Tuesday, October 14, 2014

Dah Tukar Template Baru. Ok Tak?




Setelah menelaah selama 7 jam *gile kou!*, tukar coding sana sini, ubah itu, ubah ini, baru siap separuh je nie. ini pun dah tak larat dah weiii..banyak sangat coding template baru nie.

Untuk pengetahuan semua, saya menggunakan template Blogskins. saje nak cabar diri sendiri untuk edit guna blogskins. tengok ada blogger yang guna macam comel je. nampak kemas dan teratur. lagipun nampak ringan je kalau uols timbang blog korang yang guna template ini. saya pun dapat lihat hasilnya sebelum dan selepas tukar template Blogskins ini. ringan sangat-sangat :D

Memang korang dah sedia maklum memang mencabar coding blogskins. tapi hasilnya tu, memang rasa ringan je blog saya, tapi nak cantikkan blog guna template nie memang terhad sikit la. kena cari betul-betul, kena buat betul-betul. guna blogskin nie takde masukkan 'Edit HTML' macam template blogger. kena carik tempat yang betul kalau nak tambah macam-macam widget. so, saya memang kena study lagi la..esok. 

Saya cuma masukkan widget-widget yang penting sahaja untuk sementara waktu ini. yang lain akan menyusul kelak. header pun nak tukar bagi matching dengan kaler purpinkish nie. tunggu ada masa nak berphotoshop lain pulak. nak photoshop pun leceh jugak..haha :D

Masa tukar tempate tadi, saya terus masukkan Alexa Verification ID supaya ranking blog saya takde la tiba-tiba hilang nanti. menangis saya karang! setakat malam ini, ranking blog saya di Malaysia sudah berada di tangga 1, 160. syukur sebab ranking saya dah mengecil, dari 13,000 turun sehingga bernilai 1, 000 hanya dalam sebulan sahaja. saya akan usaha lagi supaya ranking blog saya mencecah kurang dari 1, 000 macam blogger-blogger lain. chaiyok-chaiyok!

Kalau uolss ada nak komen mengenai template baru nie, komen la ek. supaya saya boleh memperbaiki lagi untuk jadikan ia sebagai 'mesra pengguna' @ user-friendly

Saya sudah penat, mata da makin juling.

Memang bengkak jari dok tekan-tekan mouse ha.

Kerja yang nak kena hantar esok tak buat lagi nie. 

Mati.


lovenota : seronok sebenarnya edit blog sendiri. ada kepuasan yang tersendiri.


Read More »

Monday, October 13, 2014

Internet dan Blogger Penyebab Antisosial!




Anda Penggemar Internet? adakah anda Pengguna Tegar Internet?

Adakah setiap kali anda buka internet - check email, buka blogger, facebook atau laman sosial yang lain, buka itu, buka ini - anda mengambil masa yang lama sehingga berjam-jam? jika betul, anda adalah seorang penggemar Internet. kalau tak ada internet, tak boleh hidup langsung, tak tentu arah, bosan dan yang paling penting anda boleh menghabiskan masa sehingga 8-10 jam untuk bermain internet.


banyak masa juga untuk stalker kat facebook


Ya, anda serupa dengan saya. hehehehee :D 

Maksudnya, saya kalau dah tak ada benda nak buat, tambah pula saya masih bujang, kan. contohnya pada hari minggu. malas nak keluar, rasa nak terperap di rumah; comfirm saya akan melayan internet. paling banyak masa yang saya luang adalah blogger. dah bertahun-tahun saya melayan blogger sehinggakan sudah sebati dalam diri saya. tapi, takde la setiap hari. bukan taksub pada internet. kerja rutin kena jalan jugak. kang kena buang kerja padan muko den..haha :P

Tetapi, ada yang berpendapat internet ini menyekat keperluan sosial kita dengan masyarakat. contoh artikel di Harian Metro di Gen Y iaitu "Bebaskan diri dari internet" mengulas mengenai beberapa orang yang asyik tertumpu kepada kemajuan teknologi dan mengabaikan tugas sosial.

Namun, itu juga membuktikan kita masih lagi bergantung pada Internet sepanjang masa. Me­ngikut kajian terbaru, 30 peratus populasi penduduk dunia sedang melayari Internet dan masa keseluruhan yang digunakan penduduk dunia melayari Internet dalam jangka masa sebulan pula bersamaan dengan 3,995,445 tahun. Manakala, setiap individu dianggarkan memperuntukkan 16 jam dalam masa sebulan melayari Internet. *erk..saya lebih dari 16 jam rasanya*

Bayangkan dalam sehari kita begitu taksub de­ngan Internet sehinggakan tiada masa untuk bersosial dengan keluarga dan rakan-rakan. Bersosial di sini bukanlah bermakna kita perlu berhubung di alam maya, tapi berjumpa dan bersemuka di alam nyata untuk mengeratkan hubungan. kena lihat pandangan dua mata *eyes to eyes*, itu yang dinamakan hubungan sosial di alam nyata.

