Showing posts with label jerebu. Show all posts
Showing posts with label jerebu. Show all posts

Wednesday, October 21, 2015

[21 Oktober] Jerebu: Penutupan Sekolah Sesi Petang Di Negeri Sembilan



*Klik untuk besarkan gambar*

Semalam dah tengok IPU Negeri Sembilan memang teruk, dalam tahap tidak sihat iaitu melebihi 121. tapi tak diumumkan penutupan sekolah pun. agak pelik juga kalau dilihat penutupan di beberapa daerah Perak, bacaan IPU di Perak pun lebih kurang sama dengan bacaan IPU di Negeri Sembilan. macam pilih kasih je, kan? huhu. sepatutnya pantau bacaan pada malam hari, bukannya tengok bacaan IPU pada waktu petang je, kena jugak la tengok bacaan malam. lepas tu baru umumkan penutupan sekolah.

Saya nie walaupun saya cikgu, saya lebih suka sekolah ditutup. Bukan suka disebabkan cuti, tetapi masalah kesihatan. ramai sangat anak murid saya yang tidak sihat, walaupun sekarang musim peperiksaan akhir tahun. minggu depan dah SPM. anak-anak murid nie kena jaga kesihatan baru dapat jawab soalan dengan baik. kalau kesihatan terjejas, biarpun budak pandai sekalipun, akan terjejas pencapaian peperiksaan akhirnya. memang ramai pelajar saya yang macam tu, kecundang disebabkan kesihatan. 

Ye saya faham ramai mengadu kenapa budak sekolah je yang cuti, kenapa pelajar kolej universiti tak cuti? Padahal sama je, masing-masing ada hidung, ada peparu, ada jantung.  Itu di bawah pengurusan Universiti masing-masing, tak tertakluk di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dah. Nak cuti mohon pada pengurusan universiti masing-masing. Sama juga dengan orang yang dah bekerja, tertakluk pada bos masing-masing. 

Tengok macam hari ini, jerebu kuat lagi kat sekolah saya. Bacaan IPU di Negeri Sembilan pada hari ini ialah 153 (jam 11 pagi). saya sendiri mengalami batuk teruk dan selsema akibat masalah jerebu. lepas tu, ada arahan terbaru dari Dato' Hajah Kalsom Bin Khalid, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, iaitu penutupan sekolah pada sesi petang dan sekolah agama pada hari ini (Rabu) 21 Oktober 2015. sepatutnya yang dah bersekolah nie diarahkan balik je. tak larat saya nak jalan sana-sini dalam keadaan yang terbuka nie. kalau sekolah di bawah satu bangunan macam opis pejabat tu tak pe jugak. tekak nie dah rasa perit sangat bila hirup udara berjerebu nie. Bergelen-gelen minum air terasa pahitnya.

Semalam ada viral mengatakan jerebu yang tersebar sekarang ini adalah jerebu kuning. tetapi JAS (Jabatan Alam Sekitar) menafikan kewujudan jerebu kuning tersebut. entahlah, ianya bergantung pada alat bacaan IPU negara masing-masing. kalau dah JAS kata macam tu, kita pun iyakan jelah. 

Ada berita mengatakan jerebu ini mungkin akan berterusan sehingga bulan November. kita doakan yang terbaik, semoga negara kita cepat pulih dan kembali kepada sedia kala. InsyaAllah.

[UPDATE: Kementerian Pendidikan telah mengarahkan semua sekolah di beberapa negeri ditutup pada Khamis, 22 Oktober ekoran situasi jerebu yang kian merosot. Sekolah-sekolah terbabit adalah di Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur; Perak; Pulau Pinang; Kedah; Perlis; daerah Bentong di negeri Pahang serta Bahagian Kuching, Bahagian Samarahan, Bahagian Sri Aman dan Bahagian Betong di negeri Sarawak.


lovenota : esok iaitu hari Khamis (22 Oktober 2015) cuti lagi..dapat menanda kertas Sains PT3 dengan aman..huhu.


