Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Thursday, March 26, 2015

Akasia : Teman Lelaki Upahan


#temanlelakiupahan #ungkuismailaziz #elizadsharifuddin 


Buat peminat drama TLU ini diharap bersabar yer! saya sendiri tak sabar tengok sambungan pada minggu depan. yang sedihnya drama ini akan berakhir pada 26 Mac ini. oh tidakk! rasa macam tak puas tengok EL aka Ezwan Luthfi dengan Kyra Lydia bergaduh bercakaran. bukannya gaduh pun. melawak je rasa..hahaha. saya cukup jatuh hati dengan lakonan Ungku Ismail dengan Elizad. sangat terkesan sebenarnya dalam hati sejak babak-babak sedih nie. dengan EL yang masih bersedih, Kyra pulak minta clash. fuhh! menusuk beb! superb sangat. tahniah!!


Disebabkan drama ini menarik perhatian saya, saya baca novel Teman Lelaki Upahan tersebut sekarang nie. ada jugak babak-babak yang tidak terselit dalam drama dan ada juga babak-babak dalam drama yang tiada dalam novel. sebab itulah anda juga kena baca novel tersebut. sangat-sangat menarik :)

Yang menariknya ada kelainan antara novel dengan drama:-
  1. Dalam novel tiada kontrak Teman Wanita Upahan yang ditawarkan oleh EL. 
  2. dalam novel juga tidak mengatakan syarikat Casa Furniture mempunyai masalah seperti dalam drama. 
  3. Tiada pula syarat ibu EL yang menyuruhnya berkahwin dengan Zara. 
  4. Kubur Dato Azham sepatutnya di Cherating, bukan di Kuala Lumpur.
  5. konflik rumah mama Kyra yang hendak disita pun tidak ada di dalam novel.
  6. Cerita suami Azlina yang kaki judi juga tidak diceritakan terlebih lanjut seperti drama
  7. Umi EL tidak memberikan syarat berbaik dengannya, iaitu kena kahwin dengan Zara
Sebab itu saya nak juga baca novel dan tengok drama ini. Memang ada banyak kelainan pun. Dua-dua memang best :)

Bagi yang terasa nak baca novel, boleh cuba baca 10 bab dulu. kalau rasa tertarik, cepat-cepat cari Novel Teman Lelaki Upahan di pasaran eh. tak mahal pon..hehe!

Anda boleh baca 10 bab terawal novel tersebut di blog penulis sendiri, Azura Rasiddin di Secretlun. beliau juga ada sisipkan novel-novel lain selain dari Teman Lelaki Upahan. 

--> baca novel Teman Lelaki Upahan secara online : secretlun.blogspot.com

Dalam drama Teman Lelaki Upahan nie, ada satu lagu yang menyentuh hati saya. saya cuba Google tapi tak jumpa siapa penyanyi asal lagu tersebut. korang tahu tak siapa yang nyanyi lagu tu? lagu tu selalu keluar masa EL berbaik dengan Kyra, tak pon scene diorang berdua mesti keluar lagu tu.

[update] : Tajuk lagu tersebut ialah "Terlalu Istimewa" nyanyian Rudy Nastia

Lirik lagu Terlalu Istimewa - Rudy Nastia

"jika pernah
suara hati mu memanggil aku
pasti ada
suara hatiku kan memujuk mu

kerna kau nyawaku
kerna kau hidupku
biar hanya hati ku yang mngerti
kerna ku masih ada kamu
kerna ku yakin ada kamu
kerna ku percaya masa ini
cinta yang terlalu istimewa

pernah jika
cinta itu tak selamanya mudah
kan ku jaga
segala yang ada di antara kita

kerna kau nyawaku
kerna kau hidupku
biar hanya hati ku yang mngerti
kerna ku masih ada kamu
kerna ku yakin ada kamu
kerna ku percaya masa ini cinta

meskipun ku harus menjunjung
penantian yang tiada hujung
ku tetap percaya masa ini
cinta yang terlalu istimewa"

syahdu dengar lagu nie tau. awwww~

Senarai Lagu OST Teman Lelaki Upahan
  1. Ippo Hafiz - Rahsia (opening song)
  2. Ippo Hafiz - Hujan Sepi
  3. Noh Salleh - Angin Kencang
  4. Noh Salleh - Sang Penikam
  5. Noh Salleh - Setapak
  6. Ir Radzi - Maafkan aku
  7. Ir Radzi - Sempurna Waktu
  8. Rudy Nastia - Terlalu Istimewa
  9. Pompa Bensin - Sendiri

oklah, nak sambung baca novel. tak sabar nak menghayati babak-babak romantik dalam novel..hehehe. btw, penghayatan drama TV dan Novel sangat berlainan ye. tak sama. :D

[UPDATED]
drama teman lelaki upahan dah habis!!! Omaigoshh!!! Lepas nie sunyi la hidupku drama petang dah tiada..hehe. 

Bab terakhir @ Ending Novel Teman Lelaki Upahan

Amacam ending Teman Lelaki Upahan tadi? Tak puas hati laaaa..patutnya panjang lagi ending tu. Hahaha. Tak puas nak tengok EL dengan Kyra Lydia lagi. Sepatutnya mereka akan pergi honeymoon di Tasmania. And babak propose tu yang sepatutnya dilakonkan. Tapi takde! Oh tidak. Macam tak lengkap je. 

