Monday, October 20, 2014

Birthday Giveaway by Shad


Greetings and Assalamualaikum to all
Jemput Join


Klik Banner untuk Join

Birthday Giveaway by Shad dianjurkan oleh Shad dan disponsor oleh

Good Luck!

tarikh akhir ialah pada hari ini
last minit join weii..hahaha :P

Read More »

1st Giveaway By Cik Puan Jelita



1st Giveaway By Cik Puan Jelita

Giveaway ni bermula 
20 Oktober -19 November 2014 

saya tag: 


jom kita join reramai 

nak join, klik banner di atas 

arigatou! 

Read More »

Segmen Pencarian Bloglist 2014



Segmen Pencarian Bloglist 2014

Rrsya Mencari Seramai 20 Pemenang

Segmen ini Tamat Pada 26 Oktober 2014

jom kita join segmen Rrsya eh..
tapi saya tak ingat saya follower yang ke berapa..hehe
saya support eh :)

klik banner untuk join

arigatou! 

Read More »

Entry/Status Meroyan? Jangan Hukum Orang Tanpa Sebab




[Peringatan] entry ini adalah luahan dan pendapat hati saya. nak kecam pun kecam lah. 


Semasa saya sedang blogwalking senam pagi di semua laman sosial tadi, ada beberapa orang mengatakan, tak guna nak menyalak, meng'update' status mengikut perasaan marah di laman sosial. ya, memang saya setuju dan tidak setuju

Yang setujunya, tidak patut kita marah-marah dan menggunakan bahasa yang tidak seeloknya. nak sebut perkataan lucah atau perkataan yang tidak baik tu kita elakkan. bukan elak, jangan sebut pun tak apa, lagi bagus. sebabnya korang dah sebut dah pasal menyumpah-seranah itu di dalam hati *betul tak? hahaha*. dah tak perlu sumpah-sumpah kat laman sosial pulak. tapi kadang-kadang saya pun terlepas pandang jugak. nama pun manusia. dan saya mengaku saya memang seorang yang kejam dan lidah tajam. itu telah pun diperakui oleh student saya sendiri. keh3 :P 

lidah tajam


Yang tidak setujunya, mungkin dia ada sebab yang tersendiri kenapa dia buat macam tu. mungkin dia cuma nak meluahkan perasaan dia, sebab bila kita pendam tanpa meluahkan, boleh jadi gila tau. mungkin juga dia tak boleh dan tak reti nak luahkan pada orang lain dan hanya laman sosial menjadi tempat dia mencurahkan perasaan. contohnya, blog seperti blogger dan wordpress ini juga adalah platform di mana orang ramai boleh meluahkan atau menulis apa-apa saja mengikut pendapat dan fikiran masing-masing. laman sosial lain seperti facebook atau tagged juga adalah platform yang sama. 

Saya pun sejak akhir-akhir ini buat entry tunjuk perasaan *pasal langau tu*. saya publish entry tu bukan dalam keadaan marah dan masih bersifat waras. saya terpaksa buat begitu disebabkan kedua-dua orang yang terbabit adalah seorang yang pengecut, tidak mahu berjumpa dan berbincang. yang mereka tahu hanyalah menyakitkan hati orang lain. ini sahaja platform saya untuk bercakap dan meluahkan hati pada dua mangkuk hayun tersebut. nombot telefon? saya tak ada nombor mereka. whatsapp? wechat? ingat diorang nak balas ke? kirim salam. jalan daaa! tapi saya memang tahu yang mereka sentiasa datang blog saya untuk membaca entry-entry saya. macam mana boleh tahu? dah diorang pun update entry pasal saya, so saya pun tahu la. lebih-lebih lagi kan sekarang dah software yang boleh jejak siapa yang datang ziarah blog kita. ada tricknya tu.  :D 

Dan bila saya buat entry khas untuk mereka berdua, saya tak pernah nak ping entry tersebut di platform lain. TAK ADA LANGSUNG! sebab tu visitor yang baca entry khas saya tu kurang berbanding entry yang lain. sebab saya buat entry itu hanya untuk mereka, bukan untuk semua orang. bukan untuk korang jugak. kalau ping ke facebook ataupun ping busuk, memang kena makan kaki la jawabnya. macam nak meraih simpati dan rasa kasihan pulak kan. oh tidak, saya bukan orang seperti itu. saya tak perlu simpati dan kasihan orang sebab mereka yang komen cakap 'sabar-sabar bla bla bla' tu bukannya tahu cerita sebenar pun. saja nak komen buat penghias komen. dan paling saya tak suka ialah jangan blame tukang komen entry tersebut, kononnya turut sama LOSER dengan pengarang entry. itu memang salah.  

