Friday, February 22, 2013

Kenangan lama zaman muda-muda dahulu kala

tajuk tak boleh blah! XD

tadi Shahril upload gambar zaman masa kami muda2 dulu. oh..sangat nostalgia!



sedar tak sedar kami dah berkawan selama 9 tahun. agak lama kan? kalau couple neh da boleh kawen suda..hihi! Qis mula berkawan dengan mereka sejak Tingkatan 4..masa tu akhir tahun Qis pindah ke PD n masuk ke Sekolah Tinggi Port Dickson ataupun dikenali sebagai High School PD. so, lagi rapat masa Tingkatan 5 la. masa tu memang rapat dengan Rose Nadia, Paan dan Shahril. then, datang Hariri masuk dalam kelas kami. 

Hariri nie kira penyelamat Qis dulu..Qis xsuka kelas english *tak tahu nape*. then, bila ade kerja grammer n literature yang pelik3 Qis tiru je jawapan si hariri nie..die terer english. hebatt! haha! seorang adik *sebab muda setahun dari kami* yang sengal2 jugak. muka nampak je jenis yang serius padahal suka merapu entah hapa3..haha!

Rose plak jenis yang sentiasa dengan Qis kat sekolah. dia jela peneman sejati sehingga tamat persekolahan. ingat lagi bila rose bawak henpon ke sekolah, Qis la tukang menjahanamkan henpon beliau. main game tak henti2. maklumlah masa tu guna henpon cikai je. tak canggih mana pun..hehe! 

si Shahril plak budak paling selenge..gila..sewel! *kan aku da kutuk ko neh! haha!*. dia suka mengusik Qis, mengacau, mula la main tarik3 ke sana ke mari. sampai sekarang kalau jumpa si mamat sengal nie mesti riuh. ada je benda nak buat gaduh! macam tak boleh jumpa lahh..sangat bahaya okeh..boleh berperang. haha! 

Paan pulak? takde pulak gambar beliau ye. *ko kan tak suka bergambar dulu..tukang ambil gambar je keje ko sampai la sekarang*. dia seorang yg jenis hepi go-laki..suka kutuk2 aku kan? paan pun jenis sengal2 jugak..hampeh! haha. now dia seorang photographer..dah ada studio sendiri kat PD. sape nak guna khidmat dia contact2 la den :P

Fendi pulak? hahaha..dia dulu zaman sekolah sangat la pendiam. tak pernah bersuara. nak bersembang punyala payah! malu2 nak cakap dengan Qis. kunun! haha! tapi lepas habis sekolah baru laa berani bersembang2 bagai. hape la! :P but now he is already married. so jangan verangan ye nak tackle..bakal papa nie :)

aku? hahaha..dahulunya seorang yang pendiam dah bertukar menjadi mulut paling becok..keh3! maafkan saya wahai kawan2. mulut saya dah renovate. haha! and dulu kuruss je den kan? slim solid gitu..sekarang? jangan cakap! diam2 je! hahahaha XD

walaupun kita jarang berjumpa, jarang bersosial, jarang bertentang mata beramah mesra, selalu bertelingkah merapu meraban. macam2 benda kita dah lalui, gaduh2 berdendam bercinta2 admire2 suke2 dalam diam tuh sume benda biase tapi kita tetap kawan baik sampai bila2..akan menjadi sweet moment dalam hidupku..

best friend forever! InsyaAllah :)
*padahal korang dok whatsapp korang kutuk2 aku kan? takpe..dimaafkan..haha!*

kepada Shahril, Paan, Rose, Hariri, Fendi, Azlan, Hidayah, Shikin n Aziana
* saya sayang awak semua *
*mati la kalau depa baca neh..kaw2 kena bahan. korang dah baca sila senyap2 okeh..tak payah nak heboh3 kutuk3 aku..hahaha*




No comments:

Post a Comment

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®