Saturday, October 04, 2014

Nahas di Terowong Menora, Ipoh



KEMALANGAN membabitkan sebuah lori dan empat kereta di Kilometer 256 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berdekatan Terowong Menora dekat Ipoh, hari ini.

4 Oktober 2014
KUALA KANGSAR: Dua maut manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 256 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke utara berdekatan Terowong Menora di sini. Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu, kemalangan membabitkan empat kereta dan sebuah treler itu dipercayai berpunca daripada treler berkenaan yang hilang kawalan sebelum merempuh empat kereta di hadapannya.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh ketika dihubungi mengesahkan dua mangsa maut di tempat kejadian manakala kesemua mangsa terbabit adalah seramai 15 orang.


Katanya, kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar manakala seorang mangsa parah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk menerima rawatan. Katanya, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sementara itu, jurucakap PLUS berkata, kemalangan berkenaan mengakibatkan kesesakan kira-kira 13 kilometer dan pengguna dinasihatkan memasuki Tol Ipoh dan keluar ke Tol Kuala Kangsar bagi mengelakkan kesesakan.








video kemalangan di Terowong Menara

5 Oktober 2014

Kuala Kangsar: “Saya sempat meminta maaf dengan ibu selepas melihat keadaannya. Ibu yang tenat sempat memberitahu dia sudah memaafkan semua kami adik-beradik dan turut meminta maaf kepada kami,” kata Yusriman Roslan, 22.

Yusriman ialah pemandu kereta Proton Saga BLM yang dirempuh sebuah treler dalam kemalangan jalan raya membabitkan lapan kenderaan di Kilometer 256, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora dekat sini, semalam. 

Dalam nahas jam 11.40 pagi itu, Norhayati Wook, 50, dan anaknya, Siti Yuslianis Roslan, 22, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di badan. Abangnya, Yusrizal, 25, parah, manakala adiknya, Siti Yusliana, 12, cedera ringan. 

Siti Yuslianis merupakan pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu.

Menurut Yusriman, ketika kejadian, mereka dalam perjalanan dari Rawang, Selangor untuk balik ke kampung di Lenggong, Perak bagi menyambut Aidiladha.

DUA maut, seorang cedera parah dalam kemalangan membabitkan empat kereta dan sebuah lori di KM 256 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke Utara berdekatan Terowong Menora dekat Ipoh.

Katanya, dia yang terkejut terdengar dentuman kuat akibat rempuhan lori itu hanya mampu menjerit manakala keretanya pula diheret ke kanan jalan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Ghuzlan Salleh berkata kesemua mangsa yang menaiki kereta itu merupakan keluarga kepada seorang anggota polis berpangkat sub inspektor yang bertugas di Pusat Latihan Polis Bukit Beruntung, Selangor. bagaimanapun anggota polis berkenaan tidak bersama-sama keluarganya ketika kejadian.

"Kejadian berlaku di kawasan menuruni bukit apabila sebuah treler dipercayai hilang kawalan merempuh sebuah kereta yang dinaiki lima sekeluarga," katanya. Beliau berkata beberapa kenderaan lain turut terbabit dalam kemalangan itu selepas berlanggar antara satu sama lain kerana tidak sempat mengelak insiden berkenaan.

Lori treler jenis Hino itu dalam perjalanan dari Johor Baharu menuju ke Pulau Pinang dengan membawa muatan jubin mozekLima kenderaan lain iaitu masing-masing dua dari jenis Proton Alza, Honda City, Perodua Myvi dan Mercedes Benz itu mengalami kerosakan teruk, bagaimanapun pemandu atau penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata pemandu treler berusia 40-an berkenaan kini ditahan untuk siasatan lanjut serta ujian air kencing dan darah.


sumber : Berita Harian dan Astro Awani

***********

geleng kepala melihat kemalangan di atas. 

kita yang bawa kereta nie memang dah rasa bawak berhati-hati, betul tak? 
tapi kalau lalu sebelah lori besar tak pun treler panjang memang buat kita serammmm meremang bulu roma jugak la. tambah-tambah kalau kita jenis yang bawak laju sebelah kanan, lepas tu treler terbabas melintang, nauzubillah! kadang-kadang memang selalu terbayang macam tu kalau terpandang ada lori minyak atau treler panjang di depan mata. 

nahas tidak berbau.


lovenota : berhati-hati memandu di jalan raya

2 comments:

  1. aduhai musim raya ni banyak kereta jena berhati2 selalu..

    ReplyDelete
  2. Kalau tengok keadaan kereta yang remuk teruk tu buatkan saya fikir semuanya x selamat.
    Tapi, alhamdulillah Allah Maha Berkuasa ke atas makhluk nya.

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®