TERBARU! CONTOH TUGASAN PT3
- Tugasan Sejarah PT3 2018 Masyarakat di Tempat Tinggal
- Tugasan Geografi PT3 2017 Peta Lakar
- Tugasan Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah
- Tugasan Geografi PT3 2016 Pengangkutan
- Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi
- Tugasan Geografi PT3 2014 Pencemaran Alam Sekitar
- Tugasan Sejarah PT3 2016 Bangunan / Binaan Bersejarah
- Tugasan Sejarah PT3 2015 Persetiaan Persekutuan
- Tugasan Sejarah PT3 2014 Perpaduan Kaum
Wednesday, November 19, 2014
Tuesday, November 18, 2014
Hormatilah Perasaan Rakan!
Seperti yang anda maklum *kalau tak maklum meh ceq habaq sat*, semua guru-guru di sekolah di seluruh Malaysia sedang sibuk menyiapkan tugasan akhir tahun sebelum bercuti yang bermula pada hari Sabtu ini. Yeayy! Cuti Sekolah Bermula! semua cikgu dok print itu ini, laporan itu ini, post-mortem itu ini etc etc termasuk seorang guru di sekolah saya. dia guru perempuan, saya gelarkan dia Cikgu Z jela ye. dia baru je pegang jawatan Setiausaha Peperiksaan (SU) PT3 untuk tahun ini. cara dia bekerja memang bagus, tertib serba-serbi dengan penuh teratur. tetapi yang tak bestnya, sikap dia.
Tadi pun saya dapat aduan juga dari Ketua Panitia saya mengenai Cikgu Z nie. cikgu-cikgu nie hanya bertanya mengenai pelaporan PT3 nie, apa nak dibuat, bagaimana nak simpan, apa tindakan seterusnya. yelah, hanya SU je yang tahu semua tu. so, memang kita tanya pada SU kan? tetapi si Cikgu Z nie punya la naik angin, sampai kebanyakan semua guru terkena mangsa tempiasnya. saya takde di sekolah sebab jaga peperiksaan SPM. so, cerita nie dapat lambat pada saya.
Seorang Cikgu L, dia cikgu perempuan Chinese, mengadu jugak pada saya yang Cikgu Z nie layan dia macam 'kecik besar kecik besar' je. paham-paham korang la..hahaha. Cikgu L mengadu pada saya yang dia sakit hati sangat pada Cikgu Z sebab suka marah-marah dan cakap main lepas ikut suka dia.
Cikgu L : ishk, Cikgu Z tu kan, saya tak suka la, dia marah-marah pada saya. saya sakit hati la cakap dengan dia. saya tanya pasal skrip soalan pelajar, dia macam bising-bising pada saya. saya dah lama tak cakap dengan dia tau. saya malas mau layan dia
Saya : *tergelak kecil* ok je, dia busy kot, tension kan sekarang nie macam-macam nak kena siapkan. lagipun memang macam tu pun perangai dia kan? *saya hanya boleh bersikap husnuzon jela*
Cikgu L : tapi cara dia cakap tu tak profesional la. ada ke patut dia marah saya sebab saya tak jumpa skrip soalan pelajar. hishh, saya memang tak suka la cikgu Z tu.
saya : sabar, kita nie nak bekerjasama dengan dia nie lama tau. jangan kecik hati cikgu L. orang muda biasa la, darah cepat menggelegak. hehehe. *takda la muda pun, sebaya dengan saya jer pon*
Cikgu L: yela, saya pun ada tanya dia, mana mau letak itu semua skrip soalan saya. dia kata "itu bukan kerja saya! tanya la Ketua Panitia (KP)!". dia guna nada marah-marah pada saya.
Saya : *kelu lidah. besar betul kuasa cikgu Z main suruh-suruh orang macam tu je..ishkk*. takpe la, nanti saya tanya KP ye. sabar sabar :)
Cikgu L : u dengan Cikgu Z tu ok ke?
Saya : ok macam-macam tu jela kak..huhu
Cikgu L : dengan u dia memang tak berani maa nak marah-marah, dia takut dengan u lorh u garang sama dia. mentang-mentang perangai saya suka main-main sama dia, dia buat macam ini pada saya kan. susah la mau cakap sama dia. haha .
Saya : *tergelak besar terus!* hahaha
Adei, yang kes dia takut dengan saya tu memang ada juga saya dengar-dengar kat sekolah. dia tak berani nak marah-marah saya tanpa sebab depan saya, sebab saya jenis yang garang. saya kalau orang aniaya saya pasal kerja saya memang tak kira orang, saya terus marah depan-depan. memang tak dinafikan pun..hehe.
Itu kes Cikgu Z dengan Cikgu L.
Kes dia dengan saya pun ada jugak. tapi tak serius macam cikgu L nie.
saya hanya text dia je, malas nak cakap.
saya : Z, pelajar form 3 perlu ke nak print slip akhir tahun?
Cikgu Z : markah PT3 key in offline di sekolah dan online di aplikasi PT3. yang trial punya kan dah hantar kat aku. ko nak buat apa lagi??
saya : *eh budak Z nie, ko paham soalan ke tak? aku tanya benda lain ko jawab benda lain* aku tanya, nak kena print slip akhir tahun ke? yang komen-komen tu...
Cikgu Z : tak payah.
Okay, saya tak makan hati sangat message dia tu. mungkin dia tengah pening kot. haha. saya pun adu juga pada KP. KP saya pun geleng-geleng kepala dah, tak reti nak layan Cikgu Z sekarang nie...haha
Tapi, kita sebagai pekerja dalam satu bumbung haruslah hormat pada rakan sejawat yang lain. seperti kes Cikgu Z dengan Cikgu L tu, Cikgu L tu dah lama jadi guru senior di sekolah tu, dia lebih lama mengajar dari kami. kita kena la hormat orang yang lebih senior dari kita, tak kira la dari aspek kerja dan sosial. hormat itu adalah penting. bila kita hormat pada orang lain, orang juga akan hormat pada kita. saya faham dia ada banyak kerja, kami sendiri pun ada kerja kami masing-masing.
