Friday, October 10, 2014

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang


Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang


Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang bermula pada jam 9.30 pagi 9 Oktober 2014 hingga 11.59 malam 28 Oktober 2014.Sepuluh blogger bertuah akan dipilih untuk memenangi Template Eksklusif untuk Bloglist dari cikkumbang.

Semua blogger dijemput untuk menyertai Giveaway ini sambil berkenalan sesama blogger.

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow Blog Sponsor

2. Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish.

5. Make sure korang tinggalkan link entri di ruangan komen INI & nyatakan Bulan Kelahiran korang untuk memudahkan Cik Kumbang letak di Bloglist mengikut Bulan Kelahiran plus boleh wish birthday nanti (x__X)

TARIKH TAMAT: 28 Oktober 2014

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2014.

Good luck!

Read More »

Mini Segmen Bloglist by Del And Wani




Mini Segmen Bloglist by Del And Wani



TARIKH TAMAT : 

17 OKTOBER 2014 
PADA PUKUL 11:59 P.M


jum join segmen ini. hadiahnya ada 6 benda.

nak join klik banner di atas


arigatou!

Read More »

Thursday, October 09, 2014

Kronologi Peristiwa Letupan Bom di Bukit Bintang


Aik? berani-berani ye baling bom kat Malaysia? amboii, dah cukup hidup ke? nak kena hukum bunuh ke? nak kena hukum gantung sampai mati? suka-suka pulak main baling-baling bom kat orang, kan? ingat ini negara perang ke suka-suka nak baling bom. cess!

Saya baru baca mengenai letupan di Kelab Malam Sun Complex (Kompleks Sun) di Bukit Bintang yang berlaku semalam. memang satu hari nie busy sikit. berita tergempar macam nie pun baru dapat baca. hehe.

Berkaitan dengan kejadian tersebut, kalau ye pun berdendam, cemburu tengok kejayaan bisnes orang lain, tak perlu sampai nak bunuh-bunuh orang. mesti banyak tengok cerita Cina nie, main bunuh-bunuh, tembak-tembak. tak pun pengaruh KL Gengster kuat sangat nie..haha. adik-adik, jangan ikut budaya tak elok nie yer. :D

Meh saya ceritakan kisah @ peristiwa @ kronologi kisah letupan si salah sebuah kompleks di Bukit Bintang.


9 Oktober 2014

9:01 AM: Seorang parah, 14 cedera letupan di Bukit Bintang
  
Seorang parah dan 14 lagi dilaporkan cedera dalam kejadian letupan di sebuah kompleks di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada kira-kira jam 4.30 pagi tadi. Saksi yang menunggu kereta ternampak satu benda jatuh dari tingkat dua atas sebuah pub dan kemudiannya meletup.

Mangsa yang parah dan enam lagi cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala tujuh lagi dihantar ke Hospital Tung Shin. Beberapa pelancong asing dari Thailand, China dan Singapura antara mangsa yang mengalami kecederaan dalam letupan berkenaan. Antara mangsa yang dirawat di Hospital Tung Shin, Jalan Pudu adalah Lim Soon Hock, 51, Teoh Keow Meng, 40, Yaw Lee Hock, 41 dan M A Yunfeng (China). Selain itu, mangsa yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) termasuk Tiong Kwang Yie, Lim Soon Hock, 51, Yoo Loo Hock, 41, Ravindren, 49, Jasu Sae Yor warga negara Thailand, Yong Jia Qin (China) dan Wong Kim Teng (Singapura).

Siasatan awal polis percaya letupan terbabit disasarkan terhadap mangsa lelaki yang mengalami kecederaan parah dalam kejadian berkenaan. Polis akan menyiasat latar belakang mangsa yang terbabit dalam letupan berkenaan.

Setakat ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan letupan di Jalan Bintang, Bukit Bintang itu.

Sementara itu, empat kenderaan mewah mengalami kerosakan akibat terkena serpihan letupan terbabit.

Selain itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian ini tiada kena mengena dengan militan Negara Islam (IS).

"Kejadian ini lebih kepada jenayah yang bermotifkan perselisihan faham atau dendam membabitkan individu yang bermotifkan untuk membunuh pesaingnyaKita sedang bergerak untuk mengenal pasti individu yang terbabit," katanya.




ANGGOTA polis berkawal di luar sebuah kompleks di Jalan Bintang, Bukit Bintang, Kuala Lumpur selepas berlaku letupan pada kira-kira jam 4.30 pagi tadi.