Read More »

Monday, September 28, 2015

[28 Sept] Sekolah di Melaka dan Johor Ditutup



Berita sebentar tadi menyatakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan semua sekolah di negeri Melaka dan Johor pula ditutup akibat jerebu yang masih melanda apabila bacaan IPU di kedua-dua negeri tersebut mencatatkan bacaan yang tidak sihat. 

KUALA LUMPUR: Susulan pemantauan jerebu sehingga 4 petang ini, Kementerian Pendidikan mengumumkan semua sekolah di Melaka dan Johor ditutup esok apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan tidak sihat (101-200) dan sangat tidak sihat (201-300).  
Penutupan itu membabitkan sebanyak 1,178 sekolah dan 618,326 pelajar di Johor manakala di Melaka membabitkan 314 sekolah dan 156,635 pelajar. "Jabatan Pendidikan Daerah hendaklah memaklumkan kepada sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing mengenai penutupan ini dengan segera," demikian menurut kenyataan itu sebentar tadi.  
Sekolah di beberapa negeri dan kawasan yang ditutup (Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Pahang serta di Sri Aman, Kuching, Betong, Samarahan di Sarawak dan Tanjung Malim di Perak) hari ini akibat jerebu akan dibuka seperti biasa esok susulan kualiti udara bertambah baik dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menurun.
Sumber: Berita Harian.

Actually sekolah saya terletak di border sempadan Negeri Sembilan dan Melaka. So kiranya saya pun cuti jugak la eh? Kan kan kannn..hoho.

Yela, nak tak nak kena balik juga ke Gemencheh. Balik la kite ye. Huhu. 

Nak share, kenapa asyik sekolah, budak-budak je yang cuti jerebu, kenapa orang lain tak cuti jerebu nie? Nah, ini jawapannya.


Jangan marah..hihi.

☆ baru sampai di Gemencheh Highland..jerebu nau! Lagi teruk dari Seremban..huhu 


lovenota : tamak kau eh..hehe


Read More »

Sunday, September 27, 2015

[27 Sept] Jerebu Semakin Teruk!


Semasa perjalanan balik ke Port Dickson dari Seremban melalui Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), keadaan jerebu nampaknya semakin teruk dari sebelum ini. Ia kembali teruk semula. Dah tak tahu nak cakap apa la. 



Keadaan jerebu di Port Dickson

Keadaan jerebu semakin membimbangkan setakat 10 pagi ini dengan empat kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat, berbanding tiga sebelum ini. 

Bacaan IPU sangat tidak sihat:
Shah Alam - 279
Pelabuhan Klang - 255
Batu Muda, Kuala Lumpur - 250
Petaling Jaya - 226 

Bacaan IPU tidak sihat:
Putrajaya - 197
Banting - 187
Sri Aman - 185
Cheras, Kuala Lumpur - 177
Kuala Selangor - 171
Seremban - 152
Samarahan - 144
Nilai - 143
Kuching - 141
Tanjung Malim - 141
Port Dickson - 132
Sri Manjung 120
Jerantut - 120
Bukit Rambai - 105

Bacaan IPU sederhana:
Bandaraya Melaka - 97
Sarikei - 99
Tawau - 96
Kemaman - 80
Sibu - 77
Kuala Terengganu - 76

Bacaan IPU sihat
Perai - 48
Tanah Merah - 42
Langkawi - 31
Alor Setar - 30
Kangar - 27

Kementerian Pendidikan Malaysia mengarahkan semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan dua daerah di Sarawak - Sri Aman dan Samarahan - ditutup esok iaitu 28 September 2015 (Isnin) berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di semua kawasan berkenaan hari ini menunjukkan paras tidak sihat (101-200) atau sangat tidak sihat (201-300). 

Ini bermakna esok cuti sekolah lagi. Tulis dalam buku rekod esok cuti jerebu. Betul instinct saya tadi. Tak sangka impian saya menjadi kenyataan. Hehehe. Bagus jugak, saya tak larat nak balik Gemencheh, mahu rehat sepuas-puasnya di kampung nie sambil membuli si kucing yang bernama Gemok . 



