Thursday, March 20, 2014

Keputusan SPM Tahun 2013



20 Mac 2014: Sebanyak 13,970 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas memperoleh gred A (Cemerlang) bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 13,720 calon pada 2012, iaitu peningkatan sebanyak 0.05 peratus. Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata, terdapat peningkatan jumlah calon yang mendapat semua A daripada sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu sebanyak 11,892 calon berbanding 11,648 calon tahun sebelumnya. Bagi calon bukan KPM yang memperoleh semua A adalah sebanyak 2,078 untuk semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 2,072 calon pada 2012. Daripada jumlah itu, sebanyak 405 calon iaitu 366 calon sekolah KPM dan selebihnya calon bukan KPM berjaya memperoleh gred A+ (Cemerlang Tertinggi) bagi semua mata pelajaran yang diduduki. Pencapaian keseluruhan calon SPM 2013 bertambah baik dengan nilai GPN 4.93 mata berbanding 5.08 mata pada 2012, iaitu peningkatan sebanyak 0.15 mata. Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik. Berdasarkan GPN juga, calon bandar menunjukkan peningkatan 0.15 peratus mata iaitu daripada 4.83 mata pada 2012 kepada 4.68 mata tahun lepas, manakala calon luar bandar turut meningkat sebanyak 0.16 mata daripada 5.44 mata (2012) kepada 5.28 mata pada 2013. Enam daripada tujuh mata pelajaran teras meningkat iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sejarah dan Sains, kecuali Matematik menurun sebanyak 0.08 mata daripada Gred Purata Mata Pelajaran 4.91 mata pada 2012 kepada 4.99 mata pada 2013. Bagi mata pelajaran elektif, 55 daripada 101 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi antaranya untuk elektif Sains seperti Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan dan Sains Gunaan.

Keputusan Penuh Keseluruhan Negeri bagi SPM 2013


PERAK: Seramai 1,276 calon SPM berjaya memperoleh semua A bagi semua mata pelajaran iaitu peningkatan sebanyak 0.32% atau pertambahan seramai 93 orang berbanding 1,183 calon memperoleh semua A pada 2012. Seramai 42 calon berjaya memperoleh gred semua A+ iaitu cemerlang tertinggi bagi semua mata pelajaran berbanding 41 calon pada tahun sebelumnya. Pemangku Pengarah Pendidikan Negeri, Mohd Idris Ramli berkata, pencapaian keseluruhan juga meningkat dengan Gred Purata Negeri (GPN) meningkat kepada 5.01 mata berbanding 5.21 mata pada 2012 dengan peningkatan 0.20 mata. 

SARAWAK: Seramai 41 calon SPM berjaya meraih pencapaian semua A+ dalam semua matapelajaran. Pengarah Pendidikan Sarawak, Datuk Abdillah Adam, di Auditorium Pejabat Pendidikan Negeri, berkata, empat sekolah yang mencatatkan keputusan SPM terbaik adalah Sekolah Menengah (SM) Sains Miri; SM Sains Kuching; Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Betong dan MRSM Mukah. 

JOHOR: Seramai 1,582 calon SPM berjaya memperoleh semua gred A bagi semua matapelajaran yang diduduki berbanding 1,391 calon pada tahun sebelumnya. Timbalan Pengarah Pendidikan Johor, Md Hasidin Zaini, berkata seramai 64 calon berjaya memperoleh gred A+ bagi semua matapelajaran yang diduduki. Seramai 1,518 calon berjaya mendapat keputusan gred cemerlang (A+, A dan A-) dalam semua matapelajaran yang diduduki berbanding 1,333 calon pada 2012, iaitu peningkatan seramai 185 calon. 

PULAU PINANG: Pulau Pinang mencatat penurunan jumlah calon cemerlang dalam keputusan SPM pada 2013. Penurunan itu adalah sebanyak 4.69 peratus berbanding 4.9 peratus pada tahun lalu. Seramai 1,024 calon SPM di Pulau Pinang cemerlang pada tahun ini. Bagaimanapun, Pulau Pinang mencatat gred purata lulus SPM yang lebih baik, iaitu sebanyak 4.73 berbanding 4.87 pada tahun lalu. sebanyak 22 sekolah menengah di negeri ini mencatat keputusan 100 peratus lulus dan layak mendapat sijil. seramai lima pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan St George mendapat keputusan semua subjek lulus dengan A+, diikuti SMK Tinggi Bukit Mertajam dan SMJK Chung Ling Butterworth, masing-masing dengan empat calon. 

