Sunday, November 02, 2014

Separuh Akhir Muzik Muzik ke-29




Telah diumumkan 30 lagu yang layak untuk bersaing dalam peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik ke-29. 10 lagu akan bersaing pada setiap minggu di mana persaingan akan berlangsung pada 14, 21 dan 28 November 2014. Tarikh Anugerah Juara Lagu ke-29 masih belum diberitahu lagi.
senarai penuh 30 lagu yang bertanding dalam separuh akhir Muzik Muzik ke-29. 
14 November 2014
1. Akhir Penantianku (Alif Satar) 
2. Gilalah (Stacy) 
3. Cinta Tak Pergi (Yana) 
4. Romancinta (Mojo) 
5. Cinta Makrifat (Ronnie & Marsha) 
6. Hilang (Najwa Latiff) 
7. Si Putih Si Merah (Black & RJ) 
9. Dunia & Syurga (Akim Ahmad) 
10. Malaikat (Hazama) 
21 November 2014
1. Dipintu Syurga (Dayang Nurfaizah) 
2. Rindukanlah (Encik Mimpi) 
3. Ayuh Tinggalkan Dia (Encik Mimpi) 
4. Aku Juga Manusia (Amir Jahari) 
5. Dia Yang Kau Pilih (Faizul Sany) 
6. Matahari (Hafiz) 
7. Gadis Jolobu (Dato Hattan & Waris) 
8. Arjuna Beta (Fynn Jamal) 
9. Pasti Sempurna (Kristal & Ronnie) 
10. Kau Pergi Jua (Iamneeta & Najwa Latiff) 
11. Infiniti Cinta (Zizan & Kaka)
28 November 2014
1. Jodoh Berdua (Hafiz Hamidun) 
2. Rentak Laguku (Bunkface & Amy Search) 
3. Mewangi (Akim And The Majistret) 
4. Percayalah (Indah Ruhaila) 
5. Sesal Separuh Nyawa (Alyah) 
6. Al Haq Yang Satu (Mawi & Dato AC Mizal) 
7. Lelaki (Yuna) 
8. Tak Pernah Berjumpa (Forteen) 
9. Apa Khabar (Joe Flizzow & SonaOne)


Lagu yang best-best belaka. baru ada feel nak tonton. :D


Read More »

Anugerah Festival Filem Malaysia 26

Pemenang Anugerah Festival Filem Malaysia 26 (FFM26)


Anugerah Festival Filem Malaysia ke-26


Senarai penuh pemenang bagi 20 anugerah utama yang disampaikan pada malam kemuncak Festival Filem Malaysia Ke-26 (FFM26) yang diadakan di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad di Seremban, Negeri Sembilan:

1. Filem Terbaik - KIL (Primeworks Studio (Grand Brilliance) : Nik Amir Mustapha

2. Pengarah Terbaik - Nik Amir Mustapha (KIL)

3. Pelakon Lelaki Terbaik - Rusdi Ramli (Tanda Putera)

4. Pelakon Wanita Terbaik - Lisa Surihani (Istanbul Aku Datang)

5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Datin Paduka Umie Aida (Sembunyi : Amukan Azazil)

6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Datuk Rosyam Nor (KL Gangster 2)

7. Lakon Layar Terbaik - Nik Amir Mustapha (KIL)

8. Cerita Asal Terbaik - Mamat Khalid (Rock Oo)

9. Pelakon Harapan Wanita - Cristinne Suzanne (KIL)

10. Pelakon Harapan Lelaki - Zul Ariffin (Penanggal)

11. Sinematografi Terbaik - Raja Mukhriz (Penanggal)

12. Penyunting Terbaik - Syamsul Yusof/ Hisyam Jupri (KL Gangster 2)

13. Kesan Khas Terbaik - Tanda Putera (Pesona Pictures)

14. Filem Bukan Di Dalam Bahasa Melayu Terbaik - Paper Moon (Double Vision/ Astro Shaw/ Passion Entertainment)

15. Filem Box-Office 2013 - Husin, Mon & Jin Pakai Toncit (Keuntungan sebanyak RM5.9 juta dalam masa dua minggu tayangan)

16. Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman Wanita - Datuk Rosnani Jamil

17. Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman Lelaki - Datuk Rahim Razali

18. Anugerah Khas Juri - Tanda Putera (Mengangkat elemen patriotik)

19. Anugerah Khas Juri - PaperMoon (Mengangkat elemen budaya tempatan)

20. Anugerah Khas Juri -  Kolumpo (Mengangkat isu semasa)

21. Pengarah Harapan - Ellie Suriaty (Penanggal)


Filem KIL


Read More »

Pahang Juara Piala Malaysia 2014


piala malaysia pahang vs jdt


Pahang pertahan mahkota kejuaraan Piala Malaysia

  
Pahang gah mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Malaysia selepas menewaskan Johor Darul Ta'zim 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti di di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Terdahulu kedua-dua pasukan finalis itu terikat 2-2 sekalipun selepas tamat masa tambahan permainan.


keputusan sepakan penalti pahang-jdt


Sepakan penalti pertama Pahang yang dilakukan Md Razman Roslan. JDT 0-1 Pahang

Sepakan penalti pertama JDT oleh Luciano Figueroa. JDT 1-1 Pahang

Sepakan penalti kedua Pahang dijaringkan oleh Damion Delano Stewart. JDT 1-2 Pahang

Sepakan penalti kedua JDT dijaringkan Jorge Pereyra Diaz. JDT 2-2 Pahang

Sepakan penalti ketiga Pahang dijaringkan Md Shahrizan. JDT 2-3 Pahang

Sepakan penalti ketiga JDT dijaringkan Harris harun. JDT 3-3 Pahang

Sepakan penalti keempat Pahang dijaringkan Zeshan Rehman. JDT 3-4 Pahang

Sepakan penalti keempat JDT gagal dijaringkan Mat Yo.

Sepakan penalti ke-5 Pahang dijaringkan Hafiz Kamal. JDT 3-5 Pahang




Kerajaan Pahang umum cuti Isnin sempena menang Piala Malaysia

  
KUANTAN: Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kerajaan negeri Pahang mengumumkan Cuti Peristiwa sehari pada Isnin, 3 November 2014 sebagai menghargai kemenangan skuad bola sepak negeri menjuarai Piala Malaysia 2014.

Beliau berkata, pengumuman itu dibuat dengan mengambil kira bahawa permainan bola sepak adalah permainan rakyat.

"Menjadi juara bukan perkara yang boleh diraih setiap tahun," katanya menerusi pesanan khidmat ringkas (SMS) sebentar tadi.

Menteri Besar bagaimanapun mengingatkan semua pegawai dan guru yang terbabit dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula Isnin ini pada 3 November hendaklah meneruskan tugas seperti biasa.

"Semua pelajar yang terbabit juga mesti menduduki Peperiksaan SPM," katanya.


Pahang berjaya mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Malaysia selepas menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) 5-3 menerusi sepakan penalti di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

******


Fine, tak dapat dengar Dato' Siti Nurhaliza nyanyi karaoke karen. cess!

Btw, tahniah pada pasukan Pahang kerana masih menjadi Juara Piala Malaysia dengan jaringan 5-3. JDT kalah la pulakss :P


Untunglah siapa-siapa yang duduk Pahang, dapat cuti hari Isnin~


lovenota : tak sempat nak BW hari nie. penat, baru balik dari dating..hehe. esok la yer geng :D

Read More »

Saturday, November 01, 2014

Avengers: Age of Ultron



Avengers: Age of Ultron - extended official teaser trailer


Avengers: Age of Ultron





Sinopsis:

In The Avengers: Age of Ultron Earth’s Mightiest must reunite and work with newcomers Quicksilver and Scarlet Witch to battle new antagonist Ultron, who receives an all-new origin story, while dealing with a new level of inner conflict amongst the team. Quicksilver & Scarlet Witch may not necessarily agree with The Avengers and Tony Stark may be responsible for the creation of the new villain.

