Monday, August 11, 2014

Pembayaran Pengawas Peperiksaan SPM


Maaf sebab sudah lama tidak mengupdate apa-apa content untuk blog saya. sejak akhir-akhir ini saya kurang hidupkan laptop untuk melayari laman web kegemaran saya. rasa seperti kemalasan yang berganda-ganda sudah berlaku. kemungkinan, saya tak puas bercuti semasa cuti Hari Raya tempoh hari. cuti raya pun cuti yang tidak serupa cuti, bergegas ke sana ke mari menziarahi sanak saudara yang jauh. seperti kata Nek Su saya yang berada di Pasir Puteh, Kelantan; tak datang ziarah, dah lupa saudara mara la tu! cuti seminggu mana cukup, tetapi dah kehendak kerajaan memberikan cuti yang semaksimum itu, apakan daya saya. tak seperti zaman kejatuhan remaja, sewaktu belajar di UPSI dulu diberikan cuti raya selama 2 minggu. aman dan sangat bahagia. eh, Kolej Vokasional pun cuti 2 minggu kan? untung sangat! barangkali saya juga memerlukan cuti yang panjang, kut? :D

Pada minggu ini adalah Peperiksaan Percubaan PT3 di sekolah saya. esok dan lusa, pula merupakan Ujian Lisan iaitu pada 12 Ogos 2014 ialah Ujian Lisan Mendengar Bahasa Melayu manakalah 13 Ogos 2014 pula ialah Ujian Lisan Mendengar Bahasa Inggeris. pagi tadi pun ramai pelajar yang tidak membawa kad pengenalan. esok tak tahu la bagaimana. padahal sudah diingatkan pada minggu lepas untuk membawa kad pengenalan. sebab tu saya cakap budak-budak sekarang kurang mendengar kata-kata guru *belum lagi kes melawan cakap cikgu tu*. saya hanya mampu menggeleng kepala. 

Peperiksaan Percubaan SPM juga akan dijalankan pada hujung bulan ini. lantas saya terfikir, cepat sangat rasanya masa berlalu pada tahun ini. eh, Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2014 pun sudah dikeluarkan di Lembaga Peperiksaan. nak download Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2014? saya berikan link.


Seperti kata Penolong Kanan Akademik saya, tahun ini Peperiksaan SPM 2014 adalah amat berlainan dari yang sebelumnya. ini adalah kerana peperiksaan dilakukan pada waktu persekolahan. cuma 1 minggu peperiksaan di akhirnya adalah kertas-kertas elektif sahaja. ini bermaksud, peperiksaan SPM habis awal tidak seperti peperiksaan sebelum ini. pada mulanya saya dah berniat dalam hati tidak mahu mengambil bahagian dalam acara Pengawas Peperiksaan SPM. tapi, melihatkan jadual peperiksaan yang melibatkan waktu persekolahan dalam tempoh yang lama menyebabkan saya mengambil keputusan untuk menjaga peperiksaan SPM pada tahun ini, tetapi bukan di Port Dickson. saya hanya menjaga kawasan daerah Tampin je. *yelah, dari saya menjaga exam di sekolah, baik saya jaga exam di luar sekolah. ada jugak duit poket, kan? hehe

Oh ya, untuk pengetahuan anda, saya dah menjadi Pengawas Peperiksaan SPM 4 kali berturut-turut termasuk pada tahun ini. bayarannya? alhamdulillah sentiasa dapat. *tapi, takde la lumayan pun. sekadar lepas duit poket ok jer..hehe*. pembayaran untuk Pengawas Peperiksaan SPM dikira seperti di bawah:

1. Elaun Pengawas SPM = RM 225.00
2. Bayaran sidang (1 sidang bernilai RM 1.00, kalau ada 10 sidang, maknanya RM 10.00). Sidang bermaksud sidang pagi dan sidang petang, walaupun sidang pagi ada dua paper, ia tetap dikira sebagai 1 sidang.
3. Elaun tuntutan perjalanan kenderaan. Elaun perjalanan dikira dari sekolah sendiri ke sekolah peperiksaan mengikut pekeliling kerajaan.




Jumlah pembayaran: 1 + 2 + 3 = RM ?

Walaupun menjadi pengawas peperiksaan ada sedikit cabaran dan dugaan *maklumlah, jaga exam comfirm mengantuk punye*, tetapi gagahkan jugak..hehe! 

Pernah juga dengar desas-desus guru-guru yang mengata mengenai pembayaran upah jaga exam tu, "sikit nor aih, tak berbaloi nak jaga exam. apesal seringgit je 1 sidang? tak kuasa nak jaga exam. lepas tu claim hanya dari sekolah je. padahal rumah aku jauh dari sekolah. acaner tu?" eh, banyak la complain sebenarnya. nak baca lagi boleh tengok salah satu blog rakan guru kita: SPM, Alahai Ciput Upahnya

Bagi saya, saya memang kisah la jugak. memang betul la tu, kalau satu sidang dah lama sangat iaitu dalam 2 - 3 jam. kadang-kadang pula, seperti sidang pagi ada 2 paper exam. tapi upah yang diberikan hanya seringgit sahaja. dah lama jugak kerajaan tak up nilai tu. entah la, saya hanya menurut perintah je. apa yang dapat pun saya bersyukur. :)





lovenota 1: nanti saya ceritakan mengenai Pemeriksa Kertas SPM plak ye
lovenota 2: antara pengawas dengan pemeriksa, pemeriksa lagi masyukkk tau *$$$$* :D


4 comments:

  1. Salam nak Tanya I student lagi kalau waktu tu waktu sekolah tapi waktu tu x de exam spm.so pengawas periksa still kene dtg skola jgk ker

    ReplyDelete
  2. Sis, saya lepasan spm 2016. boleh mintak information tak mcm mana nak buat urusan untuk double check kertas spm kita? and berapa bayaran upah utk pemeriksa tu 1 paper? mohon sgt² sis boleh jawab secepat mungkin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jumpa dengan setiausaha peperiksaan sekolah anda. dia akan uruskan semakan semula kertas SPM. bayarannya tak pasti, tahun lepas satu paper RM 50.

      Delete
    2. Ape sis2? Bukan ke blogger ni cikgu.. So panggil cikgu lebih sopan

      Delete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®