Actually EL dah banyak kali melamar Kyra Lydia tetapi Kyra meminta masa untuk berfikir. Bila EL melamar Kyra tu, dalam hati Kyra suka sangat tetapi dia cover depan EL dengan mengatakan "Give me time, EL". Tapi, bila sampai rumah Kyra menjerit melompat-lompat kegembiraan bagitahu Mummy sebab EL melamar dia. Sungguh kelakar..hahaha.

Sepatutnya EL melamar Kyra Lydia dalam satu makan malam dengan the whole family EL dan Kyra Lydia selepas dah berbaik dan Casa Furniture pun dah success. Malam itu juga EL melamar Kyra Lydia. Apa yang menarik, EL tak melamar Kyra Lydia secara terus menerus, tapi meminta kebenaran dengan Mummy Kyra, Pn Azlina. So, EL propose depan Pn Azlina sambil melutut di hadapan Mummy. Kyra dah saspen masa tu sebab ingatkan EL nak melamar Mummy dia. Kalau ada scene itu mesti lagi romantik..and kelakar..hoho. 

EL ada bertanya kepada Kyra Lydia, kenapa dah tak suka Fettuccini Carbonara. Masa tu banyak kali EL tanya tapi Kyra tak nak jawab. lama-lama baru Kyra cerita, "i don't eat Fettuccini Carbonara anymore because it will remind me of you and everytime i think of you, i'm hurt. My heart hurts..deeply. sebab i tahu i dah kehilangan you". Lepas dah berbaik, terus dah boleh makan berpinggan-pinggan. Silly betul..haha!

Dan Fareez pula sepatutnya jatuh cinta kepada Sofea, adik EL. EL pula memberikan hak milik banglo di Cherating kepada Kyra Lydia semula sebagai hadiah perkahwinan. Syahdu babak tu. Baru lah "May Allah bless our marriage till Jannah".

Tak ape la. Cerita pun dah habis. Happy ending. 5 star for the drama. Excellent! :)


lovenota : ada sesiapa nak jadi teman lelaki upahan saya? hohoho XD


Read More »

Friday, March 28, 2014

Novel: Bukan Kerana Aku Tak Cinta




Judul: Bukan Kerana Aku Tak Cinta
Penulis: E-Man Sufi
Penerbit: karya Seni Enterprise
Harga: RM 24


Sinopsis:
“Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”
“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!”
“Mastura!!!!!!!” 
JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.
Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.
“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”
“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”
Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?
Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah  bekas ketua kumpulan gengster!
Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.

Review:

Cinta itu hadir kerana perkenalan.....
Bersemi kerana perhatian....
Bertahan kerana kesetiaan...

Namun cinta itu bisa gugur kerana satu kebohongan....

itu ayat dari buku tersebut. jiwang kan? hehe. pada mulanya, mak tak nak beli novel ini disebabkan ada unsur-unsur gengster dan keganasan. bila novel ini mula didramakan di Astro Mustika HD, terus mak pergi Popular dan membeli. dah lama novel ini dibeli tetapi sekarang baru berpeluang untuk menghabiskan pembacaan saya. 

Saya mendapat tahu novel ini adalah cerita kesinambungan Novel "Suami Yang Kubenci " iaitu kisah cinta Uwais dan Hannah Maryam. dan ada juga sedikit cerita dalam Novel "Hikayat Cinta Si Pematah Hati" iaitu kisah cinta Rayyan dan Wafeen yang penuh dugaan. patut la macam pernah dengar nama Uwais dan Hannah. itu nama novel yang sudah lama saya baca dulu..hehe.

cerita ini cerita penginsafan di mana Jebat yang dahulunya adalah gengster besar yang digelar Long dalam kumpulan Double Dragon *tak silap la*. dia insaf lalu 'cuci tangan' meninggalkan perniagaan bisnes judi semuanya kepada Tiger dan Uncle Kwon semula. dia pergi meninggalkan kemewahan dan bermula semua kehidupan dari bawah bersama abang kandungnya, Wahab. dari situ, Mastura mengenali Jebat sebagai seorang yang rajin dalam pekerjaan, baik hati dan menghormati orang tua.

Novel ini ada sweet-sweet dia, yelah..dulu kita asyik mendengar jangan jadi seperti perigi cari timba, kan? dalam novel ini, Mastura mengejar cinta Jebat sampai dapat! bravo3! suka sangat scene yang macam sinopsis tu. Mastura sanggup melompat dalam kolam ikan semata-mata jebat. mana ada orang sanggup buat macam mastura kan? hehe. yang dirunsingkan dalam novel nie adalah sikap Airen, kekasih gelap Jebat dulu merangkap sepupu Jebat. Selepas Jebat insaf, dia memang tak pandang pada Airen tu..airen je yang tehegeh-hegeh pada Jebat. Tiger pada mulanya macam kejam tetapi lama kelamaan Eric @ Tiger sudah mula insaf apabila dia kalah judi pada Yakuza di Hong Kong dan berhutang sebanyak 5 juta. hutangnya semua dibayar oleh Jebat dengan menjual semua harta Jebat termasuk kesemua kereta antik beliau. sebab tu, lama kelamaan Tiger mengaku yang dia yang mencederakan Hannah dan menyebabkan keguguran pada masa dahulu. 

