Friday, October 03, 2014

Mini Giveaway Tengkubutang bersama Embun Beauty House




Mini Giveaway Tengkubutang 
bersama Embun Beauty House

bermula 2/10/2014 dan akan berakhir pada 30/10/2014


nak join klik pada banner

arigatou :D

Read More »

Its October Giveaway



Its October Giveaway

Duration: 
1st October 2014 untill 10th October 2014.

ada slogan, tapi saya taip bahasa melayu eh. 
sebab bahasa melayu ada feel yang tersendiri..hehe.

"saya suka bulan oktober kerana bulan oktober ini adalah bulan kelahiran saya, bulan di mana saya mengalami peningkatan umur setiap tahun selama 27 tahun di muka Bumi ini, dan selama 27 tahun ini juga semua sel-sel dan tisu-tisu di dalam badan saya semakin membesar walaupun sel-sel kulit saya selalu bertukarganti. *merepek dah* .dan pada hari jadi saya, saya meraikannya di samping keluarga dan kawan-kawan terutama bersama si 'dia' yang tersayang. Dan bulan Oktober ini juga menandakan saya sudah hampir pada cuti sekolah akhir tahun! saya memang teruja! yeayy! hahaha XD"

agak merepek slogan di situ ye..haha

nak join boleh klik pada banner di atas

arigatou :D

Read More »

Giveaway Pertama SitiSab



Giveaway Pertama SitiSab

Giveaway ni bermula pada hari ini! 

( 3rd October 2014 - 3rd November )


saya tag :


GA yang sangat simple. jom join reramai!

nak join klik banner di atas

arigatou!

Read More »

Thursday, October 02, 2014

CPUV ke-157 : Proton PCC @ Proton Iriz


hari ini saya dapat CPUV lagi. ini adalah CPUV yang ke 157 dalam blog saya.
alhamdulillah dapat CPUV lagi. nuffnang memang baik hati :D


kali ini dapat CPUV dari Proton PCC (Proton Compact Car) iaitu keluaran Proton Holdings Berhad yang terbaru, Proton Iriz. cantik Proton Iriz nie. macam design MYVI pun iye jugak kan? hehe. 


Proton Iriz menggunakan enjin terbaru, Variable Valve Timing (VVT) Technology dan dikatakan kereta ini adalah jimat minyak. boleh la order sebab minyak sekarang kan dah mahal. naik 20 sen kan? hehe. 

Terdapat 7 warna kereta yang disediakan termasuk warna hijau, merah, biru, putih, hitam, kelabu dan silver. teknologi proton terbaru ialah tidak menggunakan kunci kereta nak start enjin. hanya press button je dah start enjin.


 Proton Iriz juga mempunyai 6 Airbags di mana 2 airbags di depan dan 4 lagi di setiap pintu kereta. bagus kan? bukan depan je selamat, belakang pun selamat jugak. 


dan yang paling disukai ramai ialah ada Sistem GPS di dalam Proton Iriz. menggunakan teknologi Android dan ber'touch-screen' memudahkan anda ke mana-mana sahaja. juga terdapat sistem Bluetooth yang meghubungkan anda dengan smartfon anda.


harga untuk Proton Iriz adalah serendah RM 42, 438

bagus kan? 
sesiapa nak tahu lebih lanjut, boleh ke laman web proton di bawah:


terima kasih Mr.Nuffnang memberi CPUV terbaru dan 5 CPUV yang masih berlegar-legar di blog picisan saya nie. 


lovenota : sedih sebab macam tak ada sambutan pun segmen saya. hurmm

Read More »

Punca Pelajar Jatuh dari Siling Dewan Sekolah


Ramai yang dah tahu mengenai berita tergempar di mana seorang pelajar Tingkatan 3 iaitu Muhamad Hakimi Zulkifli, 15, jatuh dari siling Dewan Serbaguna di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi di Kangar, Perlis. pelbagai spekulasi yang mengatakan punca mengapa pelajar itu sanggup memanjat siling dewan sekolah.