Sama juga seperti status di facebook. contoh saya sendiri la, ramai sangat student saya yang meng'update' status meluahkan perasaan marah dan tidak puas hati. ada juga yang status macam nak mintak penampar, mintak kaki. memang ada rasa menyampah jugak la. tapi, saya tak boleh nak tegur student saya tu macam tu je. nak marah pun tidak. budak remaja zaman sekarang makin susah ditegur, pantang ditegur. kalau tegur lagi diorang jadi makin galak. kalau saya nak tegur pun saya akan buat dengan cara baik, iaitu tegur secara peribadi dan sulit. tak pun, apa yang saya buat adalah unfriend dia je. settle masalah saya..haha. 


kebebasan bersuara


Seperti yang saya cakap, jangan suka-suka menghukum orang tanpa sebab dan musabab yang munasabah. itu hak mereka. hak bersuara hak kami. hak semua orang. hak asasi manusia. 


Perlembagaan persekutuan Malaysia dalam Perkara 10 (1) (a) dengan jelas menyatakan bahawa setiap warganegara berhak untuk bersuara dan menyatakan pandangan secara terbuka.

Jangan pertikaikan hak tersebut. ikut suka dia la nak tulis entry meroyan ke, entry tunjuk perasaan ke. selagi tidak menyalahi peraturan dan undang-undang Akta. Kepada sesiapa yang menyampah geli tak suka bagai tu tak payah baca, just klik button pangkah je di tab browser korang. itu je. mereka yang update entry tunjuk perasaan tu pun tak kisah. dan jangan pulak dok kondem pengarang entry kononnya LOSER, sebab yang tukang kondem tu pun sama-sama LOSER jugak. 

Sekian, terima kasih. 

Maaf atas entry ini. jangan terasa ye nok.  


lovenota : terus hilang mood nak bercerita. lain kali la update.

Read More »

Bila "Langau Jantan" Berbicara


Cara "langau jantan" itu berbicara seolah-olah itu semua adalah kesalahan saya. seolah-olah seorang yang kudus, innocent, suci murni..harktuihh!

Oh please. suka berpura-pura, hipokrit. memang itu kelebihan diri kau eh.

Keyboard warrior? bini kau @ "langau betina" yang ber-keyboard warrior dulu eh. mengutuk orang tak hengat dunia. itu pun aku baru tahu selepas beberapa bulan. kalau tak, memang takkan tahu sampai bila-bila. aku tak suka nak menaip kat blog. aku tahu ini bukan tempat yang sebenar. tapi kau tu susah nak contact, mesej tak reply. aku mintak bayar hutang pun tak nak. buat bodoh je. so, padan la aku jadi keyboard warriors kan? not my fault la.

Tak setanding? hahaha..give me a break! jumpa aku pun tidak. ape nak setanding nye? kau yang PENGECUT macam ayam cakap tak setanding. lepas balik dari London, ada nak pulangkan barang dan minta maaf secara terang-terangan, berdepan? TAK ADA! kau suruh bini kau post barang kat aku. itu ke setanding?  siapa yang tak setanding? kau ke aku? 

Sempat pulak skodeng stalker blog aku kan? suka eh den cito pasal ekou dengan bini ekou? tak do den nak koba cito yang membosankan reader den. tak do makno eh..poio jalan daa~

Siapa yang sakit hati? tak de masa nak sakit hati. ada masa pulak kan nak pikir pasal engkorang je selalu, buat cito "siang terbayang, malam termimpi dengan sakit hati". takdo maso eh nak tebayang siang-siang, apatah malam nak mimpi-mimpi nie. eh, entah-entah ekou yang sakit hati eh jang? laa, cakap laa..den suko apoo..

Tak ape lah jang oi. minum la kafein banyak-banyak..cepat mampus pun tak apa. santai-santai dan bertenang lah yer. nun di akhirat sana kau jawabla kenapa tak bayar hutang semasa di dunia ini. aku malas nak bising-bising dah. 