Justeru, kewujudan Internet ini bukanlah sesuatu yang begitu positif jika kita kurang bijak membahagikan masa dengan betul. Gen Y teliti beberapa kajian yang berguna untuk anda.

Melihat kandungan e-mel baru dan bersosial menerusi alam maya ketika sedang makan misalnya memberikan kesan yang negatif kepada individu itu sendiri. Laporan daripada The New York Times mendapati individu yang kerap melaksanakan pelbagai kerja dalam suatu masa menyebabkan minda disekat daripada menjadi lebih aktif. Dengan erti kata lain, kurang produktif.

Mengikut kajian Institut Penyalahgunaan Dadah Antarabangsa, kekerapan menggunakan telefon pintar menunjukkan kesan yang sama dengan dadah seterusnya mewujudkan situasi antiproduktiviti. maksud di sini, internet menyebabkan ketagihan pada diri seseorang. apabila seseorang tu tidak dapat 'supply' internet, dia akan rasa tidak selesa, meracau, gian, sama seperti ketagihan kepada dadah.

Bukan itu saja, jika kita lihat dari sudut personaliti pula, menghabiskan masa bermain peranti dengan kerap boleh mewujudkan nilai negatif dan mengubah perangai seseorang. Buktinya, kajian dari Universiti Maryland mendapati pengguna tegar laman sosial kurang terdedah dan terbabit dengan aktiviti luar. Kajian yang dijalankan majalah Time pula menunjukkan pengguna tegar peranti mudah alih mempunyai sifat penting diri dan kurang keinginan untuk bergaul.

Masa perlu dibahagikan dengan baik dan seimbangkan waktu bekerja dan juga bersosial. Jika kita terlalu sibuk sehingga tiada masa diperuntukkan untuk keluarga dan rakan, langkah itu boleh memberikan tanggapan buruk orang lain pada kita. Ingat, kreativiti dan produktiviti bukan hanya dicapai melalui kerjaya tapi juga hobi dan aktiviti lain yang berfaedah.

Sebenarnya, penggunaan internet dan kegiatan aktiviti sosial ini adalah terpulang pada diri sendiri. siapa kata kita tak boleh seimbangkan? kita masih lagi bersosial dengan keluarga kita juga, dengan rakan sekerja, rakan-rakan sekepala. contohnya, kalau blogger-blogger anjurkan sesuatu aktiviti seperti Kelab Blogger Ben Ashaari tu. masih lagi berjumpa blogger-blogger di luar, masih lagi boleh meningkatkan kemahiran sosial antara satu sama lain juga. ada juga blogger yang dah jadi bestfriend pun. satu perkembangan yang positif juga.

Tetapi, jangan la kalau dah asyik mengadap internet tu, lupa keluarga, lupa anak suami/isteri, lupa boyfriend/girlfriend, lupa member-member. yang kaki gamers pun sama, asyik hadap dota 24 jam macam dah tak ada life pulak. komfirm lu kena tinggal nanti..hehe :D

Apa-apa pun, saya suka berblogging. anti ke tak anti, it's still my hobby.


ini part yang paling betul sekali..haha :P


lovenota : suka sangat aktiviti sosial dengan orang di alam nyata, orang yang tak suka kita sangat. sebab kuat bercakap tak henti-henti..pot pet pot pet..tettt~


Read More »

Segmen Bloglist 10 Blog Pilihan HASRULHASSAN.COM


HASRULHASSAN.COM - Panduan Blogger Malaysia


Segmen Bloglist 10 Blog Pilihan HASRULHASSAN.COM

penyertaan sebelum 15 Oktober 2014 jam 12 tenghari

cepat-cepat join.

saya sudah lama follow blog bro Hasrul Hassan sejak mula-mula lagi
memang best semua post-post entry dia.
tapi saya hanya menjadi silent reader je, mana-mana blog pun saya suka jadi silent reader..tak nak menonjolkan diri..hehe.

nak join klik banner di atas eh

arigatou! :D

Read More »

Segmen Bersiri #1: Nak URL Please Bersama Ibuhana.com


Assalamualaikum w.b.t,





Segmen Bersiri #1: Nak URL Please Bersama Ibuhana.com ini bermula pada jam 8.30 pagi 9 Oktober 2014 sehingga 11.59 malam 16 Oktober 2014. Menawarkan hadiah berupa 1 canister ESP yang mempunyai pelbagai khasiat (klik sini)  dan sesuai untuk seisi keluarga.