last bab cerita nie memang suspen, pada masa Airen menembak Jebat di tepi jalan dan Jebat pada masa itu gagahkan diri balik ke rumah berjumpa dengan Mastura untuk memberi sebentuk cincin kepada Mastura *kalau live depan mata mesti menangis scene neh*. lepas tu, mastura berteriak dan panggil ambulans. lepas tu, ada scene baca diari Jebat selepas pulang dari Tanah Perkuburan. masa tu Mastura dah mengandung 8 bulan kot. masa scene ini ingatkan Jebat yang mati sebab jebat ada cakap, bila dia dah tiada boleh baca diari dia. rupa-rupanya Jebat terselamat dan mastura sengaja baca diari Jebat. memang suspen..haha. *den gelak sendiri..hehe*. Airen pula bila dah tembak Jebat, diingatnya sudah mati lalu menjadi kurang siuman. bahaya betul.

pada sesiapa yang malas baca novel, tengok je Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta lakonan Sharnaaz Ahmad (Jebat), Nelydia Senrose (Mastura), Iqram Dinzly (Aryan), Datuk Jalaluddin Hassan (Tok Ayah), Lisdawati (Hannah), Chew Kin Wah (Uncle Kwon), Adeline Tsen (Airen), Tony Eusoff (Tiger) dan Alex Yanz (Uwais). drama ini sebijik dengan novel tersebut. syabas kerana tidak mengubah plot cerita 100%! :)



link untuk membeli novel secara online: [link]
baca secara online: [link]

lovenota 1: cuti-cuti menghabiskan novel je
lovenota 2: kerja yang bertimbun dilupakan *dah macam pantun dua kerat*


Read More »

Monday, February 03, 2014

Novel: Miss & Mrs


Judul: Miss & Mrs
Penulis: Lyn Dayana
Penerbit: Kaki Novel Enterprise
Harga: RM 19

Sinopsis:

Dannial Mirzan (Nial): Sungguh! Dia tidak pernah suka main kahwin-kahwin! Tetapi, dia tetap menurut permintaan kawannya itu. Dan siapa sangka beberapa tahun selepas itu mereka betul-betul diijabkabulkan dalam usia yang belum menjangkau dua puluh tahun! Sama ada menyerah atau merampas cinta isterinya itu, dia terpaksa mengikut kata hatinya. Atau... dia patut berpaling kepada Chill?

Dahlia Zahirah (Ira, Lia): Memang dia pernah berangan-angan untuk memakai baju kurung putih dan berselendang sambil duduk bersimpuh menanti bakal suami menyempurnakan ijab dan kabul. Tetapi, tidak pernah dia terfikir untuk bernikah dalam waktu sesingkat ini. Bukan Dannial Mirzan, orang yang dia tidak begitu kenali. Dia tahu yang dia terpaksa merahsiakan pernikahannya daripada pengetahuan Paied!

Fadhiel Hazri (Paied): Dia sayang gadis itu. Dia prihatin dengan gadis itu. Dia suka perhatian yang diberikan oleh gadis itu kepada dirinya. Sentiasa menyokongnya di tepi padang. Tetapi, semenjak cuti semester gadis itu menjadi seorang yang memendam perasaan. Lebih banyak berdiam daripada bercakap. Lebih banyak tersenyum daripada tertawa. Kenapa dengan gadis itu? Apa yang mengusutkan fikirannya?

Shieyna Maria (Chill): Dia benci dengan Dahlia. Dia merasakan yang hidupnya menjadi seperti itu kerana Dahlia. Dulu Paied dan sekarang Dannial. Dia yang bersusah payah menjerat Dannial tidak akan membiarkan Dahlia mendapat jejaka itu. Memang dia kecewa apabila gagal menggoda Paied yang sempurna segalanya. Dan dia sanggup membuat APA SAJA agar tiada seorang pun dapat menghancurkan kebahagiaannya.


“Alah... kalau kita berdua ada jodoh, kat tepi jalan pun boleh jumpa.”

Review:

novel yang sangat santai! tak ada yang terlalu jiwang sangat. *sesuai la untuk remaja kan? i pun remaja lagi taww..hehe*. perjalanan cerita yang menarik, isu remaja biasa. Dahlia dikahwinkan dengan Dannial tetapi tidak mahu digembar-gemburkan kepada rakan kolejnya yang dia sudah berkahwin. lagipun masa tu Dahlia bercinta denga Paied *unik nama dia*. tapi sebenarnya bukan cinta tetapi sayang sebagai kawan rapat. dan as usual ada musuh ketat namanya Chill. mula2 ngorat Paied. tak dapat and dipindahkan ke kolej Dannial pulak. jumpa Dannial, jatuh suka then ngorat Dannial. sebab? tak suka Dahlia. orang kata, musuh biar seumur hidup ek? haha.

