Friday, October 17, 2014

4 Wanita Berjemur Bogel Tanpa Coli di Port Dickson


Nokharomm betul. tahu la pelancong asing, tapi selamba je nak bukak bra @ coli. dah separuh berbogel topless bagai, lepas tu berbogel terus, dan berjemur sunbathing macam kat Hawaii pulak kan?

hello, ini Malaysia. bukan Hawaii!

Sesiapa yang memang ada kat Pantai Saujana Batu 4 hari Rabu tu mesti dapat tengok tayangan free, kan? dapat live nude di depan mata. ewww. hok aloh!

Polis sekarang pun sedang mencari 4 wanita yang berbogel tu. 4 perempuan tu patut kena saman disebabkan perlakuan tidak senonoh di tempat awam, iaitu mandi tanpa memakai pakaian di tempat awam. banned terus dari masuk Malaysia pun boleh juga. hoho. 

wanita bogel tanpa coli

wanita bogel tanpa coli

******

Berjemur Tanpa Coli


Port Dickson: Empat wanita dipercayai pelancong asing selamba berjemur separuh bogel di Pantai Saujana, Batu 4, di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian jam 2 petang itu, mereka yang dianggarkan berusia antara 20-an dan 30-an berjemur di atas tikar di pantai dalam keadaan cuaca panas terik.



sumber : Harian Metro

*******

Polis cari 4 wanita berjemur tanpa coli di Port Dickson


PORT DICKSON: Empat wanita dipercayai pelancong asing yang didapati berjemur separuh bogel di Pantai Saujana Batu 4 di sini semalam sedang dikesan. Jurucakap polis berkata, satu laporan mengenai perkara itu diterima pada 8.30 malam tadi dan usaha sedang dibuat untuk mengenal pasti mereka berkenaan.



sumber : Berita Harian

*****

Empat wanita `jemur' bogel di Port Dickson


Sinchew Daily melaporkan, empat pelancong wanita yang mempunyai rupa seperti warga Amerika Latin telah melakukan aktiviti `berjemur' dalam keadaan tanpa seurat benang. 

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson, Datuk Ab. Khalid Mat ketika dihubungi akhbar itu melahirkan rasa terkejut selain meminta pihak media menyediakan gambar dan maklumat supaya siasatan dapat dijalankan. 

Kejadian itu dilaporkan berlaku antara pukul 1 hingga 3 petang pada Rabu (15 Oktober) di Pantai Saujana melibatkan empat orang dipercayai mempunyai hubungan ibu dan anak. Salah seorang pelancong adalah berumur 40-an manakala tiga yang lain lebih muda. 

Difahamkan empat pelancong pada mulanya memakai bikini dengan tiga daripadanya berenang sementara seorang lagi berbaring dalam keadaan separuh bogel di pantai. Mereka pada mulanya berada dalam keadaan berwaspada dan akan memanggil rakan lain untuk membalut diri dengan tuala jika mengesan kehadiran orang asing. 

Selepas setengah jam, mereka semakin berani dengan menanggalkan pakaian atas sebelum menanggalkan seluar ketika mereka berbaring di pantai. Empat pelancong itu 'jemur' bogel selama hampir dua jam dengan dua daripada mereka memakai baju semula untuk membeli makanan ringan dan minuman di kedai berhampiran. Selepas membeli barang, mereka menanggal semula pakaian dan meneruskan aktviti 'jemur' bogel. Empat pelancong memakai baju dan bermain dalam air pada pukul 3 petang sebelum kembali ke hotel mereka di kawasan berhampiran. 

Disebabkan bukan hujung minggu dan ramai penjaja tidak berniaga, maka aktiviti bogel tersebut tidak dilihat oleh terlalu ramai orang. Namun begitu, `keberanian' empat pelancong ini tetap disaksikan oleh belasan orang termasuk mereka yang berniat mengintai. Selain sepasang kekasih, dua pelajar dan seorang penjaja aiskrim yang ternampak kejadian itu, tiga pekerja asing dari Bangladesh turut bertindak berenang ke arah empat pelancong seakan-akan mahu mendapat `pemandangan' terbaik



sad face cry


lovenota : tercemar bandar Port Dickson den! dah tak suci! cess!


Read More »

Skru Sebesar Semut Berharga RM 5. Gila!