11:09 AM : Polis percaya dua butir bom tangan digunakan, satu tidak meletup

Polis mengesahkan dua butir bom tangan dipercayai digunakan dalam kejadian letupan di Bukit Bintang, awal pagi tadi. Sumber polis berkata, bagaimanapun satu daripadanya tidak meletup dan kini pihak polis sedang menunggu skuad pemusnah untuk memastikan keadaan benar-benar selamat.


Polis turut menolak kemungkinan bahan letupan yang digunakan adalah bom buatan sendiri.


1:18 PM : Letupan bom: Kemungkinan didalangi lebih daripada seorang suspek - Polis

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, siasatan berhubung kejadian itu sedang dijalankan oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) dan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Siasatan masih dijalankan, minta pihak media jangan membuat sebarang spekulasi... bagaimanapun hasil siasatan awal kemungkinan didalangi lebih daripada satu suspek," katanya.

Gan berkata, setakat ini hanya dua butir bom dikenal pasti oleh pasukan polis di mana satu daripadanya sudah diletupkan oleh UBP pada jam 12.35 tengah hari tadi.

"Hanya dua bom yang digunakan oleh suspek, satu sudah meletup ketika kejadian manakala satu lagi berjaya diletupkan," katanya. Sementara itu, UPB berjaya memusnahkan satu lagi bom yang terdapat di tempat kejadian.


UNIT pemusnah bom berjaya meletupkan bom tangan 


2:33 PM : Mangsa yang maut akibat letupan bom dikenal pasti - Polis

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Tiong Kwong Yie. Polis Kuala Lumpur sebentar tadi mengesahkan mangsa berusia 36 tahun dan berasal dari Sarawak. Mangsa dilaporkan seorang pekerja joki kereta mengalami kecederaan parah sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) tetapi meninggal dunia selepas itu.


 2:53 PM : 10 mangsa letupan bom dilapor stabil

Seramai 10 mangsa kejadian letupan bom di Bukit Bintang yang mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dilaporkan stabil. Bagaimanapun, tiga daripada mangsa iaitu seorang warga Thailand dan dua warga tempatan dipindahkan ke Hospital Gleneagles manakala baki mangsa masih dirawat di HKL.


3:32 PM : Joki kereta maut, 12 cedera letupan di hadapan kelab malam

Seorang pekerja joki kereta maut dan 12 lagi cedera termasuk pelancong asing, dalam serangan bom 'molotov cocktail' dipercayai melibatkan perebutan kawasan kumpulan kongsi gelap di hadapan sebuah kelab malam di Bukit Bintang. Ia dipercayai kejadian serangan bom pertama di pusat hiburan di negara ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng ketika dihubungi Bernama mengesahkan kematian lelaki itu dan identitinya ialah Tiong Kwong Yie, 36. Unit Perhubungan Awam Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam kenyataannya hari ini berkata pekerja joki berkenaan meninggal dunia ketika menjalani pembedahan akibat kecederaan parah yang dialami mangsa.

Kenyataan itu juga berkata daripada 13 mangsa itu, tujuh merupakan rakyat tempatan, empat warga China, Singapura (satu) dan Thailand (satu). 11 mangsa telah dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL dengan dua mangsa sedang mendapatkan rawatan resusitasi manakala lapan lagi dirawat di Intermediate Care Ward kerana cedera ringan.

Terdahulu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata kepada pemberita dalam kejadian kira-kira 4.20 pagi itu, terdapat individu tidak dikenali telah melemparkan dua bom berkenaan dari aras dua tempat letak kereta bangunan Sun kompleks itu.

"Suspek dipercayai membalingkan bom dari tingkat atas bangunan. Satu daripada bom itu meletup di hadapan kelab malam. Satu lagi tidak meletup dan berada di bawah kereta Toyota Camry, yang terletak berhadapan kelab malam tersebut," katanya.

Terdapat empat kenderaan diletakkan di hadapan kelab malam tersebut iaitu masing-masing sebuah Toyota Vellfire, Mazda, BMW dan Toyota Camry. Vellfire berkenaan tertanggal bumper hadapannya akibat letupan itu dan kelihatan tompok-tompok hitam di atas jalan berhampiran kenderaan tersebut termasuk serpihan kaca.

Bom kedua diletupkan oleh unit pemusnah bom pada 12.35 tengah hari tadi.


ANGGOTA polis memeriksa lokasi kejadian selepas bom tangan kedua diletupkan oleh unit pemusnah bom polis di Jalan Bintang, Bukit Bintang.

