Sunday, December 02, 2012

Novel: Bakal Isteriku, Gengsternya!


Judul Novel: Bakal Isteriku, Gengsternya!
Penulis: Crystal Anabella
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga Pasaran: RM 22.00

cik balqis baru sahaja habis baca novel nie..
ratingnya: 4 star! best betol! suke n very nice!

Sinopsis:

Zyya Adrianna Bella, nama yang indah secantik rupanya, tapi perangai macam gengster.
Berumur 17 tahun dan bersekolah dalam sebuah sekolah persendirian yang didirikan papanya, Tan Sri Iskandar. Dikelilingi hero-hero yang sentiasa menjaga kebajikannya, Rayya, Ilham, Faryzal dan Nazarul.

Tengku Syamrein Ashraf, pewaris tunggal empayar Harizen Corporation yang baru pulang dari Amerika. Niat di hati ingin mencari Zyya yang dirindui. Akhirnya bertembung dengan Bella, langsung jatuh hati. Sanggup jadi tutor peribadi di sisi ‘Gangster Princess’ hanya kerana nak ubah perangai Bella supaya jadi Zyya.

“Awak tau tak Bella, walau setinggi mana pun awak dijunjung, jangan sesekali awak terniat untuk menindas orang di bawah awak. Saya tahulah awak tu princess, tapi tak payahlah sampai nak cederakan orang lain! Awak tak ada otak ke untuk berfikir mana yang baik mana yang buruk!”

Mampukah Syamrein mengubah perangai Bella yang agak gengster dan menyakitkan hati itu? Apakah dia sebenarnya memang sudah jatuh hati pada Bella? Bisakah Bella yang gangster menjadi seorang yang lemah lembut? Apa yang pasti, Syamrein dan Bella, bolehkah berjalan seiring? 


cik balqis suka baca novel nie..sampai tergelak2 dalam bilik sorang2..hahaha..jalan cerita yang agak sempoi..taklah berat sangat..sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja..keh3..

watak Syamrein tuh sama sebijik dengan Mr.Meow saye..ewahh..
yelah,manja, kuat menangis, sensitif, kuat merajuk..
n Mr.Meow kata saya macam gengster..
suka marah2 dia..sama la macam watak Bella neh..hahaha..
bila baca novel nie macam baca kisah sendiri pulak..ngee..

okey..nak kenal dengan penulis novel nie? boleh la pergi melawat blog beliau:

2 comments:

  1. wah , macam best ... hikhik...
    hari tu dah belek buku ni , akhirnya ambil suami aku ustaz..

    cubalah baca , best sangat , sweet jer ustza tu .. hehe

    ReplyDelete
  2. yang tu pn sy da baca jugak! mmg sweet..wpun alim tp sempoi..hehe~

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®