Tuesday, July 28, 2015

Kenapa Jatuhkan Tan Sri Muhyiddin Yassin?


SELASA, 28 JULAI 2015 @ 4:47 PM 
Saya terima keputusan PM gugurkan saya daripada Kabinet - Muhyiddin



KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin akur dan menerima dengan hati terbuka keputusan penggugurannya dalam rombakan Kabinet hari ini diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Saya menerima keputusan Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada Kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif Najib untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet. Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya sudah terbabit secara langsung dalam pembuatan dasar kerajaan dan melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan. 

Cuma menurut beliau, berkenaan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), beliau mempunyai prinsip dan pendirian sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara. "Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha," katanya. 

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO, akan terus melaksanakan amanah dipertanggungjawabkan dan mencurahkan khidmat bakti demi memperkukuh parti itu serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO. Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO," katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih Perdana Menteri kerana memberi peluang kepadanya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009. 

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang menyokong sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri," katanya.

Senarai Penuh Kabinet Baharu 2015 

PERDANA MENTERI 
Datuk Seri Najib Razak 

TIMBALAN PERDANA MENTERI 
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi 

MENTERI KEWANGAN: 
Datuk Seri Najib Razak 

MENTERI KEWANGAN II: 
Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlan 
Timbalan Menteri: 
1. Datuk Chua Tee Yong 
2. Datuk Johari Abdul Ghani 

MENTERI PERTAHANAN 
Datuk Seri Hishammuddin Hussein 
Timbalan Menteri: 
1. Datuk Mohd Johari Baharum 

MENTERI DALAM NEGERI 
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi 
Timbalan Menteri: 
1. Datuk Nur Jazlan Mohamed 
2. Masir Anak Kujat 

MENTERI LUAR NEGERI 
Datuk Seri Anifah Aman 
Timbalan Menteri 
1. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican 

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI 
1. Datuk Seri Mustapa Mohamed 
2. Datuk Seri Ong Ka Chuan 
Timbalan Menteri: 
1. Datuk Ahmad Maslan 

MENTERI KESIHATAN 
Datuk Seri Dr S.Subramanian 
Timbalan Menteri 
1. Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya 

MENTERI PENDIDIKAN: 
Datuk Seri Mahdzir Khalid 
Timbalan Menteri: 
1. P.Kamalanathan 
2. Chong Sin Woon (Senator)

MENTERI PENGAJIAN TINGGI 
Datuk Seri Idris Jusoh 
Timbalan Menteri: 
1. Datuk Mary Yap Ken Jin 

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz 
Timbalan Menteri: 
1. Datuk Mas Ermieyati Samsudin 

MENTERI PENGANGKUTAN 
Datuk Seri Liow Tiong Lai 
Timbalan Menteri: 
1. Datuk Abdul Aziz Kaprawi 

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI: 
Datuk Amar Douglas Unggah Embas 
Timbalan Menteri: 
1. Datuk Noriah Kasnon 

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 
Senator Datuk Seri Salleh Said Keruak
Timbalan Menteri: 
1. Datuk Jailani Johari 

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili 
Timbalan Menteri: 
1. Datuk Seri Dr James Dawos Mamit 

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH: 
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob 
Timbalan Menteri: 
1. Datuk Alexander Nanta Linggi 
2. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub 

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI: 
Datuk Wilfred Madius Tangau 
Timbalan Menteri: 
1. Datuk Dr Abu Bakar Diah 

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR: 
Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar 
Timbalan Menteri: 
1. Datuk Ir Hamim Samuri 

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek 
Timbalan Menteri: 
1. Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman 

MENTERI KERJA RAYA: 
Datuk Seri Fadillah Yusof 
Timbalan Menteri: 
1. Datuk Rosnah Rashid Shirlin 

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT 
Datuk Seri Rohani Abdul Karim 
Timbalan Menteri 
1. Datuk Azizah Mohd Dun 
2. Senator Datuk Chew Mei Fun 

MENTERI SUMBER MANUSIA 
Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem 
Timbalan Menteri 
1. Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib 

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN 
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor 
Timbalan Menteri 
1. Datuk Loga Bala Mohan 

MENTERI BELIA DAN SUKAN 
Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri 
1. Datuk M Saravanan 

MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI 
1. Datuk Seri Azalina Othman Said 
2. Nancy Shukri 
3. Senator Datuk Seri Wahid Omar 
4. Datuk Wee Ka Siong 
5. Datuk Seri Jamil Khir Baharom 
6. Senator Datuk Seri Idris Jala 
7. Tan Sri Joseph Kurup 
8. Datuk Joseph Entulu Belaun 
9. Datuk Seri Shahidan Kassim 
10. Senator Paul Low Seng Kuan 
11. Datuk Mah Siew Keong

Sumber : Berita Harian

**********

Kenapa dalam banyak-banyak menteri, TSMY jugak yang digugurkan? Tak suka gile! Sangat terkejut! Antara semua menteri kabinet yang ada, TSMY yang rasanya paling bagus berbanding menteri-menteri yang lain. Geram pulak rasanya. Disebabkan kelantangannya dalam kes 1MDB tu, TSMY dikenakan perlucutan jawatan dari kabinet. Baru nak tengok TSMY jadi Perdana Menteri. Hancur, kecewa..Adui..Huhu. 