Pada sesiapa yang tak dapat cuti, jangan la marah ye. Ada dengar jugak sebilangan guru-guru kena datang ke sekolah juga esok. Ini semua bergantung kepada pihak pentadbir ataupun Pengetua. Alhamdulillah pengetua saya ok, tak ada nak buat meeting esok. Kementerian/Agensi lain yang nak cuti boleh jugak, tetapi minta kebenaran pada bos masing-masing eh. Alhamdulillah saya dapat cuti sebab kerja settle..hehe .



Tiba-tiba ada fitnah pulak, yang mengatakan cuti jerebu iaitu tutup @ cuti sekolah sehingga hari Selasa (29 September 2015). Lepas tu nak tutup semua sekolah di seluruh Malaysia plak tu. Rakus betul uolss kan. Nak cuti sampai hari Selasa. Sabar jelah..hehe. 


lovenota : sampai bila la jerebu nie..


Read More »

Tuesday, September 15, 2015

Minta Maaf Mengenai Cuti Jerebu


Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf kepada semua pengunjung ini yang membaca entry post saya yang bertajuk "Fitnah Cuti Jerebu" yang dipublish pada 14 September 2015. 

Post tersebut sebenarnya memang benar dan ia diambil pada artikel di Berita Harian. Mungkin ada sebilangan yang keliru sebab tiba-tiba fitnah tersebut menjadi kenyataan pada malam entry tersebut. Pada jam 1 pagi, saya mendapat tahu sekolah di 5 buah negeri ditutup pada 15 September 2015. Lalu saya membuat satu entry baru pula mengenai cuti jerebu tersebut pada malam itu juga.

Salah seorang pembaca telah meninggalkan komen pada entry fitnah tersebut.


Kepada Encik Azley Ahmad, saya minta maaf mengenai kekeliruan anda. Cuma saya nak pesan, kalau dah baca entry post blog tengok dulu tarikh post blog tersebut. Sebab post fitnah jerebu itu adalah post lama, bukannya post baru. 

Bila jadi kes macam ini, baru saya sedar betapa susahnya menjadi seorang blogger. Saya cuma menyampaikan apa yang benar, bukan cari traffic visitor semata-mata, tak pernah nak tipu pembaca, bukan nak kaut keuntungan pun. Nak tak nak saya kena terima segala pujian dan kemarahan dari pembaca. Hurmm.

Mengenai masalah jerebu pula, sekolah akan dibuka semula jika bacaan IPU di bawah 150. Ini diumumkan sendiri oleh Datuk Seri Mahdzir Khalid petang tadi. Esok dah sah-sah cuti Hari Malaysia, cuma pada hari Khamis (17 September 2015) masih tak tahu sama ada cuti lagi ke tidak.

***********
Jerebu: Sekolah buka semula bila IPU bawah 150 
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan terpaksa memaklumkan penutupan sekolah di lima negeri lewat malam tadi selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negeri berkenaan mencecah hampir 200 pada sebelah malam.  
Menteri, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata pihaknya sudah memantau keadaan jerebu pada waktu siang namun keadaan masih terkawal. "Bagaimanapun, bacaan lewat malam tadi, IPU meningkat hingga 195 dan semakin menghampiri bacaan 200. Pada jam 11.30 malam baru kita buat keputusan dan minta pihak sekolah memaklumkan kepada ibu bapa mengenai perkara itu," katanya pada sidang media di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, di sini, hari ini.  
Dalam pada itu, Mahdzir berkata, ibu bapa diminta tidak merungut dengan pengumuman saat akhir itu berikutan jerebu disifatkan sebagai bencana yang sukar diramal. "Bencana ini kita tak boleh nak jangka,..sebab itu kita tak boleh nak umum awal. Kalau boleh 'plan', petang semalam kita dah umum," katanya.  
Sementara itu, beliau berkata, seramai 1.523 juta pelajar membabitkan 2,045 sekolah terbabit dalam penutupan sekolah di lima negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. "Dalam hal ini, pihak sekolah yang terbabit perlu menggantikan hari persekolahan berkenaan," katanya.  
Mahdzir berkata, berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan pihak sekolah perlu memberhentikan aktiviti luar ketika bacaan IPU melebihi 150. "Kawasan di mana bacaan IPU melebihi 200 pula, sekolah perlu ditutup. Pihak guru besar dan pengetua perlu memaklumkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri sekiranya sekolah perlu ditutup," katanya. 
Beliau berkata, sekolah yang ditutup akan dibuka semula apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) di bawah bacaan 150. Sementara itu, beliau mengingatkan kepada semua guru besar dan pengetua supaya sentiasa memantau bacaan IPU di kawasan masing-masing melalui laman web Jabatan Alam Sekitar.
*********

