Wednesday, October 08, 2014

Luahan Hati Kamal Adli mengenai Intan Ladyana




sempat membaca menggodek blog Abang Nara di Beautifulnara. sungguh terasa sekali kata-kata dan luahan hati dari Kamal Adli mengenai hubungannya yang sudah berakhir dengan Intan Ladyana. memang feeling habislah. sedihnye. 
Jiwa saya kosong. Saya terlalu kecewa dan sudah kering air mata! 6 tahun bercinta, susah senang bersama tetapi akhirnya saya dibuang begitu saja? Hingga hari ini saya masih tidak faham kenapa saya ditinggalkan? Apa salah dan dosa saya? Panggilan tidak dijawab, mesej tidak dibalas.  
Saya cukup merana sejak ditinggalkan. Tak tahu nak cakap betapa hati saya terluka. Kenapa Intan buat saya seteruk ini? Secara jujur, saya dan Intan tidak bergaduh dan tidak berperang besar, hubungan kami berjalan seperti biasa. Tetapi saya pelik Intan secara tiba-tiba mengambil keputusan mengakhiri hubungan ini, sedangkan apa salah saya? Saya tidak boleh terima ditendang begitu saja. 

Jika saya pernah kantoi menjalinkan hubungan dengan gadis lain dan buat perkara tidak senonoh itu lainlah! Ini tanpa saya tahu apa kesilapan, saya ditinggalkan. Saya mahu bersemuka, Intan tidak mahu berjumpa. Kenapa? Saya sudah lama memendam perasaan, saya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan kerana masih mengharap hubungan kami masih boleh diselamatkan, namun nampaknya saya hanya bermimpi. 

Sebenarnya saya sudah bersedia mahu melamar Intan. Hati saya sudah terbuka untuk berkahwin tahun ini. Saya masih ingat sebelum menjalani penggambaran drama di Taiping, Perak, kami berbuka puasa bersama, malah Intan berbuka puasa dengan keluarga kami. Sebelum pergi kami berjanji mahu sehidup semati. Kami berjanji tidak akan berpisah, tapi minggu depan lain pula jadinya. Saya dapat rasakan Intan sedikit sudah mula berubah. 

Hanya seminggu saya inggalkan, hatinya jadi keras. Saya tidak tahu apa yang berlaku. Ketika di Taiping, saya sebenarnya tidak sabar mahu pulang ke Kuala Lumpur, hasrat saya mahu melamar Intan, tetapi nampaknya tidak sempat. Saya sedih sangat. Saya tidak tahu kenapa terlalu drastik Intan berubah hati? Saya tidak sesekali menyalahkannya, mungkin saya pernah buat silap, tetapi besar sangat ke silap saya sehingga hubungan 6 tahun dicampak ke tepi? Tiadakah rasa sayang pada perhubungan ini? 

Saya pernah bertemu Intan di Anugerah Lawak Warna baru-baru ini. Apabila saya tahun Intan di sana, saya sangat teruja, maklumlah sudah lebih sebulan tidak bertemu. Saya pakai cantik-cantik, macam pertama kali nak keluar dating. Tapi saya kecewa, Intan melayan saya seperti baru pertama kali bertemu. Saya tebalkan muka, saya duduk dekat dengannya, tetapi tiada respon. 

Apabila dia ke belakang pentas, saya mengikutnya. Saya rindu sangat padanya. Saya melutut padanya, tapi Intan buat saya seperti orang asing. Malu, hanya Tuhan saja yang tahu, tapi apakan daya. Saya terus tidak faham kenapa Intan melayan saya seperti musuhnya? Jika tidak inginkan saya sekalipun, jangan sampai bermusuh. 

Selama 6 tahun bercinta, Intan bukan saja buat hati melekat, malah dia juga memaku hati saya. Bagaimana saya nak mencabut paku ini? Setiap hari saya berdoa agar kami terus bersama.

