Thursday, July 24, 2014

Pesawat Terhempas di Taiwan


24 Julai 2014

10:32:51 AM : Terkini: 48 sah mati, 10 cedera pesawat terhempas di Taiwan



PEKERJA penyelamat dan anggota bomba melakukan misi mencari dan menyelamat mangsa Pesawat Penerbangan TransAsia yang terhempas ketika menuju ke Pulau Penghu yang terletak antara tanah besar China dan Selat Taiwan. Pesawat itu terhempas ketika mendarat selepas cubaan mendarat kali kedua dalam keadaan cuaca buruk, malam tadi.

TAIPEI: Seramai 48 orang disahkan maut dan 10 lagi mengalami kecederaan selepas sebuah pesawat Taiwan terhempas semalam, lapor agensi berita Xinhua.

Pesawat TransAsia Airways Flight GE 222 yang membawa 54 penumpang dan empat anak kapal terhempas di kawasan kediaman selepas cuba membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Magong ketika cuaca ribut dekat Pulau Penghu, petang semalam. Kapal terbang itu dalam penerbangan dari selatan Taiwan ke Pulau Penghu di sebelah barat. Pihak Berkuasa Pengangkutan berkata, salah satu kotak hitam pesawat berkenaan sudah dijumpaiKapal terbang turboprop ATR-72 itu pada asalnya dijadualkan berlepas pada jam 4 petang tetapi terbang dari Kaohsiung pada jam 5.43 petang berikutan cuaca buruk. Beberapa penduduk kampung turut mengalami kecederaan ekoran nahas itu. Sementara itu, Ketua Majlis Penerbangan Awam Taiwan, Wang Hsing-chung berkata, masih terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenai punca nahas. - BERNAMA

13:43:27 PM : Cuaca buruk mungkin punca nahas pesawat Taiwan
TAIPEI: Cuaca buruk ekoran ribut petir yang dihasilkan Taufan Matmo dipercayai menjadi punca pesawat Taiwan terhempas sehingga mengorbankan 48 orang, demikian menurut syarikat penerbangan berkenaan. Mangsa yang maut termasuk 46 warga Taiwan dan dua penuntut perubatan Perancis yang sedang melalukan kerja amali di Taiwan. Nahas itu berlaku beberapa jam selepas Taufan Matmo membadai Taiwan. Terdahulu, kira-kira 200 penerbangan di Lapangan Terbang Taiwan terpaksa dibatalkan berikutan hujan lebat dan angin kuat. Biro Kajicuaca Pusat Taiwan sudah memberi amaran mengenai hujan lebat melanda negara itu semalam walaupun selepas Taufan Matmo membadai dan menghala ke barat China. “Mengikut apa yang kami fahami setakat ini, ini akibat cuaca buruk yang dipengaruhi oleh taufan berkenaan," kata wakil TransAsia, Phoebe Lu. - AP


lovenota : semakin gerun untuk menaiki kapal terbang (~.~)

1 comment:

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®