Wednesday, July 05, 2017

Tugasan Geografi PT3 2017: Lukisan Peta Lakar

CONTOH JAWAPAN LAPORAN / TUGASAN / KERJA KURSUS GEOGRAFI PT3 2017


CONTOH JAWAPAN 



2. Peta Lakar kawasan kajian.

Peta lakar anda mestilah mempunyai tajuk, simbol peta topografi, petunjuk, arah mata angin dan bingkai. Simbol peta ialah suatu lukisan atau perkataan yang digunakan untuk mewakili ciri geografi. Berikut adalah beberapa contoh simbol yang menunjukkan ciri geografi.





Singkatan digunakan untuk menunjukkan lokasi sesuatu ciri, bentuk muka bumi, dan kemudahan awam lain yang terdapat dalam peta. Contohnya:


Sek. = Sekolah
Kg. = Kampung
G. = Gunung
P.P. = Pejabat Pos
T.A. = Tali air
P.D. = Pejabat Daerah
Hosp. = Hospital
Tg. = Tanjung
W.P. = Wakil Pos
Pt. = Parit
S. = Sungai
R.R. = Rumah Rehat
Pdg. = Padang
Bt. = Bukit
K. = Kuala
T.A. = Tali Air
B.P. = Balai Polis
Kb. = Perkuburan
Ldg. = Ladang


Warna digunakan juga untuk menunjukkan ciri geografi di dalam peta dengan lebih tepat.

Tanah rendah = Hijau
Tanah tinggi = Oren Coklat
Kawasan perairan = Biru
Tumbuh-tumbuhan = Hijau
Kawasan bandar = Merah jambu dan kelabu


Langkah-langkah untuk menyediakan peta lakar

Langkah 1: Tinjau dan perhatikan kawasan kajian
Langkah 2: Lukiskan sebuah peta rangka kawasan - bingkai
Langkah 3: Lukis simbol fizikal dan simbol budaya
Langkah 4: Lengkapkan peta dengan tajuk peta, petunjuk peta, arah mata angin, skala peta dan tajuk.


Cara melukis peta lakar dengan menggunakan Google Maps atau Google Earth.


Contoh peta lakar:



Mentafsir Peta Lakar.
Contoh huraian 1:

Peta menunjukkan Kampung Temia dan kawasan sekitarnya yang terletak di kawasan tanah pamah yang rata. Terdapat sebatang sungai di kampung Temia dan kawasan sekitarnya yang mengalir dari barat laut ke tenggara. Hutan merupakan tumbuhan semulajadi yang terdapat dalam petak dan terletak di barat laut. Tanaman utama di kampung temia dan kawasan sekitarnya ialah padi, getah dan kelapa sawit. Terdapat beberapa petempatan di dalam peta. Selain daripada Kampung temia, terdapat juga Kampung Sena dan Kampung Mahir. Di antara kemudahan awam yang terdapat di Kampung Temia dan kawasan sekitarnya ialah sekolah, balai polis dan pejabat pos. Pertanian merupakan pekerjaan utama iaitu menanam padi, getah dan kelapa sawit. 

Contoh huraian 2:

Peta lakar ini menunjukkan kawasan sekitar sekolah. Di kawasan sekitar sekolah terdapat bukit, paya, sawah, sungai dan masjid. Kawasan bukit dapat dilihat di bahagian barat laut peta. Sungai Gawar mengalir dari kawasan tanah tinggi ke tanah pamah, iaitu dari arah barat laut ke arah tenggara. Kawasan paya terdapat di bahagian barat peta. Kawasan paya merupakan kawasan yang paling rendah dalam peta dan tidak mempunyai petempatan.           Terdapat sebuah masjid di bahagian timur laut peta. Jarak lurus dari sekolah ke masjid melalui jalan raya ialah 4 km. Di bahagian timur peta pula kelihatan sawah padi. Dapatlah dikatakan bahawa bersawah adalah antara pekerjaan utama sebilangan utama besar penduduk di kawasan ini.

Lorekkan kawasan berpotensi pada peta lakar

Berdasarkan peta lakar yang dilukis, anda dikehendaki untuk melorekkan kawasan berpotensi untuk dimajukan.