Wuu..sedihnya. ego seorang lelaki hilang dan cair di depan seorang wanita yang amat dicintainya. kenapa Intan berpisah ek? tak faham jugak apa sebabnya. hensem ape Kamal Adli tu. apa kurangnya? itu hanya Intan Ladyana je yang boleh jawab ye

Kepada Kamal Adli, bersabarlah anda. mungkin ada jodoh yang lebih baik kut yang akan datang. itu semua kehendak Allah SWT. terima suratan takdir-Nya. ada hikmah di sebalik perpisahan anda. ishk ishk..nak pi nangis kejap..uwaaa :P


lovenota : hubungan saya dengan si dia pun sudah menjangkau 9 tahun perkenalan. genap 10 tahun kahwin jela..hihi :P

Read More »

Wordless Wednesday # 33 : 7 Steps to Happiness




how to get a happiness?
to those who being unhappy since lately, 
you can try this 7 steps to happiness

translation: 

7 langkah Kegembiraan:

kurangkan berfikir, lebihkan merasa
kurangkan berkerut, lebihkan senyuman
kurangkan bercakap, lebihkan mendengar
kurangkan mengadili, lebihkan menerima
kurangkan melihat, melakukan lebih
kurangkan merungut, lebihkan menghargai
kurangkan kebimbangan, lebihkan mengasihi





lovenota : happy wednesday!


Read More »

Tuesday, October 07, 2014

Tak Boleh Bergurau, Pi Main Jauh-Jauh!


Agak sebal rasanya malam ini. disebabkan hanya bergurau je dah boleh buat hubungan berantakan *ayat Indonesia kauu*. status facebook saya malam ini:


Maaf kerana menyebut nerd tu. sebab memang terasa sakit hati jugak la, member-member dah kawan lama. memang buat kita terasa betullah. disebabkan salah faham yang sikit tu je pun. itu pun dah marah-marah. oh ya, nampak ada Mama Niza komen, kan? bukan halau la mama, marah sikit je. bagi dia sedar sikit..hehe :P

Ceritanya, kami hanya bergurau-gurau mengenai seorang abang kami, nama panggilannya abang aduka. so, nampak la si boy mengenai mention nama aduka di wall fbnya. si girl cuba menjelaskan status abang aduka pada si boy. tapi, macam si boy nie macam marah-marah pun ada jugak. walaupun tak masuk akal sebab si boy nie memang bukan jenis kuat cemburu atau pemarah. tapi, nampak lain benar bila si girl nie beriya-iya suruh saya explain pada si boy pasal abang aduka. kemudian, memarahi saya disebabkan mention nama lelaki dalam wall fb dia. what the heck? 


Suruh explain sampai kena buat esei 2-3 helai? dan jawapan si boy tu agak annoying sikit, iaitu "no thanks". oh, nak main-main? lagi la buat kita rasa macam, "eh mamat nie marah sangat ke?". masalahnya, si boy tu sengaja je mengusik si girl nie, kononnya marah nak cemburu bagai. tapi cara dia tu salah, dan membabitkan saya sekali. hangin jugak la rasa. 

Saya rasa macam dah tak boleh nak bergurau pulak dengan si laki bini nie. rasa macam perlu keluar dari dunia mereka. rasa dah tak sedap nak bergurau macam biasa. dah tak boleh kacau apa-apa status laki bini nie. takut nanti saya pulak punca keretakan hubungan mereka, kan? saya tak nak jadi macam tuu..haishhh! simpang malaikat 44! memang takkan masuk campur lagi hal depa berdua. biaq pi la.

Kalau tak boleh bergurau, pi main jauh-jauh eh? orang lain pun berlaki-bini jugak. tapi orang kata, agak-agak la. 


lovenota : satu ayat je mampu meretakkan hubungan yang terjalin beberapa tahun. betul tak? 

Read More »

Segmen Bloglist Nov14 By AdeLine



Segmen Bloglist Nov14 By AdeLine

Segmen akan tamat pada 30 October 2014.

senang je syarat-syaratnya
cuma buat entry je


nak join klik banner di atas

arigatou!

