Thursday, January 01, 2015

Harga Petrol Turun 35 sen, Diesel 30 sen


8:04 PM
Harga petrol turun 35 sen, diesel 30 sen berkuatkuasa tengah malam ini
  

PUTRAJAYA: Berkuatkuasa tengah malam ini, harga baru runcit bagi petrol RON95 adalah RM1.91 seliter, manakala RON97 adalah RM2.11 seliterHarga baru bagi bahan api itu turun sebanyak 35 sen berbanding harga sebelum ini iaitu RM2.26 seliter bagi RON95 dan RM2.46 seliter bagi RON97. Sementara itu, harga baru runcit bagi diesel turut turun sebanyak 30 sen daripada RM2.23 kepada RM1.93.

**********

Ini baru dikatakan berita gembira untuk Tahun 2015. akhirnya harga minyak turun juga. alhamdulillah. dapatlah berjimat-cermat dengan lebih baik untuk tahun ini. boleh la saya kumpul duit sikit-sikit untuk..eh? bukan bukan, lambat lagi nak ke arah itu ye. hahaha. saya kumpul duit je..hihihi. 

Dengan penurunan harga minyak RON95 dan RON97, mungkin sekali sekala kita boleh juga merasa minyak RON97 kan? boleh juga jaga enjin sikit-sikit. asyik guna RON95 je, boleh la tukar guna RON97 pulak. ataupun penggunaan secara selang seli pun boleh juga. sementara harga minyak tengah turun nie..hehe. jangan lepas nie harga minyak dinaikkan semula pula, dengan alasan harga minyak seluruh dunia dah naik. itu yang tidak kita berapa nak gemar. mudah-mudahan harga minyak ini dikekalkan, insyaAllah Amin.


lovenota : Syukur Alhamdulillah :)


9 comments:

  1. Alhamdulillah... permulaan berita gembira utk thn 2015...
    Selalu kalau umum esok harga mnyak naik mlm nye msti pump station full house tp kali ni terbalik..hehehe, esoknya baru full house. Jangn ada yg over excited pergi mandi minyak sudah yer.

    Happy new year !!!!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..inilah berita yang paling GEMBIRA buat semua orang..harap2 x naik lepas ni..harap je lah huhuh

    ReplyDelete
  3. berita baik juga ni..alhamdulillah..

    selamat tahun 2015 cik balqis.. :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, perkhabaran baru buat kita semua..semoga dengan penurunan harga minyak dapat meringankan sedikit beban kita..heheh :)

    ReplyDelete
  5. seronok la buat pemandu2 kat luar sana. ^_^

    ReplyDelete
  6. wah, alhamdulillah, dah boleh save sikit :D

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah, penuh tank keta kali ni

    ReplyDelete
  8. Jangan naik lagi dah la. Kalo nak naik jgk jgn smpai banyak sgt.

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®