Thursday, October 23, 2014

Segmen : Blogwalking 10 Jam !



Segmen : Blogwalking 10 Jam !

segmen ini tamat pada 9 malam waktu Mesir 
bersamaan 3 pagi Malaysia (24 Oct 2014) !

sesiapa nak join masih sempat lagi weii..
nak join klik banner di atas eh

arigatou!

Read More »

Segmen Blog Review 48 Jam #1



Hai semua!Jemput join segmen simple ini. Syarat mudah je. :)

Syarat Penyertaan Giveaway.

1.Follow blog Wani.
2.Buat entri bertajuk 'Segmen Blog Review 48 Jam #1'.
3.Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
4.Tinggalkan URL entri anda dalam ruangan komen entri ini.
5.Segmen ini berlangsung dari 23/10/2014 (9:00 a.m) hingga 25/10/2014 (9:00 p.m).

Berapa bilangan pemenang? 
Wani akan review blog semua peserta jadi kesemua peserta menang! =D 
Jadi,apa tunggu lagi,jomlah join! :D

nak join, klik banner di atas yer!

Read More »

iPhone 6, 6 Plus Masuk Pasaran Malaysia


iPhone 6, 6 plus masuk pasaran malaysia

iPhone 6, 6 Plus masuk 7 November

Kuala Lumpur: iPhone 6 dan 6 Plus akan mula dipasarkan di Malaysia pada 7 November ini.
Syarikat telekomunikasi DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) menjadi syarikat pertama mendedahkan tarikh pengenalan iPhone 6 dan 6 Plus di negara ini dengan membuka tempahan gajet terbabit bermula 31 Oktober nanti.

Sebelum ini, Apple melancarkan bukan satu, tetapi dua versi iPhone baru iaitu iPhone 6 dan 6 plus yang dilengkapi skrin 4.7 inci serta 5.5 inci.

Kedua-dua iPhone 6 baru ini dilengkapi paparan Retina HD yang baru dengan iPhone 6 memiliki resolusi 1334 x 750 piksel manakala resolusi untuk iPhone 6 Plus pula ialah 1920 x 1080.

sumber: Harian Metro

iPhone 6, 6 plus masuk pasaran malaysia


Berangan je nak dapatkan iPhone 6 nie. tak tau laaa bila boleh beli kan? 
saya tak mampu nak beli. mampu pandang jela..sob3.

ada tak antara uolss buat GA atau segmen yang hadiahnya iPhone 6?
nak joinn~~~ 
hehe :D


lovenota : ade ke sesiapa yang baik hati nak belikan? hihi :P

Read More »

Wednesday, October 22, 2014

[Gambar] Ribut di Pandamaran

Pandamaran dilanda ribut, banyak kerosakan dilaporkan


PELABUHAN KLANG: Ribut seperti puting beliung yang melanda Pandamaran selama kira-kira 30 minit merosakkan puluhan rumah serta premis perniagaan di kawasan kilang dan perusahaan di situ. Malah, ribut berserta hujan lebat yang bermula kira-kira jam 2 petang itu menimbulkan ketakutan dalam kalangan penduduk di Pandamaran dan Pandamaran Jaya serta di sepanjang Jalan Banting dan Jalan Besar Pandamaran.

Angin berpusar itu bukan saja menerbangkan atap rumah tetapi juga menumbangkan beberapa pokok di kawasan berkenaan sehingga menimpa bangunan, tiang elektrik dan kenderaan. Kesesakan jalan raya turut berlaku di kawasan terbabit apabila pokok tumbang menghalang laluan.

Tinjauan di tempat kejadian mendapati sebanyak 72 rumah di Pangsapuri PKNS, Pandamaran Jaya, di sini, terjejas akibat ribut berkenaan. Beberapa bot yang berada di jeti berhampiran juga tenggelam akibat dipukul ribut. Antara premis yang terbabit dalam kejadian ribut itu ialah sebuah gudang penyimpanan tong gas, Tokong Aji San, Flat PKNS dan Flat Pandamaran Permai.

