Update blog live from Eagle Bay Resort, Langkawi. Kemain lagi tauu..live tuu..hihi. dah macam siaran tv je..
Actually saya tak boleh tidur langsung. Dah terjaga sejak pukul 2 pagi lagi. Padahal dah seharian penat berjalan tu. Entah la, mungkin bukan katil sendiri, agak susah saya nak tidur *walaupun bawak bantal kesayangan, sama je tetap tak boleh tidur..huhu*.
Mungkin saya tak boleh tidur sebab dah terbiasa jadi kelawar minggu nie kot. Berjaga malam, tidur pada waktu siang. Saya tanda kertas SPM waktu-waktu macam nie la. Dah jadi habit rasanya, sebab tu tak boleh lelap..ishkk.
Esok pagi dah bergegas balik ke darat. Pagi-pagi nak kena kejar feri, kejar kastam. banyak plak mak saya shopping, angkut jelah masuk feri. Tak boleh bayangkan lagi macam mana nak angkut esok..huhu.
Nanti saya update trip ke Langkawi, walaupun ada antara korang yang dah pergi..hehe. Ada tempat menarik yang saya boleh kongsikan. Lama juga tak blogwalking. Nanti lepas holiday saya singgah yer. Yang masih singgah, terima kasih. Saya akan balas balik, promise :)
lovenota : esok tidur atas bas la jawabnya..huhu