Dah jelas kan cuti sekolah hari ini wajib diganti. Saya dah cakap dah pada post entry sebelum ini. Tak mungkin bagi kementerian cuti free macam itu je. Penutupan sekolah ini adalah untuk menjaga kesihatan para pelajar. Takpe lah, kami redha je. Tadi pun para guru masih juga datang ke sekolah dan ada yang menghadiri mesyuarat pulak tu *sekolah saya pun ada meeting jugak*. Tapi tak lama lah. Pagi tadi pun saya tengok Jerebu di kawasan saya semakin kurang. Semoga bencana jerebu nie semakin berkurangan. InsyaAllah.


lovenota : saya sendiri semakin tak sihat. Huhu

Read More »

Lawak Jerebu



Pesanan sikit yer!

Langkah Keselamatan Ketika Jerebu:
  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah seperti muka dan mandi dengan kerap
  • Sentiasa minum air kosong/mineral.
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan
  • Pesakit yang penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah teruk. 
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit, tidak merokok di dalam rumah. 
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah. 
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya. 
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat,
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

Dah dapat cuti sekolah sila nyanyi lagu jerebu beramai-ramai..hehe


lovenota 1: saya memang alah pada habuk, debu dan asap
lovenota 2: habis la saya esok =,="


Read More »

Sekolah Ditutup Akibat Jerebu


Baru cerita pasal dakwaan berita palsu mengenai penutupan sekolah akibat jerebu yang teruk. Tup tup malam nie dah diisytiharkan esok sekolah ditutup bagi negeri di kawasan Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka. Dan berita ini sahih, bukan fitnah dan tipu. Kira ini cuti jerebu yang pertama dalam tahun 2015.

Tapi guru-guru masih perlu datang ke sekolah esok untuk menguruskan pelajar-pelajar yang berkemungkinan akan datang ke sekolah juga. Balik pukul berapa lepas tu tak tahu bila pulak. 

************

Sekolah di Selangor, KL, Putrajaya, NS dan Melaka tutup


KUALA LUMPUR: Semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka akan ditutup hari ini, 15 September berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk.  
"IPU (Indeks Pencemaran Udara) menghampiri 200. Semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup esok 15.9.2015," menurut kenyataan Kementerian Pendidikan lewat malam ini.  
Pada satu majlis di Sintok, Kedah petang tadi, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sekolah hanya akan ditutup apabila IPU mencecah 200 dan Kementerian Pendidikan tidak bercadang menurunkannya kepada tahap IPU 150 sebagaimana diminta oleh beberapa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). 
Katanya, penetapan tahap IPU pada 200 sebelum sekolah-sekolah ditutup itu merupakan prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan serta Jabatan Alam Sekitar.

sumber: Berita Harian 

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan baru yang mencatat IPU tidak sihat :

Sarawak:
Sibu (106)
Samarahan (104)
Sarikei (126) 
Sri Aman (136)

Selangor:
Batu Muda (183)
Putrajaya (164) 
Cheras (161)
Banting (188) 
Pelabuhan Klang (181)
Petaling Jaya (168)
Shah Alam (167)
Kuala Selangor (137)

Terengganu:
Kemaman (134) 
Paka (112) 

Johor:
Pasir Gudang (103) 
Larkin Lama (105) 
Muar (140)

Pulau Pinang:
Seberang Perai 2 (150)
USM (145) 
Perai (124)

Melaka:
Bandaraya Melaka (161)
Bukit Rambai (182)

Negeri Sembilan:
Nilai (187)
Port Dickson (183)
Seremban (175)

Pahang:
Balok Baru (135)
Indera Mahkota (118)
Jerantut (125)
Jalan Tasek (153)

Perak:
Kampung Air Putih, Taiping (141)
Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh (167) 
Seri Manjung (173) 

Kedah:
Bakar Arang, Sungai Petani (127)

Tahap IPU:
0 dan 50 (baik)
51 hingga 100 (sederhana), 
101 hingga 200 (tidak sihat), 
201 hingga 300 (sangat tidak sihat)
300 ke atas (berbahaya).


