Sunday, November 30, 2014

Serangga Yang Kita Makan Tanpa Sedar


Tahukah anda kita selalu tertelan atau termakan sesuatu makhluk tanpa disedari? Makhluk ni memang wajib masuk dalam badan. Tapi, disebabkan ukurannya yang teramat kecil dan susah untuk dilihat dengan mata kasar, secara tak sedar kita telah tersedut makhluk-makhluk ini melalui udara dan debu, bahkan turut ditelan bersama makanan dan minuman yang ada.


Ini merupakan imej serangga mikroskopik (microscopic insect) yang biasa hidup di bulu kucing dan anjing peliharaan. Ini adalah hasil karya pemenang pertandingan fotografi sains, iaitu Steve Gschmeissner, 61 tahun, yang mengabadikan mahluk-mahluk mengerikan ini dengan kamera yang dilengkapi dengan Microscope zoom yang mampu memperbesar ukuran sehingga beratus-ratus kali.


Ini merupakan gambar dari serangga mikroskopik (microscopic insect)/kutu debu yang biasa hidup di sofa dan tilam tempat tidur kita. Kalau anda tidak berasa gerun, anda bukan manusia normal 


Ini pula adalah imej serangga mikroskopik (microscopic insect) yang biasa hidup di roti yang tidak dibungkus dengan kemas. Bayangkan saja, dalam sekeping roti Gardenia atau roti Hi-5 yang anda makan, terdapat beratus malah beribu-ribu serangga mikroskopik (microscopic insect) ini. Justeru, pastikan anda membungkus roti anda dengan kemas.


Imej di atas adalah imej larva lalat hijau atau langau yang diperbesar sehingga 100 kali ( 100x zoom). ini lagi la macam berlambak atas makanan yang terdedah.

seram tak? hohoho.


lovenota : jangan ada yang geli lepas tengok gamba nie pulak. 


Read More »

Perlukan Sponsor Segmen


- STICKY POST -

Ok, ini adalah Official Entry of Finding A Sponsor

Qis memang ada jugak cakap pasal sponsor dalam entry sebelum-sebelum nie. tapi belum terfikir lagi bila nak buat. tiba masanya saya anjurkan Segmen secara besar-besaran sempena keMERDEKAan qis dari kerja yang berlambak-lambak..hahaha. 

Segmen tu memang dah cakap di entry sebelum ini di mana qis akan buat segmen ala-ala kreatif kan? takde la buat karangan, tetapi dijamin best! *perasan! hohoho!*. saya akan mulakan segmen tersebut pada bulan Disember, iaitu 1st Disember selama sebulan sehingga 1st Januari 2015 sempena Tahun Baru 2015. saya ada sediakan beberapa hadiah, tapi mungkin juga ada sponsor lain yang nak memberi sumbangan sedikit kepada rakan-rakan blogger lain, kan? 

Sponsor itu hendaklah sponsor yang bertanggungjawab dan serious only! 
sponsor tu juga dah follow blog saya juga. senang untuk follow any update from me.
dia tak busy teramat sangat dan paling penting, senang dihubungi kelak.
Saya tak nak sponsor saya LARI HILANG BEGITU SAHAJA seperti yang berlaku pada tahun lepas di 1st GA saya. amat menyedihkan! saya tak nak cerita. biarlah ia berlalu.

Syarat Yang Boleh Diberi :
-Follow blog
-Follow Google+
-Like fanpages
-Follow Instagram 
-Follow Twitter 
-Add Facebook
-Lain-lain syarat yang boleh diterima

tapi saya tak terima syarat klik-klik iklan nie. saya tak nak susahkan peserta dan saya tak suka fraud click.

Hadiah untuk di sponsor : 
tak kisah apa jenis pun. yang penting ikhlas
dan benda yang korang boleh postkan SENDIRI

Yang penting, runding dengan saya dahulu kalau ada apa-apa kemusykilan
bagaimana nak contact saya?
hanya klik pada button menu facebook di atas. 
segala urusan rundingan hanya dibuat di facebook sahaja.

Dah buat keputusan, boleh hantar detail pada saya di facebook seperti berikut :

Nama:
Link Blog (kalau ada):
Barang Yang Mahu Disponsor:
Syarat:

Tinggal 3 hari lagi untuk launching Segmen tersebut. so, cepat-cepat jadi sponsor saya. banyak kebaikan yang anda perolehi. nak cite kebaikan tu? tak payah la. korang tahu sendiri kan?

*Sponsor boleh join segmen itu nanti. don't worry :)



lovenota : tak sabar nak balik kampung. ala, Port Dickson je pon! hehe!


Read More »

RON95 turun Empat Sen


Gembira tak? ok la kan. asalkan tak naik lagi. letih nak melayan harga minyak yang kerap naik turun sekarang ini. kalau orang kaya macam pak menteri-menteri, dato' datin, tan sri puan sri takpe jugak kan. hehehehe :P


Putrajaya: Harga jualan runcit bagi petrol RON95 akan diturunkan kepada empat sen seliter kepada RM2.26 seliter selari dengan penurunan harga minyak global, bermula esok. Itu kandungan surat tersebar di media sosial, hari ini, yang dikeluarkan Kementerian Kewangan kepada pengusaha stesen minyak di seluruh negara.

Surat berkenaan antara lain turut mendedahkan pengguna kenderaan di negara ini turut berpeluang menikmati penurunan sembilan sen seliter bagi RON97 kepada RM2.46 seliter (1 Disember) selain kenaikan tiga sen seliter bagi diesel kepada RM2.23 sen seliter.

