas CPUV yang banyak itu
dan terima kasih pada anda yang melawat blog saya dan klik iklan-iklan saya
Read More »