Hidup ini ibarat roda, sekejap kita di atas sekejap kita di bawah. Dunia ini penuh dengan kezaliman dan ketidakadilan. Jika kita ingin buat sesuatu buatlah selagi hayat masih ada. 
Sampai suatu masa mulut tak boleh berbicara lagi, kaki tak boleh melangkah, di ikat atas dan bawah, maka bermulalah episod kehidupan sebenar...cemas tidak terkata lagi apabila berhadapan dengan raja daripada segala kerajaan yang ada di muka bumi 
Aku menulis supaya engkau tidak muflis di sana...

Orang kata, berani kerana BENAR! Teruskan perjuanganmu TSMY!! Perjuangkan anak bangsa kita! Ramai yang menyokong anda dari belakang! 


lovenota : tiada selera lagi untuk mengambil tahu hal politik negara. 

Read More »

Monday, July 27, 2015

Hukum Melilit Tudung Berkali-kali


Tadi masa tengah godek-godek facebook, terjumpa satu hadis yang mengatakan pakai tudung atau selendang tu hanya boleh buat lilitan sekali sahaja. Buat lilitan tudung @ shawl dua kali tak boleh atau dilarang. Saya musykil dengan hadis tersebut lalu meng'google' maksud hadis tersebut. Saya terjumpa satu laman web Ustaz Syihabudin Ahmad mengenai pandangannya pasal lilit selendang @ shawl banyak kali tu. 

*gambar sekadar hiasan*


HUKUM LILITAN TUDUNG BERKALI-KALI
Oleh Ustaz Syihabudin Ahmad

Soalan: Adakah hadis berikut menunjukkan larangan melilit tudung dua kali atau lebih? Dikatakan Nabi SAW bersabda ketika melihat Ummu Salamah memakai tudung: “Hanya satu kali lilit, dan jangan dua lilitan!”

Jawapan: Hadis tersebut Dhoif (Lemah). Menurut para ulama, hadis dhoif tidak boleh dijadikan hujah di dalam hukum hakam agama.

Fakta:

❶ Tudung boleh dipakai dengan pelbagai cara. Apa yang penting, ia mestilah bertepatan dengan sifat-sifat menutup aurat yang digazet oleh agama.

❷ Sifat tudung yang ringkas menurut ajaran agama Islam:

Menutupi kepala (kecuali muka), leher dan belahan dada. Tidak jarang sehingga menampakkan warna kulit atau rambut. Tidak menyerupai lelaki

Penjelasan Hadis:

❶ Hadis yang lengkap direkod seperti berikut:

HS Zuhair bin Harb, HS `Abdurrahman (ح) HS Musaddad, HS Yahya, daripada Sufyan, daripada Habib bin Abi Sabit, daripada Wahab – pembantu Abu Ahmad, daripada Ummu Salamah. (Beliau berkata:)

Nabi SAW telah masuk menemuinya ketika itu beliau sedang memakai tudung. Lantas Nabi SAW bersabda kepadanya:

«لَيَّةً لَا لَيَّتَيْنِ»
Hanya satu lilitan (lipatan), bukan dua lilitan.

Abu Daud berkata: Maksud sabda Nabi “Hanya satu lilitan (lipatan), bukan dua lilitan.” Ialah baginda mahu berkata: Janganlah kamu melilit kepala seperti (serban) lelaki. Jangan mengulang-ulang satu atau dua lilitan. (HR Abu Daud di dalam Sunan Abu Daud, bilangan: 4115)

❷ Hadis ini Dhoif kerana masalah yang ada pada seorang perawi bernama: Wahab – pembantu Abu Ahmad.

Syeikh Syu`aib al-Arnaout berkata: Perawi hadis ini adalah Siqat (orang-orang dipercayai) melainkan Wahab pembantu Abu Ahmad. Dia adalah perawi yang diperselisihi peribadinya. Ad-Daruqutni dan al-Hakim menyatakan bahawa beliau ialah Abu Sufyan pembantu Ibnu Abu Ahmad, seorang yang dipercayai yang telah direkodkan hadisnya di dalam Sahihain. Justeru itu dia turut dianggap siqah oleh Ibnu Sa`ad, Ibnu Hibban dan ad-Daruquthni. Al-Mizzi juga beranggapan seperti itu.