Read More »

Monday, September 14, 2015

Fitnah Cuti Jerebu


Tak sangka ada juga manusia yang mengambil kesempatan membuat fitnah berkaitan masalah jerebu sekarang nie. Tak pasal-pasal Berita Harian jugak yang kena plak tu. Siapa yang tukang edit tu memang dah tak ada kerja lain agaknya. Itu yang dok tukar tarikh paper tu dari paper tahun lepas kepada tarikh semalam. 


Screenshot itu menyatakan bahawa semua sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor akan ditutup akibat masalah jerebu yang melanda negara sekarang ini. Gambar ini telah disebarkan menerusi laman sosial malam semalam.

Memang la ramai yang suka cuti bila saat-saat jerebu yang teruk nie. Saya pun suka sangat..siapa pulak tak suka cuti kan? Budak-budak sekolah lagi melompat keriangan sambil garu-garu ketiak kalau dengar pasal cuti nie. Tapi kalau dapat cuti pun nanti kena ganti weii. Ingat kasi free ke. Tak mungkin, tak mungkin. Hoho.

Agak-agaknya sampai bila masalah jerebu ini akan berlaku? Tahun lepas dah kena. Tahun nie kena lagi. Bukan sebab kita pun kena jugak. Sedih.

Kepada sesiapa yang kaki menyeleweng sesuka hati tu, bertaubat la. Sesungguhnya ramai yang memaki anda disebabkan tindakan anda yang tak matang ini. Sekian, terima kasih. 

[UPDATE] Esok (15 September 2015) semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup disebabkan jerebu yang makin teruk. Lihat berita di link ini (klik sini)


lovenota : sakit tekak sebab jerebu nie..

Read More »

Monday, July 22, 2013

Jerebu (22 Julai 2013) di Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor


Jerebu kembali untuk tempoh singkat - Meteorologi


Tiga kawasan iaitu Bukit Rambai, Bandaraya Melaka dan Banting mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu masing-masing 122, 112 dan 105, sehingga 9 pagi ini.
Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, IPU di Bukit Rambai dan Bandaraya Melaka telah meningkat berbanding bacaan yang direkodkan pada 6 pagi iaitu 117 dan 104. - Bernama
sumber: kosmo


Kualiti udara di Muar, Cheras merosot


Menurut Jabatan Alam Sekitar melalui laman webnya, sehingga 4 petang ini, IPU di Muar mencecah 102 manakala Cheras 117.
Tiga kawasan lain yang mencatat kualiti udara tidak sihat ialah Bukit Rambai (122), Bandaraya Melaka (101) dan Banting (111).
Sementara itu, kualiti udara di Nilai dan Pelabuhan Klang menghampiri status tidak sihat dengan bacaan IPU masing-masing 97 dan 93, diikuti Port Dickson dan Seremban dengan 83.
sumber: kosmo

disebabkan Gemencheh nie berdekatan dengan Melaka, suasana kat sini memang agak berjerebu pagi tadi. Qis pun dah jadi "mangsa keadaan" ye, mula batuk2 selsema..memang dugaan besar bulan puasa nie. rasa macam tak larat je sebenarnya..tapi tunjuk kuat je depan budak2..huhu.

so, jagalah kesihatan anda. minum air banyak2 *lepas buka puasa ye*.


lovenota 1: jerebu tu jerebu jugak. puasa tu puasa jugak ye. tiada alasann...hehe!
lovenota 2: esok kalau tak larat MC la. MC takpe kan kan kan! ngee! XD


Read More »

Tuesday, June 25, 2013

Sekolah ditutup hari ini (25 Jun 2013) akibat Jerebu

Perkembangan terkini mengenai jerebu (25 Jun 2013):

Jerebu: Pelabuhan Klang di tahap berbahaya, IPU 487

KUALA LUMPUR: Pelabuhan Klang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap berbahaya apabila mencapai bacaan 487 sehingga jam 7 pagi tadi. 


