Tuesday, November 03, 2015

Video Pelajar Sekolah Melamar dan Bercium



Siasat video aksi lamaran, kucupan pelajar



Pasir Gudang: Kementerian Pendidikan akan melakukan siasatan terperinci mengenai aksi lamaran dan kucupan pasangan kekasih membabitkan pelajar sekolah menengah yang tersebar di laman sosial, semalam.

Timbalan Menterinya P Kamalanathan perkata, pihaknya akan meneliti video berkenaan sebelum mengambil tindakan susulan.

"Kami akan mengenal pasti dan tidak tahu mengenai sekolah itu (lokasi kejadian). Saya belum menontonnya, tetapi buat masa ini kami akan melihat video dan kenal pasti di mana lokasinya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai video berdurasi pendek mengenai pasangan pelajar sekolah yang didakwa melalui proses lamaran dengan aksi berakhir adegan bercium.

Tindakan pasangan pelajar berkenaan yang disaksikan rakan sekolah mendapat kritikan hebat daripada pengguna laman sosial.

Kelihatan seorang pelajar wanita berlari ke arah seorang pelajar lelaki sebelum dilihat berpelukan dan bercium.

Sumber : Berita Harian

******

Tengok, zaman sekarang dah maju dah canggih. Baru budak sekolah dah pandai melamar @ propose lepas tu cium mulut..kissing bhai. Siap propose bagi bunga lagi. Kiranya nak ajak couple la nie..bukan main lagi kan? Zaman dulu-dulu takde nak macam nie. Malu-malu kucing lagi tau. Budak nie siap peluk cium bagai..Haha. 

Walaupun mereka pelajar India, agama mereka pun takde melarang, tapi peraturan sekolah tetap peraturan. Bukan nak buat isu perkauman, tapi ini sebagai pengajaran untuk semua pelajar tak kira pelajar Melayu, Cina atau India. Semua undang-undang dan peraturan adalah sama rata. Kalau disabit kesalahan akan diberi hukuman..tak silap saya kena buang sekolah kot. Kena check balik kat buku peraturan sekolah.

Kepada pelajar sekolah, selagi ada undang-undang, ikutlah. Disiplinkan diri. Itu yang membentuk jati diri anda. 


lovenota : budak sekolah semakin berani


5 comments:

  1. ASSALAMUALAIKUM,AWAK BOLEH SAYA TANYA MACAM MANA AWAK BOLEH HIAS BLOG AWAK DENGAN OBJEK BERGERAK DAN HIASAN NYA CANTIK?? MINTA TUNJUK AJAR KERANA SAYA MASIH BARU DALAM BIDANG BLOGGING..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Sy byk main coding html sbnrnya. Nk ajar tu susah..tp awk kne mahir yg basic bru bole fhm yg susah..ye?

      Delete
    2. Wslm. Sy byk main coding html sbnrnya. Nk ajar tu susah..tp awk kne mahir yg basic bru bole fhm yg susah..ye?

      Delete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®