Read More »

8 Sekolah ditutup di Sabah akibat Banjir



7 Oktober 2014





Lapan sekolah di empat daerah di Sabah ditutup akibat banjir ekoran hujan berterusan sejak awal pagi semalam. Hujan berterusan sejak beberapa hari lalu turut menjejaskan beberapa kawasan rendah di sekitar ibu negeri termasuk di Telipok dan Menggatal.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Datuk Jame Alip berkata, sebanyak 3,400 murid terjejas akibat banjir di sekitar Kota Kinabalu, Papar, Penampang dan Kota Belud.

Beliau berkata 8 buah sekolah yang terlibat banjir ialah:

Di Kota Kinabalu:
1. SK St Cathrine
2. SK Gudon
3. SK Pulau Gaya
4. SK Rampayan 
5. SK Natai.

Di Papar: 
1. SK Tampasak Kinarut
2. SJKC Kin Kiau 

Di Kota Belud:
1. SK Lasau Titapon


Beliau berkata walaupun sekolah yang terjejas banjir itu ditutup sementara, namun masih terdapat beberapa sekolah yang tetap meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penampang, Jamaludin Hussin berkata, kira-kira 400 penduduk dari empat kampung sekitar Penampang dilanda banjir dan menjejaskan aktiviti harian penduduk di bandar raya ini. antara kawasan terlibat ialah Kampung Penampang Proper, Kampung Hungap, Kampung Tuavon dan Kampung Tanaki.

Katanya, setakat tengah hari ini paras air di Empangan Sungai Babagon berada di paras bahaya 10 meter


sumber: Berita Harian dan Harian Metro


10 oktober 2014


11:50 AM : Banjir: Penduduk di pantai barat Sabah diminta berjaga-jaga
  

JALAN pintas Kota Belud - Kudat dinaiki air susulan hujan sejak malam tadi.

Penduduk beberapa daerah di pantai barat Sabah khususnya Kota Belud dan Penampang, diminta berjaga-jaga berikutan paras sungai di dua daerah berkenaan semakin meningkat, berikutan hujan lebat sejak malam tadi.

Di Kota Belud, Pegawai Daerahnya, Gari Itam, berkata dua kampung sudah dinaiki air iaitu Kampung Suang Punggor dan Marajah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan.

"Setakat jam 11 pagi ini, air Sungai Abai berada pada paras bahaya iaitu 5.6 meterKita juga sudah membuka pusat pemindahan sementara di Dewan Masyarakat Tun Said di pekan Kota Belud bagi memindahkan penduduk terbabit," katanya.

Beliau berkata, hujan lebat masih berlaku di daerah berkenaan sekali gus meminta penduduk di kawasan berisiko banjir berhati-hati termasuk berpindah ke tempat selamat.

Sementara itu di Penampang, paras Sungai Moyog mula meningkat sejak awal pagi ini berikutan hujan lebat dengan beberapa kampung di kawasan rendah digenangi banjir sejak jam 9 pagi.


Selasa lalu, Penampang mengalami banjir paling teruk sejak tahun 1999 dengan lebih 100,000 penduduk terjejas, manakala 70 kampung dan kawasan perumahan digenangi banjir.


11:56 AM : 8 sekolah di Sabah ditutup akibat banjir, tanah runtuh
  
Sebanyak lapan sekolah di beberapa daerah di Sabah turut ditutup akibat banjir dan terputus hubungan akibat tanah runtuh, pagi ini. Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip, berkata ia membabitkan 1,972 murid dan pelajar serta 176 guru. Antara daerah yang terbabit ialah Kota Kinabalu, Papar, Kota Belud dan Beaufort, katanya.