Menurut berita dari Berita Harian hari ini,

Tiada elemen buli kematian pelajar jatuh siling di Kangar

KANGAR: Polis Perlis hari ini mengesahkan tiada elemen buli dikesan dalam kes kematian seorang pelajar Tingkatan Tiga yang terjatuh dari siling dewan sekolahnya di sini, pagi semalam. Ia disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, berdasarkan siasatan dan rakaman percakapan dilakukan terhadap guru dan rakan mangsa di sekolah itu pagi tadi.

"Hasil siasatan menunjukkan tiada kemungkinan mangsa dibuli. Sebaliknya, polis akan terus menyiasat kemungkinan pelajar itu memanjat ke siling dewan yang dikatakan untuk mengambil bola takraw kerana mangsa dan rakannya dikatakan bermain sepak takraw berdekatan dewan ketika sesi pendidikan jasmani sebelum waktu rehat," katanya.

Sejak semalam pelbagai spekulasi timbul mengenai kejadian menimpa pelajar terbabit, Muhamad Hakimi Zulkifli, 15, termasuk ada yang mendakwa mangsa dibuli rakan sekolah sehingga terpaksa memanjat siling setinggi kira-kira 12 meter untuk mengambil bekas pensilnya sebelum terjatuh sehingga maut.







***************

Yang saya nak cakapkan di sini, tak seharusnya orang ramai menunding jari kepada guru sekolah semata-mata. ya, ada salahnya jugak tapi guru Pendidikan Jasmani tu sorang je. nak jaga budak sampai 30 orang satu kelas. kadang-kadang terlepas pandang la jugak kan. cikgu bukannya robot boleh scanning sorang-sorang pelajar depan mata dia. cikgu pun manusia biasa jugak. 

Yang saya hairannya, berani pulak diorang pi panjat siling dewan sekolah tu. kenapa tak bagitahu pada guru? ingat ya adik-adik, jangan buat tindakan sendiri. apa-apa pun haruslah mengadu pada guru anda tak kira bahaya ataupun tidak. ikut peraturan sekolah. itu yang paling penting. 


Pihak sekolah perlu tegas? nak tegas macam mana ye? peraturan sekolah dibuat oleh kementerian, bukan sekolah. so, kami para guru nak tegas dok mana. memang kita dah pong pang pong pang cakap macam-macam pasal peraturan sekolah. jangan buat itu, jangan buat ini tapi budak-budak, tahu jelah. ada yang degil, ada yang tak dengar kata. guru pun sekarang nie nak sentuh pelajar pun pikir sejuta kali. takut kena saman berjuta-juta karang. siapa nak bayar? sekolah? kementerian? kirim salam lah!

Zaman nenek atok kita dulu, guru sebat @ rotan pelajar pun ibu bapa tak ada melenting. sebab dah tahu kalau kena sebat oleh guru ada sebab la tu. kalau mengadu kat ibu bapa, lagi dapat sebat free untuk kali ke dua. zaman saya dulu pun macam tu jugak. memang takut betul dengan cikgu. takut kalau cikgu mengadu kat ibu bapa, kut-kut kena sedas lagi. sekarang? ibu bapa manjakan anak sangat. menyampah pulak rasa.

Berkaitan dengan gambar di atas, memang dah jadi kebiasaan pelajar nakal suka sorok-sorok barang kawan-kawan dia. budak nak mengusik kawan dia, memang sampai menyorok barang, pensel, beg pun diorang boleh sorok. tapi kalau kes jatuh siling nie, macam mustahil je sorok pensil box kat siling. jauh betul lokasi sorok dia. wallahualam.

Tapi, polis dah cakap, tiada unsur buli terhadap kes ini. mungkin benar pelajar tersebut mengambil bola takraw di atas siling. dah timbang tinggi sangat, mungkin tersangkut di kawasan berdekatan dengan siling. saya pun tak pasti. tunggulah siasatan polis nanti. 

Innalillahiwa'innalillahirojiun.

**********

update:

Muhammad Hakimi bukan dibuli !!

Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, laporan mengenai kejadian mangsa Muhammad Hakimi Zukefli, 15, jatuh dalam keadaan tertiarap bersama kotak pensel miliknya adalah tidak benar. “Apabila polis sampai, tidak ada kotak pensel di tempat kejadian. Bagaimana pula ia boleh dikaitkan dengan kes buli sedangkan rakaman percakapan guru-guru dan rakan-rakannya juga mendapati tiada unsur buli berlaku.

Tak mungkin ada orang sanggup panjat dan meniti siling bumbung itu semata-mata untuk menyembunyikan kotak pensel, malah kalau ia dilambung pun tak akan sampai kerana ketinggiannya hampir 40 kaki (12 meter),” katanya.

Jelas Abdul Rahman, dakwaan mengatakan mangsa cuba mengambil bola takraw juga tidak berasas kerana bola takraw dipercayai hanya melantun di atas atap anjung di hadapan dewan. “Dia dan rakan-rakan bermain sepak takraw sebelum waktu rehat pada 10.30 pagi, ada dua biji bola melantun ke anjung tersebut tetapi guru tidak benarkan pelajar bermain naik mengambil bola itu.

“Selepas dua kali bola takraw melantun ke anjung, mereka bersurai tetapi Muhammad Hakimi tidak bersama rakannya yang lain sebelum ditemui maut di dalam dewan itu pada jam 11.15 pagi,” katanya.

Siasatan awal mendapati mangsa menaiki tangga di bahagian pintu belakang berhampiran pentas tidak dikunci, namun polis masih menyiasat bagaimana mangsa meniti siling ke lokasi dia jatuh.


lovenota : memang risau kalau pelajar tak masuk kelas. takut jadi kes macam nie la..huhu.

Read More »

Minta TOLONG letak Widget Google Friend Connect!



Kepada semua blogger di luar sana, saya merayu, minta tolong letakkan widget Google Friend Connect dan tepekkan di blog anda. kalau anda seorang yang suka buat Giveaway dan Segmen, haruslah dan wajib anda letak widget ini. 



Kenapa kena letak? sebab senang saya nk follow blog korang! bila dah jadi sponsor GA atau segmen, dah sah-sah korang suruh follow blog, kan? kalau tak follow, tak ikut syarat-syarat, penyertaan secara automatiknya akan terbatal. tapi, kalau dah tak follow blog korang, salah siapa? salah korang jugak! kenapa tak letak widget ini? tapi gatal-gatal suruh follow. 

Memang saya marah sikit. sebab saya dah tak boleh follow blog pada dashboard. sebab follow by dashboard saya dah lama limit 300 blog sahaja. so, melalui Google Friend Connect ini jela yang saya boleh follow. kalau korang tak tepek, terpaksa saya cari list blog yang memang dah lama tak aktif 3-4 tahun dan kena unfollow blog tersebut. kan menyusahkan saya untuk cari blog yang tak aktif semata-mata nak follow blog korang. tak baik menyusahkan blogger lain tau!

Saya sekarang sedang follow blogger sponsor dalam satu segmen besar-besaran yang mempunyai ramai sponsor *korang mesti tau segmen yang mana kan?*. bila nak follow tu, tak ada widget Google Friend Connect kat blog dia. menyirap la sekejap! nak suruh orang follow tapi tak ada widget tu. sengal ke hape? tu yang panas hati kejap, terpaksa clean blog yang tak aktif semata-mata nak add blog dia. geramm!

For a conclusion, anda tolong la letak widget Google Friend Connect tu. tidak menyusahkan saya. tidak menyusahkan blogger lain yang nak follow. tak menimbulkan panas hati kepada orang lain yang terpaksa follow anda. walaupun follow sebab join contest, tapi sekurang-kurangnya anda sudah sediakan button widget follow tersebut.

sekian terima kasih

update : ada blogger yang masih tak tukar kepada G+. so, saya memang follow guna widget ini. itu yang susahnya ada dua cara nak follow blog. hehe. tapi, dua-dua cara saya buat. jangan risau, follow Google Friend Connect pun saya buat, klik follow G+ pun saya buat. tapi mostly kalau GA atau segmen mesti suruh follow blog, bukan follow G+. Kan?


lovenota : tak boleh sabar. maap!


Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®