Contoh huraian:
Saya memilih kawasan berlorek di dalam peta lakar kerana berdekatan dengan kawasan Zon Perindustrian Bebas. 
Saya memilih kawasan berlorek di dalam peta lakar kerana mempunyai banyak permintaan terhadap kawasan perumahan kos rendah dan mampu milik.  
Saya memilih kawasan berlorek di dalam peta lakar kerana kawasan tersebut adalah kawasan tumpuan orang ramai yang boleh menjadi kawasan pelancongan. 

*******************


Nota: DIINGATKAN kepada semua pelajar bahawa tidak boleh meniru sebulat-bulatnya jawapan di atas kerana peniruan adalah satu plagiat. Jawapan di atas adalah contoh panduan jawapan untuk memudahkan anda menyiapkan tugasan sahaja. Adalah diingatkan semua hasil tugasan anda perlulah 100% original dan bukannya copy-paste. Jawapan di atas jika amat diperlukan, anda perlu olah mengikut ayat anda sendiri. 

Terpulang, nak markah penuh sila ikut cakap saya. 


*dalam proses* 

40 comments:

  1. thank you very much!

    ReplyDelete
  2. Anonymous Mother RussiaJuly 09, 2017 10:46 AM

    Terima kasih bro/sis

    ReplyDelete
  3. alhamdullilah sangat membantu saya

    ReplyDelete
  4. hi akak....terima kasih banyak banyak!!!!laman akak memang membantu....saya juga telah mendapat banyak idea dlm laman akak utk folio sejarah dan geografi saya...terima kasih...!

    ReplyDelete
  5. Terima kasih !! Sangat berguna

    ReplyDelete
  6. tq sngt membantu .. moga pembuat sukses selalu

    ReplyDelete
  7. Thank you for these example !

    ReplyDelete
  8. Berapa cm bingkai PETA lakar yg perlu buat??pls reply

    ReplyDelete
  9. terima kasih atas info berguna ini ^_^

    ReplyDelete
  10. Terima kasih..Info akak sgt membntu

    ReplyDelete
  11. saya ada banyak masalah mengenai peta.harap boleh bantu.
    1.kawasan kajian memang kene 5kmpersegi atau radius dari rumah 5km? atau tak kisah?
    2.apa simbol loji kumbahan dan tempat meletak kenderaan?
    3.draf peta lakar kene lukis secara kasar atau prit dari google map?
    4.kalau draf kene print dari google map,kene lukis simbol,petunjuk,skala,arah mata angin,tajuk dan bingkai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1-x kisah
      2- simbol petempatan .untk tmpat ltak kendeeraan x prlu ltak apa2
      3-lukis balik
      4-draf klau bleh sbijik mcm yg actual peta yang nanti nak buat tu..

      Delete
  12. terima kasih kerana yg contoh di atas akan tolong utk saya membuat kerja kursus geografi.

    ReplyDelete
  13. tq sis. sangat membantu

    ReplyDelete
  14. maaf tanya.justifikasi pemilihan kaw.kajian takde ke?

    ReplyDelete
  15. Thanks...Memang berguna sangat...

    ReplyDelete
  16. Oh my god i can't believe this.............I WAS WAITING FOR THIS QUESTION ....... UNBELIVE....THANK YOU SO SO MUCH KAKAK.....;) :)

    ReplyDelete
  17. thank you dear,very good and reccomended

    ReplyDelete
  18. simbol dalam peta bagi kolej ??

    ReplyDelete
  19. Jalan raya dlm peta lakar mmg kna warna ape ? Sye konfius merah atau hitam

    ReplyDelete
  20. Justifikaso ni camne ea?

    ReplyDelete
  21. susah laaaa akak

    ReplyDelete
  22. terima kasih dari pelajar SMI HIRA' :)

    ReplyDelete
  23. Terima kasih hairi...

    ReplyDelete
  24. Thanks dari pelajar SMK BSB--Dzul ikhwan--

    ReplyDelete
  25. Hai macam mane nk mentafsir peta lakar

    ReplyDelete
  26. Nota ni sangat membantu saya utk membuat kerja khusus

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®