Sunday, December 14, 2014

Update from Langkawi



Update blog live from Eagle Bay Resort, Langkawi. Kemain lagi tauu..live tuu..hihi. dah macam siaran tv je..

Actually saya tak boleh tidur langsung. Dah terjaga sejak pukul 2 pagi lagi. Padahal dah seharian penat berjalan tu. Entah la, mungkin bukan katil sendiri, agak susah saya nak tidur *walaupun bawak bantal kesayangan, sama je tetap tak boleh tidur..huhu*. 

Mungkin saya tak boleh tidur sebab dah terbiasa jadi kelawar minggu nie kot. Berjaga malam, tidur pada waktu siang. Saya tanda kertas SPM waktu-waktu macam nie la. Dah jadi habit rasanya, sebab tu tak boleh lelap..ishkk. 

Esok pagi dah bergegas balik ke darat. Pagi-pagi nak kena kejar feri, kejar kastam. banyak plak mak saya shopping, angkut jelah masuk feri. Tak boleh bayangkan lagi macam mana nak angkut esok..huhu. 

Nanti saya update trip ke Langkawi, walaupun ada antara korang yang dah pergi..hehe. Ada tempat menarik yang saya boleh kongsikan. Lama juga tak blogwalking. Nanti lepas holiday saya singgah yer. Yang masih singgah, terima kasih. Saya akan balas balik, promise :)


lovenota : esok tidur atas bas la jawabnya..huhu


Read More »

Saturday, December 13, 2014

Penumpang ganas, pesawat Thai AirAsia terpaksa patah balik



BANGKOK: Sepasang kekasih warga China dan beberapa rakan mereka ditahan polis selepas mencurah air panas dan mengasari seorang pramugari penerbangan Thai AirAsia menyebabkan pesawat terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang (DMK), Bangkok.

Kesemua mereka dalam perjalanan ke Nanjing, China menaiki pesawat tempahan khas yang dinaiki 174 penumpang dan empat anak kapal.

Saksi berkata lelaki berkenaan turut mengancam untuk meletupkan pesawat manakala kekasihnya pula mengugut untuk membunuh diri. Kejadian dipercayai berpunca apabila tempat duduk pasangan berkenaan diletakkan berjauhan kerana disusun mengikut abjad.

Sebaik mendarat, polis membawa pasangan terbabit dan dua rakan mereka ke balai polis lapangan terbang. Difahamkan, insiden berkenaan selesai selepas perbincangan bersama kapten pesawat dan pramugari terbabit.

Thai Airasia dalam satu kenyataan berkata, penerbangan FD9101 dari berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa DMK pada jam 5.43 petang semalam, berpatah balik berikutan tindakan penumpang memarahi kru pesawat sebelum menyimbah air panas.

"Kapten dan anak kapal terpaksa memujuk penumpang warga China itu untuk berbincang di pejabat lapangan terbang DMK selepas perbuatannya boleh mengancam keselamatan pesawat," kata kenyataan itu. - Bangkok Post

****

Gaduh sebab tempat duduk jauh? lol!
Tak ke pelik tu gaduh pasal benda kecik macam tu
Kalau gaduh sebab curang lain la cerita kan
Buat orang gelak jela diorang nie. 
Main ugut bunuh diri, letupkan kapal terbang
Senget la..hahaha
Nak mengamuk pun atas kapal terbang.
Kan menyusahkan orang lain tu
Kalau tak puas hati gaduh la kat darat..bukan di udara..
Hadeii..

Entah-entah pasangan couple tu budak bawah umur lagi kot..sebab tu beria-ia nak bunuh diri bagai..hikhik


lovenota : dah sampai Langkawi. Nak cuci mata :D





Read More »

Tuesday, December 09, 2014

Love is #13 | Busy Day




Yeah, i can do it.

At this week, 
i may be not visiting ur blogs. 

Wuuuu..sodih den. 
Nak buek macam mano laie..
den banyak kojo eh..
Da start meeting tadi, 
sampai rabu den meeting kek somban
Kono buek macam-macam hal la
Tak sompek nak jenguk sini haa

Nanti den update senarai peserta segmen eh..
Saborr!!


lovenota : ekou baco entry den nie kono guno caro nabil. ok?



Read More »

Sunday, December 07, 2014

Keputusan AIM ke-21



Di bawah adalah disenaraikan kategori diumumkan pada acara Anugerah Industri Muzik (AIM) yang ke-21, yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra dan dikendalikan Zizan Razak serta Faizal Ismail sebagai hos.