Premis berdekatan di tempat kejadian antaranya Public Bank, Pusat Beli-Belah Hai-O turut ditutup sementara, ketika operasi meletupkan bom kedua dijalankan.

Pengurus Hotel Federal, Shaun Sylvester, 29, berkata beliau terkejut mendengar letupan kuat berlaku di luar hotel berkenaan pada awal pagi tadi. "Saya menyuruh pengawal keselamatan hotel menyiasat apa yang berlaku dan mereka memaklumkan berlaku kejadian letupan. Saya lihat orang ramai berkumpul di lokasi kejadian, ada yang terbaring berlumuran darah dan ada yang panik dengan suasana itu," katanya. beberapa pemandu teksi dan orang ramai bertindak menghantar mangsa yang cedera ke hospital.

Bagi Kamarul Baharin, 41, pemandu pelancong menyatakan rasa bersyukur kerana terselamat ketika baru mengambil pelanggannya di kawasan berkenaan.

"Saya mahu ambil orang di Hotel Capitol...van saya baru sahaja melepasi selekoh di lokasi kejadian ketika letupan itu berlaku...mujur selamat, jika tidak pecah cermin van ini," katanya.


Beliau berkata sepanjang berkhidmat sebagai pemandu pelancong di kawasan itu sejak setahun lalu, ini merupakan kejadian pertama seumpama itu berlaku.


ANGGOTA Unit Pemusnah Bom beredar dari lokasi kejadian selepas membuat pemeriksaan dalam kejadian letupan di Jalan Bintang, Bukit Bintang


6:03 PM : Najib kutuk 'keganasan' di Bukit Bintang



6:00 PM : Nampak individu lontar 'objek'

Seorang mangsa lelaki tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Yaw memberitahu semasa kejadian dia sedang minum di hadapan sebuah kelab malam sebelum melihat kelibat individu melontar objek dari tingkat dua sebuah bangunan.

Dia berkata, dalam kejadian jam 4.15 pagi itu dia tidak sempat menyelamatkan diri kerana kejadian berlaku begitu pantas dan objek yang dilempar terus meletup. "Saya nampak orang baling objek (bom) dari atas kompleks dan tidak sempat lari," katanya kepada pemberita sambil enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu. 

Ekoran kejadian itu dia mengalami kecederaan di kaki kiri dan sudah dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas menerima rawatan. Yaw dilihat meninggalkan HKL bersama seorang wanita warga China pada jam 4.40 petang.


sumber: Berita Harian dan Harian Metro


*********


Guna bom ye? mesti terer kimia masa sekolah dulu. terlebih expert! sebab tu pandai buat bom sendiri. lepas tu campak kat orang kan? ishk3

Bom tangan tersebut seperti yang dikatakan dalam berita adalah sejenis bom 'molotov cocktail'. memang boleh buat sendiri kalau sesiapa yang nak buat.

Bom "Molotov Cocktail"

Apa itu "Molotov Cocktail"?

Mari Cikgu Kimia nak explain sikit:

"Molotov Cocktail" juga dikenali sebagai bom petrol atau bom alkohol. Ia adalah sejenis peranti mudah terbakar yang telah diubahsuai. Bentuk yang paling mudah, hanya terdiri daripada botol bertutup yang dipenuhi dengan cecair mudah terbakar, seperti gasolin atau alkohol yang berkualiti tinggi (etanol, methanol, etc) dengan kain buruk-direndam dengan minyak kerosin, yang disumbat di leher botol. Penyumbat memisahkan bahan api daripada bahagian kain buruk yang bertindak sebagai fius. Untuk menggunakan koktel Molotov, kain buruk ini dinyalakan dan botol dilemparkan terhadap kenderaan atau benteng. Apabila botol pecah, ia akan menyemburkan bahan api ke udara. Wap dan titisan telah tercetus akibat nyalaan api, menghasilkan bola api dan kemudian terbakar menggunakan baki bahan api yang selebihnya.


nak baca lebih lanjut mengenai Bom Molotov Cocktail ini boleh terus kepada encik Wikipedia: Molotov Cocktail


agak merbahaya ye bom tu. guna bahan mudah seperti petrol atau gasolin je. kadang-kadang pernah saya tanya pada budak-budak kelas, 

kenapa belajar Kimia? 

ramai yang jawab, boleh buat bom

ade ke patut. saya ajar kimia bukan nak buat bom tau. nak bagi uolss sedar yang bahan kimia nie sangat berbahaya. tak boleh buat main-main. salah buat jadi bom, meletup. buat eksperimen pun kena buat ikut arahan guru. bukan main campak-campak je. kang meletup siapa nak tanggung? cikgu yang ini *jari telunjuk ke arah diri sendiri* jugak yang bertanggungjawab, awak tak kesian pada saya ke?

