Tuesday, October 14, 2008

Pengalaman mendaki ke Banjaran Titiwangsa





pada hari Jumaat lepas iaitu 10 Oktober 2008, Persatuan Sains di Fakulti Sains dan Teknologi (FST) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membuat Ekspedisi Cabaran Titiwangsa, yakni cabaran mendaki banjaran titiwangsa. seronok tak terkata aku bila mendengar ada aktiviti macam itu. aku ape lagi..join la..dengan mengajak roommate aku sekali dan budak2 kelas semua pun ikut juga. boleh dikatakan separuh dari group yang ikut semuanya budak2 kimia..haha. meh aku ceritakan pengalaman aku sepanjang tiga hari ini.

Mengikut cerita orang tua-tua ada perjalanan dari Ulu Slim ke Pahang merentas Banjaran Titiwangsa semasa berlakunya peperangan antara pahlawan Mat Kilau menentang Inggeris. Banjaran Titiwangsa bermula dari utara Grik hingga utara Melaka. Ia adalah penyambung banjaran utama lain di Semenanjung Malaysia. Terdiri dari batu granit yang berkelompok dan berlapis, kaki bukit yang berbatu mendak di bahagian timur banjaran. Kemuncak tertinggi ialah Gunung Korbu (7,162 km).

Jumaat: 10 Oktober 2008

kami bertolak dari UPSI iaitu bus stop Kolej Ungku Omar (KUO) dalam pukul 3 dan terus menuju ke Kampung Ulu Slim, di Slim River, Perak. jalannya masyaAllah..macam naik rollercoster yang dah pancit. terhuyung hayang kami dalam bus. pakcik driver tu tak reti-reti bawa perlahan agaknya. tak pasal-pasal naik rollercoster free..hehe. dalam perjalanan kami merentasi jalan kampung-kampung. terus tak ada coverage line telekomunikasi..uwaaa...sedih aku. dah terputus dengan dunia luar. 

sampai sahaja di kampung Ulu Slim, terjumpa satu kolam air panas yang amat panas lagi berasap. mak aih..tak pernah lagi aku jumpa kolam berasap macam tu sekali..huhu.



Hot Spring Ulu Slim ( Kolam Air Panas Ulu Slim) terletak lebih kurang 13 km dari pekan Slim River mempunyai kepanasan air 104 darjah celcius dan dikatakan antara yang terpanas Malaysia. tapi aku tengok keadaan tempat yang tidak terurus dan jalan yang tidak menarik itu mungkin penyebab tempat ini tidak dimajukan. sayang kan?

kami pun turun la dari bus sebab nak pergi ke SK Pos Bersih di mana tempat kami bermalam itu berada jauh di dalam lagi dan ada jalan tanah je. bas memang dah tak boleh masuk lagi. so kami pun naik trak macam naik trak polis tu, serupa la macam orang indon tak ada pasport..haha. memang padat dalam trak. jalan ke sekolah tu pun teruk..terhuyung-hayang lagi dalam trak tu..memang seronok la..rollercoster free..haha.



sampai je di Sekolah Kebangsaan Pos Bersih, Ulu Slim, Slim River Perak iaitu tempat kami bermalam, kena sediakan khemah. kami pun pasanglah khemah. hari pun dah senja, sekolah tu tak ada kemudahan elektrik..memang guna torchlight je memanjang. mandi pun dalam keadaan bergelap.

selepas waktu makan malam, kami ada taklimat tentang perjalanan kami pada esok hari di kantin sekolah . sampai ngantuk2 aku dibuatnye..huhu. selepas itu, pembahagian kumpulan dilakukan dan aku sama kumpulan dengan cik dolphin, cik rama-rama, cik kasut lidah tercabot, ustaz poyo, mat perasan macho dan si mat kecik molek (nama dirahsiakan..haha). ok la, ada jugak member sama kelas. tapi kan yang tak bestnya sekolah itu ada banyak sangat anjing. merata-rata ada anjing. tak pasal-pasal kena samak kang..huhu. ada si tonjeng nie takot anjing. bila jumpa anjing tu habis ditawafnya keliling khemah budak lelaki sampai terputus khemahnya..punya la dahsyat macam jumpa dinasour..haha.

Sabtu: 11 Oktober 2008

pagi-pagi lagi dah bangun sebab nak berebut bilik air nak mandi..haha. dah la sejuk..ramai yang mandi ala-ala P.Ramlee je..cuci mata..hihi. lepas bersiap, buka khemah balik dan berkumpul di padang sekolah. lepas makan nasi lemak yang sedapla jugak tu kitorang buat stretching..haha. macam-macam gaya ada..kalau buat tarian poco-poco best jugak..ngeh3.

selepas Marshall dan leader aktiviti sampai, kami dilepaskan mengikut kumpulan. seronok la aku rasa..hehe. then, kumpulan kami pun dilepaskan. kasut sudah diikat dengan rapi sampai melilit-lilit pada kaki aku..haha. stoking ditarik keluar sebab tak nak bagi pacat masuk. tembakau disapu dan bygon disembur. semua persediaan telah dibuat untuk mengelakkan musuh utama iaitu pacat merayap sesuka hati ke badan kami..hehe. bila dah mula berjalan tu nampak permandangan yang sangat cantik. MasyaAllah. Ciptaan Allah swt.



