Sunday, March 07, 2010

♥♥ Mencari Jejaka Idaman ♥♥

Kita semua pernah berada di saat itu sebelum ini. 
Mencari putera kacak yang akan berlutut dihadapan kita dengan gaya yang begitu mempesonakan 
dan berjanji untuk berada disamping kita dengan aman dan damai untuk seumur hidup. 
Screech…berhenti!
Berpijak pada realiti. 
Lelaki tetap lelaki, mereka semua mula kelihatan serupa. 
Kita tersedar adakah lelaki seperti ini benar-benar wujud? 
Di mana kita boleh menemuinya? 
Adakah lelaki-lelaki yang kita jumpa itu benar-benar teruk, 
atau ia hanyalah ekspektasi yang kita yang tidak realistik?


1. Jadi pasangan ideal

Jika kita mahukan seseorang yang sempurna, pertama, kita perlu menjadi seseorang yang sempurna juga. Tidak adil jika kita mahukan seseorang itu baik dan sensitif terhadap kita sedangkan kita sendiri tidak begitu. Belajar untuk memperbaiki kualiti baik dan buruk dalam diri kita dan nanti anda akan dapati lelaki yang datang mengerumuni anda, daripada anda yang terkejar-kejarkan mereka.

2. Jadilah realistik

Duduk dan tulis senarai kualiti seseorang lelaki yang anda cari. Jadilah realistik. Mungkin tidak realistik jika kita mengharapkan seseorang seperti Brad Pitt dengan lengan umpama Mr. Malaysia dan seseorang yang memiliki sikap yang sangat sensitif, memahami, penyayang dan sering mengambil berat. Mungkin baik juga mengkategorikan kualiti lelaki impian anda kepada dua bahagian, boleh dikompromi dan tidak boleh dikompromi. Contohnya, lelaki yang sukakan binatang mungkin memiliki kualiti yang tidak boleh dikompromi bagi anda, tapi mungkin bagi orang lain ianya bukanlah sesuatu yang perlu dipertimbangkan pun. Jadi apabila anda bertemu dengan beberapa lelaki yang berbeza, anda akan dapat tahu sama ada mereka sepadan dengan senarai anda atau tidak. Lebih penting lagi, anda pastinya tahu sama ada ekspektasi anda itu terlalu tinggi atau terlalu rendah!

3. Jangan harapkan dia jatuh di atas riba anda

Jika anda hanya duduk dan tunggu Jejaka Idaman turun dari langit, bangunlah! Ianya takkan berlaku jika anda tidak melakukan sesuatu. Bangkit. Sertai kelab (seperti kelab sukan) atau buat hobi baru (seperti memancing atau bola sepak). Ok, ok biar kita jadi realistik sekarang… cari hobi yang anda suka. Kalau anda dapati anda benci melakukan sesuatu (seperti memancing atau bola sepak), jadi idea menyertai kelab memancing atau bola sepak, bukanlah idea yang baik. Tapi sekurang-kurangnya lakukanlah sesuatu. Bersosial!

4. Jangan Hilang Kepercayaan Terhadap seseorang

Mungkin beberapa kali (sangat selalu) berlaku apabila anda tidak bertemu dengan lelaki seperti dalam mimpi-mimpi anda atau ekspektasi anda hancur pada pertemuan kali kedua. Tapi sangat penting untuk tidak terlalu kecewa menghadapinya atau sedarlah dari khayalan, fikirlah yang dia tidak pernah datang.Ianya telah ditakdirkan untuk berlaku. Apa yang penting bukan berapa kali anda gagal, tetapi bagaimana anda bangkit semula! Jadi jangan putus asa!


intro je tuu
nak carik jejaka idaman?
nak 100% ikot kehendak kiter memang la susah..
nak jumpa lelaki yg sempurna 1 dalam sejuta je
kat sini ader tips2 pada sesiape ada blind date or date dengan saper2..
~hehe~

Tip temujanji pertama

  • Datang awal. Anda tidak memberikan tanggapan yang baik sekiranya anda lewat setengah jam.
  • Jumpa di tempat awam. Ini kerana, jika temujanji anda berakhir dengan sesuatu yang tidak baik, anda boleh lari dan lepaskan diri dengan mudah.
  • Pilih restoran/aktiviti yang anda selesa.
  • Jangan sembur minyak wangi terlalu banyak. Ingat-anda mahu menarik perhatiannya bukan membunuhnya.
  • Cuba untuk tidak memakai baju putih (terutama sekali jika anda merancang untuk makan laksa).
  • Jangan takut untuk diam semasa berbual. Masih ok jika anda tidak boleh berfikir apa yang anda mahu katakan.
  • Apa yang paling penting, jadilah diri sendiri! Sangat teruk menjadi seseorang yang seolah-olah memakai topeng dan menjadi orang lain yang bukan dirinya.
Kadang kala mengenali seseorang sebagai kawan baik terlebih dahulu sebelum keluar dengannya akan menyelamatkan anda dari rasa sakit hati. Ini kerana anda sudah tahu semua kekuatan dan kelemahannya!
Percaya kata hati anda. Adakalanya kata-kata yang datang jauh di dalam sanubari itu boleh memberitahu anda banyak perkara.


sumber: 3R


1 comment:

  1. wah bagus arr post ko yg nie.. tapi ko tue dah jupe ker jejaka idaman ko? nak tgu turun dari langit ker? huhuhu..
    jgn jual mahal sgt tau cik wanie oiii..hehe

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®