JALAN dari Penampang menuju Tambunan di Kota Kinabalu ditutup selepas berlaku mendapan tanah berikutan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu. 


sumber : Berita Harian


lovenota : banjir adalah perkara yang menakutkan, kerana ia adalah salah satu tanda kiamat kecil dari Allah SWT (T.T)

Read More »

Kronologi Kehilangan Bot Tempur CB90 TLDM


Kronologi Kehilangan Bot Tempur CB90 TLDM



6 OKTOBER 2014

12:05 AM : Bot tempur TLDM terputus hubungan di perairan Sabah
  
Bot Tempur CB90

Sebuah bot tempur jenis CB90 milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilaporkan hilang di perairan ini, tengah hari semalam. Bot tempur dengan nombor pendaftaran CB204 itu dilaporkan hilang antara jam 10.35 pagi hingga 3 petang di perairan Pulau Mengalum, 57 batu nautika dari Labuan.

Difahamkan, ketika kejadian bot berkenaan membawa tujuh krew bagi mengiringi sebuah kapal milik TLDM untuk tugasan rondaan. Bot terbabit berlepas dari Pangkalan TLDM di Teluk Sepanggar kira-kira jam 5 pagi ke gugusan Semarang Peninjau, namun meminta kebenaran untuk berpatah balik akibat cuaca buruk beberapa jam kemudian.

Sumber memberitahu BH, maklumat berhubung kejadian itu diterima pada jam 3.30 petang sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan termasuk dengan bantuan beberapa agensi keselamatan lain.

"Pada masa sama, kapal TLDM yang bersama-sama bot tempur terbabit cuba menghubungi CB204 selain menjalankan pencarian di sekitar Pulau Mangalum dan Pulau Gaya, namun tidak berhasil," katanya ketika dihubungi di sini, malam tadi.


11:16 AM : Kawasan pencarian bot tempur TLDM dibahagi kepada 4 sektor - Panglima
  

TLDM membahagikan kawasan pencarian bot tempur CB204 bagi memudahkan Operasi Mencari dan Menyelamat (Ops SAR) tujuh anggota kapal terbabit kepada empat sektor di sekitar perairan pantai barat Sabah.

Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, dalam twitter beliau berkata sektor terbabit iaitu A,B, C dan D membabitkan enam kapal TLDM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

TLDM mengerahkan empat kapal iaitu Kapal Diraja (KD) Lekiu, KD Pari, KD Serang dan KD Ganas, manakala APMM menghantar Kapal Maritim (KM) Mabul dan KM Berani bagi membantu operasi berkenaan. Awal pagi ini, TUDM mengerahkan pesawat Beechcraft bagi membantu operasi berkenaan tetapi hujan lebat menyukarkan pencarian.



Kapal Maritim (KM) Mabul dan KM Berani

Bot tempur jenis CB90 milik TLDM itu dilaporkan terputus hubungan komunikasi dengan kapal pengiring KD Paus ketika dalam pelayaran ke kawasan operasi Terumbu Layang-Layang, kira-kira jam 11.15 pagi semalam. Seramai tujuh anak kapal yang diketuai Leftenan Azri Bakar menaiki bot tempur berkenaan.


3:09 PM : Bot tempur TLDM hilang ketika angin kencang, laut bergelora
  
Angin kencang dan laut bergelora berlaku di perairan Sabah ketika bot tempur TLDM hilang di perairan Pulau Mengalum, Sabah. Jurucakap Pusat Cuaca Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam.

"Keadaan pada waktu itu agak bergelora dan ombak pun agak tinggi (3.5 meter), jadi memang berbahaya. Pihak kami sudah mengeluarkan amaran kategori pertama bermula Selasa lalu sehingga 8 Oktober ini," katanya.

Sehingga kini, lima aset TLDM, tiga aset APMM serta satu pesawat TUDM terlibat dalam operasi SAR bot tempur TLDM yang hilang itu.


3:17 PM : Senarai anggota TLDM yang hilang

Berikut adalah senarai tujuh anggota TLDM yang hilang bersama bot tempur CB204.