Manakala Ibnu Abdul Bar pula berkata: Tidak sahih nama bagi Abu Sufyan melainkan hanya gelarannya sahaja. Kami (Syeikh Syuaib) pula berpendapat: Al-Munziri, Ibnu al-Qattan, az-Zahabi, Ibnu Hajar telah menjahilkan (menganggap ia sebagai perawi yang tidak dikenali-majhul) Wahab pembantu Abu Ahmad.

Sekiranya Wahab ini ialah Abu Sufyan seperti mana yang dinyatakan oleh ad-Daruquthni dan al-Hakim, maka sanad hadis ini sahih. Tetapi jika tidak, maka dia ialah seorang perawi yang majhul seperti mana yang dinyatakan oleh al-Munziri dan orang yang mengikutinya, maka sanad hadis ini adalah Dhoif.

WallahuA`lam.

❸ Sekiranya kita andaikan bahawa hadis ini sahih, maka kita simpulkan seperti berikut: Hadis ini tidak menunjukkan kepada pengharaman lilitan tudung tetapi ia menunjukkan kepada larangan memakai pakaian yang menyerupai lelaki. Inilah yang cuba dijelaskan oleh Imam Abu Daud di dalam ulasan ringkas di atas.

Tambahan pula, tiada hadis lain yang sahih atau yang lebih sahih daripada hadis ini yang mengharamkan lilitan. Tetapi hadis yang mengharamkan wanita menyerupai lelaki sangat banyak.

Antaranya, Ibnu Abbas berkata:

لَعَنَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ المُخَنَّثِينَ مِنَ الرِّجَالِ، وَالمُتَرَجِّلاَتِ مِنَ النِّسَاءِ
Nabi SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita (pondan) daripada kalangan orang lelaki dan perempuan yang menyerupai lelaki (tomboi) daripada kalangan wanita. (HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan: 5886)

Maksud menyerupai dalam konteks hadith di atas termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya.

WallahuA'lam.

Sumber : Ustaz Syihab 

Semoga semuanya jelas dengan penjelasan ini ye. Jangan salah sangka pula. Bertudung disebabkan tuntutan syariat, bukannya nak berfesyen. Dan tak salah kalau nak berfesyen sikit-sikit tetapi masih lagi menutup aurat. Menutup aurat kerana Allah Ta'ala. InsyaAllah.



"The HIJAB can take many forms
All of which when done right
InshaAllah
Are beautiful in their own right"

lovenota : sejak guna shawl memang saya tak sentuh tudung bawal lagi. Kekok bila memakainya kembali. Aneh. 


Read More »

Tuesday, July 14, 2015

Pluto's Love Letter



Google's day : Pluto will send Earth Love Letter

Subhanallah! 

Awww..so sweet. cantiknya kalau dapat tengok full love shape Pluto esok. so, kena lah tunggu sehari setengah untuk melihat gambar tersebut. sekarang nie hanya boleh nampak separuh dari shape sahaja melalui New Horizons, kapal angkasa NASA yang menggunakan kamera LORRI. Ia akan mencapai planet kerdil tersebut dan cuba untuk belajar segala yang boleh mengenai Pluto dan lima bulan yang dikenali, iaitu Charon, Hydra, Styx, Nix, dan Kerberos. walaupun Pluto sangat jauh dari Bumi, tapi kita masih dapat menikmati dan mengetahui kejadian yang berlaku di angkasa lepas. syukur.

gambar yang diambil oleh NASA pada 12 Julai 2015. love shape ada di sebelah kiri gambar. 

[Updated]
Gambar terbaru pada 14 Julai 2015. Subhanallah, cantiknya Pluto!

Highest resolution colour of Pluto dan Charon. Jika dilihat 'love shape' mempunyai warna yang berbeza sebenarnya. 

Gambar planet sebenar dalam sistem suria

Kapal New Horizons telah dilancarkan pada 19 Januari 2006, mengembara kira-kira 58,000 kilometer sejam. Ia telah mengembara selama 9.5 tahun merentasi hampir 5 billion kilometer untuk melihat Pluto dan jiran-jiran yang berais. Ia adalah kapal angkasa yang paling cepat yang pernah meninggalkan Bumi (pada kelajuan dari New York ke Los Angeles akan mengambil masa kira-kira empat minit). New Horizons melintasi orbit bulan sembilan jam selepas pelancaran - satu perjalanan yang mengambil Apollo 11 angkasawan kira-kira tiga hari. Dan pada hari ini, iaitu 14 Julai 2015, kapal tersebut sudah sampai dan akan melepasi Pluto kira-kira 7.50 pagi tadi pada jarak 12 500 kilometer. Imej pertama akan dimuat turun pada esok hari. 


