Saturday, April 04, 2015

Tolong Awasi Anak Anda!


Video CCTV kanak-kanak maut jatuh dari tingkat dua di Kenanga Whosale City Mall





Budak maut jatuh lima tingkat

Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas terjatuh daripada tingkat dua di kompleks beli belah Kenanga Wholesale City, di sini, kira-kira jam 3 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa iaitu Nurhayada Sofia Musa maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

"Siasatan awal mendapati kanak-kanak terbabit di bawa oleh ibu bapanya ke kompleks beli belah itu sebelum jatuh dari tingkat dua hingga ke aras bawah tempat meletak kenderaan," katanya.

Difahamkan kanak-kanak malang berkenaan terlebih dulu bermain di kawasan sekitar eskalator sebelum terjatuh dari ketinggian lima tingkat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

sumber : Harian Metro

******************

Bagi sesiapa yang sudah menonton video CCTV di atas, mesti anda rasa terkilan dengan kematian kanak-kanak tersebut. hanya bermain di tepi ruang kecil eskalator sahaja dah boleh membawa maut. ruang kecil tu walaupun nampak je sempit, tetapi memang boleh muat seorang kanak-kanak yang kecil seperti arwah Nurhaya Sofia. 

Yang menghairankan saya, takkan ruang kecil tu tak ada penghadang kaca? kalau dilihat tempat kejadian tak ada sebarang kaca yang pecah bersama-sama dengan mayat. maknanya memang tak ada penghadang la, kan? kalau ada pun mesti pasang birai pagar bahagian atas je. 

Takkanlah tiada langsung ciri-ciri keselamatan pada bahagian tersebut? saya tak pernah ke Kenanga Wholesale City Mall, so tak tahu ada pasang ke tidak. Kenanga Wholesale City Mall ataupun dikenali sebagai KWC Mall dibuka pada tahun 2011. ini bermakna pusat beli-belah tersebut sudah dibuka selama 4 tahun, tetapi adakah ciri-ciri keselamatan bangunan tersebut di tahap yang baik? 

Saya berharap sangat ibu bapa yang membawa anak-anak berjalan-jalan memantau anak-anak anda setiap saat. sebab kejadian malang berlaku hanya sekelip mata. jangan lalai mengawasi anak anda. elakkan membuat sesuatu perkara yang melarikan tumpuan anda. jangan benarkan anak anda bermain di kawasan eskalator. walaupun mesin berteknologi itu sudah lama memberi manfaat kepada semua orang, tetapi ia masih dianggap berbahaya. be aware! 

Al-Fatihah.


lovenotaMalang tidak berbau. 


2 comments:

  1. teknologi moden pun ade keburukannya jgk kn..huhu

    ReplyDelete
  2. Tgk jugak CCTV tu..naut dtg menjemput tak kira mana je..tapi tu la..maknya pun tak awasi anak2..al fatihah buat adik Norhaya..

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®