Thursday, April 27, 2017

Tugasan Sejarah PT3 2017: Pengenalan



PENGENALAN

Pengenalan (5 markah) ialah aktiviti menulis pengenalan yang sangat sesuai dengan tugasan dan dapat menggambarkan kandungan hasil penulisan. 


LATAR BELAKANG

Di dalam tugasan ini, anda boleh jelaskan dan huraikan isi-isi berikut:
  • sejarah dan latar belakang mengenai peristiwa bersejarah di tempat anda dengan memberi gambaran keseluruhan kandungan penulisan / kajian
  • tahun, tarikh, hari dan masa peristiwa berlaku 
  • nyatakan lokasi di mana peristiwa tersebut berlaku
  • nyatakan siapa yang terlibat dalam peristiwa bersejarah tersebut

Contoh: Peristiwa Pembunuhan JWW Birch

James Wheeler Woodford Birch atau J.W.W. Birch (3 April 1826 - 2 November 1875) ialah Residen British pertama di Perak. Birch dilahirkan pada 3 April 1826. Bapanya ialah seorang paderi, Reverend James Wheeler Birch, paderi gereja All Saints di Hertford, England. Birch pernah berkhidmat dengan Tentera Laut DiRaja British buat seketika, dan ditugaskan berkhidmat di atas kapal HMS Alfred yang ditugaskan meronda pantai di Amerika Selatan. 

Beliau dibunuh di Pasir Salak pada 2 November 1875Birch dikatakan dibunuh ketika beliau sedang mandi (sesetengah pendapat lain mengatakan beliau sedang membuang air besar) di dalam tandas rakit di sebuah sampan pegawai British. Birch telah dibunuh dengan kerjasama Dato Maharaja Lela dan rakan-rakannya iaitu Datuk Sagor, Siputum, Pandak Endut, Laksamana Mohamad Amin, Ngah Ibrahim, Ngah Jabor dan lain-lain. 

*************************************************************************


Anda boleh klik pautan di bawah untuk mendapatkan contoh jawapan yang lain 

1. Pengenalan Tugasan Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah
2. Perancangan Kerja
3. Jadual kerja
4. Objektif Kajian
5. Kaedah Kajian
6. Kerangka Awal / Proses Awal
7. Pengenalan - Latar Belakang
8. Faktor berlakunya Peristiwa Bersejarah
9. Kronologi Peristiwa Bersejarah
10. Kesan Peristiwa Bersejarah
11. Iktibar daripada Peristiwa Bersejarah
12. Rumusan
13. Sumber


Anda dinasihatkan memastikan ketulenan tugasan dan tidak memplagiat dengan mengambil atau meniru tugasan (hasil kerja) daripada mana-mana pihak seperti di blog-blog lain yang tidak mempunyai sumber asal yang sahih. Sebagai peringatan, sekiranya anda didapati melakukan plagiat, anda berkemungkinan digagalkan atau diberikan gred yang tidak memuaskan. Diharap panduan / jawapan tugasan Sejarah PT3 ini dapat memberi panduan dan penjelasan kepada semua pelajar tingkatan 3. semoga anda boleh siapkan dengan jayanya!

Diedit dan diolah oleh saya sendiri!

Semua maklumat di atas disusun oleh saya sendiri. kepada blogger kaki copy paste, post ini tidak boleh dan tidak dibenarkan copy melainkan anda berkongsi link ini sahaja. Semua maklumat di atas juga tidak boleh dicopy. anda faham erti copyright, kan? 

Anda hanya kena print sahaja sebab kat sekolah pun kena salin balik, kan? So, Nak print senang je:
1. chrome dan mozilla user : 
guna tab menu browser uols (yang ada 3 garis) yang ada di atas sebelah kanan dan klik print. 

2. Boleh juga kalau tak nak print, save guna pdf. 

3. Terus tekan CTRL-P untuk print terus.




Good Luck!

5 comments:

  1. Replies
    1. terima kasih ah bagi artikel yang sangat penting

      Delete
  2. Asalammualaikum kak bleh tlong sya kh buat geografi

    ReplyDelete
  3. Asalammualaikum kak bleh tlong sya kh buat geografi

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, kak tolong ajar aq cara membuat kajian sejarah

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®