yang menarik dan info terbaru Qis belajar dari novel ialah laman social yang disertai oleh Dannial dan Dahlia iaitu Second Life. Qis pun apa lagi install Second Life then try tengok and play. boleh tahan seronok tapi kena ada kawan la kan? Qis main tak ada kawan. hehe. ada tu ada tapi omputeh je semuanya. hihi :P game nie menggunakan avatar macam main The Sims. cuma game ini adalah game online seperti main Dota tu. cuma game nie hanya game chatting2 jer. nak cari jodoh boleh la kot. hehe :P

dalam novel nie, Chill rupanya mengalami masalah tekanan jiwa. macam masalah sakit mental je. sebab dia sanggup bunuh Razi, boyfriend lama Chill sebab nak bersama dengan Razi sepanjang hayat. lepas bunuh tu boleh pulak dia terfikir dia tanam dan simenkan mayat Razi pada dinding rumahnya. dahsyat! orang kata, cinta pun boleh menyebabkan kita jadi gila. okey, saya tidak segila itu lagi..alhamdulillah. haha :P

blog penulis: [Sekolah cintaku]
dalam blog penulis ada coretan mengenai novel ini. kalau nak tahu best ke tidak, boleh baca di blog beliau dahulu :D


lovenota 1: cuti CNY diisi dengan novel2 jelah
lovenota 2: member2 semua payah. ajak keluar ada je alasan. cesss! 


Read More »

Saturday, August 24, 2013

Novel: Cinta Masam Manis


Judul: Cinta Masam Manis
Penulis: Wardina Aisyah
Penerbit: Kaki Novel Sdn Bhd
Harga: RM 22

Sinopsis:
Kemalangan kecil di jalan raya menjadi detik pertama pertemuan Tengku Danish dan Qisya. Mereka bertegang urat dan masing-masing tidak mahu mengaku kalah. Tengku Danish dengan egonya yang melangit, Qisya pula dengan degilnya yang menggunung tinggi.
Bermula dari situ, setiap pertemuan yang berlaku pasti kedua-duanya akan bercakaran. Macam kucing dengan tikus. Qisya laju dia gelar lelaki itu Bapak Jin. Katanya, nama itu cukup sesuai dengan Tengku Danish yang memang perangainya tak ubah seperti Bapak Jin. Disebabkan sikapnya inilah Tengku Danish dengan senang hati telah memberi gelaran ‘Perempuan Gila’ kepada Qisya. Menambahkan lagi api kebencian Qisya kepada Tengku Danish.
Dalam satu majlis pelancaran Galeri Seni Lukis Raja Rezza, Intan Natasha yang sememangnya mencintai Syed Aiman telah membuat tindakan melulu memalukan Tengku Danish di hadapan semua orang kerana tersalah anggap Syed Aiman menolak cintanya akibat hasutan Tengku Danish. Untuk mempertahankan dirinya dan ego yang tinggi melangit itu, Tengku Danish membuat pengumuman dia akan berkahwin dengan Qisya.
Dalam mencari penyelesaian atas masalah yang Tengku Danish timbulkan, kedua-dua belah keluarga bersepakat menyatukan mereka berdua tanpa mengetahui bahawa perkahwinan itu berlandaskan perjanjian kontrak selama satu tahun.
Dalam melayari hidup berumah tangga, pasangan ini sering bertengkar hingga mereka akhirnya sudah boleh berkawan. Mereka berdua bahagia sebelum Intan Natasha datang kembali dan mengeruhkan keadaan. Qisya yang salah sangka telah membawa diri jauh dari kota Kuala Lumpur. Manakala Tengku Danish pula hilang arah mencari isteri tersayang.
“Cinta ibarat buah oren. Ada masam, ada yang manis. Walaupun begitu… kita tetap suka, kan?”
Review:

bagi Qis, plot novel nie lebih kurang seperti novel2 yang lain seperti kahwin terpaksa, lama2 jatuh cinta. bila dah suka ada orang ketiga yang datang mengacau rumahtagga mereka. bila dah settle masalah, bahagia balik dapat anak. 

tapi novel ini ada kekuatannya sendiri. paling best bila Danish seringkali bersemuka dengan Qisya. ada je perkara yang tak puas hati, gaduh tak bertempat, suka perli2. betul orang kata, jangan terlalu benci pada seseorang itu nanti terjatuh suka *oo..ek? hehe*. saat pelamaran Danish pada Qisya tu sangat la di luar jangkaan. kalau saya di tempat Qisya, malu weiii..dah la dapat liputan satu Malaysia. tapi bila difikirkan sangat romantik ye..siap melutut bagai..tett~ 

novel ini boleh dibaca waktu korang santai2, nak gelak2 hilangkan stress. bagi saya novel nie bergenre komedi cinta. suweet dan kelakar. hehe

baca secara online: [link]
beli secara online: [link]


lovenota 1: saya memang peminat novel..hoho.
lovenota 2: minggu nie agak malang rasanya..tak apa lah, itu semua takdir. huhu (Y.Y)


Read More »

Monday, August 12, 2013

Novel: Kau Marah Aku Suka


Judul: Kau Marah Aku Suka
Penulis: Fatin Nabila
Penerbit: Alaf 21 Karangkraf Sdn Bhd
Harga:  RM 26

Sinopsis:

Dian Qarmila dan Iskandar memang tidak serasi. Iskandar seolah-olah cili padi pada Dian. Bertembung saja dengan Iskandar, dia akan kepedasan. Pedihnya yang meresap hingga ke ulu hatin. Bencinya Dian pada ‘Encik Beruang’ yang penuh berlagak itu. Perang mulut antara mereka tidak pernah putus.