Saya ingat lagi pada zaman sekolah rendah, kita kena hafal nama-nama 9 planet yang mengelilingi matahari. pada masa itu, Pluto masih lagi dikenali sebagai planet. 


Tetapi pada tahun 24 Ogos 2006, istilah planet telah digugurkan dan dinamakan sebagai planet kerdil dan tinggal 8 planet sahaja. 



tetapi, bagi saya, saya masih lagi menganggap Pluto sebagai planet. 





lovenota : pengaruh kartun kuat nie XD


Read More »

Tuesday, July 07, 2015

CPUV #249 : Paper Towns Movie



Terima kasih Nuffnang. Walaupun agak lama saya menyepikan diri, tetapi Nuffnang tetap memberikan advertiser kepada blog saya yang tak seberapa ini. alhamdulillah. rezeki Ramadhan. 


Sudah banyak advertiser yang sudah dikreditkan ke blog saya. jutaan terima kasih kepada semua advertiser yang memberi peluang kepada saya. jika dilihat kepada gambar di atas, terdapat 6 jenis campaign yang masih kekal aktif iaitu:

RHB Lifestyle App
Resort World Sentosa - Hotel Michael
Shell Helix "Love My Engine"
Goodyear Assurance DuraPlus - Tyres
Wall's Magnum Raya

Dan yang terbaru, CPUV yang ke 249 ialah Paper Towns Movie. oh, ada filem baru nampaknya ye. Filem ini akan release pada 24 Julai 2015 yang dilakonkan oleh Cara Delevingne dan Nat Wolff. macam genre ala-ala misteri je. nak baca sinopsis Paper Towns, boleh ke Wikipedia



Kenapa saya kurang aktif?

Entah..hahahaha. saya agak busy dengan kerja hakiki, *walhal takde busy benor pun..hihi*. saya kurang mempunyai masa untuk aktif berblogging seperti tahun-tahun lepas. walaupun saya amat merindui beberapa rakan blogger tetapi apakan daya, malas saya lagi berleluasa dari rindu itu. hikhikhik. tetapi ada juga beberapa blogger yang datang singgah juga walaupun sudah lama tak bersua. terima kasih juga saya ucapkan. kalau ada masa saya akan singgah balik. insyaAllah :)

Sekarang nie saya hanya tunggu masa free untuk kembali berblogging. bila free tu, saya pun tak pasti. yang penting saya dahulukan pelajar-pelajar SPM 2015 nie. banyak yang perlu saya lakukan. agak serius di situ ye.

Jika nak diceritakan mengenai Alexa Ranking pula, agak bernasib baik sebab sebelum ini Rank di Malaysia mencecah 100 ribu semula seperti dulu-dulu..hehe. tetapi, apabila trafik kembali kencang, ranking Malaysia sudah naik kepada 828. alhamdulillah. tengok graf tu pun dah ada bergaris-garis. kalau tak, tak muncul pun graf garis kat situ. siap tulis "Historical data not available for site ranked > ~100,000". amboi, tau la blog kite tak popular kan..hehehe.



Akhir kata, terima kasih kepada semua visitor yang datang ke blog ini terutama pelajar-pelajar PT3 2015 yang mencari bahan/rujukan kerja kursus Sejarah dan Geografi. mereka adalah penyumbang terbesar trafik dalam blog ini sebab setiap hari visitor saya akan mencecah sehingga lebih dari 100+++ ribu dan pageview last month mencecah 1.8 juta. saya amat bersyukur kerana dapat membantu semua pelajar PT3 menyiapkan kerja kursus mereka. walaupun ada cacian dan makian yang dilemparkan kepada saya, ia tidak membawa apa-apa erti pun. 

Sekian, Terima kasih.


lovenota : aku rasa macam surat rasmi je kali ini. mood skema gile. 


Read More »

Tuesday, June 30, 2015

Alvin Tan kutuk Muslimah Tutup Aurat



Kitorang berpeluh-peluh lepas jogging pun, ko ambil susah ke? Aik, sejak bila ambil berat nie? Pandai-pandai kami la untuk jaga kebersihan diri. Lepas buat aktiviti haruslah mandi. Takkan la biar macam tu je! Bukan sebab nak tunjuk alim pada cuaca yang panas nie, cuma kami lebih takut pada panas di akhirat berbanding panas di dunia. 