Mengikut bacaan IPU yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) pagi ini, lima kawasan mencatat bacaan 'sangat tidak sihat' iaitu Banting (292), Shah Alam (289), Seri Manjung (288), Kuala Selangor,( 242) dan Petaling Jaya (213). 

Sementara itu, IPU di Putrajaya kini mencatatkan bacaan 'tidak sihat' iaitu 195 manakala Batu Muda/Kuala Lumpur (198). 

sumber: bharian

Jerebu: Seri Manjung di tahap berbahaya, IPU 330

Empat lagi stesen pemantau kualiti udara di negeri itu turut menunjukkan peningkatan dan di tahap tidak sihat pada jam 9 pagi iaitu Tanjung Malim dengan bacaan 175, Jalan Tasek, Ipoh (144), Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh (188) dan Kampung Air Putih, Taiping (149). 

sumber: bharian

102 sekolah di Manjung ditutup hari ini

IPOH: Kesemua sekolah menengah dan rendah di daerah Manjung diarahkan ditutup mulai sesi petang hari ini berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) merekodkan bacaan 322 iaitu tahap berbahaya di Seri Manjung pada jam 9 pagi. 

sumber: bharian




Read More »

Monday, June 24, 2013

Perkembangan Terkini Mengenai Jerebu (24 Jun 2013)


keadaan @ perkembangan terkini jerebu (24 Jun 2013): sekolah yang akan dibuka dan ditutup pada hari esok (25 Jun 2013)

KUALA LUMPUR - Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Lembah Klang meningkat pagi ini menghampiri paras Sangat tidak sihat sekitar Cheras, Shah Alam, Petaling Jaya dan Putrajaya berbanding semalam.

sumber: kosmo

MUAR - Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar turun mendadak namun masih di paras tidak sihat dengan bacaan 148 setakat 7 pagi ini berbanding bacaan 690 yang direkodkan setakat pukul 5 petang semalam. Jabatan Alam Sekitar menerusi laman sesawangnya melaporkan satu lagi kawasan di Johor iaitu di Larkin Lama turut mencatat IPU tidak sihat iaitu dengan bacaan 111. Sementara di Pasir Gudang dan Kota Tinggi masing-masing mencatatkan bacaan IPU tahap sederhana iaitu 83 dan 78.

sumber: kosmo

Semua sekolah di Kuantan kembali dibuka esok

KUANTAN: Semua sekolah di Kuantan yang ditutup hari ini akibat jerebu akan dibuka semula seperti biasa mulai esok, kata Pemangku Pengarah Pelajaran Pahang, Rosdi Ismail. 

sumber: bharian

IPU 'sangat tidak sihat' di Port Dickson, Pelabuhan Klang, Kemaman

KUALA LUMPUR: Setakat 11 pagi tadi, tiga kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap 'sangat tidak sihat' iaitu Port Dickson (292), Pelabuhan Klang (288) dan Kemaman (253).

sumber: bharian]

Jerebu merebak ke dua daerah di Kelantan

Menurut laporan di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kota Bharu menunjukkan peningkatan dengan bacaan tidak sihat iaitu 114 pada jam 11 pagi, berbanding 108 pada jam 7 pagi. Tanah Merah turut menunjukkan peningkatan bacaan IPU, bagaimanapun masih berada pada paras sederhana iaitu 93 setakat jam 11 pagi, berbanding 90 pada jam 7 pagi. 

sumber: bharian

Semua sekolah di Melaka dibuka seperti biasa esok

Mengulas lanjut, Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka, Kasim Muhamad ketika dihubungi BERNAMA berkata, kesemua 313 sekolah menengah dan rendah itu dibuka semula berikutan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) kini berada di bawah tahap bahaya. Beliau berkata, sehingga 4 petang ini, Bandaraya Melaka mencatatkan IPU 127 manakala Bukit Rambai 148.