Namun, ada suatu rasa di hati Iskandar. Makin Dian marah, makin dia suka. Malah makin merindu pula. Inikah dinamakan cinta? Opps… mana boleh? ‘Cik Singa’ ini mana kenal erti cinta. Lagi haru kalau dia meluahkan perasaan itu. Apa-apa pun dia perlu juga menyatakan hasrat hati kepada gadis itu. Dia perlu melamar Dian. Mana tahu selepas berkahwin nanti, Dian akan jadi lembut.

Sebenarnya, dalam diam Dian turut merindui lelaki itu. Ah, takut berterus terang! Anehnya, mengapa Iskandar kian bertandang di ingatan? Siapa yang gila sebetulnya? Lama juga dia hendak memberi jawapan. Tekadnya mahu kahwin tanpa cinta. Padanya, itu lebih baik dan penuh berkat.

“Abang ni kiranya macam TNB, ya?”
“TNB di hati Dian Qarmila.”

Review:

jalan cerita yang sangat seronok! penuh dengan perli-perlian, pergaduhan kecik yang sangat sweet..penuh dengan gelak ketawa. sangat lucu cerita nie. best sangat. baik korang baca..hehe :P

Dian seorang yang garang. marah tak bertempat, asyik menempek je kerjanya. jumpa Iskandar ade je nak mengusik, bergaduh2 sayang kononnye lah. sorang panggil orang utan, sorang lagi beruang..serius kelakar..haha! lama2 jatuh cinta *orang kata jangan terlampau marah kat orang, nanti jatuh suka..hehe!*. Iskandar bila dah suka tu start la mengorat Dian, tapi Dian still lagi bersikap dingin, dengan sikap pemarahnya. Iskandar sabar je melayan kerenah Dian, sebab dah suka kan? lama2, Dian pun suka jugak..ececehh..hehe~

sebenarnya Qis macam Dian dalam novel nie. suka marah2 kadang2 tak bertempat. yang terkena si kucing tuh, kan Mr.Meow..*tett~*. tapi uniknya si Mr.Meow nie sabar je dengan kerenah Qis *cian comel saya tu..ngee!*. bila baca novel nie, terasa macam diri sendiri plak..hehe. 

akhirnya pengakhiran novel nie, Dian dapat anak kembar, boy n girl *lepas tu Mr.Meow pun nak anak kembar jugak..adei*. 

beli secara online: [link]


lovenota 1: saya suka marah dia seorang je. hehe!
lovenota 2: dia tengah oncall membebel kat telinga saya sekarang nie, saya pulak tengah update blog..hoho!


Read More »

Wednesday, August 07, 2013

Novel: I Love You, Stupid!


Judul: I Love You, Stupid!
Penulis: Melur Jelita
Penerbit: Karya Seni Sdn Bhd
Harga: RM 39

Sinopsis:
KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.
Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I’m bad and I’m dangerous!
Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!
“Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris… – Aidan 
Abang pedas? Eye Mo aku!
“Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni.Handsome dan pedasss!” - Iris
“Kesalahan keempat, cuba menggoda polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, kesalahan keenam cuba menghalang polis dari menjalankan tugas...”  – Abang pedas
Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect!
“Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?” - Iris
“Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!” - Ebrahim
Firman? Yucks! Mulutnya, ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya!
“Untuk bodyguard saya… yang sangat macho, stylo… dan…”
“Dan apa?” - Firman
“Ermmm… satu hari nanti dan apa, akan terjawab. So biarkan saja tempat kosong itu.” - Iris
Lara, Farina dan Violet, my divas. We’re hot, sexy and naughty. Bukan sembarangan lelaki boleh mendampingi kami dan kami juga tidak mendampingi sembarangan lelaki.
Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Demi memenuhi hasrat terakhirnya, aku membawa misi yang besar dengan mengharung hidup di tempat asing yang sangat mencabar.
“Anakku, di mana anakku. Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan… Tolonglah, saya merayu.”
Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan… tentang Islam, agamaku… tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta…
“Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya. Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristighfar…”
Review:

novel yang agak tebal! seribu++ muka surat, jenuh jugak nak menghabiskan novel nie..haha. tapi novel ini Qis baca sekerat2 je..da lama start tapi habisnya memang takes time, maklumla busy..hehe. novel nie agak berat sedikit la, mempunyai cerita mengenai sejarah, ilmu agama, sejarah nabi Rasulullah SAW dan sahabat handai nabi, teguran mengenai Islam, kesusahan kehidupan bangsa Melayu Cham di Kemboja. jalan cerita yang sangat menarik, mengenai kisah sukarelawan yang datang membantu rakyat Kemboja dalam kehidupan seharian. mulanya misi Iris adalah untuk menculik anak kawannya, Farina yang sudah nazak. masa nie, ingatkan Izham tu anak luar nikah Iris. penulis memang saja buat saspen betul! tipah tertipu! haha.

satu fakta yang menarik perhatian Qis ialah mengenai kenduri arwah. rupanya ini adalah bukan amalan sunnah nabi. baik malam pertama, malam Jumaat, malam ke tujuh, malam ke-40 dan malam ke-100. itu tak ada dalam dalil pun. huhu.

banyak lagi ilmu2 agama di dalam novel nie. kisah2 perjuangan sahabat nabi pada zaman dahulu, macam2. terkenang semula apa yang Qis baca masa kecil2 dahulu.

yang best, Iris flirt Firman aka Ebrahim tapi Firman buat bodo je..haha. banyak scene2 yang best dalam novel nie, kita pembacanya pun terbayang sekali. romantic tuh!

beli secara online: [link]
baca secara online: [link]
fanpage novel ILUS: [link]

fanpage Melur Jelita: [link]


lovenota 1: next novel pelis! hoho
lovenota 2: esok raya! yahoo!