1. Leftenan Azri Bakar
2. BK PAP Christopher ak Mani
3. BM TMK Ince ak Evin
4. BM TMK Steven Hudson ak Miso
5. BM JTP Nor Azuan Ariffin
6. LK KOM Sulhajji Daah
7. LK PAP Mohd Azhry Maani


4:07 PM : Semua kru bot tempur CB90 diyakini selamat - Panglima TLDM
  
Kesemua tujuh anggota TLDM di dalam bot tempur yang hilang diyakini selamat. Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, berkata bot CB90 itu masih boleh beroperasi walaupun dalam keadaan cuaca buruk kerana ia dilengkapi sistem apungan yang tinggi. Jika bot itu terbalik akibat daripada pukulan ombak besar mahupun ribut kencang, ia secara automatik akan terapung semula.

"Apa yang saya harapkan, ketika kejadian itu, tidak berlaku sebarang kebocoran pada bot berkenaan," katanya. Beliau berkata, operasi SAR akan diperluaskan walaupun keadaan cuaca buruk di perairan Sabah.


5:19 PM : Bot tempur TLDM berjaya dikesan - Panglima
  
Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan bahawa bot tempur CB204 sudah berjaya dikesan. Beliau berkata, KD Ganas menerima signal dipercayai daripada CB204 di kawasan Sinar Sakti di perairan pantai barat Sabah pada jam 3 petang tadi. 

"KD Ganas dan KD Lekiu sedang menuju ke posisi bot untuk menyiasat. Bot berada pada kedudukan 7 batu nautika daripada KD Ganas. Tolong doakan bot selamat," katanya menerusi Twitter beliau.


6:11 PM : 'Semua anak kapal selamat tetapi kelaparan' - Leftenan Azri
  


Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan bahawa semua anak kapal bot tempur CB204 berada dalam keadaan selamatKomander bot, Leftenan Azri Bakar memaklumkan kepada KD Ganas melalui radio VHF CH 16, bot dan semua warga selamat tetapi kelaparan. Beliau berkata, krew bot tempur berkenaan akan dipindahkan ke KD Lekiu untuk dibawa pulang ke Pangkalan TLDM, Kota Kinabalu. Operasi membawa keluar krew dijangka mengambil masa 23 jam, tambahnya.


7 OKTOBER 2014 

10:02 AM : Bot tempur ditunda ke TLDM KK jika cuaca mengizinkan

Bot tempur CB204 akan ditunda ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, jika cuaca mengizinkan. Penglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Datuk Mohammad Rosland Omar berkata, jika operasi menunda itu dilaksanakan hari ini, CB204 akan tiba di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Sepanggar, esok, pada kira-kira 8 pagi.

"KD Lekiu telah diarah ke lokasi bot dan dijangka tiba 4 pagi hari ini (Selasa). Bot CB204 akan ditunda jika cuaca mengizinkan," katanya.



3:04 PM : Kru bot tempur, anggota KD Paus diterbang ke pangkalan atas faktor kesihatan

Seorang kru bot tempur CB204 dan seorang anggota Kapal Diraja (KD) Paus, akan diterbangkan ke Pangkalan TLDM di Teluk Sepanggar atas faktor kesihatan. Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, berkata kedua-dua anggota berkenaan diterbangkan dengan helikopter Super Lynx dari perairan pantai barat Sabah di lokasi bot tempur berkenaan ditunda oleh KD Paus.

"Lima lagi pegawai serta anggota CB204 akan dibawa pulang dengan KD Paus seperti dijadualkan. Kita membawa kedua-dua anggota itu pulang ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu kerana keadaan kesihatan mereka kurang baik dan memerlukan rawatan segera," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Difahamkan, helikopter berkenaan terbang ke lokasi KD Paus dari Pangkalan TLDM di Sepanggar jam 2.45 petang tadi dan dijangka mengambil masa kira-kira sejam bergantung kepada keadaan cuaca.


7:49 PM : 2 anggota TLDM tiba di Pangkalan Kota Kinabalu
  
Dua kru bot tempur CB204 yang mengalami masalah kesihatan serta terkena renjatan elektrik, tiba di Pangkalan TLDM jam 6.13 petang tadi.

