petang ini saya berada di City Park Seremban 2, Negeri Sembilan. for me, this place is the most peaceful place to 'overcome' my problem, my tension, etc etc. rasa nyaman, segar, hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa, mengadap tasik yang sentiasa bergelora ditiup angin petang. saya pernah hilangkan mengantuk di taman ini. ya, saya pernah tidur di taman. hahaha!
bila kita menghayati hembusan angin, indah rasanya hidup ini. hilang segala duka dan lara di dalam hati saya. saya rasa tenang.
Jam 5.00 petang, taman ini sudah dikerumuni oleh pelbagai manusia untuk bersantai, berjogging, bersenam, senamrobik, dan juga berdating. pelbagai ragam.
saya? hanya menjadi tukang pemerhati. ikutkan hati nak je terjun tasik tu. macam best je kan? haha
oh, orang berdating memang selalu ada, tak boleh tak ada..haha. couples datang taman jalan-jalan ambil angin, pusing keliling tasik sambil berdating bersembang. itu perkara biasa. common matters. keh3
ada seorang pakcik cina dalam umur 50-an berjongging jalan-jalan keliling tasik. rasanya dah banyak round dia pusing, asyik muka yang sama je. kuat jugak pakcik nie. alhamdulillah, menjaga kesihatan kan penting.
ada juga yang bawa anak-anak kecil mereka menyertai aktiviti riadah petang. menemani sang kecil berlari sana sini untuk mencuba segala yang berada di sekelilingnya. seronok jadi budak kecil. disayangi, senang hati, tiada masalah. seronok melihat keletah mereka yang berlari berkejaran sesama adik beradik.
lalu saya berfikir, bila agaknya turn saya?
tettt. abaikan soalan itu..hihi
Saya memang suka mengelamun. berangan macam-macam hal. ini bukan benda yang negatif ya. sememangnya minda yang positif memerlukan kita berangandan mengelamun.
Mengelamun atau berangan sering dianggap sebagai satu pembaziran masa dan alasan untuk memarahi pelajar tidak berminat, sudah berubah menjadi agak positif.
Antara kebaikan dan kelebihan berangan-angan atau mengelamun:
1. Orang-orang yang berangan-angan lebih cenderung untuk mempunyai empati (keupayaan untuk memahami dan berkongsi perasaan antara satu sama lain) untuk keluarga dan rakan-rakan.
2. Berangan juga boleh menurunkan tekanan darah dan kolesterol darah.
3. Mind-mengembara menggalakkan kreativiti dan keupayaan artistik
- Steve Jobs menjadi orang yang kita semua tahu dengan menghabiskan banyak masa perjalanan dan bereksperimen dengan cara yang berbeza pemikiran sebelum syarikat-syarikat seperti Apple dan Dreamworks bermula.
4. Mengelamun, seperti mimpi malam hari, boleh menggabungkan apa yang anda telah belajar dan membantu otak anda untuk menyimpan maklumat untuk digunakan semula di masa depan.
5. Secara umumnya, kajian telah menunjukkan bahawa minda yang berkeliaran biasanya mempunyai memori kerja yang lebih baik.
Jadi lain kali seseorang memberitahu anda bahawa anda tidak perlu berangan-angan ... angan-angan lagi! teruskan!
Jadi lain kali seseorang memberitahu anda bahawa anda tidak perlu berangan-angan ... angan-angan lagi! teruskan!
wahh...hebat penangan angan2 nih
ReplyDeletesebab tu harus berangan yer..hehe
Deletewahh city park s2..
ReplyDeleterajin dulu tiap2 petang g sane balqis
dulu ayu dok kat garden home s2 tauu
mmg tempat lepak ptg2 kalau free kt situ..
Deleteowww..tu tmpt org kaya-kaya tuhh..ahaha :P
Xde la... dulu maen sewa situ jela...cty park ng jusco s2 tu da mcm tpt lepak da tuu
Deletesbb kwsn situ uma die besarrr besarrr..serammm..hihihi :P
DeleteErmm... Tedi dulu pun selalu duduk seekor diri di tepi tasik Titiwangsa sambil kadangkala merenung bangunan-bangunan Kuala Lumpur.. kadangkala merenung air pancut di tengah tasik, dan kadangkala merenung serangga melompat-lompat di permukaan air...
ReplyDeleteBerbaring atas rumput segar dari pagi membawa ke tengah hari di mana cuaca redup dilindungi teduhan pohon-pohon nan hijau.
Wah... rindunya zaman itu...
waa..lme xnmpk tedi dtg jenguk sini eh..hehe
Deleteskrg pn bole buat lg kan..
qis suka kt dataran pahlawan kalau mlm2..rumput dia ala-ala rumput golf yg mmg ramai suka baring..hehe :D
seronok berangan benda2 yang indah, walaupun tak jadi nyata... sebab kita boleh release stress dengan berangan kan...
ReplyDeleteseronok masuk kali ni blog balqis nampak simple je :) hihi
brangan tu motivate diri jugak..betul tu..hehe
Deleteyeker? nak simple2 je skrg nie..blog da tua katekan..ngeh3 :P
minyak dr mane tuhh..hahaha
ReplyDeleteyg dpt byk frend baru tu sy faham kut..hihi :P
ape bnde ek? :D
ohh..tak paham..hihi :P
ReplyDeletetak tahu pulak berangan ni ada kebaikannya..hehehe..ok, start daydreaming skrg.. :)
ReplyDeletesila start..hahaha :D
Deletewow, banyak juga faedah berangan ni kan.. haha.. saya memang kuat berangan pun. XD
ReplyDeleteowhh, kira bagus la berangan ni kan. kira bernasib baik jugak la saya tergolong dalam orang yang suka berangan. hahaha
ReplyDeletebagus jugak brangan ni ekk.. kene bt salu ni :p
ReplyDeleteala kak,tempek la gambar satu dua..haha.. nak membayangkan city park tu tak pandai..
ReplyDeletemmg best berangan2 ..ada angan2 yg boleh pakai,mmbantu kita capai apa yg kita nak,ada angan2 macam mat jenin,berangan ja la kau tanpa usaha nak capai apa yg kita angan2 kan..
Angan-angan sumber inspirasi.Kalau adik beradik Wright tidak berangan-angan untuk terbang di udara tentu dia tak berjaya mencipta kapal terbang. Namun panjang angan-angan punca kelalaian yang dilarang agama kerana ia cuma angan-angan tanpa usaha.
ReplyDeleteSaya Memang Suka Berangan Sangat ����
ReplyDelete