Semalam saya menghantar laptop pinkish saya ke kedai repair komputer di kawasan Gemencheh. disebabkan kawasan ini adalah kawasan pekan kecil biasa jer, kurang la kedai-kedai servis laptop nie. laptop saya pula kebetulan tertanggal skru di bahagian engsel skrin dengan keyboard. so, nak elak dari skrin patah karang terus bawa ke kedai servis kat kawasan sini.  

skru laptop
skru yang hilang seperti di dalam petak

Dalam fikiran saya, bila servis di pekan kecil macam nie, harga mesti murah sikit, kan? kalau bandar mungkin mahal sikit harga dan service charge. lagipun bukan nak servis laptop pun. nak suruh tukang mekanik tu pasang skru baru, tu je pon.

kedai komputer

kedai komputer

facebook : LYC Computer


Saya pun singgah ke kedai LYC Computer yang baru dibuka tahun nie rasanya. bersebelahan dengan Pasaraya Pujaan di Gemencheh. kedai cina tu. saya pun masuk dan cerita la laptop saya yang dah tercabut disebabkan skru yang dah hilang.

Skru tu bukannya besar pun. kecik macam badan semut hitam tu je. skru tu macam gambar di bawah di dalam kotak pink.

skru laptop

Saiz kecik kan? tapi harganya cekik darah! sebiji skru kecik tu dah cecah RM 5. tak logik betul. eh, aku pergi kedai hardware RM 5 tu dapat berpuluh-puluh skru tau. cuma tak ada kedai hardware je kat Gemencheh nie. sebab tu terpaksa pergi jugak. kalau tak, dah lama boleh cari skru sendiri buat sendiri. 

updated: dia tak guna skru original laptop. hanya skru biasa.

Mula-mula tu bertekak jugak la dengan owner kedai komputer tu. saya persoalkan apa pasal harga sampai RM 5? skru kecik ciput comel tu RM 5? 

Dia jawab, "itu saya kira service charge sekali la. sebab itu saya kasi RM 5, "

Kepala HOTS kau!!. depan mata nie nampak service kau yang remeh-temeh tu. cuma cari skru yang sama, lepas tu pasang. pusing-pusing guna skrew driver, lepas tu dah siap. itu service charge RM 5 kau???

Sakit gila hati. dalam hati nie dah sumpah seranah macam-macam tak terkira lah. ada jugak manusia yang ambil kesempatan macam nie. so, bayar la dengan muka yang tak puas hati. dalam hati, aku takkan halalkan duit tu. eh, lupa pulak. cina mana ada hukum halal haram nie. cait!

Tapi, saya silap sebab tak minta resit pembayaran. dah tengah marah semua benda tak hengat! kalau kepala dah angin, tak ada nak fikir rasional dah. kalau dapat resit tu, boleh buat aduan pasal nie. tapi nak buat macam mana..haih haih haih!


lovenota : Susah nak cari kedai yang jujur sekarang nie. semuanya kerna DUIT!

Read More »

SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI


Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.

Assalamualaikum w.b.t.


KLIK BANNER UNTUK JOIN!

CARA JOIN:

1. Buat satu entri bertajuk "SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI"
2. Copy kod HTML yang disediakan di entri segmen.
3. Follow blog wawa.  *wajib*
4. Tinggalkan komen anda di ruang komen bawah ini.


ALERT!
- Wawa akan update senarai peserta seminggu sekali iaitu hari Isnin. Setiap update dari wawa nanti beserta dengan link follow para peserta. So, nanti korang just klik link tu untuk follow peserta lain.
- Wawa akan check satu persatu okay sebab nak elak daripada orang ambil kesempatan lain.
- Sebarang pertanyaan, boleh PM wawa dekat sini Facebook .


Mohon korang semua dapat support wawa ye. Selamat bersegmen!


semua dah tulih.

jom join reramai support wawa :D

arigatou!

Read More »

Segmen Bloglist bersama Irrayyan.com



jom kita join. 
boleh masuk bloglist mama irrayyan..hehe

klik je banner di atas

arigatou :D

Read More »

Segmen Review Blog #1



Segmen Review Blog #1 

Tarikh tamat: 
19 Oktober 2014 


seronok nie kalau kena review. 
baru kita dapat tahu ape kelebihan dan kelemahan blog kita di mata orang lain 
tak ada la timbul kes buat blog syok sendiri 

tapi blog saya tak siap lagi nie..
ada beberapa benda lagi yang perlu ditambah..
hoho 

Rrsya akan review semua blog jika penyertaan kurang dari 50 blogger 
eh, mesti lebih dari 50 blogger punya lah. 
jangan risau..hehe 


nak join klik banner di atas 

arigatou!

Read More »

Segmen Blogwalking Bersama Cikgu Ayu

 

Segmen Blogwalking Bersama Cikgu Ayu

Tarikh tutup:
SABTU 25/10/2014 jam 10.00 malam

mai join reramai.
boleh blogwalking sesama blogger
sambil berkenalan

saya dah lama x BW. 
cuti sekolah nie boleh kut :D


nak join klik banner di atas

arigatou :D
Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®