Read More »

Novel: Kisah Naz dan Khaalish


Judul: Kisah Naz dan Khaalish
Penulis: Hanina Abdullah
Penerbit: Karya Seni Sdn Bhd
Harga: RM 22

Sinopsis:
PERTUNANGAN empat tahun dulu memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan Nazrahani Idora dan Zaim Khaalish. Walaupun Naz sudah bergelar status tunangan lelaki itu, namun dia tidak pernah bertemu muka dengannya. Khaalish pula tidak pernah ingin mengetahui tentang perempuan itu, yang difikirkannya hanyalah Ilsa.
Naz cuba melupakan peristiwa itu dengan membawa diri, merantau serata dunia. Namun kenapa Allah temukan dia semula dengan lelaki itu?
Dek jatuh hati dengan tunang ‘teknikal’nya, Zaim Khaalish sanggup terbang ke merata pelosok alam untuk menjejak si dia.
“Encik Zaim Khaalish, awak jangan nak merepek. Tunang amende? Empat tahun tak ambil pusing, jumpa di Bali pun awak tak kenal saya, you dare to say that we are still engaged?”
“Empat tahun ke lapan tahun, saya tak peduli. Technically, we are still engaged.”
“Technically? Technically?!”
Semenjak itu, entah kenapa, Khaalish asyik mencari dan terus menjejaki Naz. Di mana saja Naz berada, dia pasti akan ada di situ. Naz pula, mulut saja kata tak suka, tapi sebenarnya hati suka kerana kehadiran Khaalish di sisi selalu mengubat rasa sunyi dan rindu…
Reham: “Huh, pengecut! Nutter! Apa erti hidup jika kita takut nak kejar kebahagiaan? Kalaupun gagal, sekurang-kurangnya awak sudah mencuba dan boleh reda dengan ketentuan Tuhan. Kebahagiaan datang mengetuk di pintu awak, tapi awak yang takut hendak buka.”
Nazrahani Idora: “Reham, awak tak tahu, empat tahun lalu, teruk saya cuba bangun semula, bina keyakinan diri, bina hidup yang baru, di mana tak ada lagi lelaki yang boleh buat saya rasa tak ada nilai diri. Kalau saya cuba sekali lagi dengan dia, dan... dan... gagal…  Saya rasa saya takkan mampu bangun sekali lagi.”

Review:

novel yang sangat menarik la sebab novel love romantic kan? hoho. banyak travel si Naz dalam cerita nie *i loike!*. kisah nie adalah kisah kejar-mengejar di mana Khaalish mengejar Naz iaitu tunangnya secara technically *haha*. Khaalish memang bertunang dengan Naz tetapi tunang camtu2 je lepas tu lesap. kalau kita [perempuan] ditinggalkan buat bodoh lepas tunang pun kita marah kan? sama seperti Naz jugak. dia membawa diri ke luar negara. tetapi lama2 jumpa balik dengan Khaalish. khaalish tak cam Naz tu tunang dia sebab tak pernah jumpa, tengok gambar je, tetapi lama2 baru tahu Naz itu adalah tunangya. lepas tu, Khaalish sukakan Naz, then bermula la sesi ngorat-mengorat kejar-mengejar, ikut je ke mana Naz pergi, tawan hati Naz..sanggup terbang seminggu sekali ke Laos-Malaysia *fuyoo..kalau den cair dah! haha*. 

akhirnya mereka berdua kahwin pada esok harinya selepas Khaalish melamar *kawen esok hari ye, bukan persiapan seminggu..sehari!*. and mereka pun bahagia. gelodak rumahtangga bermula bila ex-girlfriend Khaalish, Ilsa datang semula merayu2 nak Khaalish balik ke pangkuannya *sangat cliche kan?* tetapi berjaya ditepis semuanya. 