Akibat daripada ribut itu, bekalan elektrik telah terputus dan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dihubungi. 

ribut puting beliung angin kencang di pandamaran

ribut puting beliung angin kencang di pandamaran

ribut puting beliung angin kencang di pandamaran


Kelembapan udara tinggi punca angin kencang di Pandamaran

  
PELABUHAN KLANG: Kejadian angin kencang dan ribut petir berskala besar yang berlaku di Pandamaran petang tadi disebabkan oleh faktor kelembapan udara yang tinggi dan penumpuan angin di paras rendah.

Jabatan Meteorologi Malaysia ketika mengesahkan mengenai kejadian kira-kira jam 2.30 petang hari ini, turut menyatakan ketidakstabilan atmosfera bertindak sebagai pemangkin untuk pembentukan awan ribut petir yang berskala besar.

Berdasarkan gema radar cuaca, pembentukan awan berintensiti tinggi mula terbentuk sekitar jam 2 petang dan berakhir pada jam 3.10 petang. Pihak Jabatan Meteorologi Malaysia sudah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat pada jam 1.53 petang.

ribut puting beliung angin kencang di pandamaran

ribut puting beliung angin kencang di pandamaran

ribut puting beliung angin kencang di pandamaran

ribut puting beliung angin kencang di pandamaran

ribut puting beliung angin kencang di pandamaran
\



Hikmah dari kejadian-kejadian tidak menyenangkan yang terjadi di alam semesta ini seperti banjir, gempa bumi dan angin ribut bukan semata-mata kerana azab Ilahi. Namun ia memiliki banyak pengaruh. Di antaranya ialah berbagai nikmat Ilahi, penyedaran manusia dari kelalaian, memicu potensi-potensi dan penyemaian bakat, penerusan generasi kehidupan di muka bumi, dan juga sebagai peringatan bagi penzalim, orang yang melampaui batas dan sebagainya. Hal ini semua dapat dijadikan sebagai hikmah dalam kejadian bencana-bencana alam. 

Di samping itu, tidak ada pertentangan sama sekali antara sebuah kejadian fenomena alam yang memiliki sebab-sebab material. Pada saat yang sama ianya merupakan azab Ilahi, kerana azab Ilahi juga turun kepada manusia dan alam semesta berdasarkan pada sunnah Ilahi dan sistem sebab-akibatDengan kata lain, setiap fenomena yang terjadi di alam semesta ini berdasarkan kehendak Ilahi. Allah (s.w.t) juga menyampaikan kehendak-Nya berdasarkan pada hukum sebab-akibat. Manakala sebab-sebab material merupakan salah satu kehendak Ilahi dan berada di bawah sekumpulan masyiyyāt Tuhan.

Salah satu pengaruh positif bencana-bencana yang mengusik kehidupan manusia ialah, manusia akan terbangun dan terjaga dari tidur dan kelalaian setelah tenggelam dalam kenikmatan-kenikmatan dunia, di samping mengingatkan mereka tentang tanggung jawabnya yang besar di hadapan Tuhannya dan mengubah sikapnya yang sebelumnya angkuh dan sombong akan bertukar menjadi rendah hati dan tawadhu. Al-Qur'an menyentuh masalah ini dengan menjelaskan bahawa kaum-kaum para nabi sentiasa berhadapan dengan berbagai kesulitan hingga ia meninggalkan sikapnya yang melampaui batas dan berserah diri di hadapan Allah (s.w.t). 

"Kami tidaklah mengutus seseorang nabi pun kepada sesuatu negeri, melainkan Kami timpakan kesempitan dan penderitaan kepada penduduknya supaya mereka tunduk dengan merendahkan diri." (Surah Al-A'raf: 94)

Pengaruh positif yang lain apabila wujud bencana alam ialah manusia semakin mengenal betapa pentingnya nikmat Ilahi dan memberikan penghargaan terhadapnya; Ini disebabkan "kadar kesihatan hanya baru dapat dirasakan tatkala seserang itu menderita kesakitan." 

Dalam sebuah hadis yang dinukilkan dari Imam Shadiq (a.s) menyatakan bahawa: "Meskipun bencana atau penderitaan menimpa kedua kelompok samada orang baik dan orang jahat, akan tetapi  Allah menjadikan hal tersebut sebagai benih untuk memperbaiki kedua kelompok tersebut. Bencana dan musibah yang menimpa orang-orang baik adalah bahan untuk mengingat nikmat-nikmat Ilahi yang dahulunya dianugerahkan kepada mereka dan dengan perantara bencana ini akan membimbing mereka untuk bersyukur dan bersabar."

