Sunday, November 30, 2014

Serangga Yang Kita Makan Tanpa Sedar


Tahukah anda kita selalu tertelan atau termakan sesuatu makhluk tanpa disedari? Makhluk ni memang wajib masuk dalam badan. Tapi, disebabkan ukurannya yang teramat kecil dan susah untuk dilihat dengan mata kasar, secara tak sedar kita telah tersedut makhluk-makhluk ini melalui udara dan debu, bahkan turut ditelan bersama makanan dan minuman yang ada.


Ini merupakan imej serangga mikroskopik (microscopic insect) yang biasa hidup di bulu kucing dan anjing peliharaan. Ini adalah hasil karya pemenang pertandingan fotografi sains, iaitu Steve Gschmeissner, 61 tahun, yang mengabadikan mahluk-mahluk mengerikan ini dengan kamera yang dilengkapi dengan Microscope zoom yang mampu memperbesar ukuran sehingga beratus-ratus kali.


Ini merupakan gambar dari serangga mikroskopik (microscopic insect)/kutu debu yang biasa hidup di sofa dan tilam tempat tidur kita. Kalau anda tidak berasa gerun, anda bukan manusia normal 


Ini pula adalah imej serangga mikroskopik (microscopic insect) yang biasa hidup di roti yang tidak dibungkus dengan kemas. Bayangkan saja, dalam sekeping roti Gardenia atau roti Hi-5 yang anda makan, terdapat beratus malah beribu-ribu serangga mikroskopik (microscopic insect) ini. Justeru, pastikan anda membungkus roti anda dengan kemas.


Imej di atas adalah imej larva lalat hijau atau langau yang diperbesar sehingga 100 kali ( 100x zoom). ini lagi la macam berlambak atas makanan yang terdedah.

seram tak? hohoho.


lovenota : jangan ada yang geli lepas tengok gamba nie pulak. 


15 comments:

  1. camna ni? dah tergeli pulak. hahaha.

    ReplyDelete
  2. Nasib x mkn roti. Hehe.. Yg kumbang kat bulu binatang ngn tilam tu rasanya dah biasa dgr. Taklah rasa gerun.. :)

    ReplyDelete
  3. Eeeeuuuuuwww.. geliwnyer. Hahaha

    ReplyDelete
  4. eeeiiii..meremang bulu roma nengok gmbar nihh...terutama yang last skali tuu....mata dia mcm terjojol pastu mcm de taringgg...sy xleh bayangkan kalau saiz dia besar...tpi Allah dah ciptakan dia kecik so kita xnmpk sgt rupa nye cenggitu dengan mata kasar...huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. Alahai, awat la makhluk2 ni mengerikan je..haish, geli pulak rasa..T_T

    ReplyDelete
  6. Geliiii :(((
    haahhahaahh
    Serious besor kan ish bila zoom sumpah makin geli n nyampah ekekeke

    ReplyDelete
  7. Salam, aduhaiii...dah lah aku dah beli 3 jenis roti utk lunch hari ni, menyesal bace benda ni..urghh~ hebat betul kamera dia zoom smpi nampak jelas haa menatang2 mikro ni...ish3...thanx share!

    ReplyDelete
  8. Yarggghhhhh...nak muntah kan kalau tengok bebetul.

    ReplyDelete
  9. aduhaiii, meremang bulu roma tengok rupa benda-benda ni

    ReplyDelete
  10. makan angin ada tak serangga mcm ni ikut sekali? hehe. seram lak

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®