Ini memang breaking news! terdapat serpihan MH370 telah dijumpai di Pulau La Reunion yang memang berdekatan dengan Lautan Hindi. ini dah dikira berita baik. kita cuma kena tunggu analisis dari pihak pakar untuk mengesahkan bangkai pesawat itu adalah kepunyaan MH370.
KHAMIS, 30 JULAI 2015 @ 11:13 AM
MH370: Serpihan pesawat disiasat pakar - JACC
KUALA LUMPUR: Serpihan bangkai sebuah pesawat yang ditemui di Pulau La Reunion di Lautan Hindi awal hari ini (waktu Malaysia) kini sedang disiasat pakar, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC).
Menurut agensi itu, Malaysia bertanggungjawab ke atas siasatan dan sedang menguruskannya dengan bantuan Boeing, BEA (Bureau d'Enquêtes et d'Analisis pour la Sécurité de l'Aviation civile), Biro Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia. "Sekiranya bangkai itu dikenal pasti sebagai daripada MH370 di Pulau La Reunion, ia menjadi konsisten dengan analisis lain dan menjadi model bahawa tempat pesawat itu bersemadi adalah di selatan Lautan Hindi," menurut JACC.
Agensi yang menyelia operasi mencari pada ketika ini di selatan Lautan Hindi menyatakan sebarang bukti baharu yang ditemui akan digunakan untuk terus memaklumkan dan memperbaiki usaha pencarian yang sedang berjalan. Beberapa imej serpihan bangkai dipercayai daripada sirip Boeing 777 tersebar dalam pelbagai media sosial, memberi harapan baharu mengesan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang itu.
Gambar serpihan bangkai MH370
Serpihan bangkai itu dilaporkan ditemui di Pulau La Reunion, di bawah pentadbiran Perancis, berhampiran Madagascar. Airlive.net, sebuah laman web yang membawa berita dan maklumat mengenai industri penerbangan, mengeluarkan tweet gambar serpihan bangkai dan memuat naik status 'BREAKING Piece of wing found on La Réunion Island, could that be flap of #MH370? (serpihan sayap ditemui di La Reunion Island, mungkinkah ia sayap #MH370?) Ia juga menyatakan dalam laman webnya bahawa siasatan kini dibuka untuk menentukan asal-usul trek penerbangan dengan tiga hipotesis disebutkan.
Selain daripada serpihan yang mungkin cebisan MH370, laman web itu melaporkan penyiasat meletakkan kebarangkalian bahawa ia mungkin datang daripada kemalangan sebuah pesawat enjin kembar yang terhempas pada 4 Mei 2006 dekat dengan pantai di selatan pulau itu, atau sebahagian serpihan A310 Yemenia yang terhempas di luar Comoros pada Jun 2009.
Dalam satu kenyataan MAS, syarikat penerbangan itu berkata masih terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenai kesahihan serpihan itu.
Satu bagasi yang rosak dilaporkan ditemui di Saint-Andre, iaitu bandar pesisiran pantai Pulau La Reunion berhampiran tempat serpihan sayap pesawat ditemui semalam.
Laporan media berbahasa Perancis, Linfo.re menunjukkan gambar seorang lelaki tempatan memegang apa yang kelihatan seperti bagasi yang rosak teruk. Bagaimanapun, tidak jelas sama ada penemuan bagasi itu ada kaitan dengan penemuan bahagian sayap pesawat yang mungkin daripada pesawat MH370.
Laporan terbaru mendakwa botol air minuman buatan China serta produk pembersihan Indonesia ditemui di pantai Pulau Reunion dipercayai dihayutkan arus laut.
Menurut South China Morning Post, kedua-dua botol itu ditemui kumpulan pembersih pantai pulau itu selepas menemui beg pakaian semalam, berhampiran tempat serpihan dipercayai flaperon pesawat Boeing 777 ditemui Rabu lalu.
Mekanik syarikat penerbangan di pulau itu, Air Austral, berkata wartawan tempatan meneliti serpihan itu bersama pegawai tentera Perancis dan mendapati ada nombor 657-BB tercatat padanya. Laman sesawang AirLive.net melaporkan nombor 657-BB menyamai nombor siri dalam manual penyelenggaraan Boeing untuk bahagian flaperon pesawat 777.
Selepas penemuan serpihan sayap pesawat Boeing 777 Rabu lalu, serpihan kedua dipercayai pintu pesawat ditemui terdampar di Pulau Reunion. BBC melaporkan objek yang dipercayai pintu pesawat itu ditemui di selatan bandar St Denis. Objek berkenaan dipecayai mempunyai tulisan asing di atasnya dan mungkin beberapa ilustrasi.
Sementara itu, The Telegraph melaporkan pembersih sampah, Nicolas Ferrier mendakwa menemui kerusi biru yang disangkanya sampah.
Tiga lagi botol air mineral keluaran ditemui tidak jauh dari kawasan di mana serpihan sayap pesawat dan serpihan lain serta botol air ditemui sebelum ini. Tiga botol air mineral itu ditemui seorang peguam, Creissen Philippe yang memuat naik gambar botol berkenaan ke akaun Twitternya. Botol air mineral itu adalah berjenama Splash dan Cactus keluaran syarikat Malaysia.

sumber : Berita Harian, Harian Metro
Harapnya penantian berakhir dengan berita kepastian..amin..
ReplyDeleteBerharap ini adalah kapal terbang milik kita..#PrayforMH370
ReplyDeleteassalam cik balqis..maaf lama kak wana tak singgah sini..
ReplyDeletesalam aidilfitri dan maaf zahir batin
semoga ada berita lebih baik bagi mengakhiri penantian mh370
T_T
ReplyDeleteHanya Allah Maha Mengetahui... Moga ada berita terbaru...
ReplyDeletemasih tak dapat nak percaya
ReplyDeletekonspirasi banyak sgt la qis