Tuesday, March 31, 2015

Pemantauan dari Jabatan


Hari ini sekolah saya dipantau oleh Jabatan tuutt *tak nak sebut sebab senang sangat kena trace nanti*. Pelbagai input dah dimasukkan ke dalam otak sehinggakan terasa satu ketika itu otak saya terus jadi blank..kosong..tak tahu apa-apa..blur..senget. Sungguh! migrain saya kembali mencucuk-cucuk di belakang kepala saya. Rasa penat sangat mengadap semua benda hari ini. 

Saya tahu saya masih kurang profesional dalam mengajar anak didik tetapi saya berusaha sehingga ke tahap maksimum. Saya tahu mungkin saya ada beberapa kekurangan tetapi jangan la terus kondem guru tersebut. Kami baru 5 tahun pengalaman mengajar..masih terlalu muda..budak hingusan lagi kalau mengikut hierarki perkembangan tumbesaran manusia. Kami masih lagi perlukan tunjuk ajar, sebab itu kami masih memerlukan kursus. Tapi sepanjang 5 tahun saya tidak dihantar kursus ke mana-mana lagi, kursus pedagogi mahupun kursus pemantapan mengajar amali sains. 

Ah, bukan saya je yang terasa keperitan guru sains. Satu Malaysia rasanya mengalami masalah yang sama. 

Bila sistem pendidikan ditukar-tukar, dari PMR menjadi PT3, ada soalan berunsur HOTs, IBSE dan KBAT, guna peta i-Think, saya rasa serabut. Kenapa makin pelik sangat sistem pendidikan sekarang? Sampaikan saya tak tahu mana nak dahulukan, PBS ke laporan amali sains? Habiskan silibus ke buat satu persatu? Kena ke buat itu? Perlu ke buat ini? Kementerian cakap macam itu, Jabatan cakap macam nie..nak ikut yang mana satu?

Mungkin saya sesuai menjadi guru tutor kut. hanya straight to the point. tak ada nak kona kiri kona kanan macam di sekolah. Saya tak reti nak buat pusingan U ambil bulatan jam 3 baru sampai. Saya lebih suka cari jalan pintas dengan menggunakan aplikasi Waze untuk sampai ke destinasi. 

Mungkin sampai masanya untuk saya sambung Master kut untuk berehat seketika dalam bidang pendidikan..hurmm. saya berura-ura nak ambil master di UKM takpun paling senang di UiTM. Luar negara? Ada ke biasiswa yang nak taja saya? Macam takde je..uwaaaa. 


bengkak mata sebab kurang tidur siapkan fail sekolah. Inilah rupa yang mempunyai talam dua muka, berpura-pura tersenyum tetapi sebenarnya dipaksa senyum untuk dipamerkan ke khalayak


lovenota : serabut perut..huhu


3 comments:

  1. Salam. Blh tahu emel cg sbb nk tnya psl guru sbb sy still belajar lagi.

    ReplyDelete
  2. Salam cg. Blh tahu emel cg sbb sy nk thu psl ijazah pendidikan. Saya still belajar lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Boleh. Email : balqis871006@gmail.com

      Delete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®