Tujuan segmen ini diadakan adalah untuk merapatkan ukhuwah sesama blogger dan berkenalan di antara satu sama lain serta dapat juga saya membantu mereka yang tidak pernah mengambil ESP shaklee, merasai nikmat yang telah saya rasai.



Semua blogger dijemput join untuk menyertai segmen bersiri ini.





Syarat-syaratnya:



1. Wajib follow blog Ibuhana.com

2. Buat entri bertajuk Segmen Bersiri #1: Nak URL Please Bersama Ibuhana.com
3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri INI.


Hanya 1 pemenang yang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumum pada 20 Oktober 2014.

Good luck semua!

Pesanan: Klik pada BANNER untuk join


Read More »

Segmen 12 Jam Bloglist #11 Mialiana.com





Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 13 Oktober 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :

  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com

  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #11 Mialiana.com

  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Senang dan mudah bukan?

    12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2014.

    tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


    nak masuk dalam bloglist mia liana..
    oh random.org..pilih la tuan hamba yang pacar lagi hina ini..kekeke :P

    Read More »

    Sunday, October 12, 2014

    Senarai Peserta "Segmen Happy Birthday Miss Balqis"




    Maaf, agak terlalu lewat sangat untuk meng'update' entry mengenai segmen saya tempoh hari. saya memang belum sempat untuk review dan blogwalking kepada semua peserta saya. sedih jugak la, memang tak boleh nak loading blog uols, kuota data broadband dah limit *ini semua salah laman web "KPM" tuh!*. dan juga busy untuk persediaan pelajar menghadapi Peperiksaan PT3 minggu depan ini pada hari Isnin (13 Oktober 2014). so, kena tunggu reset broadband esok dan ada masa free, baru dapat BW dan lihat blog uols..huhu.

    First of all, saya ingin mengucapkan ribuan berjuta-juta lemon terima kasih disebabkan penyertaan dan ucapan-ucapan anda pada hari lahir saya. saya amat-amat hargai. tengkiu bebeh! hoho!

    Terima kasih juga kepada viewer segmen tersebut. walaupun penyertaan kurang, tetapi viewer mencecah 800+. agak hairan di situ ye. ada yang kata tak sempat nak join. sebab saya hanya buka segmen dalam 5 hari je. ada sebabnya kenapa 5 hari je. dari situ baru saya tau siapa yang selalu datang berkunjung blog saya neh. saya kurang promote segmen nie. bila BW tu ada jugak saya promote, tapi kebanyakannya saya tak promote. bila ade visitor datang, baru tau saya buat segmen. hehe.

    Mungkin susah kut nak buat ucapan kreatif. rasanya korang boleh hentam ape-ape je kut. mugkin juga agak susah syarat-syaratnya. saya pun tak pasti. takper lah. tak ramai pun lagi senang pemilihannya..hehe.

    Walaupun saya belum umumkan siapa pemenang tersebut, tetapi kat sini saya sediakan senarai peserta "Segmen Happy Birthday Miss Balqis". sementara tunggu tu, uols boleh blogwalking lihat ucapan kreatif diorang. 
    1. adna2029.blogspot.com
    2. www.mamamyja.com
    3. ayunirafilah.blogspot.com
    4. greenfarra.blogspot.com
    5. loveneddy.blogspot.com
    6. sayasukala.blogspot.com
    7. nurainahanis.blogspot.com
    8. hidayuayumie.blogspot.com
    9. lissadblog.blogspot.com
    10. nurbaiyahsyaeran.blogspot.com
    11. syahirahvaliant.blogspot.com
    12. giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com
    13. miamorzafirah.blogspot.com
    14. juearel.blogspot.com
    15. eurukaseven.blogspot.com
    16. firzanahazhar1.blogspot.com
    17. norshamimi.blogspot.com
    18. porthadiah.blogspot.com
    19. ghasaje.blogspot.com
    20. coretancikfafa.blogspot.com
    21. www.mialiana.com
    22. bilarasanaktaip.blogspot.com
    23. mama3farhanah.blogspot.com
    24. myblogsantai.blogspot.com
    25. ayienawi.blogspot.com
    26. bimbinganbelajar29.blogspot.com
    27. anisyamir7lee.blogspot.com
    28. sallyyatiey.blogspot.com


    Terima kasih kerana join segmen saya yang tak seberapa ini.


    lovenota : budak-budak nak exam nie, cikgu yang busy amat! huhu 

    Read More »
    Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®