Sumber Kementerian Kewangan ketika dihubungi mengesahkan penyebaran surat berkenaan beserta arahan penurunan harga bagi RON95 dan RON97 dan kenaikan diesel. Menurutnya, penurunan harga runcit petrol itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan mengguna pakai kaedah pengapungan terkawal bagi menetapkan harga petrol RON95 dan diesel setiap bulan.

"Langkah itu dibuat selagi harga minyak dunia berada pada paras USD 80 setong ke bawah.
Sebelum ini, harga runcit RON95 ditetapkan pada harga RM2.30 seliter manakala, diesel pula ditetapkan kepada RM2.20 seliter,".

sumber : Harian Metro
*************

Harga petrol terkini bagi RON95, RON97 dan diesel mulai 1 Disember 2014:
  • RON95 RM2.26 seliter - turun 4 sen seliter 
  • RON97 RM2.46 seliter - turun 9 sen seliter
  • Diesel RM2.23 seliter - naik 3 sen seliter


lovenota : esok jangan isi minyak banyak-banyak ye..hoho

Read More »

Kemaskini Sponsor Segmen




Fuhh, dah lama tak buat segmen besar-besaran macam nie. penat masukkan semua link sponsor, baik link url blog, facebook dan G+ dalam entry Segmen tu nanti. setakat nie ada 22 orang yang sponsor segmen Qis. saya rasa terharu sangat! waaaa! sedih dalam terharu! terima kasih ya Sponsor! :D

Bermacam-macam hadiah yang para sponsor bagi. kalau 22 orang yang sponsor, bayangkan berapa banyak hadiah yang ditawarkan. ha! so, tunggu kemunculan segmen itu nanti yer. 

Bagi sesiapa yang masih mahu menjadi sponsor, anda sangat dialu-alukan. boleh baca entry sticky post saya yer untuk bagi detail dengan lebih lanjut.

InsyaAllah saya akan publish entry itu pada 1 Disember 2014, jika tiada apa-apa halangan. jangan lupa join yer nanti! 


lovenota : short update je. dah letih! :)


Read More »

Saturday, November 29, 2014

12 Finalis Anugerah Juara Lagu 29



Sejumlah 12 finalis berjaya terpilih ke Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-29 yang bakal diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 18 Januari, tahun depan.

Mereka ialah:
1. Masih Aku Cinta (Shila Amzah) 
2. Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah) 
3. Romancinta (Mojo) 
4. Gadis Jolobu (Datuk Hattan dan Waris) 
5. Lelaki (Yuna) 
6. Percayalah (Indah Ruhaila) 
7. Gila (Stacy) 
8. Sesal Separuh Nyawa (Alyah) 
9. Rentak Laguku (Bunkface dan Amy Search) 
10. Matahari (Hafiz Suip) 
11. Apa Khabar (Joe Flizzow dan Sonaone) 
12. Malaikat (Hazama The Penglipurlara) 

ANTARA barisan penyanyi yang layak ke final AJL ke-29, (dari kiri) Sona One, Joe Flizzow, Alyah, Yuna, Amy Search dan Bunkface.


Agak-agak korang, siapa yang akan jadi Juara Lagu? 
Susah nak buat pilihan, betul tak?
Semuanya best-best..ishkk


Read More »

Friday, November 28, 2014

Liebster Award #2



Lama tak buat Liebster Award nie. Ada juga orang tag dulu tapi tak terbuat ha. Lama-lama dah tak ingat siapa yang tag award tu..hihi.

Kali ini saya ditag oleh Nur As @ Cahaya Alam Maya. Akak dah langsaikan hutang eh. Jangan nak rotan plakk. Ada hati nak rotan cikgu yee..amboiii..hahaha.

Soalan :

Sekarang pukul berapa?
Pukul 5.06 petang

Hari ni dah update blog ke belum?
Sudah tengahari tadi.

Dah makan?
Makan roti GARDENIA sambal ikan bilis je yang sempat

Dah solat?
Sudah. Alhamdulillah

Dah minum air suam / putih / jernih harini?
Itu penting. Kalau tak minum lain macam je rasa.

Dah ucap alhamdulillah untuk harini?
Baru tadi. Ada bukti atas tu. Hahaha

Kalau diberi dua pilihan : kereta atau rumah, mana yang korang nak?
Tak boleh dua-dua ke? Hohoho. Pilih rumah la. Sebab rumah tak beli lagi nie.

Korang dah isi belum linkies ni? Tekan sini / menu tab. [baru letak tau]
Sudah. Nombor 11 ^^

Dalam banyak-banyak aktiviti DIY, korang rasa teman patut buat apa lagi? Yang simple dan bajet yang bersesuaian buat penganggur ni.
Buat food art plak. Lepas tu makan. Hihi :P

Kalau gigi korang sakit, korang buat apa?
Telan ubat. Tido. Zzz

Agak-agak kalau teman nak buat business, korang nak support tak?
Boleh jerr. Yang penting akak 60% ok? Hohoho

Korang rasa teman ni jahat tak?
Haha. Macam suruh cakap baik je..hikhik

Korang rasa teman ni macam mana orangnya? 
Senget..tettt

Last, apa yang melayakkan teman untuk masuk bloglist korang?
Akak tak ada bloglist. Kalau letak pun, memang patut letak sebab akak menghargai kome datang ke mari selalu..hihi

Settle. Siap. Done.

Selfie sikit untuk petang nie.



lovenota : nampak nau edit eh..hihi :P



Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®