Naz selamat melahirkan baby girl yang bernama Khalida Naila. yang bestnya Nyonya Mansoor *ingat tak hado dalam novel ke..haha!* panggil cucunya dengan nama Nelly, baru moden..haha! then, they live happily ever after *oloh!*.

nak try baca novel secara online pun boleh, tapi tak semua cerita ada dalam online kan? baik korang beli je novelnye..hehe!

novel online: [link]
beli online: [link]


lovenota 1: cuti2 nie menghabiskan masa dengan novel jela..hoho!
lovenota 2: kerja sekolah dah terbang melayang mane entah..tett~




Read More »

Sunday, July 14, 2013

Novel: I'm Mrs. Kertu



Judul: I'm Mrs. Kertu
Penulis: Danisyarahmat
Penerbit: Penulisan 2U Enterprise
Harga: RM 19

Sinopsis:
Ainul Mardhiah – Keindahan zaman remajanya telah diragut, kehidupannya telah musnah gara-gara malam durjana. Dia hilang segala-galanya termasuk nilai sebuah kesucian. Takdir telah mengikat jodohnya dengan Adam Yusuf. Egonya tidak dapat menerima cinta seorang lelaki tua meski lubuk hatinya ada terdetik sayang.
Adam Yusuf – Cintanya kepada Ainul berputik pada saat pertemuan pertama. Wajah Ainul yang mirip arwah isterinya,telah kembali menggoncangkan jiwa lelakinya.
Jodoh yang ditetapkan oleh Allah sebelum langit dan lautan diciptakan-Nya telah terikat.Takdir telah menemukan mereka meski usia menjadi bandingan.
“Ain tak nak kahwin. Ain nak capai cita-cita dulu. Kalau kahwin pun bukan dengan lelaki...”
“Tua macam saya.”
“Belum cuba belum tahu Ainul. Saya ni macam kelapa tua. Makin berlemak dan manis.”
“Hmmm... lelaki tua memang miang macam ni ke?”
Menyedari getar jiwanya tidak berbalas, Adam Yusuf pergi membawa diri. Terpisah mereka antara benua. Namun pernikahan rahsia itu masih disimpan utuh. Lamaran Hafiz menerbitkan keazaman dalam jiwa Ainul Marhiah untuk menokhtahkan akad yang telah terjalin selama empat tahun.
Namun, pertemuan semula Adam Yusuf dan Ainul Mardhiah seakan-akan memudarkan rasa benci itu. Pertunangan Adam Yusuf dan Mariza membuahkan cemburunya. Adakah itu tanda sayang?
“Ainul menyesal kahwin dengan si kertu ini?”
Abang bukan kertu tapi perfecto.

Review:

mula2 Qis rasa macam tak best je cerita nie. tapi sebab mak kata best, Qis pun baca la *mak saya peminat novel yang tegar ye*. and bila baca novel nie, memang rasa excited nak meneruskan pembacaan tu lain macam. yela, apa kesudahan bila Ain dah dipaksa berkahwin dengan lelaki yang 20 tahun tua daripadanya. cerai ke, sayang ke, kan? yang bestnye, pengajiannya ditaja 100% oleh suami tak relanya *untung wooo*. perkahwinan mereka dirahsiakan buat sementara waktu disebabkan permintaan dari Ain sendiri. bila dah 5 tahun terpisah, bila jumpa balik ada rasa sayang pulak, tambah2 pulak adegan eksiden 18 sx yang diluar jangkaan..oppss! haha! *dan tak jadik cerai..hehe*. hubungan kononnya nak kahwin dengan Hafiz selepas graduate pun tak jadi.

lepas tu Ain pregnant, tapi gugur disebabkan angkara perbuatan Marissa *kejam giler minah tu*. dan yang paling tak sangka, Hafiz yang merogol Ain pada malam durjana itu. giler tak sangka, sebab watak Hafiz dalam nie baik sangat. tapi, bila dah diberi pil kuda, orang baik pun boleh naik hantu kan? huhu..sangat kesian sebab Hafiz jadi mangsa. 

yang bestnya novel nie, orang tua macam Adam pun romantik tau! rasa macam orang2 muda plak! gile kelakar bila kita bayangkan Adam yang tua tu berkelakuan seperti orang muda, romantik2, manja2..adeii..memang gelak2 la..haha! :P

baik uolss beli and baca novel ini. memang ada kelainan dari novel nie.

blog Danisyarahmat: [link]

baca secara online: [link]

beli secara online: [link]


lovenota 1: walaupun busy, curik2 masa jugak baca novel. hehe!
lovenota 2: nak blogwalking pun da xsempat sekarang. sori geng! XD

Read More »

Sunday, June 09, 2013

Novel: Pelakon Cinta & Mr. G


Judul: Pelakon Cinta & Mr.G
Penulis: Anabella
Penerbit: Penulisan 2u
Harga: RM 26

