Sunday, March 29, 2015

Awal Ashaari Kemalangan


Awal sempat hubungi Scha

Gambar kereta Awal Ashaari kemalangan




Isteri pelakon dan pengacara Awal Ashaari, Scha Al Yahya ketika dihubungi berkata, Awal sempat menghubunginya selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Ayer Keroh, pagi tadi.

Menurutnya, dia tidak tahu tahap kecederaan dialami suaminya tetapi sudah dimaklumkan Awal sudah menjalani x-ray di Hospital Besar Melaka.

"Saya sedang menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur ketika Awal menghubungi saya tadi. Pada mulanya saya buat macam biasa saja kerana tidak mahu membuatkan kru produksi lain turut panik, namun mereka faham dan memberi pelepasan untuk saya pergi melihat keadaan suami," katanya yang dalam perjalanan ke Melaka ketika diihubungi, sebentar tadi.

Menurut Scha, dia juga belum dapat bercakap dengan Awal kerana suaminya itu masih dirawat.



KERETA BMW 6 Series yang dipandu teman Awal Ashaari, Izuan Mokhtar rosak teruk selepas terbabit kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan tidak jauh daripada kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh, Melaka kira-kira jam 11 pagi tadi.

Kejadian itu dimaklumkan wartawan Melodi TV3, Zuan Azmi. Awal dikatakan dalam perjalanan ke Melaka untuk mengacarakan program Melodi secara langsung di Karnival Jom Heboh Melaka.

Awal dilaporkan dalam keadaan stabil dan sedar diri. Suami kepada Scha Alyahya itu dikejar ke Hospital Besar Melaka.

Izuan yang dihubungi memberitahu kereta itu rosak teruk selepas terbabas ke bahu jalan. "Saya rasa brek tidak berfungsi dengan baik dan tayar bahagian belakang bocor. Semuanya terjadi dengan begitu pantas," kata Izuan.

Dalam pada itu tempat Awal mengacarakan program itu akan digantikan Penerbit Melodi, Michelle Wee bersama deejay Liza HotFM.



Terkini : 

Scha Alyahya, isteri pengacara Awal Ashaari berkata suaminya dalam keadaan baik di Hospital Besar Melaka.

"Alhamdulillah awal dalam keadaan baik dan stabil. Tiada kecederaan teruk. Walaupun kereta dia rosak teruk, Tuhan masih melindunginya," kata Scha yang diberi pelepasan oleh pengarah untuk melawat Awal di hospital.

Ketika ini Scha sedang menjalani penggambaran telefilem Nota Cinta terbitan Suhan Movies arahan Azma Aizal Yusof di ibu kota.


Sumber : Harian Metro dan Berita Harian


**********

Terkejut dapat tahu Awal Ashaari accident. Memang tak tengok Melodi tadi. Doakan yang baik-baik untuk beliau.


lovenota : Semoga Awal Aashari cepat sembuh dan baik-baik hendaknya. AMIN.


4 comments:

  1. ehh yeke ? patutla semalam orang lain yg mengacara .. get well soon awal :)

    ReplyDelete
  2. Tengok keadaan kereta tu memang teruk. Nasib baik semuanya selamat.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. mujur tak teruk....

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®