Tuesday, November 25, 2014

Giveaway by NDE



Giveaway by NDE

Giveaway yang dianjurkan oleh Ndedzafirah ini menawarkan hadiah-hadiah menarik menanti anda. 
Kami mencari seramai 4 orang pemenang sahaja. 
Pemilihan pemenang berdasarkan Top referral dan Random.org. 
Jadi, mari ramai-ramai memeriahkan Giveaway by NDE ini. 


CLICK BANNER UNTUK JOIN


Read More »

Dah Terima Gelang Bugslock


Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk

Disebabkan cuti sekolah sudah bermula, saya jarang ke sekolah. Bungkusan Post laju dari syarikat X-Cube Enterprise pun baru saya terima hari ini. Mungkin lewat kot saya dapat. Maaf kak mia. Hehe.


Yang kad kecil tu hadiah dari AcikWatie yang saya terima tadi sempena birthday saya bulan lepas. Tengkiu acik! :)

Bila saya membuka bungkusan tu, ada dua jenis bugslock yang diberi. Satu berwarna biru, dan satu lagi berwarna pink. And of course i pilih warna pink dulu untuk digunakan..betul tak? Hoho


Terima kasih kak mia dan X-Cube Enterprise kerana memilih saya untuk menggunakan BugsLock nie. Saya terus pakai tau. Sebab saya kat luar sekarang nie. nak try keberkesanan BugsLock nie.

Tunggu review penggunaan BugsLock dari saya ye. Thanks! Tahniah juga pada yang lain yang dapat gelang BugsLock nie. 


lovenota : bau grasslemon melekat pada badan..hehe

Read More »

Penjawat Awam Terima Bonus Pada 18 Disember


Penjawat awam terima bonus pada 18 Disember


Isnin - 24 Disember 2014


SHAH ALAM - Penjawat awam di Selangor bakal menikmati bonus sebanyak setengah bulan gaji pada 18 Disember depan.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, pemberian bonus akhir tahun itu dilakukan bagi membantu penjawat awam bagi menghadapi persediaan untuk persekolahan  anak-anak.

"Sebuah kerajaan yang efisyen dan kuat adalah hasil daripada sinergi dan usaha sama pentadbiran awam. Pemberian bonus ini dilakukan atas sumbangan mereka (penjawat awam) dalam melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Negeri secara profesional dan berintegriti," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Belanjawan Selangor 2015 yang berlangsung di Dewan Negeri Selangor.

Jelas beliau lagi, pemberian bonus tersebut dibuat bagi menghargai sumbangan penjawat awam yang mengurus dan membantu menyelaras pelbagai sektor pentadbiran dan pembangunan di negeri tersebut.

Sumber : Sinar Harian

******

Ini adalah untuk Kerajaan Selangor
Tak boleh jadi nie
Tahun depan nak apply pindah Selangor la macam nie
Hohoho

Setakat ini selangor dengan johor bagi bonus
Negeri lain macam mana?
Agak-agak ade ke?


lovenota : macam tak dapat je nogori nie. Huhu





Read More »

Love is #10 | Talking 'Till Fall Asleep



Talking until fall asleep

Itu adalah incik abe punya faveret 
Tengah syok bersembang tiba-tiba dia diam plak 
Panggil laung dok banyak kali..
siap seru nama penuh siap dengan bin pun tak sedar

SAH TIDUR!

Esok kalau tanya, alasannya bukan tidur, 
TERLELAP!

aik, tak sama ke? 
( ̄﹏ ̄)||


lovenota : Oyasumi Minnasai!



Read More »

Monday, November 24, 2014

Temui Plastik Berisi Kepala Manusia


Penduduk gempar temui plastik berisi kepala manusia


ISNIN, 24 NOVEMBER 2014 @ 8:16 PM  

BUKIT MERTAJAM: Penduduk Taman Impian Ria dekat sini gempar apabila menemui satu plastik hitam berisi kepala manusia dipercayai warga asing yang diletakkan di sebuah kedai, di Lorong Impian Ria 5, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, orang awam yang menyedari bungkusan beg plastik berkenaan kemudian menghubungi polis untuk siasatan.


sumber : Berita Harian

******

buang kepala manusia macam buang sampah. 
memang BERANI

senang betul nak bunuh orang sekarang nie
dah bunuh orang, lepas tu penggal kepala mayat 
badan mayat tu entah kat mana pulak orang tu campak 
jangan kau campak badan mayat tu kat Jambatan Pulau Pinang sudah 

mayat itu dipercayai warga asing. 
mungkin pembunuh tu pun warga asing jugak 
mungkin indonesia, bangladesh, myanmar, negro? 
sebab tu lah memang takut kalau terserempak dengan warga asing nie. 
takut apa-apa jadi pada kita

orang dah tak takut undang-undang gamaknya 
kalau tak takut pun, 
takut la pada Tuhanmu! 
kalau kau terlepas di dunia, 
di akhirat kau takkan terlepas dari Allah SWT, pembunuh!


Amankah lagi MALAYSIA kita?


lovenota : SERAM!

Read More »

Terperangkap Dalam Lif


16 termasuk dua bayi terperangkap


Isnin, 24 November 2014 @ 6:00 PM

Melaka: Seramai 16 individu termasuk dua bayi dan seorang kanak-kanak terperangkap kira-kira 40 minit dalam lif di Hospital Melaka tadi.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 1.45 petang itu, terdapat 13 orang dewasa termasuk dua warga emas bersama dua bayi dan seorang kanak-kanak di dalam lif berkenaan yang terhenti di antara tingkat dua dan tingkat tiga hospital terbabit. Kejadian mengakibatkan, tiga daripada mereka termasuk dua wanita sesak nafas manakala, kedua-dua bayi berkenaan menangis akibat kepanasan sebelum semua mereka berjaya dibawa keluar dengan bantuan orang ramai.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh Pegawai Bomba Kanan II Hairulnizam Ridhuan berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 2.12 petang. 

"Seramai enam anggota bersama sebuah jentera ke lokasi dan tiba jam 2.25 petang, namun sebaik tiba semua mangsa sudah dikeluarkan kira-kira lima minit sebelum itu. Mangsa dipercayai berjaya keluar selepas seorang anggota keselamatan mengumpil pintu lif menggunakan batang kayu penyapu," katanya.



sumber : Harian Metro

******

bila saya baca berita macam nie, saya teringat cerita drama korea, iaitu Secret Garden
siapa-siapa yang memang peminat tegar drama korea, mesti tahu cerita itu, kan?


kes yang sama iaitu terperangkap di dalam lif, tapi takde la terbakar macam dalam drama nie. kalau pasal lif je, saya memang seram, takut kalau-kalau terjadi seperti dalam drama ini di mana lif tersebut jatuh menjunam ke bawah

astagfirullah! 
minta dijauhkan!
jangan ada yang trauma nak naik lif dah lepas nie!






ingat tak babak di gambar di atas?

Firefighter Gil selamatkan Kim Joo Woon di dalam elevator lift, 
kemudian dia dapat rasa dia tidak mungkin dapat selamatkan dirinya.

yang sedihnya, dia tinggalkan amanat kepada Kim Joo Woon,
"Hurry and go. Go and tell my daughter that I'm sorry I couldn't get home early. Tell her I love her. That her father loves her very much. Tell her that for me"

babak ini memang betul-betul touching. 
sedih mak non! huhu
eh! lari dari tajuk pulak!

jom layan komik kejap!




snowcream kiss XD


tengok babak nie tersenyum sorang-sorang..
hohoho XD


lovenota : rindunya nak layan drama korea..hoho!

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®