Thursday, January 01, 2015

Helikopter PDRM Terhempas


Tiga insiden helikopter PDRM terhempas dalam 15 tahun
  


KEADAAN helikopter Ecureuil Unit Udara Polis yang terhempas di Kampung Rambai Lama Gobek, Tanah Merah ketika misi menghantar bantuan makanan kepada mangsa banjir pada jam 6.15 petang tadi.

31 Disember, 11.02 PM : Kejadian helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas di Kampung Rambai, Tanah Merah, Kelantan hari ini adalah yang ketiga membabitkan helikopter pasukan itu dalam tempoh 15 tahun, kebetulan daripada jenis yang sama iaitu AS355 Ecureuil buatan Perancis.

Beberapa saksi yang ditemui berkata, helikopter itu dilihat terbang rendah dan berlegar-legar sebanyak dua pusingan, sebelum kedengaran seperti letupan dan terus menjunam ke darat.

Dalam insiden kemalangan terbaharu pada 6.30 petang tadi, dua juruterbang pesawat berkenaan bersama dua kru terselamat tetapi mengalami kecederaan pada anggota badan.

Sebelum ini, sebuah helikopter PDRM terhempas pada 14 Disember 2010 yang mengorbankan seorang juruterbang pelatih polis, Inspektor Mohammad Sukri Othman, 31. Helikopter yang dipandu Mohammad Sukri terhempas di kawasan bekas lombong di Malim Nawar, dekat Kampar, Perak, semasa beliau menjalani sesi latihan penerbangan solo.

Pada 10 Februari 1999, tiga anggota unit PDRM dan dua kakitangan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan cedera apabila helikopter yang mereka naiki, terhempas ketika melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Yahya Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan. Ketika itu mereka terbabit dalam tugasan menjalankan kerja pemantauan alam sekitar melalui udara.

Sehingga kini PDRM mempunyai 10 helikopter dan beberapa pesawat Pilatus, Cessna and Beech craft King Air 350.


KHAMIS, 1 JANUARI 2015, 12:08 PM : 
Angin kuat mungkin punca helikopter PDRM terhempas

KOTA BHARU: Angin kuat dipercayai menjadi punca helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membawa bantuan makanan kepada mangsa banjir hilang kawalan sebelum terhempas di Kampung Rambai, Tanah Merah, di sini, petang semalam. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim, bagaimanapun berkata siasatan terperinci masih dijalankan.

Sumber : Berita Harian

******

lovenota : nasib baik tiada kemalangan jiwa dilaporkan. alhamdulillah.

8 comments:

  1. Alhamdulillah yg penting mereka selamat..adakah faktor cuaca atau teknikal eh

    ReplyDelete
  2. Syukur semuanya selamat..Tahun yang penuh dugaan buat kita semua..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah semua selamat walaupun keadaan terukk..

    ReplyDelete
  4. nasib baik tiada kemalangan jiwa.
    helikopter tu pun dah banyak hari tak berhenti rehat sama
    asyik berulang-alik

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah Allah bantu mereka :)

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®