Orang Muslimah yang jogging tutup aurat pakai tudung, baju lengan panjang, seluar lengan panjang tu cuma atau hanya tunjuk auratnya kepada orang yang layak selayak-layaknya bukannya untuk ditayang kepada khalayak umum. Walau darurat sekalipun! Ko sorang je yang nampak bodoh. Orang lain tak de cakap apa-apa pun bila pakai baju lengan panjang, seluar lengan panjang skali dengan tudung. Rilek je. 

Wanita muslimah hanya untuk lelaki yang bernama suami dan keluarga sahaja, iaitu dalam lingkungan mahramnya. Take note ye Alvin Tan!


lovenota : sohai!


Read More »

Thursday, June 25, 2015

Contoh Jawapan Tugasan Sejarah PT3 2015 Persetiaan Persekutuan


Contoh Jawapan Penuh Lengkap Tugasan/Folio/Kerja Kursus Sejarah PT3 2015 
Tajuk : Persetiaan Persekutuan 1895

*LIHAT TUGASAN 2016: Contoh Jawapan Tugasan Sejarah PT3 2016 Bangunan/Binaan Bersejarah

Lihat juga : Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi



Calon PT3 tahun 2015 dikehendaki melaksanakan tugasan kerja kursus Sejarah berdasarkan dokumen Persetiaan Persekutuan 1895 selain perlu menghuraikan beberapa isi penting iaitu Faktor, Kesan dan Perkaitan dengan Perjanjian Persekutuan.



Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek-aspek utama berikut: 

(a) Tajuk kajian : *tajuk terpulang pada anda mengikut kreativiti sendiri*
     contoh : Persetiaan Persekutuan 1895

(b) Nama penulis - *Nama anda*

(c) Isi kandungan:

1) Pengenalan - Latar belakang Persetiaan Persekutuan 1895 
2) Menjelaskan faktor pemeteraian 
- Sila nyatakan 4 faktor punca atau sebab berlakunya Persetiaan Persekutuan 1895
3) Menganalisa kesan setiap setiap butiran perjanjian dalam persetiaan tersebut terhadap negeri-negeri Melayu 
- Sila nyatakan 4 kesan persetiaan Persekutuan terhadap Ngeri-Negeri Melayu
4) Hubung kait pembentukan persekutuan dan Kedaulatan Malaysia. 

(d) Rumusan - pengetahuan nilai/unsur patriosme dan harapan
  
(e) Menyenaraikan sumber rujukan - buku/internet/akhbar/majalah


PERANCANGAN KERJA 


JADUAL KERJA/SENARAI SEMAK
Bil
Tarikh
Perkara
Catatan
1
24 Jun 2015
Menerima taklimat daripada guru mata pelajaran Sejarah berkaitan penulisan tugasan

2
24 Jun 2015
Membuat rujukan awal ke laman web yang berkaitan dengan tajuk yang diberi sebagai persediaan awal

3

Mengenalpasti cara penulisan tugasan

4

Menentukan tajuk penulisan

5

Membuat rujukan lanjut berkaitan dengan tajuk tugasan menerusi internet, buku, majalah, akhbar, makalah, jurnal untuk mendapatkan bahan penulisan

6

Menulis kerangka kasar penulisan

7

Menulis draf awal tugasan dengan bimbingan guru dengan lebih teliti dan kemas

8

Menulis pengenalan

9

Menulis Faktor Pemeterian Persetiaan Persekutuan

10

Menulis kesan Persetiaan Persekutuan terhadap Negeri-negeri Melayu

11

Menulis Perkaitan Pembentukan Persekutuan dengan kedaulatan Malaysia

12

Rumusan pegetahuan nilai / unsur unsur patriotisme dan harapan

13
10 Julai 2015
Mengemas kini tugasan

14
10 Julai 2015
Semak dan hantar tugasan



OBJEKTIF KAJIAN
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran kajian ini, saya dapat: *contoh*
1. Menerangkan latar belakang Persetiaan Persekutuan 1895.
2. Menerangkan syarat-syarat Persetiaan Persekutuan.
3. Menerangkan faktor-faktor dengan terperinci pemeterian Persetiaan Persekutuan 1875.
4. Menerangkan kesan terperinci Persetiaan Persekutuan terhadap Negeri-negeri Melayu
5. Menyenaraikan perkaitan terperinci Pembentukan Persekutuan dengan kedaulatan
Malaysia
6. Memberi pengalaman yang bernilai semasa menjalani kajian tersebut.
7. Memberi pemahaman yang luas dan menyeluruh terhadap fakta sejarah.
8. Memupuk semangat patriotisme dalam diri sendiri dan juga kalangan generasi muda melalui kajian ini.