Nak jadi orang yang berhemah tinggi, hormati orang yang lebih tua dari anda dan berkata-kata dengan sopan santun dan lemah lembut.
The respect you give others is a dramatic reflection of the respect you give yourself. to get respect, you must give it first.
Your attitudes can changes EVERYTHING!
lovenota : sempat lagi taip karangan malam nie. lama tak menulis. hoho XD
Labels:
..time pass..
1st Segmen Blogwalking By Cik Ash
1st Segmen Blogwalking
By Cik Ash
Tarikh Tutup Penyertaan:
30 November 2014
jom kita join ramai-ramai yer.
salam kenal juga pada Cik Ash dan Ayah Rie
salam kenal juga pada Cik Ash dan Ayah Rie
rajin-rajin la datang blogwalking di sini nanti yer
tengkiu :D
klik banner untuk join
arigatou!
Labels:
Segmen
Segmen Blogwalking November by Mamanau Tokou
Assalammualaikum...
Segmen Blogwalking ini berlangsung
selama 2 minggu sahaja
Tamat :
30 November 2014
saya lupa nak mention di kotak komen tuan punya segmen.
saya follower yang ke-33 ye :)
jom kita join beramai-ramai
saya follower yang ke-33 ye :)
jom kita join beramai-ramai
nak join klik je banner di atas
arigatou!
Labels:
Segmen
Segmen Blogwalking By DJH
Segmen Blogwalking By DJH
Tarikh tamat segmen pada
11.59 pm , 22 November 2014.
jom blogwalking :D
nak join hanya klik banner di atas
arigatou!
Labels:
Segmen
Kerja Akhir Tahun Sesakkan DADA
Akhir-akhir tahun mula nak tutup semua benda. Banyak kerja yang harus disiapkan:
1. post-mortem program tahunan,
2. Pelan strategik,
3. pelan taktikal,
4. rancangan pengajaran tahunan (RPT),
5. headcound akademik,
6. headcount kokurikulum,
7. Pelaporan Pentaksiran sekolah (PS)
8. pelantikan pengawas baru
9. Kursus pengawas baru
Itu baru 'mak' point. 'Anak-anak' point saya tak senaraikan lagi. Banyak sangat. Tak tahu la sempat siapkan sebelum Jumaat nie. Kalau siap, saya hantar. Kaau tak lambat la nak hantar. Tu jela. Mana la saya tak sesak. Sakit kepala, sesak dada, sesak nafas, semua ada. banyak sangat kerja. Huhu
Hari nie saya baru sedar yang saya tak masuk meeting rupanya pada hari Jumaat yang lepas akibat terlalu memikirkan kerja saya yang semakin banyak tu. Padahal meeting guru jumaat lepas terlalu banyak info yang diberi. Saya rasa ralit sangat tak masuk meeting tu. Rasa macam info yang disebarkan tak sampai pada saya.
Saya rasa down sangat. Adakah disebabkan saya menjadi pengawas peperiksaan SPM adalah punca banyak info mengenai sekolah tak sampai pada saya? Saya memang dah niat tak nak jaga exam SPM tahun ini disebabkan hal pelaporan yang ini lah. Tetapi dah disuruh ikutkan jela.
Post mortem akademik sepatutnya dihantar pada jumaat lepas, tetapi disebabkan tiada siapa yang sampaikan kepada saya, maka saya pun tak buat la. kemudian bising-bisjng, "tak baca telegram ke, semua maklumat dilampirkan di situ". Saya nie bukan kaki online internet 24 jam. Susah ke nak edarkan kertas memo kepada semua guru apa yang perlu dibuat dan dihantar sebelum cuti sekolah nie? Memang la zaman dah teknologi canggih, tetapi disebabkan saya yang masih lagi depends pada cara zaman kuno, iaitu bagi edaran memo, so buat la memo tu. Saya dah banyak sangat tertinggal info. Dah tak tahu nak tanya siapa dah.
Esok kena hantar pelaporan PS tingkatan 1. Mesti hari Jumaat pada masa meeting ia diberitahu. Saya yang tak datang meeting tak tahu apa-apa. Memang saya tak buat la kan. Geram sangat. terpaksalah bersengkang mata nak siapkan semua tu malam nie.
Saya bukan nak merungut, kononnya "dah memang itu kerja cikgu, buat la. Nak membebel kenapa". Tetapi tugas cikgu dah macam tugas pengkeranian bukannya mengajar je. Semua benda nak ada laporan, post mortem dan kena ada pelan strategik dan taktikal. Budak zaman dulu tak ada pelan strategik taktikal nie. Berjaya jugak jadi orang, kan?
Saya rasa dah tak ada semangat sangat. Dah bosan dengan kerja pengkeranian yang terlalu banyak. Mungkin tiba masa untuk saya sambung belajar ke peringkat Mgaster dan bekerja menjadi pensyarah pula. Lagi seronok rasanya. Saya cuma mengajar orang yang nak belajar. Yang tak nak belajar lantak kau lah, kan?
InsyaAllah ;)
Doakan saya dapat mengharungi semua cabaran dan berjaya siapkan kerja secepat yang mungkin. Amin.
Cikgu pada masa dahulu, bukannya cikgu pada masa sekarang.
Lovenota : rasa macam migrain makin naik. Darah tinggi pun naik nie..stress sangat..huhu
Labels:
..kerjaya guru..,
..my life..
















.gif)
.gif)
