Monday, October 27, 2014

Program 40 Tahun Dari Universiti Malaya (UM) Ke Penjara


Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) : Program 40 Tahun Dari Universiti Malaya (UM) Ke Penjara

Dahsyat! 

Itu yang mampu kukatakan setelah melihat gambar-gambar yang tersiar mengenai Program 40 Tahun Dari Universiti Malaya (UM) Ke Penjara. semua peserta tersebut sudah semestinya penyokong kuat dan tegar Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Universiti Malaya pada kira-kira jam 9.35 malam bagi menyertai siri pidato Program 40 Tahun Dari Universiti Malaya (UM) Ke Penjara. Anwar diiringi isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah Anwar.



Program 40 Tahun Dari Universiti Malaya (UM) Ke Penjara


Program 40 Tahun Dari Universiti Malaya (UM) Ke Penjara



PENYOKONG Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak merempuh pintu pagar utama ke Universiti Malaya



Datuk Seri Anwar Ibrahim berkeras ingin hadir pada majlis anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) pada malam ini walaupun tidak mendapat kebenaran pentadbiran universiti. Tanpa mempedulikan kemungkinan berlaku kekecohan berikutan kehadirannya itu nanti, beliau menegaskan ia adalah untuk memenuhi jemputan mahasiswa UM.



Esok merupakan hari perbicaraan kes rayuan Anwar di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya di mana keputusan mahkamah mengenai sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan akan diumumkan. jika disabit kesalahan, beliau akan dikenakan hukuman penjara lima tahun.



Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful, 28, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.



Kalau ada sesiapa yang free, kita terjah blog Mohd Saiful Bukhari Azlan eh?

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Program 40 Tahun Dari Universiti Malaya (UM) Ke Penjara

Program 40 Tahun Dari Universiti Malaya (UM) Ke Penjara

Program 40 Tahun Dari Universiti Malaya (UM) Ke Penjara

Program 40 Tahun Dari Universiti Malaya (UM) Ke Penjara

Program 40 Tahun Dari Universiti Malaya (UM) Ke Penjara

Program 40 Tahun Dari Universiti Malaya (UM) Ke Penjara

Program 40 Tahun Dari Universiti Malaya (UM) Ke Penjara


Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi ucapan di pekarangan Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaya yang dihadiri kira-kira 1,000 peserta Program 40 Tahun Dari Universiti Malaya (UM) Ke Penjara. Ketika berucap beliau berkata: "Saya pilih untuk pulang. Tapi di sini kerana saya masih menaruh harapan dibebaskan, jika saya dipenjarakan, saya harus menerima dengan tenang. Saya harus lakukan sedikit pengorbanan dan tidak mahu anak muda kecewa. Saya sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya keputusan tidak menyebelahi saya. Saya sudah beritahu (Datin Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) dan Nurul Izzah (Anwar) serta adik-adiknya supaya bersabar dan perlu ada sedikit pengorbanan," katanya yang berucap kira-kira 23 minit. Sebaik selesai berucap, Anwar kemudiannya bergerak keluar meninggalkan UM.

Penyokong Anwar Ibrahim memang terlalu ramai, dan tidak dinafikan terlalu kuat. tengok je gambar di atas, hujan-hujan berpayung pun sanggup datang. sanggup rempuh pagar. saya tidak memihak pada sesiapa, ini cuma pandangan mata saya sahaja. tidak perlu lagi kita nafikan, kan?


sumber: Harian Metro dan Berita Harian

7 comments:

  1. news 1.30 cakap tkde sbrg demo and akan halang kalau ada jgk
    tp dpt jgk anwar masuk ye .
    hebat anwar ni
    pengikut dia tak perlu bg brim..hehe :P

    ReplyDelete
  2. pehhh dahsyattttnyaa.. ramainyaaaa :o

    ReplyDelete
  3. Ooo politik...
    Tak amek port
    Hahaha

    ReplyDelete
  4. Hahahah..tak amek tahu pasal politik ni..tak minat..ngeh3..

    ReplyDelete
  5. No komen...
    Takdak kesudahan cite diaorang ni

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®