KAEDAH KAJIAN

Sebanyak 4 kaedah kajian telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat secara terperinci dan bersistematik, iaitu: 

(a) Kaedah analisis dokumen/buku/akhbar

Saya juga turut merujuk dokumen/buku/akhbar dari ............ untuk memastikan kesahihan fakta yang ada. Dengan ini, penulisan kajian saya tidak akan diragui akan kebenarannya.

(b) Kaedah penyelidikan Pusat Sumber 
Saya juga turut mengunjungi Pusat Sumber Sekolah untuk menjalankan penyelidikan sumber-sumber yang ada di situ. Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai seperti buku ilmiah, akhbar, majalah dan sebagainya akan menguatkan lagi kajian saya. *Nyatakan jika anda juga melawat Perpustakaan luar dari sekolah, contohnya : Perpustakaan Negara*

(c) Muat turun sumber dari internet
Saya turut menggunakan kemudahan ICT yang terdapat dalam negara kita dengan melayari laman sesawang produk yang dikaji malah turut memuat turun bahan yang terdapat sebagai rujukan.

(d) Bimbingan Guru

Saya telah mendapat bimbingan guru Sejarah, iaitu Puan ………………………….


PROSES AWAL

cari beberapa bahan/sumber seperti buku, majalah, surat khabar ataupun bahan dari internet untuk dibawa ke sekolah. tunjukkan pada guru anda. 

KERANGKA KASAR PENULISAN


Bil
Tugasan
Butiran
1
Pengenalan
·     Menjelaskan syarat persetiaan Persekutuan 1895.
·     Mengatakan tujuan pemeterian Persetiaan.
·     Menyenaraikan struktur Pentadbiran Persekutuan 1896.
2
Faktor pemeterian
persetiaan
persekutuan
·     Menjelaskan semua faktor dengan terperinci syaratsyarat perjanjian persekutuan 1895 dari segi politik dan ekonomi
·     Faktor seperti masalah kewangan Pahang, kelemahan sistem residen, menyeragamkan pentadbiran serta memperlihatkan pertahanan dan keselamatan dan sebagainya.
3
Kesan persetiaan
persekutuan
terhadap negerinegeri Melayu
·     Menganalisis keseluruhan kesan dengan terperinci
·     Kesan terhadap poltik dan pentadbiran, ekonomi dan sosial
·     Kejayaan dan kelemahan sistem persetiaan persekutuan terhadap negeri-negeri Melayu
·     Contoh kesan seperti pemusatan kuasa residen, kemerosatan kuasa sultan dan kuasa pembesar Melayu dikurangkan
4
Perkaitan
Pembentukan
Persekutuan
dengan kedaulatan
Malaysia
·     Perkaitan terhadap persekutuan dengan kedaulatan Malaysia
5
Rumusan
·      Memberi pengetahuan
·      Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
·      Harapan yang relevan
6
Rujukan
·      Buku / Akhbar / Majalah
·      Internet
7
Lampiran
Gambar /peta / dokumen


PENGENALAN


Jelaskan latar belakang mengenai Persetiaan Persekutuan 1895 dengan memberi gambaran keseluruhan kandungan penulisan/kajian anda. By the way, sudah banyak contoh yang ada di dalam internet, cuma kesahihan itu tak dapat saya janjikan. jika anda hendakkan sumber yang sah, cari maklumat ini di buku.

Contoh ringkas:


Latar Belakang Persetiaan Persekutuan 1895
Perjanjian persekutuan 1895 telah ditandatangani dan dikuatkuasakan pada 1 Julai 1896 tentang Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. NNMB atau Persekutuan 1896 terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang telah disatukan pada 1 Julai 1896. Pusat pentadbiran Persekutuan terletak diKuala Lumpur. Pentadbiran kerajaan Persekutuan dibahagikan kepada dua iaitu Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Residen Jeneral pertama Frank Swettenham (1896-1900). 