***

tak sabar nak tunggu Filem Avenger yang kedua nie
kalau tengok trailer memang banyak aksi.

yang kelakarnya, semua orang cuba angkat hammer Thor. kalau korang perhati, Captain Amerika hampir-hampir dapat angkat hammer tu. itu bermaksud Captain Amerika kuat dari yang lain..yeke..hihi..alah, cerita je ponn :P

kalau semua hero Marvel, iaitu Captain America, Iron Man, Thor, Hulk, Loki digantikan dengan Heroin, agak-agak korang boleh terima tak? cuba tengok gambar nie:


heroin marvel

awesome tak? macam best jugak kan?
dan rasanya makin ramai lelaki yang berpusu-pusu di pawagam..hehe XD

the avengers


Avenger: Age of Ultron akan ditayangkan pada 30 April 2015 pada tahun depan
tak sabarnya!


lovenota: semua filem keluaran Marvel saya tonton :D

Read More »

Friday, October 31, 2014

Puting Beliung di Kota Setar


Makin banyak kejadian yang menimpa negara kita sekarang ini. banjir, hujan lebat dan kali ini puting beliung. hari tu jadi kat Pendang, Kedah. yang terbaru adalah kejadian puting beliung kecil di Kota Setar, Alor Setar, Kedah petang tadi. puting beliung itu juga dipanggil belalai air. makin seram dah...tengok gambar pun dah seram. apa lagi orang yang mengalaminya di Kota Setar. 

35 rumah rosak akibat puting beliung di Kota Setar


puting beliung di kota setar


Alor Setar: Sekurang-kurangnya 35 rumah di sekitar daerah Kota Setar, rosak teruk selepas dilanda puting beliung kecil dikenali sebagai belalai air.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, antara rumah yang rosak dilanda belalai air berkenaan termasuklah di Kampung Batin, Taman Mergong Jaya Fasa 1, Kampung Sungai Baru dan Taman Inang.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kota Setar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5 petang oleh orang ramai bagi memaklumkan mengenai kejadian itu.

Katanya, hasil pemeriksaan awal mendapati sebahagian rumah yang dilanda belalai air itu rosak teruk akibat dinding kediaman mereka diterbangkan angin dan ditimpa pokok tumbang.


Gambar Puting Beliung Kota Setar, Alor Setar, Kedah:

puting beliung di kota setar


puting beliung di kota setar

puting beliung di kota setar

puting beliung di kota setar

puting beliung di kota setar

puting beliung di kota setar


puting beliung di kota setar

sumber : Berita Harian dan Harian Metro

Video kejadian puting beliung di alor setar




Ahad : 2 November 2014


Puting beliung kecil melanda Mergong


ALOR SETAR: Sekurang-kurangnya 13 buah rumah di Taman Wira Mergong mengalami kerosakan setelah dilanda angin kencang dan pusaran kecil puting beliung, hari ini. Kejadian kira-kira 1.15 petang itu berlaku hanya selepas dua hari kejadian puting beliung melanda lima kawasan di daerah Kota Setar.

Ketua Cawangan Blok E Taman Wira Mergong, Ahmad Ishak, 60, berkata, ini merupakan kali ketiga kejadian seumpama itu berlaku dalam tempoh dua tahun sejak 2012 dan kejadian pertama tahun ini.

"Kebanyakan rumah yang terlibat rosak di bahagian bumbung dan hanya tiga buah yang mengalami kerosakan teruk tetapi pelbagai pihak telah tampil menghulurkan bantuan dan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga sudah melihat kerosakan yang dialami penduduk," katanya.

Sementara itu, Adam Abdullah, 30, berkata, ketika kejadian dia berada di luar rumah sedang menjemur pakaian sebelum mendengar bunyi angin kuat serta pusaran puting beliung kecil datang dari arah bertentangan rumahnya.

"Saya tengah sidai baju. Selepas itu saya dengar bunyi angin kuat dan lihat ada bumbung rumah jiran yang diterbangkan angin dan angin kencang itu terus menghala ke kawasan rumah saya. Saya terus meluru masuk ke dalam rumah untuk menyuruh isteri dan anak yang berumur satu tahun lebih menyorok di bawah meja kerana bimbang akan berlaku kejadian seperti di Mergong dua hari lepas tetapi saya bersyukur kerana ia tidak serius," katanya.

Jamilah Mard, 20, yang juta pelajar semester lima jurusan Perbankan di Kolej Universiti Insaniah berkata, ketika kejadian dia bersama empat teman rumahnya sedang mengulang kaji pelajaran di ruang tamu sebelum mendengar angin kuat di bahagian dapur rumah mereka.