NEGERI SEMBILAN: Seramai 693 calon SPM 2013 berjaya memperoleh keputusan cemerlang semua A. Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Kalsom Khalid, berkata pada tahun ini seramai 17,684 mendaftar sebagai calon membabitkan 111 sekolah berbanding tahun lalu seramai 17,583 iaitu pertambahan sebanyak 101 calon. Katanya, GPN bagi negeri ini meningkat kepada 4.70 berbanding tahun lalu 4.86 menunjukkan peningkatan tahap kecemerlangan dalam SPM semakin baik. 

SELANGOR: Seramai 2,606 calon sekolah KPM dan bukan KPM berjaya memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran dalam peperiksaan SPM. Sebanyak 13 sekolah di negeri ini muncul sebagai sekolah terbaik dengan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak muncul sekolah terbaik Selangor bagi keputusan SPM 2012 dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 1.18. Pengarah Pendidikan Selangor, Datuk Mahmud Karim berkata, daripada jumlah itu, GPN mencatat peningkatan sebanyak 0.13% iaitu 4.77 berbanding tahun 2012, 4.90. seramai 78 calon mencatat gred A+ bagi semua mata pelajaran yang diduduki, manakala 2,528 calon memperoleh gred A kombinasi (A+, A dan A-). 

SABAH: Seramai 376 daripada 34,036 calon SPM 2013 lulus cemerlang dengan mendapat A dalam semua mata pelajaran berbanding 199 orang pada 2012. Bilangan calon yang lulus semua mata pelajaran juga bertambah kepada 18,681 orang atau 54.89% berbanding 17,247 atau 51.43% pada 2012. 

KEDAH: Seramai 662 calon SPM 2013 memperoleh keputusan semua A dalam mata pelajaran diduduki termasuk 12 daripadanya diklasifikasikan sebagai cemerlang tertinggi (gred A+). Pencapaian keseluruhan bertambah baik dengan nilai GPN 5.04 berbanding 5.23 pada 2012. 

PERLIS: Seramai 80 calon SPM 2013 memperoleh keputusan semua A dalam subjek diduduki termasuk seorang daripadanya mendapat keputusan 11A+ atau cemerlang tertinggi. Pencapaian keseluruhan bertambah baik dengan nilai GPN 5.26 berbanding 5.46 pada 2012. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra mencatatkan bilangan calon cemerlang paling ramai, iaitu 30 orang dan juga 100 peratus calon memperoleh sijil. 

Sebanyak 1,229 orang daripada 7,645 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) memperolehi 'A' (A+, A atau A-) bagi semua subjek yang diambil dalam peperiksaan SPM 2013 dengan mencapai Gred Purata Maktab 2.019. Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Tan Sri Annuar Musa berkata MRSM Tun Ghafar Baba mencatat keputusan terbaik daripada 45 buah MRSM di negara ini diikuti MRSM Taiping dan MRSM Pengkalan Chepa.

WARNA HIJAU - dapat semua A
WARNA PINK - dapat semua A+

SPM 2013: Kajian khusus bagi cari punca penurunan Matematik - TPM
- kajian cara penyampaian guru, kandungan mata pelajaran serta pemahaman murid

keputusan kimia sekolah saya pun menurun berbanding pada tahun lalu. agak sedih sebab orang yang saya target fail pula yang lulus, yang tidak disangka-sangka pula gagal. itulah lumrah kehidupan. adei~




lovenota 1: Tahniah pada semua calon SPM 2013. Perjuangan anda tidak terhenti setakat ini
lovenota 2: Saya agak gembira sebab pelajar melayu yang saya target lulus kimia. berbaloi usaha saya selama ini :)


3 comments:

  1. Tahniah kepada mereka yang berjaya dalam SPM.

    ReplyDelete
  2. Salam kenal..

    Tahniah kpd calon yg berjaya..


    http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/2014/03/tahniah-herna-nadiah8as.html

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®