alih-alih saya kena gelak..hehe. 

kalau sesiapa yang belajar kimia masa sekolah dulu, siapa ingat guna Natrium (Sodium), Kalium (Potassium) dan Litium (Lithium)? bila campak dalam air menghasilkan bunyi meletup sikit, kan? haa, itu ciri-ciri bom la. hehe :P

updated:

9 OKTOBER 2014

9:40 PM : Bom tangan M67 digunakan di Bukit Bintang - Polis

Polis mengenal pasti bom yang digunakan dalam insiden letupan di hadapan sebuah kelab malam di Kompleks Sun, Bukit Bintang pagi tadi sebagai bom tangan M67.



Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa, memberitahu hasil siasatan polis mendapati kedua-dua bom itu dikenal pasti berdasarkan daripada nombor pin yang tertera M67 dan tahun 1983.

"Nombor pengenalan menunjukkan bom itu dihasilkan pada tahun 1983 jenis buatan lama yang selalu digunakan pada zaman perang...dan yang pasti, bom itu bukannya buatan negara kita," katanya.

sumber : Berita Harian


lovenota : risau kat budak-budak nak exam akhir tahun nie. entah-entah lingkup kut paper kimia diorang..huhu :(

Read More »

Wednesday, October 08, 2014

Luahan Hati Kamal Adli mengenai Intan Ladyana




sempat membaca menggodek blog Abang Nara di Beautifulnara. sungguh terasa sekali kata-kata dan luahan hati dari Kamal Adli mengenai hubungannya yang sudah berakhir dengan Intan Ladyana. memang feeling habislah. sedihnye. 
Jiwa saya kosong. Saya terlalu kecewa dan sudah kering air mata! 6 tahun bercinta, susah senang bersama tetapi akhirnya saya dibuang begitu saja? Hingga hari ini saya masih tidak faham kenapa saya ditinggalkan? Apa salah dan dosa saya? Panggilan tidak dijawab, mesej tidak dibalas.  
Saya cukup merana sejak ditinggalkan. Tak tahu nak cakap betapa hati saya terluka. Kenapa Intan buat saya seteruk ini? Secara jujur, saya dan Intan tidak bergaduh dan tidak berperang besar, hubungan kami berjalan seperti biasa. Tetapi saya pelik Intan secara tiba-tiba mengambil keputusan mengakhiri hubungan ini, sedangkan apa salah saya? Saya tidak boleh terima ditendang begitu saja. 

Jika saya pernah kantoi menjalinkan hubungan dengan gadis lain dan buat perkara tidak senonoh itu lainlah! Ini tanpa saya tahu apa kesilapan, saya ditinggalkan. Saya mahu bersemuka, Intan tidak mahu berjumpa. Kenapa? Saya sudah lama memendam perasaan, saya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan kerana masih mengharap hubungan kami masih boleh diselamatkan, namun nampaknya saya hanya bermimpi. 

Sebenarnya saya sudah bersedia mahu melamar Intan. Hati saya sudah terbuka untuk berkahwin tahun ini. Saya masih ingat sebelum menjalani penggambaran drama di Taiping, Perak, kami berbuka puasa bersama, malah Intan berbuka puasa dengan keluarga kami. Sebelum pergi kami berjanji mahu sehidup semati. Kami berjanji tidak akan berpisah, tapi minggu depan lain pula jadinya. Saya dapat rasakan Intan sedikit sudah mula berubah. 

Hanya seminggu saya inggalkan, hatinya jadi keras. Saya tidak tahu apa yang berlaku. Ketika di Taiping, saya sebenarnya tidak sabar mahu pulang ke Kuala Lumpur, hasrat saya mahu melamar Intan, tetapi nampaknya tidak sempat. Saya sedih sangat. Saya tidak tahu kenapa terlalu drastik Intan berubah hati? Saya tidak sesekali menyalahkannya, mungkin saya pernah buat silap, tetapi besar sangat ke silap saya sehingga hubungan 6 tahun dicampak ke tepi? Tiadakah rasa sayang pada perhubungan ini? 

Saya pernah bertemu Intan di Anugerah Lawak Warna baru-baru ini. Apabila saya tahun Intan di sana, saya sangat teruja, maklumlah sudah lebih sebulan tidak bertemu. Saya pakai cantik-cantik, macam pertama kali nak keluar dating. Tapi saya kecewa, Intan melayan saya seperti baru pertama kali bertemu. Saya tebalkan muka, saya duduk dekat dengannya, tetapi tiada respon. 

