Wednesday, March 25, 2015

Pesawat Airbus A320 Terhempas


150 korban nahas pesawat


La Javie (Perancis): Sebuah pesawat Airbus milik Germanwings, syarikat yang mengendalikan penerbangan tambang murah syarikat penerbangan Lufthansa terhempas di kawasan terpencil bersalji di Pergunungan Alps Perancis, semalam.

Semua penumpang dan anak kapalnya dikhuariti terbunuh.

Presiden Perancis Francois Hollande berkata, pihaknya percaya tiada yang terselamat dalam pesawat A320 itu manakala Ketua Eksekutif Lufthansa Carsten Spohr menyifatkan semalam sebagai hari yang kelam untuk penerbangan Jerman itu.

Germanwings mengesahkan penerbangan 4U9525 dari Barcelona, Sepanyol ke Dusseldorf, Jerman, terhempas di Pergunungan Alps dengan 144 penumpang dan enam anak kapal.

Hollande berkata: “Berdasarkan keadaan nahas ini - yang masih belum dapat dipastikan sepenuhnya - kami melihat kemungkinan besar tiada yang terselamat.”

Menurut pihak berkuasa, pesawat itu membuat panggilan kecemasan pada 9.47 pagi (waktu tempatan) atau 52 minit selepas berlepas. Kejadian berlaku di kawasan pergunungan bersalji yang menyukarkan pasukan penyelamat tiba di situ.

Hollande berkata, ramai penumpang pesawat itu warga Jerman. Timbalan Perdana Menteri Sepanyol berkata, 45 penumpang mempunyai nama Sepanyol.

Kejadian itu ialah nahas pertama membabitkan pesawat penumpang besar di Perancis sejak kemalangan Concorde di luar Paris pada Julai 2000. Pesawat A320 jet paling popular digunakan syarikat penerbangan dunia dan mempunyai rekod baik.

Jurucakap pihak berkuasa penerbangan Perancis, DGAC berkata, pesawat itu terhempas berhampiran pekan Barcelonnette, kira-kira 100 kilometer ke utara Nice.

Sementara itu, pihak berkuasa di lapangan terbang Barcelona berkata, pesawat itu berlepas pada jam 8.55 pagi (waktu tempatan). Pesawat yang terhempas itu sudah digunakan sejak 24 tahun lalu.

Menteri Dalam Negeri Perancis, Bernard Cazeneuve berkata satu daripada kotak hitam pesawat Germanwings yang terhempas di pergunungan Alps Perancis sudah ditemui.



keadaan kotak hitam pesawat Germanwings



lokasi pesawat Germanwings Airbus A320 terhempas di Banjaran Alps




Serpihan pesawat termasuk bahagian pesawat

Sumber : Reuters


lovenota: takziah pada keluarga mangsa. 


Read More »

Saturday, March 21, 2015

Patutlah Jem Seremban Tadi!


Saya baru balik shopping barang di Mydin Seremban 2. Balik nie terus google berita hari ini. Bukan apa, petang tadi tiba-tiba jalan susur keluar tol PD-Seremban jem teruk sangat! Pelik jugak sebab tak pernah jem seteruk itu sampai kereta tak bergerak langsung. Nasib baik niat saya nak shopping di Seremban 2. So, tak kena rempuh jem di situ. 

Bila buka berita, rupa-rupanya ada kes tembak mati. Patut la teruk nauu jem aihh. Penjenayah nie takde tempat lain ke nak main tembak-tembak? Jalan utama Seremban ini jugak nak bagi jem. Huhuhu. 

****

Harian Metro: Dua penjenayah maut ditembak


Seremban: Polis menembak mati dua penjenayah berhampiran semak di Jalan Rasah-Port Dickson, di sini, dalam satu aksi berbalas tembakan, 2.15 petang, hari ini.

Sumber berkata, kedua-dua suspek itu dikesan anggota polis ketika dalam perjalanan dari Port Dickson menuju ke daerah ini.

Sumber berkata, terdahulu polis mengekori suspek terbabit dari arah Port Dickson menuju ke bandar ini sebelum keadaan itu disedari kumpulan suspek berusia antara 20 hingga 30-an itu.

Katanya, apabila mereka menyedari kehadiran pihak berkuasa, dua lelaki berusia sekitar 20 dan 30-an bertindak terjun dari kenderaan dan melarikan diri sebelum melepaskan tembakan.

"Polis kemudian terpaksa melepaskan tembakan balas dan kedua-dua suspek mati ditembak," katanya. Sehingga ini, katanya, siasatan masih dijalankan berhubung kejadian berkenaan.


lovenota : orang zaman sekarang nie tak takut mati ke? Huhu




Read More »

Wednesday, March 18, 2015

Sambal Udang Petai



Saya mengidam nak makan udang petai..
walaupun allergi pada udang 
tapi hentam jela

Memang saya cari nahas, eh? 
Hahaha

Sejak diberitahu oleh doktor pakar yang saya tak boleh makan udang, 
hidup saya jadi gelap gulita.
uihh..udang tak boleh makan??? 
What?? What???

dulu memang pantang tak makan udang. 
tapi mana boleh tahannnn! 
kecur air liur tengok adik-adik makan 
mana tahan beb!!! 
Tergugat iman den!!