"Kami sedang mengulang kaji pelajaran sebelum mendengar bunyi angin kuat dan tiba-tiba sahaja bumbung di bahagian dapur dibawa angin. Kejadian berlaku sekelip mata... kami tak mampu berbuat apa-apa dan tergamam melihat bumbung diterbangkan angin satu persatu," katanya.


****

Malapetaka yang datang seperti gempa bumi, ombak besar (tsunami), tiupan angin yang kuat (puting beliung) dan sebagainya adalah ujian yang ditentukan oleh Allah S.W.T. bagi menguji sejauh mana keimanan dan kesabaran setiap hamba-Nya.

Oleh itu umat manusia khususnya umat Islam hendaklah sentiasa beringat (jangan lalai dan alpa) dan sentiasa berzikir menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya di samping berselawat ke atas baginda Rasulullah saw. sepanjang masa dan berdoa agar dijauhi dari segala mara bahaya dan bencana yang menimpa.



Wallahu'alam :)




lovenota : subhanallah


Read More »

Buka Kelab Malam untuk Kanak-Kanak


clubbing kelab malam untuk kanak-kanak


Trend baru New York paling hangat: kelab malam atau night club untuk kanak-kanak

Selamat datang ke salah satu kelab malam paling hangat di New York dan dari pengunjung kelab generasi baru : kanak-kanak berusia enam tahun.

Bilik VIP telah membuka pintu untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun pada petang Ahad untuk memberi peluang kepada mereka untuk merasai suasana kelab malam, muzik elektronik dan adegan tarian di New York.

Lebih daripada 300 orang, termasuk ibu bapa dan adik-beradik yang lebih muda, menghadiri pesta yang dianjurkan oleh pasangan suami dan isteri yang syarikatnya CirKiz membuka kelab malam di New York untuk anak-anak sebulan sekali.


"Saya suka itu. Anak perempuan saya mempunyai masa yang hebat. banyak keseronokan. Ia juga selamat untuk anak-anak. Ia dibuka pada siang hari, dan mereka dapat merasa seperti orang dewasa," kata Laura Lampert, seorang setiausaha undang-undang dari Harlem.

Sementara orang tua duduk dengan bir atau vodka dari bar, anak-anak dapat merasa di booth DJ - mereka digalakkan untuk menyentuh peralatan tersebut dan melibatkan diri di tempat yang bercampur.

DJ Natalie Elizabeth Weiss pada sesi kelab kanak-kanak dan berfikir mereka adalah cara yang cemerlang membuka minda generasi muda"Ini memberikan kami peluang untuk kembali ke akar kita sebagai manusia, yang berkumpul bersama dan menari muzik," katanya. Dia memberikan pelajaran DJ untuk anak-anak berumur tiga bulan, yang telah menjadi viral di kalangan keluarga yang bergaya di New York.

Ini adalah idea Jesse Sprague, seorang DJ yang telah bekerja di kelab itu selama 20 tahun, dan isterinya Jenny Song. Mereka mengatakan ini adalah menyeronokkan untuk kanak-kanak.

"Mereka boleh datang ke dalam ruang yang benar-benar hebat, bersosial dengan rakan-rakan mereka, lupakan televisyen, iPad dan tablet; dan masuk ke dalam kelab dan turut serta merasai pengalaman, sesuatu yang mempunyai getaran yang hebat," kata Sprague.

"Salah satu misi ialah kami mahu memberi inspirasi kepada anak-anak untuk meneruskan perkara-perkara yang seni. Ini membantu untuk mengembangkan minda yang kreatif, yang mempunyai anak-anak berada dalam persekitaran deria yang merangsang."

clubbing kelab malam untuk kanak-kanak


sumber : yahoo.com


Jangan benda nie dibawa ke Malaysia sudah. Malaysia nie kalau benda baru semua nak ikut. jadi trending katakan. memang mudah sangat terpengaruh. apatah lagi budak-budak zaman sekarang. bahaya wooo!


lovenota : nak menari pi join kelab menari, bukan pi menari kelab malam 



Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®