Antara syarat-syarat perjanjian ialah:

1.Raja-raja bersetuju menggabungkan negeri mereka menjadi sebuah persekutuan yang akan dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)

2. Raja-raja bersetuju menerima seorang pegawai British sebagai Residen Jeneral
3. Raja-raja bersetuju mengikut nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu
4. Raja-raja bersetuju membantu negeri-negeri yang memerlukan bantuan mengikut nasihat kerajaan British
5. Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat yang juga menjadi Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Struktur Pentadbiran Persekutuan 1896 (NNMB)


Pesuruhjaya Tinggi British
(Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura)
Residen Jeneral
(berpusat di Kuala Lumpur-tinggal di Carcosa tahun 1898)
Residen
(Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang)

Dapatkan juga sumber mengenai Persetiaan Persekutuan 1895 dari sebuah buku perjanjian lama di Google Books. ianya sumber rujukan yang paling SAH dan diyakini.



untuk dapatkan info seperti di atas, klik : Old Treaties and Documents of Malaysia, 1971-1965 

Contoh lain untuk latar belakang mengenai Persetiaan Persekutuan 1895

FAKTOR PEMETERAIAN PERSETIAAN PERSEKUTUAN

Anda perlu menyatakan 4 faktor lengkap serta huraian dan contoh. Jelaskan punca/sebab berlakunya pemeteraian "Persetiaaan Persekutuan 1895". 

Contoh: (buku teks Tingkatan 2, m/s: 45-46)

(a) Kelemahan Pelaksanaan Sistem Residen
  • Residen tidak diberikan panduan jelas untuk menjalankan tugas
  • Residen menjadi kuasa paling berkesan - kuasa mutlak
  • Pentadbiran setiap negeri tidak seragam kerana kebolehan dan cara pentadbiran Residen berbeza-beza
  • Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal kuasa Residen kerana sibuk di Negeri-Negeri Selat.

(b) Krisis Kewangan Pahang
  • perbelanjaan negeri meningkat kerana Pahang terpaksa menanggung banyak hutang akibat kebangkitan rakyat (Dato Bahaman) yang menentang British pada tahun  1891 hingga 1895
  • negeri termiskin kerana jumlah penduduk dan hasil bumi yang kurang 
  • jika pahang digabungkan dengan negeri-negeri kaya seperti Perak dan Selangor masalah dapat diringankan

(c) Perkongsian Perkhidmatan Pakar
  • menjimatkan bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera, juru ukur dan doktor

(d) Mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran
  • pentadbiran akan dijalankan mengikut arahan pusat
  • sistem pentadbiran, cukai, undang-undang tanah dan keadilan akan disatukan dan diselaraskan - menjimatkan kos pentadbiran
  • sistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan keretapi antara Negeri-Negeri Melayu dapat dimajukan.
  • mewujudkan kerjasama ekonomi, politik dan sosial

(e)    Faktor Keselamatan
  • mempunyai kemampuan dan keupayaan dari segi ketenteraan, khususnya dalam menjaga keamanan persekutuan tanpa mengharapkan bantuan luar
  • British bimbang kekacauan seperti Perang Perak pada 1875-an dan Kebangkitan Pahang 1891-1895 akan berlaku lagi

(f) Dasar British
  • ditubuhkan selepas kejayaan British dalam penubuhan persekutuan di Amerika Utara, India, Afrika, Australia dan New Zealand
  • memberi kebaikan politik, ekonomi dan sosial kepada British dan Negeri Melayu

KESAN-KESAN PEMETERAIAN PERSETIAAN PERSEKUTUAN

  • Residen Jeneral berkuasa dalam pentadbiran, kewangan dan cukai eksport
  • kerajaan pusat menubuhkan jabatan-jabatan yang diketuai pegawai-pegawai British seperti Jabatan Kehakiman, Jabatan Kewangan, Jabatan Perhubungan dan Perkhidmatan Awam
  • Penglibatan orang-orang Melayu adalah terhad
  • Sultan dikehendaki menurut nasihat Residen Jeneral dalam semua hal (kecuali hal berkaitan agama Islam dan adat Melayu)
  • Kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri diambil alih oleh Residen Jeneral

Kesan-Kesan Kuasa Sultan Dikurangkan:
  • sultan-sultan Negeri-negeri Melayu Bersekutu tidak puas hati
  • tahun 1897 British bersetuju menubuhkan DURBAR iaitu Persidangan Raja-Raja Melayu bagi mengatasi masalah
  • ahli-ahli Durbar ialah;
    • Pesuruhjaya Tinggi
    • Raja-Raja Melayu
    • Residen Jeneral
    • 4 orang Residen (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang)
  • Durbar pertama diadakan pada 1897 di Kuala Kangsar, Perak
  • Durbar kedua didakan pada tahun 1903 diKuala Lumpur
Persidangan DURBAR II (1903) di Kuala Lumpur
  • Sultan Perak iaitu Sultan Idris (1887-1916) mendesak British tentang:
    • Pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral
    • Mendesak kuasa Raja-Raja Melayu dikembalikan
    • Mendesak bilangan pegawai Melayu dalam  perkhidmatan kerajaan ditambah dan dilantik ke jawatan lebih tinggi
    • Mendesak Bahasa Melayu diiktiraf menjadi bahasa rasmi