Sinopsis:
Mr. G singkatan untuk apa? Bukanlah mr. gemuk atau mr. gila, tapi sudah tentulah mr. G yang dimaksudkan ialah mr...
Dengan ganjaran RM2 juta yang menanti, Tengku Marylin Myacella yang terkenal dengan sikap gediknya telah memenuhi permintaan sahabatnya untuk memastikan seorang pemuda yang dipercayai mr. G berubah menjadi lelaki normal. Tapi, dia sendiri berasa resah dan gelisah!
“You ingat, you cantik sangatlah sampai I teringin nak jadikan you girlfriend I?!”-  Syed Zakuan Zafran.
“I memang sangat cantik. Tapi I tahu, dalam mata you, pasti I tak secantik Aaron Aziz atau tak secomel seperti artis lelaki Korea, kan?! Takkanlah I perlu tukar jantina I semata-mata untuk jadi girlfriend you?” -Tengku Marylin Myacella.
Dalam menjayakan misinya, Mary keliru dengan perasaannya sebenar sama ada dia betul-betul ikhlas jatuh cinta ataupun sekadar lakonan semata-mata. Zafran pula telah merahsiakan cintanya selama tujuh tahun, tapi dia berjaya juga memiliki Mary dari sebuah penipuan yang dicipta. Namun, dalam keasyikan mereka melayari bahtera, sekali lagi mereka diuji dengan rintangan yang mencabar kepercayaan mereka.
“Selama ini I ingat you ikhlas cintakan I…”-  Syed Zakuan Zafran.
“Kalau kau dah tahu aku curang dan tak cintakan kau lagi, kau ceraikan aku Zafran! Ceraikan aku!” –Tengku Marylin Myacella.
Cinta yang bermula dari sebuah penipuan dan sandiwara akankah kekal bahagia? Mampukah Mary mengubah Zafran menjadi lelaki normal? Hanya Pelakon Cinta & Mr. G yang dapat menentukan kesudahan cinta mereka.
Review:
Serius best! rupa2nya novel ini adalah kesinambungan pada novel pertama Anabella iaitu  Bakal Isteriku, Gengsternya! *kalau tahu, dah lama baca novel nie awal2 lagi..haha*. so, cerita nie tak mengisahkan Bella dengan Syam dah, tetapi mengisahkan still lagi perangai nakal macam mamanya juga, si Bella diturunkan kepada anak gadisnya, Mary *gila nakal tak bertempat!*. tapi yang mengharukan Qis, cinta sejati antara Mary dengan Adam Farrien. dah lama meninggal tapi Mary still sayang kepada Adam *sedih je rase*. tetapi yang lagi mengharukan, cinta Zafran pada Mary sejak 7 tahun dahulu lagi hebat. masa zaman sekolah tinggi, semasa Mary bersama Adam, Zafran menghantar ros putih setiap pagi taww *sweet gile..hikhik*. dalam novel nie, Zafran memang seorang lelaki yang setia dan terlalu or teramat menyayangi Mary *jarang2 ada lelaki macam nie..dalam novel ramaiii..hihi*. 
pada mulanya, perjalanan hubungan mereka hanyalah game semata2. tapi lama2 jatuh cinta jugak *well, tau dah novel2 memang cerita macam nie kann..ngee*. jalan cerita pun sempoi, style macam novel Bella tu..hehe. and as usual, cerita cinta anak orang kaya, ada dato', datin, tan sri, puan sri..hehe~
yang menarik minat Qis, ada nama Qis sendiri dalam novel nie *bangga taww* dan nama Darius Farrel De Grandtine..hurmm.. *eh eh*
beli secara online: [link]
baca secara online: [link]
lovenota 1: agak2 anabella buat novel pasal cicit Bella plak tak? haha
lovenota 2: sayangi pasangan anda yang menyayangi anda sepenuh hati. :)


Read More »

Saturday, June 08, 2013

Novel: Love You, Mr. Arrogant


Judul: Love You, Mr. Arrogant
Penulis: Aliesha Kirana
Penerbit: Karya Seni Sdn Bhd
Harga: RM 18

Sinopsis:
Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.
"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham
Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya.  Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya. 
"Apa? Atas lantai ni?"
"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."
"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"
Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan. Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.
"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah
Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti.

Review:
best jugak novel nie taw..haha. walaupun dah lama novel nie, tapi rasa tertarik nak baca disebabkan tajuknya. biasa la kan, lelaki of course la kebanyakannya arrogant, ego tinggi, berlagak..mencik plak rase..haha. Qis baca dalam 4jam je..tettt!. ok, Qis mengaku sekarang memang dah addicted to novel..haha! *nak larikan fokus dari fikir yang bukan2 kan..huhu*. 
novel ini kisahnya kena kahwin paksa, sebab Zaara tak mampu nak bayar RM 5K pada Irham sebab Irham nak gantirugi disebabkan terlanggar kereta Zaara. yela, kereta BMW kan..mahal la kot nak repair *ek? entah*. bila Zaara tak mampu nak bayar, kena lah kahwin paksa sebab Irham nak lari dari kena kahwin dengan Sherry, perempuan paling gedik dan seksi di alam semesta *amboii..metafora!*. kalau dah kahwin, duduk serumah pulak tu, of course jatuh cinta la. kata cerita novel, harus lah! haha. 
lepas tu, diselitkan dengan cerita versi Mak Mertuaku. mak Irham memang tak suka pada Zaara. macam2 dibuat, tapi Zaara tetap sabar dengan segala tomahan dan kata2 cacian dari mak mertuanya. Irham pun walaupun cakap kasar pada Zaara, tetapi Zaara still berlembut je *macam den je kan? haha..perasannn!*. tapi ada kelainan sedikit dari novel ini. penulis membawa satu watak psiko, iaitu Faisal. Faisal seorang yang nerd dan pendiam, tetapi amat menyintai Zaara. gila psiko mamat nie, siap ugut2 Zaara, cederakan Zaara. watak nie timbul pada awal cerita dan akhir cerita je. akhir2 tu ingatkan Zaara kena tembak, rupanya polis yang tembak *buat saspen je taw..hehe*. 
baca secara online: [link]
beli secara online: [link]
lovenota 1: sumpah serius takut kalau mamat and minah psiko tu muncul balik..huhu
lovenota 2: ku menunggu~


Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®