Noktah penting lainnya yang tidak boleh kita lupakan adalah munculnya sebahagian bencana akibat dari perbuatan tangan-tangan manusia sendiri. Manusia adalah sebuah entiti yang bebas dan berasaskan hukum sebab-akibat. Sebahagian perbuatan ikhtiari manusia tersalah dalam membuat pilihan sehingga mengundang berbagai musibah dan bencana."

Al-Qur'an menyatakan, "Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi, mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya." (Surah Al-A'raf [7]:96)

sumber : IslamQuest

semoga semuanya selamat. 
harap semua kerosakan dapat diperbaiki.

Read More »

Pemenang "Segmen Happy Birthday Miss Balqis"


[den ghaso nak update guno bahaso polik-polik bole dak? haha]




Sebelum itu, den nak minta maap sobab tolambat buek keputusan untuk "Segmen Happy Birthday Miss Balqis" maso awal bulan Oktober hari tuh. 
den tak sompek sobonarnyo eh nak nengok ucapan kreatif dari peserta ha..buzy nor ha..busy budak-budak skoloh exam PT3 nie ha..buek kelas tambahan, etc etc. 
ucapan dari peserta pun sumo kreatip-kreatip eh..tak dok yang tak kreatip. sumo ucapan memang terguris terharu di hati den yang kiut miut nieh..hahaha

ado yang buak ucape pantun, puisi pun ado, lirik lagu, hok paling molek kali hok surat rasmi. suko ore baco surat rasmi. 

so, mai kito nengok sapo pomonangnyo untuk segmen ini

ucapan paling kreatif:
akan mendapat wang tunai RM 10


haaa..sebab apa BBL boleh menang? 
nie nak cakap bahasa biasa, takut ada yang tak paham pulak kang..hahaha. 
dia punya ucapan guna surat rasmi, sangat kreatif yer..
korang boleh tengok la ucapan tuh..sempoi! tahniah!

lepas tu saya nak betulkan sikit la surat rasmi budak bandung laici tu. 
saya dah habis Degree sebenarnya. sedang bekerja menjadi seorang guru dahhh..
4 tahun dah habis..hehehe :P

nak cupcake? 
bolehhh, semua reader dapat cupcake dari saya

nah!


amik tau! hehehe :P

saya juga memilih 3 saguhati untuk peserta segmen saya:
akan mendapat wang tunai RM 5




disebabkan ada yang bersusah payah create ucapan 
yang sangat comel dan cantik
actually susah nak pilih pemenang. 
nie pun decide nak kena pikir banyak kali
supaya pilih secara adil dan saksama.

so, kepada para pemenang si atas, 
anda boleh tebus hadiah dengan menulis butir-butir peribadi dengan menggunakan kotak komen di bawah. jangan risau kerana saya tidak akan publish komen anda. kalau nk komen yang publish, komen sekali lagi...hihi :P

anda boleh pilih sama ada nak tebus wang tunai melalui akaun bank ataupun top-up

secara wang tunai akaun bank, sila nyatakan
nama penuh : 
nombor akaun : 
bank : 

secara top-up, nyatakan 
nombor telefon: 
telco: maxis/celcom/digi/u-mobile



Read More »

Segmen : Jom Tingkatkan Follower Sampai Puas


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

(klik banner kalau nak join sekali)

Segmen : Jom Tingkatkan Follower Sampai Puas

Follower Semasa Join Segmen : 2017 
Follower Target : 3000 
Fanpage : 795 
Twitter : takde twitter la :P 

so, siapa nak follow saya, boleh klik button di bawah: 




Google + dan Follow Blog boleh didapati di bawah footer blog yer 

Saguhati kepada yang bertuah: 

10 blog bertuah dimasukkan ke dalam bloglist 
2 blog bertuah direview (entry melekat selama 1 hari) 
seorang blogger bertuah dapat top up RM10 

nak join klik banner di atas 

arigatou! 

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®