1) Lagu Pop Etnik Terbaik: Akar Kita Zapin (Ihab Ismail)

2) Lagu Nasyid Terbaik: Rindu Allah Sayang Allah (Iwan Syahman dan Iwan Junior)

3) Lagu Inggeris Tempatan Terbaik: No More (SonaOne)

4) Lagu Hip Hop Terbaik: Apa Khabar (Joe Flizzow dan SonaOne)

5) Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan): Hujung Waktu (Azhael)

6) Persembahan vokal duo/kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu: Selamanya Bahagia (Nora menampilkan Musyi, Putri dan Aliff)

7) Artis Baru terbaik: Poova

8) Video Muzik Terbaik: Falling (Yuna)

9) Lagu Pop Terbaik: Sesal separuh nyawa (Alyah)

10) Lagu Rock Terbaik: Rentak Laguku (Bunkface dan Amy Search)

11) Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara: Salahkah (Hafiz Suip dan Datuk Rossa)

12) Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu: Mahligai kayangan (Salamiah Hassan)

13) Kulit Album Terbaik: #1, Stacy

14) Anugerah Sri Wirama: Datuk Ramli Sarip

15) Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Lelaki: Akim (Mewangi)

16) Lagu Terbaik: No More (SonaOne)

17) Album Terbaik: Fragmen (Siti Nurhaliza)

18) Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Wanita: Siti Nurhaliza

19) Rakaman Album Terbaik: Siti Nurhaliza (Konsert Lentera Timur)



Sumber : Harian Metro

kenapa macam hambar sikit eh? macam dah kurang menyengat je. padahal ini adalah anugerah yang berprestij. entah la.


Read More »

Saturday, December 06, 2014

Happy Engagement Day!


Saya baru je bukak facebook tadi. saya bukannya ahli tegar FB, sebab tu kureng sikit nak tengok bukak layan fb nie. dan yang menarik minat saya tadi adalah majlis pertunangan rakan perguruan saya, iaitu Kak Jaja dengan cikgu sekolah kami juga, iaitu Amin di Putrajaya. serius tak tahu pun akak bertunang hari nie..telegram pun tak bukak lama dah sejak cuti sekolah nie..ishkk..

Apa-apa pun, saya ucapkan tahniah atas pertunangan Kak Jaja dengan Amin. you look really really so gojes-gojes kak jaja! *salah grammar kau! haha!* maaf curik gambar sikit buat tatapan di sini! hehehe! 

tanya juga pada Encik Amin, bila majlisnya?
jawapannya, wait and see
wah..kemain! i will wait. hahaha XD


dan juga Happy Birthday pada Kak Jaja. 
seronok rasanya bertunang pada birthday kan? 
betul-betul 'a happy day in birth day'!
rasa nak buat jugak la nanti...hoho!




lovenota : really love her dress! ❤(ˆ‿ˆԅ)

Read More »

Gambar Hadiah Segmen : Zaman Persekolahan


Alhamdulillah, segmen saya berlangsung dengan baik sekali tanpa halangan. penyertaan peserta pun agak baik dalam masa seminggu ini. disebabkan ramai sponsor yang turut serta dalam segmen saya, ada yang masih belum join segmen saya. takpe, saya faham kerana ia mengambil masa untuk mengenali para sponsor saya kali ini. tetapi, ramai sponsor, banyak juga hadiah yang akan mungkin dimenangi oleh anda. 

Saya masih lagi mencari 66 pemenang untuk segmen saya ini. hadiah yang akan diberikan kepada para pemenang adalah sangat menarik. saya tampilkan beberapa gambar hadiah yang bakal dimenangi oleh anda buat tatapan dan semangat bagi para peserta dan blogger yang masih belum join segmen saya. cepat-cepat join segmen saya yer!

Segmen : Zaman Persekolahan



 Shaklee : Vitamin C Sustained Release + Buku Mini X 1



Kain Ela English Cotton X 1



Wide Shawl X 1


Wide Shawl X 1





Bawal Ruffle X 1




Shawl End Curve X 1





Glitter Shawl X 1
Glitter Bawal X 1 



Button Keychain X 5



Keychain X 3



Keychain Penang X 1



Fridge Magnet Sabah X 2



Keychain Bukit Merah X 2 



Fridge Magnet Jepun X 3



Fridge Magnet X 5




Paper Bag X 4



Novel 'Titian' X 1



Handmade Card X 2



Handmade Clip X 2 



Blog Review + Bloglist + Chocolates X 2



Handmade Craft X 2

Misteri Gifts X 2 

Top-Up RM 5 X 2

Top-Up RM 10 X 5

Wang tunai RM 30 X 1

Wang tunai RM 50 X 1

Review Blog X 10


nanti saya update senarai peserta segmen pulak yer. 
hehe


Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®