Kesan-kesan desakan:
  • British menggantikan Durbar dengan Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909
  • Jawatan Residen Jeneral digantikan dengan Ketua Setiausaha
  • British bersetuju menyerahkan semula kuasa mentadbir kepada Majlis Mesyuarat Negeri
  • Tahun 1903-1909 Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ialah Frank Swettenham
sumber : Nota Sejarah Tingkatan 2

Anda juga boleh melihat huraian lengkap di blog Cikgu Razak


PERKAITAN PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN DENGAN KEDAULATAN MALAYSIA


Anda boleh menghuraikan isi berikut:
  • Kejayaan dalam sistem pemerintahan iaitu dengan mencontohi sistem birokrasi barat
  • Kejayaan dalam pembangunan ekonomi
  • Peningkatan kemudahan asas dan kemudahan sosial

Contoh:
Antara perkaitan yang boleh dilihat dalam Pembentukan Persekutuan 1895 dan Kedaulatan Malaysia adalah, dahulunya Pembentukan Persekutuan memberikan kuasa sepenuhnya pada Pesuruhjaya Tinggi British. Manakala urusan seperti ekonomi, kewangan, cukai, dan import eksport pula semuanya dibawah kuasa seorang Residen Jeneral.

Berbeza dengan Kedaulatan Malaysia kini, tiada lagi kuasa luar yang campur tangan dalam urusan pentadbiran Malaysia. Ianya dikendalikan sendiri oleh seorang Perdana Menteri ang dilantik melalui sistem demokrasi.

Dari segi agama pula, semasa Persekutuan 1895, Islam kekal sebagai agama rasmi dan pihak British tidak boleh campur tangan dalam urusan keagamaan. Ianya terus kekal sehingga zaman Malaysia berdaulat kini, di mana agama Islam kekal sebagai agama rasmi di Malaysia.

Anda juga boleh menggunakan beberapa contoh di bawah ini:

RUMUSAN

Contoh rumusan:
Tanpa kita sedari atau tidak, di sebalik peristiwa sejarah yang berlaku di negara terdapat nilai-nilai murni yang sangat berguna untuk kita jadikan pengajaran dan sempadan juga baik untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian kita. Malaysia yang telah mencapai kemerdekaan lebih dari 50 tahun telah menyimpan banyak peristiwa sejarah yang perlu dihayati dan dipelajari oleh generasi masa kini. Sesungguhnya nilai-nilai murni memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan pada hari ini agar ia mampu memberikan keamanan dan kesejahteraan negara, agama dan bangsa.

Sejarah sebenarnya telah meninggalkan kita dengan beberapa kisah untuk dijadikan tauladan dan sempadan. Dalam pada itu juga ada banyak nilai-nilai murni yang kita tidak perasan barangkali. Nilai-nilai murni yang ditinggalkan ini sebenarnya sangat berkait rapat dan sangat relevan dengan dunia hari ini. Justeru itu marilah kita menggunapakai nilai-nilai murni tersebut untuk kita praktikkan dalam kehidupan kita seharian dan pada masa akan datang agar ia menjadi contoh pula kepada generasi baru kita.

Antara Nilai-nilai Murni dalam Pembentukan Persekutuan
  • Bekerjasama
  • Taat Setia
  • Setiakawan
  • Persahabatan
  • Semangat nasionalisme
  • Berusaha

SUMBER RUJUKAN

Tulis sumber rujukan seperti dalam Tugasan Geografi.


[UPDATED]

Ada beberapa pelajar yang meminta JURNAL berkaitan dengan Persetiaan Persekutuan 1895. oleh itu, saya ada jumpa beberapa jurnal @ journal yang boleh digunakan untuk kerja kursus anda semua. 

---> Majlis Mesyuarat Persekutuan oleh Ahmad Kamal Arifin bin Mohd Rus
---> Jurnal Politik Federisme di Malaysia oleh Mohammad Agus Yusoff


klik link di atas dan anda akan jumpa pautan seperti di bawah dan klik mengikut arahan seperti gambar di bawah:




contoh lain tugasan lengkap Sejarah PT3 2015:

Diharap panduan/jawapan tugasan Sejarah PT3 ini dapat memberi panduan dan penjelasan kepada semua pelajar tingkatan 3. semoga anda boleh siapkan dengan jayanya!

sumber: musadun.com, blog cikgu razak
diedit dan diolah oleh saya sendiri!


Nak print senang je,

chrome dan mozilla user : guna tab menu browser uols (yang ada 3 garis) yang ada di atas sebelah kanan dan klik print. Boleh juga kalau tak nak print, save guna pdf. 




Good Luck!



Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®