Saturday, December 06, 2014

Perkahwinan Melayu-India


Dah lama tak jumpa majlis perkahwinan antara kaum India dan kaum Melayu. hari ini ada majlis Perkahwinan di sebelah rumah saya, kira jiran juga la. yang menariknya, pengantin lelaki ialah orang India yang sudah masuk agama Islam, kiranya saudara baru kita. 


bunga telur kertas. lama tak jumpa bunga jenis nie. cantik dan kreatif!







Nampak meriah, kan? dua kaum yang berbeza di dalam satu majlis yang sama. perpaduan kaum seperti ini yang kita perlukan. saya sememangnya sangat teruja menantikan pengantin lelaki tersebut. nampak segak memakai baju melayu, baju kebangsaan kita. 

Semoga Mohammad Thina Bin Abdullah dan pasangannya, Nurul Ain Hafiza Bt Roslan sentiasa berkekalan dan berbahagia hingga ke anak cucu. AMIN.


lovenota : korang tengok DON ke tengok Shah Rukh Khan? hoho


Read More »

Friday, December 05, 2014

Kenapa Sarung Cincin Kahwin Di Jari Manis?




Kenapa Cincin perkahwinan selalu disarungkan di jari manis, bukan di jari-jari yang lain? saya sebenarnya juga hairan tapi setelah membaca suatu artikel, menarik juga untuk dikongsikan kepada orang ramai. Cuba anda ikuti langkah-langkah berikut, anda pasti kagum kerana Tuhan benar-benar membuat keajaiban (ini berasal daripada petikan China):

1. Pertama, tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah dibengkokkan ke dalam (lihat gambar).



2. Kemudian, 4 jari yang lain dirapatkan di hujungnya.

3. Permainan bermula, 5 pasang jari tetapi hanya 1 pasang yang tidak terpisah.

4. Cuba buka ibu jari anda, ibu jari mewakili kedua-dua orang tua. ibu jari boleh dibuka kerana semua manusia mengalami sakit dan mati. Oleh demikian, orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

5. Tutup kembali ibu jari anda. kemudian buka jari telunjuk anda. jari telunjuk mewakili kakak/abang dan adik-beradik anda. mereka mempunyai keluarga sendiri, jadi mereka juga akan meninggalkan kita.

6. Sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak-anak. Cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita.

7. Seterusnya, rapatkan jari kelingking anda. bukalah jari manis anda tempat di mana kita menyarungkan cincin perkahwinan anda. anda akan hairan kerana jari tersebut tidak akan boleh dibuka. Kerana jari manis mewakili suami dan isteri, sepanjang hidup anda dan pasangan anda akan terus berpaut antara satu sama lain.

sweet kan?


lovenota : mesti korang cuba buat, kan? hehehe.


Read More »

Mini Lucky Draw Blog XDramaQueen #2



Mini Lucky Draw Blog 
XDramaQueen #2

Tarikh tutup: 31 Disember 2014

harap-harap kali nie bertuah pulak
segmen yang lepas tak dapat..huhu..

nak join klik banner di atas
arigatou!



Read More »

Jom Blogwalking Kaw-Kaw Bersama Cik Iman



Jom Blogwalking Kaw-Kaw Bersama Cik Iman

kena tag orang nie.
ala, saya tag sesiapa yang singgah kat entry nie

ok?
dah kena tag sila buat. 
nanti cikgu balqis rotan..hahaha XD

nak join klik banner di atas
arigatou!


Read More »

Segmen " Jom jadi sahabat! " By Hana



Segmen " Jom jadi sahabat! " By Hana

kena buat 10 perangai/fakta tentang diri korang


10 fakta mengenai Miss Balqis

  sudah berumur 27 tahun. ramai yang tak percaya saya. awet muda kot..hehe 

 6 Oktober, 11 Safar, Libra Girl 

 asal dari Sarawak, tetapi blogger Negeri Sembilan 

 sudah bekerja sebagai Guru sekolah menengah. mengajar subjek Kimia dan Sains 

 belum berkahwin, single. insyaAllah paling lewat pun 2 tahun lagi..hihi 

 ex Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) batch 2005/2006 

 ex Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) batch 2006/2010 

 suka berblogging walaupun waktu tu busy nak mampus! haha 

 gila gadget. sekarang nie tunggu nak kumpul duit beli camcoder je 

 korang pikir sendiri la, stuck sudah. haha 

*copy yang lama punya..hehe :P*

3 tabiat buruk
aaa..ishkk..mana boleh bagitahuu! hahaha

jom join segmen ini
klik pada banner di atas
arigatou!

Read More »

Thursday, December 04, 2014

Dil Hai Tumhara



siapa tengok cerita nie tadi kat TV2? hahaha. 
lama jugak tak tengok, betul tak?

kat Astro Zee 108 ada cerita China Town jugak. 
dan Thor The Dark World di Fox Movie Premium. 
tapi dah ada Dil Hai Tumhara nie mesti la kena tengok jugak!

cerita yang sangat best and awesome. 
sanggup Shalu korbankan cinta untuk kakak, 
nasib baik last-last kakak dia sedar. 
macam perasan je Nimmi tu kan. ishkk ishkk..haha

tapi kan, kenapa Dev ikut je kan?
patut Dev pun harus terangkan kepada mak Nimmi. 
ikut je cakap Shalu..ishkk ishkk

eh eh..kita pula yang rasa geram..ahaha. 
takper la. nama pun filem. 

saya suka jugak tengok Arjun Rampal. 
macam macho je kan?
dengan suara jantan dia..fuhh..
tapi kalau menyanyi di out..hihihi

jom kita cuci mata dengan gambar Arjun masa dia muda-muda. 
boleh juga korang buat wallpaper kan..hihi :P






lovenota : korang menangis tak tengok hindustan tadi? mengaku cepatt!! hahahah


Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®