Saya hanya berani makan sekor dua je. 
itu pun rasa gatal jugak..
hehe


lovenota 1 : mak pesan, kalau gatal tanggung sendiri. 
lovenota 2 : tak kiraaa!!!


Read More »

Thursday, March 12, 2015

Hutang Halang Masuk Syurga



Soalan:-
Apakah hukum bagi orang yang sengaja tidak mahu membayar hutang? Bagaimanakah dengan amalannya? Apakah hukum nenganiaya orang?

Jawapan
Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayarnya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :
i. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.   
ii. Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan   Allah.   
iii. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.   
iv. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.

Sabda Rasul S.A.W.  Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)
(Riwayat Ibnu Majah)

Sabda Rasul S.A.W.  Maksudnya : “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”.  
(Riwayat Baihaqi)

Disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor


Buat si penghutang yang buat-buat lupa nak bayar semua hutang tu, beringat la sebelum aku tuntut semua hutang kau di akhirat kelak. 

Sekadar renungan. Wallahu'alam.


lovenota : beringat sebelum terlambat


Read More »

Wednesday, March 11, 2015

Admirer Lama


Hari nie godek-godek kawan dalam facebook. Lama jugak tak online macam dulu-dulu. Dulu masa zaman jahiliyah, sikit-sikit upload fb tak kira apa pun. Dahsyat rasanya. 

Tiba-tiba tergerak hati nak tegur salah seorang admirer saya dulu, mr.SA. Sekarang dah berbahagia di samping isteri dan anak tersayang. Comel je anaknya, Irfan namanya. Sudah 4 tahun katanya. 

Banyak perubahan dalam dirinya. dari badan yang kurus kerempeng menjadi berisi. Itu yang paling ketaralah. Dari muka jambu ke muka macam bapak orang. Tapi yang masih tak berubah ialah hobinya yang suka sangat main game. Yang paling saya perasan game DOTA. Lol. Dah jadi ayah budak pun masih main game? Sabar la wahai bapak budak! Haha

Perkenalan kami sangat lama, sejak saya belajar di UPSI lagi. Kalau kat fb tulis friendship kami bermula pada tahun 2009. Tapi rasa macam lagi lama dari itu. Entah la, sudah lupa..hehe. sebab saya mengenali dirinya masa zaman kemuncak yahoo messenger (YM) dengan MySpace. lama, kan?


Kami pun bertukar-tukar cerita, pasal dirinya, pasal saya. Dia ada cakap, "itulah dulu jual mahal sangat. Kalau tak mesti u dah ada 10 orang anak". Hahaha, masih otak gila-gila lagi dia nie yer. 'For your information, i tak jual mahal pon. U je yang tak memahami isi hati i nie. Alih-alih, u pergi lepas tu kahwin dengan orang lain'. Tettt..hahaha. Saya tak berani nak cakap kat dia, tulis kat sini jela ek..hikhik.

Saya bukan nak mengorat dia balik eh. Jangan salah sangka ye uolss! Cuma teringat kembali kisah persahabatan kami dulu. Dua-dua otak gila-gila..memang ngam la. hehe. Actually, saya tak pernah jumpa dia pun. Hanya melalui telefon dan internet. Hebat tak? hihi.

Tapi itu dulu. Sekarang, saya hanya dapat doakan dia semoga sentiasa berbahagia di samping isteri dan anaknya. Amin. 

lovenota : Jodoh pertemuan perpisahan semuanya di tangan Allah swt. Dia dah aturkan segala-galanya. 


Read More »

Tuesday, March 10, 2015

Ubat Mujarab Ketika Sakit


Saya ingatkan saya larat pergi kerja pada pagi ini. Tapi disebabkan semalam saya bantai makan ubat demam, selsema, panadol, antibiotik, tahan sakit *jangan tiru macam saya, main sukahati makan ubat tanpa ikut nasihat doktor*, saya tak boleh bangun langsung. Rasa mengantuk, selsema yang teruk pulak tu. Saya membuat keputusan untuk ambil MC pada hari ini. Selepas telefon pejabat memberitahu yang saya MC hari ini, saya terus sambung tidur semula.

Siapa tahu ubat yang paling mujarab ketika kita sedang sakit dilanda selsema? 

Saya tahu kita harus amalkan doa ketika sakit, iaitu


Selain dari itu, kita harus rajin makan ubat yang diberikan oleh doktor. penting tu.

Bagi saya, masa demam nie la susah sangat nak telan nasi. Rasa kasar je kat mulut kan? Mula lah rasa nak makan benda yang pelik-pelik.

Lepas pergi klinik, saya pun belanja diri sendiri


Jangan meleleh air liur ye..hihi


lovenota : nak sambung tidur..zzzz


Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®