Kalau aku bising pun aku nak cerita pasal "Langau jantan dan Langau betina". itu je.

Eh, terdoa pulak kan. 

Sekian, terima kasih.

[update] entry ini tiada kena mengena dengan korang yang datang jenguk. ada blogger yang menyalak-nyalak sebab entry saya yang agak hangin minggu ini. oh, maafkan saya wahai tuan/puan blogger. ini adalah untuk mamat sengal itu. korang ingat saya suka-suka update blog nak marah-marah? tidak. ini je cara saya. ada faham? tak suka cara saya, tak suka saya, boleh tekan pangkah di tab korunk. dan maaf, entry ini tidak boleh dikomen. kbai.


Anger Angry animated GIF


lovenota : tak marah. menyampah.


Read More »

Sunday, October 19, 2014

Kelebihan Berangan-Angan


petang ini saya berada di City Park Seremban 2, Negeri Sembilan. for me, this place is the most peaceful place to 'overcome' my problem, my tension, etc etc. rasa nyaman, segar, hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa, mengadap tasik yang sentiasa bergelora ditiup angin petang. saya pernah hilangkan mengantuk di taman ini. ya, saya pernah tidur di taman. hahaha!

bila kita menghayati hembusan angin, indah rasanya hidup ini. hilang segala duka dan lara di dalam hati saya. saya rasa tenang.

Jam 5.00 petang, taman ini sudah dikerumuni oleh pelbagai manusia untuk bersantai, berjogging, bersenam, senamrobik, dan juga berdating. pelbagai ragam.

saya? hanya menjadi tukang pemerhati. ikutkan hati nak je terjun tasik tu. macam best je kan? haha

oh, orang berdating memang selalu ada, tak boleh tak ada..haha. couples datang taman jalan-jalan ambil angin, pusing keliling tasik sambil berdating bersembang. itu perkara biasa. common matters. keh3

ada seorang pakcik cina dalam umur 50-an berjongging jalan-jalan keliling tasik. rasanya dah banyak round dia pusing, asyik muka yang sama je. kuat jugak pakcik nie. alhamdulillah, menjaga kesihatan kan penting.

ada juga yang bawa anak-anak kecil mereka menyertai aktiviti riadah petang. menemani sang kecil berlari sana sini untuk mencuba segala yang berada di sekelilingnya. seronok jadi budak kecil. disayangi, senang hati, tiada masalah. seronok melihat keletah mereka yang berlari berkejaran sesama adik beradik.

lalu saya berfikir, bila agaknya turn saya?

tettt. abaikan soalan itu..hihi

Saya memang suka mengelamun. berangan macam-macam hal. ini bukan benda yang negatif ya. sememangnya minda yang positif memerlukan kita berangandan mengelamun.

berangan, mengelamun


Mengelamun atau berangan sering dianggap sebagai satu pembaziran masa dan alasan untuk memarahi pelajar tidak berminat, sudah berubah menjadi agak positif. 

Antara kebaikan dan kelebihan berangan-angan atau mengelamun:

1. Orang-orang yang berangan-angan lebih cenderung untuk mempunyai empati (keupayaan untuk memahami dan berkongsi perasaan antara satu sama lain) untuk keluarga dan rakan-rakan. 

2. Berangan juga boleh menurunkan tekanan darah dan kolesterol darah. 

3. Mind-mengembara menggalakkan kreativiti dan keupayaan artistik
- Steve Jobs menjadi orang yang kita semua tahu dengan menghabiskan banyak masa perjalanan dan bereksperimen dengan cara yang berbeza pemikiran sebelum syarikat-syarikat seperti Apple dan Dreamworks bermula. 

4. Mengelamun, seperti mimpi malam hari, boleh menggabungkan apa yang anda telah belajar dan membantu otak anda untuk menyimpan maklumat untuk digunakan semula di masa depan. 

5. Secara umumnya, kajian telah menunjukkan bahawa minda yang berkeliaran biasanya mempunyai memori kerja yang lebih baik

Jadi lain kali seseorang memberitahu anda bahawa anda tidak perlu berangan-angan ... angan-angan lagi! teruskan!

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®