Apabila dia ke belakang pentas, saya mengikutnya. Saya rindu sangat padanya. Saya melutut padanya, tapi Intan buat saya seperti orang asing. Malu, hanya Tuhan saja yang tahu, tapi apakan daya. Saya terus tidak faham kenapa Intan melayan saya seperti musuhnya? Jika tidak inginkan saya sekalipun, jangan sampai bermusuh. 

Selama 6 tahun bercinta, Intan bukan saja buat hati melekat, malah dia juga memaku hati saya. Bagaimana saya nak mencabut paku ini? Setiap hari saya berdoa agar kami terus bersama.

Wuu..sedihnya. ego seorang lelaki hilang dan cair di depan seorang wanita yang amat dicintainya. kenapa Intan berpisah ek? tak faham jugak apa sebabnya. hensem ape Kamal Adli tu. apa kurangnya? itu hanya Intan Ladyana je yang boleh jawab ye

Kepada Kamal Adli, bersabarlah anda. mungkin ada jodoh yang lebih baik kut yang akan datang. itu semua kehendak Allah SWT. terima suratan takdir-Nya. ada hikmah di sebalik perpisahan anda. ishk ishk..nak pi nangis kejap..uwaaa :P


lovenota : hubungan saya dengan si dia pun sudah menjangkau 9 tahun perkenalan. genap 10 tahun kahwin jela..hihi :P

Read More »

Wordless Wednesday # 33 : 7 Steps to Happiness




how to get a happiness?
to those who being unhappy since lately, 
you can try this 7 steps to happiness

translation: 

7 langkah Kegembiraan:

kurangkan berfikir, lebihkan merasa
kurangkan berkerut, lebihkan senyuman
kurangkan bercakap, lebihkan mendengar
kurangkan mengadili, lebihkan menerima
kurangkan melihat, melakukan lebih
kurangkan merungut, lebihkan menghargai
kurangkan kebimbangan, lebihkan mengasihi





lovenota : happy wednesday!


Read More »

Tuesday, October 07, 2014

Tak Boleh Bergurau, Pi Main Jauh-Jauh!


Agak sebal rasanya malam ini. disebabkan hanya bergurau je dah boleh buat hubungan berantakan *ayat Indonesia kauu*. status facebook saya malam ini:


Maaf kerana menyebut nerd tu. sebab memang terasa sakit hati jugak la, member-member dah kawan lama. memang buat kita terasa betullah. disebabkan salah faham yang sikit tu je pun. itu pun dah marah-marah. oh ya, nampak ada Mama Niza komen, kan? bukan halau la mama, marah sikit je. bagi dia sedar sikit..hehe :P

Ceritanya, kami hanya bergurau-gurau mengenai seorang abang kami, nama panggilannya abang aduka. so, nampak la si boy mengenai mention nama aduka di wall fbnya. si girl cuba menjelaskan status abang aduka pada si boy. tapi, macam si boy nie macam marah-marah pun ada jugak. walaupun tak masuk akal sebab si boy nie memang bukan jenis kuat cemburu atau pemarah. tapi, nampak lain benar bila si girl nie beriya-iya suruh saya explain pada si boy pasal abang aduka. kemudian, memarahi saya disebabkan mention nama lelaki dalam wall fb dia. what the heck? 


Suruh explain sampai kena buat esei 2-3 helai? dan jawapan si boy tu agak annoying sikit, iaitu "no thanks". oh, nak main-main? lagi la buat kita rasa macam, "eh mamat nie marah sangat ke?". masalahnya, si boy tu sengaja je mengusik si girl nie, kononnya marah nak cemburu bagai. tapi cara dia tu salah, dan membabitkan saya sekali. hangin jugak la rasa. 

Saya rasa macam dah tak boleh nak bergurau pulak dengan si laki bini nie. rasa macam perlu keluar dari dunia mereka. rasa dah tak sedap nak bergurau macam biasa. dah tak boleh kacau apa-apa status laki bini nie. takut nanti saya pulak punca keretakan hubungan mereka, kan? saya tak nak jadi macam tuu..haishhh! simpang malaikat 44! memang takkan masuk campur lagi hal depa berdua. biaq pi la.

Kalau tak boleh bergurau, pi main jauh-jauh eh? orang lain pun berlaki-bini jugak. tapi orang kata, agak-agak la. 


lovenota : satu ayat je mampu meretakkan hubungan yang terjalin beberapa tahun. betul tak? 

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®