sumber: bharian

Jerebu: Pelabuhan Klang pula catat IPU berbahaya, Banting pula `sangat tidak sihat'

KUALA LUMPUR: Setakat jam 5 petang, Pelabuhan Klang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) ialah 319. Sementara itu, Banting diletakkan sebagai kawasan `sangat tidak sihat' apabila IPU mencatat bacaan 209. Selain itu, 22 kawasan pula diletakkan sebagai tidak sihat termasuk di Kemaman (197); Petaling Jaya (196) dan di Port Dickson dengan 193. 

sumber: bharian

Jerebu: Sekolah, pejabat kerajaan di Muar terus ditutup hingga perintah darurat ditarik balik

"Kita hanya menunggu keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk sebarang pengumuman baharu sama ada sekolah dan pejabat kerajaan akan dibuka semula.

sumber: kosmo



Sekolah di Kluang, Batu Pahat, Segamat dibuka esok



Secara keseluruhan terdapat 117 buah sekolah di Kluang, 175 buah di Batu Pahat dan 110 buah di Segamat.
"Semua sekolah di tiga daerah yang ditutup semalam akan dibuka seperti biasa esok.

sumber: kosmo

Jerebu: 61 sekolah di PD dibuka semula



SEREMBAN - Semua 61 buah sekolah di daerah Port Dickson di buka semula hari ini berikutan keadaan bacaan terkini Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah itu turun dari paras bahaya ke kepada tidak sihat, IPU 193.

sumber: kosmo

Jerebu: Semua sekolah di KL, Putrajaya dan Selangor dibuka semula esok

KUALA LUMPUR - Semua sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor yang diarah tutup hari ini berikutan keadaan jerebu teruk, akan dibuka semula esok kecuali di Pelabuhan Klang.


sumber: kosmo

Jerebu: Sekolah di Muar dan Ledang dibuka semula esok

MUAR - Pengarah Jabatan Pendidikan Johor, Mohd. Nor A. Ghani sebentar tadi mengumumkan semua 211 buah sekolah di Muar dan di Ledang akan memulakan sesi persekolahan seperti biasa esok.


sumber: kosmo

1,804 sekolah dibuka semula


Negeri-negeri yang terlibat dengan penutupan sekolah semalam ialah Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan akan dibuka esok kecuali sekolah di Pelabuhan Klang dan Klang yang membabitkan 161,886 pelajar masih ditutup kerana bacaan IPU di kawasan tersebut mencatat bacaan 319 iaitu melebihi tahap berbahaya semalam.
Hanya 131 buah sekolah di Pelabuhan Klang dan Klang yang masih ditutup

sumber : kosmo



Read More »

Port Dickson catat IPU berbahaya

Jerebu di Muar bertambah baik, Port Dickson pula catat IPU berbahaya


Keadaan jerebu di Muar bertambah baik apabila Indeks Percemaran Udara (IPU) mencatat bacaan 148 pada jam 7 pagi tadi. Keadaan itu berkurangan berbanding 578 pada jam 10malam tadi. Sementara itu, Port Dickson pula mencatat IPU berbahaya dengan 335 sehingga jam 7 pagi tadi. 

Berikut ialah sebahagian bacaan IPU pagi ini: 

Port Dickson                                    335 

Pelabuhan Klang                               296 

Bukit Rambai                                   260 

Kemaman                                        249 

Petaling Jaya, Balok Baru (Kuantan)   198 



sumber: bharian



ohh..okey, PD pulak yang bahaya! *mak abah tolong la jaga kesihatan..huhu*. Nasib baik semua seolah di Port Dickson ditutup pada hari ini. bacaan IPU pun sangat tinggi *menakutkan*. keadaan Gemencheh pun da ok sikit kut walaupun ada putih2 macam di Cameron Highlands orang kato..hihi.

[updated: perkembangan terkini jerebu 24 Jun 2013]


lovenota 1: jaga kesihatan anda. 
lovenota 2: mood tak ada sangat hari nie..apesal la..hurmm~

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®