Bintara Kanan Charles Christopher Muni, 39, dan Bintara Muda Steve Hudson Miso tiba dengan helikopter Super Lynx dari KD Lekiu di perairan pantai barat Sabah.


Sebaik tiba, mereka dibawa ke Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu di Pangkalan TLDM itu untuk rawatan segera.


Anggota Laut Diraja Malaysia, Bintara Kanan, Charles Chirtopher Muni (hadapan kanan) bersama Bintara Muda, Steve Hudson (belakang kiri) kru CB204 dibawa ke hospital selepas menaiki helikopter Super Lynx dari Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu ke lokasi Kapal Diraja (KD) Lekiu yang dilaporkan cedera.


8 Oktober 2014

8:50 AM : Bot tempur dijangka tiba di TLDM Kota Kinabalu tengah hari ini


OPERASI menunda bot tempur CB204 oleh KD Ganas ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Teluk Sepanggar di Kota Kinabalu.

Bot tempur CB204 yang ditemui petang Isnin lalu setelah dilaporkan hilang lebih 30 jam di Perairan Mengalum, Sabah dijangka tiba di Pangkalan TLDM jam 1 tengah hari ini. Perkara itu dimaklumkan pihak TLDM kepada media pagi ini.

Semalam, Penglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Datuk Mohammad Rosland Omar berkata operasi penundaan bot itu yang bermula 10 malam pada Isnin kini dilaksanakan KD Ganas yang menggantikan KD Paus dan diiringi KD Lekiu.

Charles dilaporkan mengalami sakit perut (gastrik) manakala Steven terkena renjatan elektrik dan menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu.


12.59 PM : 5 kru bot tempur CB204 selamat tiba di TLDM Sepanggar


Selepas lebih 72 jam berdepan ombak kuat dan cuaca buruk di tengah lautan termasuk hilang hampir 28 jam, lima kru daripada tujuh bot tempur CB204 selamat tiba di Pangkalan TLDM tepat jam 12.50 tengah hari tadi.

Mereka tiba bersama bot tempur yang ditunda oleh Kapal Diraja (KD) Ganas sejak jam 4 pagi semalam selepas ditemui keletihan berhampiran Terumbu Layang-Layang di perairan pantai barat Sabah pada jam 6.49 petang kelmarin, kira-kira 90 batu nautika dari sini.




Ketibaan mereka disambut oleh Panglima Wilayah Laut 2, Datuk Mohd Rosland Omar serta ahli keluarga dan sanak-saudara yang menunggu di jeti Pangkalan TLDM di sini. Lima kru itu ialah Leftenan Azri Bakar yang mengetuai CB204, Bintara Muda Ince Ewin, Bintara Muda Nor Azuan Ariffin, Leftenan Komander Sulhajji Daah dan Lans Koperal I Azhry Maani.



BOT tempur CB204 (kiri) merapat di jeti TLDM Teluk Sepanggar, tepat jam 12.50 tengah hari tadi.





9 OKTOBER 2014 

1:29 PM : CB204: Cuaca buruk, laut bergelora antara punca bot tempur hilang
  
Laporan awal siasatan berhubung insiden kehilangan bot tempur CB204 lebih 30 jam di perairan Mengalum, Sabah, menunjukkan ia berpunca daripada keadaan cuaca buruk, lautan bergelora serta masalah teknikal, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar telah memaklumkan kepada beliau tentang penubuhan sebuah lembaga siasatan berhubung insiden oleh TLDM. lembaga siasatan itu ditubuhkan bagi mengenal pasti secara terperinci punca insiden serta kelemahan yang ada.


sumber: Berita Harian dan Harian Metro

************

alhamdulillah, semuanya sudah selamat. tunggu semua anak kapal berlabuh di darat je sekarang nie. mujur sempat dikesan awal, kalau tak..huhu.

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®