kebanyakan orang kampung sekitar di situ adalah penduduk orang asli, yang mana rumah mereka masih lagi beratapkan daun-daun nipah dan kayu-kayu. 

yang tak seronoknya masa naik bukit tu, menyesal aku pakai kasut canvas aku tuh. dah la licin. aku pulak asyik terjatuh je..huhu. aku mintak tolong budak-budak lelaki yang bawak beg aku, tolong aku masa nak jatuh. memang tak dinafikan aku la yang paling banyak jatuh..huhu. sakit jiwa aku..penat pun 1 hal yang memang tak boleh dielakkan.

sampai di puncak kami berhenti makan. kawasan tu memang ada pacat tapi lapar punya pasal aku pun makan..hentam jer. beberapa kawan-kawan aku terkena serangan penyegat, bisa siot. ada yang kena mata, kepala, pipi..nasib baik aku tak terkena..huhu. masa dalam perjalanan sebelum berhenti, macam-macam jenis haiwan yang aku jumpe. ada ulat gonggok hitam sebesar anak kucing! wah..tak sempat nak ambil gambar..huhu. masa tu dah kehabisan air..aku hentam je minum air sungai..first time minum air sungai, masa tu air sungai sangat jernih dan sejuk. nyaman je rasa..haha.

bila dah nak sampai, aku asyik terjatuh je..aku pun buat keputusan untuk jalan perlahan-lahan..aku ditinggalkan keseorangan sebab aku nie terlalu lambat sangat..huhu. sedih giler masa tu..aku pandang depan tak de orang..pandang belakang pun takde orang. waaa..hanya Allah swt je teman aku..aku memang jalan slow giler coz jalan tu curam dan sangat licin disebabkan keadaan pada masa itu adalah selepas hujan. sakit jiwa aku. aku pun jalan la sorang-sorang..dengan beraninya taw...haha. sampai di jalan track di ladang getah pun aku masih lagi jalan sorang2..aku takde nak pikir takut ke ape janji sampai ke destinasi. lepas tu aku berjumpa kawan sekelas aku dari group 1 yang sedang berehat. mak aih..lambt je minah nie jalan..penat katanya. aku pun jalan la dengan dia sampai jumpa jalan tar. 



bila dah sampai jalan tar tu ada kawasan sungai. ingatkan dah smpai, rupanya aku kena masuk dalam lagi sejauh 7 km selama 1/2 jam. mak aih, terus aku terbaring kat atas jalan tar tu. penat nak mampos rasanya. tidak lama kemudian, ada sebuah kereta Pajero datang. aku pun meminta tumpang beramai-ramai. pada masa tu rmai dah berkumpul di Pintu masuk Lata Lembik, Raub Pahang. dengan seronoknya aku menjerit kelegaan..haha. syukur tak terhingga kepada Allah swt sebab sampai juga di destinasi bersama rakan-rakan yang lain. apabila sampai di Lata Lembik tu, aku menjerit sekuat hati! semua pandang marah kat aku coz aku naik pajero..haha. jelez! aku dikatakan tak boleh dapat Sijil sebab naik pajero..kikiki. masa tu hanya Tuhan je yang tau keadaan aku yang sakit kaki, lebam-lebam dan kejang otot. kasut pun da naik lumpur macam tak de rupa kasut dah..huhu. terus sampai je pasang khemah and then mandi sungai laa..yeye! pada malam tu selepas siap semuanya, aku pengsan tak sedar apa-apa dah..tidur sedap yang amat.

Ahad: 12 Oktober 2008



pagi-pagi bangun pun macam nak tak nak bangun je rasa..huhu. aku nak mandi pun sejuk dan beku, maklumlah aku nie takut air pagi-pagi kan. tengok ada budak lelaki mandi tak jadi aku nak mandi..malu2..haha. semua tempat ada budak lelaki, apa kejadah la diorang nie..nak mengintai je kerjanya..hehe. aku pun buat keputusan tak nak mandi. balik khemah semula dan  sambung tidur lagi syok..haha.

selepas selesai semuanya, ada sesi bergambar dengan semua peserta. masa tu tengah syok menyembang la siapa yang kena pacat 5-6 ekor..haha. nasib baik aku takde kena pacat, mesti tinggal parut..xmau2..huhu. tapi macam-macam experience yang aku dapat. seronok la jugak walaupun jalan sorang-sorang di dalam hutan tanpa hala tuju..haha.

entah bila aku dapat pergi aktiviti lasak seperti ini lagi...
we will see...



lovenota 1: kenangan yang memang takkan dapat dilupakan.
lovenota 2: sekurang-kurangnya aku dah naik Banjaran Titiwangsa tau! hehe!

3 comments:

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®